Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ 29 ] - khair zhen

Enjoy it!

________________

Usai pulang dari kediaman Rafiz, Kalsom terus menukar pakaian kepada pakaian yang lebih tertutup. Dia mahu pulang ke rumah, kesian Haidar mesti tercari-cari keberadaannya. Rafiz, ada hal jadi dia terpaksa meninggalkan Kalsom. Tapi pada awalnya, Rafiz ada memberikan duit kepadanya dan kesemua duit itu bernilai sekitar RM4K. RM4K? (sekitar RM4,000 ringgit malaysia) Untuk apa dia diberikan duit sebanyak ini?

Seketika, Kalsom teringat kata-kata Rafiz. Duit yang berada di dalam sampul dipandang lama.

"I tak nak Raf, I dah tak nak buat benda-benda ni dah. I hope you tak berkecil hati dengan I. I nak berubah dan tahu jauh di sudut hati you, you still ingatkan arwah isteri you dan I pun sama still rindukan si dia biarpun I dibodohkan. Kita pernah berada di rumah yang sama, menunggu kepulangan mereka tapi itu semuanya hanya ilusi. You beri I duit, I faham but I taknak Haidar terus-menerus fikirkan dari mana I dapat duit ni. I tahu dia malu bermak kan mak yang macam I. I khilaf you. Lepas ni mungkin I akan letakkan Haidar di bawah penjagaan maklong I. I percaya keluarga tu mampu terima Haidar as anak angkat diorang. I tetap akan melawat Haidar, biarpun terpaksa menjauh dari dia. I nak berhijrah untuk jadi lebih baik..." ujar Kalsom tersedu-sedan.

"Ya I faham. Sebab tu I bekalkan you sebanyak itu. Bahagiakan Haidar, dia anak kecil yang tidak tahu apa-apa tapi dia sayangkan u sangat-sangat. Don't worry after this, you guna duit tu as emergency or beli barang keperluan you dan Haidar. I faham you takut nak terima duit tu sebab pekerjaan you kan. Tak, duit ni dari duit gaji I sebenarnya, I simpan dalam bank. Dan ini ada kunci rumah sewa arwah isteri I, I amanahkan pada u untuk tinggal di sana.

"Arwah isteri I tetap akan ada di hati I, I tak nak cari pengganti lain you faham kan? I minta maaf untuk yang semalam. I minta maaf tapi you don't worry sebelum I buat benda tu, I dah suruh you makan pil perancang. You tak sedar right? I tak nak u bawa perut u ke sana sini without ada lelaki yang sah di sisi right? I tak nak hidup u rosak, walaupun I tahu you terpaksa pilih jalan ni untuk teruskan hidup. I hope you cari kerja yang baik-baik lepas ni. Don't worry about kerja you, I dah maklum dekat WanChai semalam, dia okay sahaja. I dah langsaikan hutang you dengan WanChai. I hope you dapat hidup dengan tenang after that. If kita berjodoh one day nanti Allah tetap akan pertemukan kita dan mungkin kita diwaktu tu sudah faham kenapa kita perlu mencintai Allah dahulu sebelum mencintai hambanya. I minta maaf if I ada buat salah dengan you sepanjang kita berkenalan. Okaylah, I nak pergi. I harap one day kita boleh bertemu dalam versi yang lebih baik..." ujar Rafiz sebelum keretanya perlahan-lahan mengundur dan berlalu pergi dari tatapan mata Kalsom.

"Terima kasih Raf, terima kasih. I akan ingat jasa u..."

































Bam!

Haidar yang mendengar ketukan pintu yang diketuk seperti mahu roboh segera meluru ke arah sofa. Sudahlah dia tinggal bersendirian sekarang, Puan Kalsom belum pulang dari semalam.

"Keluar!"

"Keluar!"

"Hei perempuan keluar aku kata!"

"Kau tak payahlah nak anjingkan aku perempuan. Pinjam pandai, bayar tak nak! Hoi, aku tengah cakap elok-elok ni sebelum parang ni jadi saksi kau mati depan anak kau!"

"Bukalah sial!"

Haidar tersedu-sedan dibelakang sofa lalu dia mula memberanikan untuk mengintai ke arah tingkap, mahu tahu siapa yang berada di hadapan. Jelas ada beberapa lelaki yang berbadan tegap dan apa paling menggerunkan mereka sedang memegang pistol dan beberapa buah senjata yang lain.

"Jep!"

"Ya bos?"

"Kau nampak tak hujung tingkap tu, aku rasa macam ada orang tengah mengintai kita. Kau tendang pintu ni sekarang, aku panas dah ni!"

Lantas, pintu rumah Kalsom ditendang sehingga terbuka. Mereka masuk lalu mula mengeledah setiap ruangan yang ada. Seketika mata Khair Zhen dapat mengecam sesuatu gerakan disebalik belakang sofa. Mujurlah, sebelum itu Haidar sudah melarikan diri dan bersembunyi di belakang sofa semula.

"Hye boy, keluarlah. Uncle mau kasi gula-gula. U mau?"

Haidar ketika itu masih kecil, apa yang dia tahu sangat. Kanak-kanak kecil sepertinya mudah dibuai dengan perkara seperti ini. Gula-gula itu ambil biarpun hatinya sekarang ini sudah berdegup kencang.

"U dapat gula-gula uncle, so now kasi tau mana mak you ..."

"Takkan, Haidar tak nak kasitau! Uncle semua ni siapa? Kenapa cari ibu Haidar?"

"Hahaha you tanya lagi, I kasi tau ya you punya mak, ada hutang sama I lah. U tahu berapa?"

"Berapa?" tanya Haidar polos.

"Berapa? Haiyaa, your mak takde pinjam seringgit, lima ringgit lah tapi dia pinjam 12,000 budak. 12K tau, bukan dua belas ringgit. Dia janji dengan I, this time dengan tarikh dia mahu langsaikan tapi apa mak you dah buat? Dia janji melayu sama I maa. Sekarang, I mau tahu mak you pergi mana? Sebelum rumah you sama mak you duduk ni I hancurkan!"

Haidar terkejut dengan jumlah yang dipinjam oleh Puan Kalsom. Untuk apa? Untuk apa? Dia mahukan jawapan.

"Ibu, kenapa ibu pinjam duit dari orang ibu.. kita boleh cari duit ibu..." monolog Haidar dalam hati.






















"Kalsom!"

Puan Kalsom yang sedang sibuk membeli barang di kedai runcit terkejut disapa oleh Makcik Ita, jiran sebelah rumahnya.

"Kau beli apa je? Banyaknya, mana kau dapat duit ni? Setahu aku kan kau kerja kutip barang-barang dekat timbunan sampah je. Kalau dikira balik, aku tak rasa kau mampu nak beli sebab kau tengoklah ekonomi kita sekarang macam mana. Kalsom, kau kerja apa sebenarnya?"

Kalsom terasa seperti dijerat dengan soalan Makcik Ita. Takkan dia mahu jujur yang dia kerja sebagai Call Girl di sebuah kelab malam sebelum ini. Lihatlah, apa yang tidak dia dicurigai dengan orang sekeliling, waktu pulang tadi pun dia sudah menjinjit beberapa barangan dapur dari supermarket dan beberapa barang keperluan sekolah Haidar.

"Makcik Ita, Kalsom kerja cuci pinggan je dekat satu kedai makan tu. Alhamdulillah ada rezeki lebih..." ujar Kalsom. Ya, dia tipu lagi.

"Oh, aku harap kau tak kerja merapu lah, cari duit melalui sumber haram bukan apa takut anak kau bencikan kau je. Anak mana yang terima ibu dia jadi pelacur. Melacur diri untuk duit, aku tak nak budak itu terkesan dengan apa yang mak dia lakukan. Aku harap kau cari kerja yang baik-baik..." ujar Makcik Ita sebelum berlalu pergi.

Terduduk Kalsom di situ, dia tak hiraukan pandangan orang ketika ini, hancur hatinya. Rasa bersalah makin mencengkam diri, sudahlah dia tipu Haidar, tipu orang sekeliling. Hidupnya jauh terpesong. Tidak berlandaskan jalan yang benar, mengenali Allah secara tidak mendalam. Solat lima waktu apatah lagi dia mahu lakukan. Dia khilaf. Beban yang tidak menanggung, mula memberat di bahu.

Setelah selesai melakukan pembayaran di kaunter, dia bergegas pulang ke rumah. Jarak tidaklah sejauh mana namun dia perlu melalui satu lorong lot kedai yang sunyi.

-

To be continue,
Monday, 21 November 2022.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro