[ 3 ] - kertas memo
___________
Derapan kaki laju mengejar langkah beberapa orang rakan kelas yang sedang bergegas untuk menghadiri ceramah yang bakal diadakan khas buat Tingkatan 4 dan 5. Buku nota, file dan pen digenggam rapat ke dada. Hari kedua di sini, dia harap dia bakal habiskan khidmatnya sebagai pelajar dengan cara yang terbaik.
Dalam tak sedar, di hujung blok sana ada seseorang yang sibuk memerhati dari jauh. Lensa kamera digital memainkan peranan, identitinya dirahsiakan tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Kehadirannya juga tidak diketahui. Tidak pernah dipedulikan oleh sesiapa pun termasuklah guru-guru di situ semenjak kejadian hitam itu memalitkan dirinya. Setelah selesai, dia mengorak langkah mengikuti jejak Nuha yang kian menjauh.
Nuha, yang berasa tidak sedap hati mula melajukan langkahnya. Dia harus bergegas masuk ke dalam dewan yang sudah dikeremuni pelbagai pelajar dari kelas lain-lain. Seketika matanya dilarikan ke arah belakang, seperti mengetahui ada orang yang mengikuti. Sehinggalah
"Hai Nuha, awak seorang je ke?" tanya Dafwa. Kebetulan lagi, dia terjumpa dengan Nuha kiranya dia tidaklah berasa malu mahu memasuki ke dalam dewan secara berseorangan, memandang dia bertugas pada hari ini menjaga kawasan kantin. Kerja sebagai pengawas sekolah memang memenatkan tapi dia bersyukur moga-moga kredit untuk kelayakan kemasukan ke kolej atau universiti memenuhi piawaian. Markah kokurikulum amat penting, tambahan lagi untuk pelajar senior seperti mereka.
Fuh!
Cepat-cepat badan Dafwa ditarik merapatinya. Jika gadis itu bingung dengan apa yang dia lakukan sekarang, nanti dia akan ceritakan. Tapi sebelum itu, dia harus larikan diri. Itu targetnya.
Sesampai sahaja di dewan, Nuha dan Dafwa berpisah kerana mereka bukanlah dari kelas yang sama, Dafwa dari kelas Akaun manakala Nuha dari kelas Sains. Apabila masing-masing sudah bergerak ke arah yang ditetapkan, Nuha melabuhkan punggungnya di atas lantai. Ya, sepatutnya pelajar seperti mereka harus duduk di atas kerusi menyamai guru-guru yang terlibat dalam silibus tingkatan 4 dan 5 tetapi disebabkan jumlah agak ramai, permohonan untuk menyediakan kerusi terus dibatalkan.
Pusing punya pusing, akhirnya dia menetapkan untuk di sebelah Alisya selaku rakan kelas. Kawan? Dia tidak pernah ada kawan ataupun berkawan dengan siapa-siapa. Dari sekolah lama sehingga dia berpindah di sini, tiada satu pun yang sudi menghulurkan tali persahabatan.
Buku nota dibuka, diselak hingga ke halaman kosong, pen ditekan lalu mata pen dilarikan di atas kertas yang masih kosong itu. Mencatit segala apa yang diterangkan oleh MC (master of ceremonies) di hadapan. Bermula dengan salam, MC (master of ceremonies) mula menjemput pengetua memberikan ucapan. Bukan 50 minit seperti yang dijanjikan, ini dah melebihi setengah jam lebih, kaki dan tangan mereka mula merasa kebas.
Setelah semuanya selesai, mereka disuruh untuk mengambil satu bekas polisterin yang berisikan nasi tomato dan air mineral di sudut penjuru yang menempatkan meja pengagihan makanan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga dihadiahkan kotak pensel luar sinar yang tercatit nama dan kelas. Manakala bagi yang membawa duit lebih, mereka sedang sibuk menelaah buku-buku Teme Abdullah. Buku Kapal Terakhir I dan II digenggam erat setelah sudah selesai membeli, lalu Nuha cepat-cepat berbaris untuk mendapatkan tandatangan dari influencer terkenal itu.
Mereka masih tidak dibenarkan pulang ke kelas kerana ceramah ini akan berakhir pada pukul 12:30 tengah hari. Masih ada beberapa jam lagi. Untuk tidak membuang masa terlalu lama, mereka disuruh untuk duduk bersila di atas lantai tetapi dengan cara duduk dalam bulatan besar. Di tangan mereka terdapat sebatang pen penanda (marker pen). Ada juga daripada mereka dapat pen penanda (marker pen) berwarna biru, merah atau hitam.
Manakala di bawah mereka disediakan kertas memo yang berwarna. Lelaki dapat warna biru manakala warna putih pula bagi perempuan. Mereka diminta untuk menulis dua perkataan di sebelah hujung penjuru kanan dan kiri kertas memo itu. Dan menulis nama ringkas mereka dengan huruf besar di belakang kertas memo itu. Permainan true or dare.
Affan di hujung sana memerhati tingkah laku Qayyum yang berada di kumpulan lain. Mereka terpisah kerana kuota ahli kumpulan sudah penuh. Jelas, di bibirnya tersungging satu senyuman. Melihat Qayyum yang agak kekok dengan pelajar tingkatan 4 membuatkan dia mahu gelak. Harapkan badan je gagah.
Seketika matanya sibuk mengamati wajah Qayyum, dia tersedar seperti ada memerhatikannya dari jauh, dengan pandangan sinis sebelum berlalu pergi. Semua tentang Affan dia benci. Kerana Affan dia terlepas peluang untuk bergaul dengan Nuha. Akan tiba saat itu, dia berjanji yang dia akan tuntut hak miliknya balik.
Suara salah seorang dari ahli kumpulan mematikan lamunan. Kelibat seseorang yang dapat dilihat sipi-sipi melalui hujung ekor mata segera dihapuskan. Kertas memo yang sudah tercatit itu segera dimasukkan ke dalam kotak undi apabila matanya terluru ke arah beberapa pelajar lain yang sedang giat mengumpulkan kertas memo.
"Terima kasih atas kerjasama semua. By the way, cikgu akan goyangkan kotak undi ini secara random sebanyak 3 kali. Sekiranya nama anda dan pasangan anda yang cikgu pick secara random dipanggil sila bergerak ke satu sudut dan duduk di situ buat sementara waktu..." ujar Encik Hadi selaku guru mata pelajaran tingkatan 5 bagi subjek Ekonomi.
Satu dan persatu nama pelajar mula dipanggil dan diarahkan bergerak ke arah satu tempat. Ada di antara mereka bernasib baik, dapat bergabung dan sama jantina. Nama Nuha dan seorang lagi pelajar lelaki sahaja yang belum menitip di bibir guru tersebut. Ya dia dan lelaki itu sahaja, puas mukanya dipalingkan ke arah kiri dan kanan dan semuanya sudah berpunya.
Keluhan dilepaskan, dengan siapa dia nak berpatner?
Suasana hening menemani kini dan paling dia tak sangka mamat kerek ini juga jadi partnernya, pada mulanya kedua-dua berbalah dan membantah apabila mereka diharuskan dan dipaksa untuk bergabung memandangkan pelajar lain sudah mempunyai ahli kumpulan sendiri. Dia fikir untuk kesekian kali dia akan terlepas dari genggaman Affan, ternyata tidak.
"Hi dear, kita dapat jumpa balikkan, nampak sangat jodoh kita kuat. By the way memandangkan kita satu kumpulan, maknanya aku boleh buli kau lebih kan? Ah lagi satu, jangan lupa hantar balik hoodie dengan topi aku yang aku pinjamkan untuk kau semalam" ujar Affan. Tangannya dibawa ke sisi manakala badan pula disandarkan ke dinding. Jam tangan ditilik. Mereka diberikan masa selama 50 minit untuk memikirkan soalan yang bakal diutarakan nanti.
"Agak-agak kau kan soalan apa yang aku nak tanya dekat kau if ada rezeki. Manalah tahu kertas aku dengan kau first ke?" ujarnya sebelum membetulkan cermin mata yang kian melorot dari batang hidung.
-
Maafkan saya untuk kali ini saya tak sempat nak update bab 4. Thank you for your support. By the way, cerita ini akan diedit dari semasa ke semasa untuk memperkemaskan lagi struktur penggunaan ayat dan susunan. Nak next chapter? (Diharap anda bersabar untuk menunggu).
To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro