[ 23 ] - kampung
Done update, enjoy it!
__________________
Kain yang basah itu dilekapkan ke dahi Affan, lembut sahaja. Rambut yang teruntai di bawah, diambil lalu disisir dengan menggunakan jarinya.
"Affan sayang..."
"Cepatlah bangun. Awak tak rindu El ke? El yang dulu tu. Awak ingatkan kita pernah main sama-sama waktu kecil dulu. Kita pernah janji yang satu hari nanti kita akan kahwin. Awak saya hidup bahagia..."
Ting!
Baru sahaja dia mahu meneruskan elusan, deringan notifikasi itu menbantut segalanya. Puan Ilya berada di surau, katanya mahu menyegerakan solat yang tinggal lagi beberapa minit lagi.
Unknown number | 12:58 a.m.
- Kau dekat mana?
Pastikan kerja kau tak kantoi perempuan. Kalau kantoi, kau-kau dengan aku sekali terpalit.
Eliyna Farina | 12.59 a.m.
- Tahulah aku, aku ada dekat hospital. Kenapa kau tanya?
Unknown number | 13.00 a.m.
- Tak ada apa-apa, saja nak pastikan semua berjalan seperti yang kita rancang.
Setelah dibaca mesej, lantas bibirnya melirik sinis. Jarum picagari di dalam beg tangan dikeluarkan. Ditarik picu di bahagian hadapan lalu dibawa ke arah lengan Affan. Disuntik lengan lelaki itu.
Sample darah milik Affan sudah berada di tangannya. Tidak sanggup namun ada sebab dia melakukan kepada lelaki ini.
Tok! Tok!
Ketukan pintu memeranjat Eliyna. Nasib baiklah dia sudah selesai melakukan suntikan tadi. Wajah lelaki di hadapannya ini ditilik lama.
"Assalamualaikum..."
"W-waalaikumussalam..."
"Kau siapa?" tanya Qayyum polos. Pelik dan hairan sejak bila Affan ada sahabat yang tak 'cukup kain' ni.
"Kenalkan diri, I El. Eliyna Darina..." jawab Eliyna lantas tangannya dibawa ke hadapan untuk berjabat tangan namun apa yang dia dapat hanyalah pulauan.
"Maaf aku tak salam dengan perempuan lagi-lagi yang bukan mahram. Kau faham kan?"
Tersentap Eliyna sebentar, terkena dia. Dia pernah belajar tentang mahram dan bukan mahram di sekolah rendah dulu sebelum dipindahkan ke luar negara. Rambut blonde keungunannya ditarik segan.
"F-faham. By the way, U kawan Affan eh?"
"Ha'ah, kenapa?"
"No, I just nak tahu... U kenal ke dengan si penyebab yang buat Affan terlantar like this?"
"Kenal."
Qayyum hairan, untuk apa gadis ini nak tahu dan dari mana gadis ini datang. Affan tak pernah cerita mengenai mana-mana gadis kecuali yang satu itu. Gadis yang pernah selamatkan dia waktu dia hampir lemas dulu.
'Affan, kau kuat. Kau kuat sangat. Aku tunggu kau sedar'.
"Nabil!"
"Oh Nabil..."
"Ya, nek? Awat tu..."
"Ni nek nak tanya hang, cu nek hat (yang) tu tak balik mai (datang) ka? Bukan dulu satu sekolah dengan hang ka?"
"Abil pun taktau nek. Dia tak habaq (bagitahu) apa pun. Jenuh (payah) gak lah abil nak call. Call ja, operator phone yang jawab"
This number is bla bla bla...
"Ha, kalau lagu tu (macam tu) payahlah. Nek ingat dia. Walaupun budak tu jenis diam. Dulu masa awai -awai (awal-awal) sepupu hang tu mai (datang) sini, datang sorang ja. Mak ayah dia tak habaq apa kat nek, taulah nek ni mata dah tak berapa nak elok dah. Duk kabuq (kabur) ja, at least habaqlah yang dia hantaq (hantar) cucu dia mai balik sini..."
"Mak bapak anak dua kali lima ja haihlah..."
Nabil hanya mampu diamkan diri. Kesian juga dengan nenek sendiri. Dalam banyak-banyak cucu nenek dan arwah tok ada, yang tu lah paling lama menetap di sini berbanding dia. Namun, dia bukan boleh buat apa, dari dulu mereka tak ngam. Kalau jumpa macam musuh.
"Eh Nek Mah!"
"Oh hang ka (ke), alya..."
"Nek Mah, hensem la sebelah tu, cucu Nek Mah ka?"
"Ha'ah, berkenan ka?"
"Ha'ah nek hehehe..."
Siku Nabil disiku-siku Nek Mah, Nabil apa lagi mula tunjuk muka toya dia. Tidak berminat langsung dengan gadis kampung ini kecuali Nuha.
Itu, lain haha. Walaupun umur mereka jarak 2 tahun, selagi Nuha bukan milik siapa, bolehlah dia grab peluang yang sedia ada. Bercakap mengenai crush, rasanya dah lama Nuha tak balik sini. Last, itu pun 5 bulan lepas.
Dia cuti, Nuha sekolah. Nuha cuti, dia kerja. Haihla melepas sungguh.
"Ni Nek Mah, ummi ada buatkan kuih qasidah dengan seri muka. Katanya, nak try jual tengok. Apa kata, Nek Mah try dulu mana tau berkenan..." ujar Alya dan apa lagi pangkin yang sedang diduduki Nabil dan Nek Mah, dia bersimpuh di situ.
"Awak, trylah eh. Mana tau, ini kuih fav dari bakal isteri awak hehe..."
Nabil ambil satu kuih seri muka yang berada di hadapan lalu dia mengunyah kuih itu. Sedap dan lembut, ya dia tak boleh nak pertikaikan rasa dan cara pembuatan kuih ini. Iphone disebelah diambil lalu dia cepat-cepat ambil gambar dan promosikan di status WhatsApp.
"Tolong..."
"T-tolong..."
"Tolon-ngg..."
Nuha menggigil kesejukan. Lemah dan pucat. Hawa yang berada di rumah usang ini, membahang. Mata memicing ke arah beberapa kain putih yang menutupi perabot. Di sini, dia berteduh siang malam.
Rindu yang membuak-buak kepada ahli keluarga tidak perlu diperkatakan lagi. Sebulan dia ke hulur ke hilir dan berharap agar ada bantuan atau orang yang berada di sini menemuinya.
Bekas polisterin lama dipandangnya, dikoyak kepada dua lalu dia berlari ke arah titisan air hujan yang masih menitik dari atas atap bumbung.
Ditadah lalu tanpa berfikir panjang, bacaan bismillahirahmanirahim dibaca. Cepat-cepat dia telan, walaupun rasa payau mula menerokai laluan esofagus (tekak).
Kayu-kayu sederhana besar yang ada disitu dia kumpulkan untuk dijadikan tapak dan diselongkar almari yang ada untuk mencari lebihan mancis atau lighter. Dia mahu buat unggun api di luar.
Seram sejuk dengan suasana sekeliling, dia cekalkan hati. Sabar, pertolongan itu pasti ada. Allah ada dan Allah akan bantu.
Ditatap kaki langit yang mula membentuk ceruk senja. Seketika lagi, mahu maghrib. Dia mahu laksanakan solat. Hanya solat dapat mententeramkan hati yang gundah-gelana.
Prak!
Prak!
Prak!
Bunyi tapak kaki mengamit halwa telinga, Nuha apa lagi mula lah bercicit lari. Dia trauma. Trauma untuk mempercayai mana-mana manusia waima lelaki mahupun perempuan.
"Allah..."
"Sakit tulang belakang aku..."
"Haihlah cucu pun satu, nak suruh aku cari kayu-kayu untuk apa tau. Disuruh masuk hutan pulak kalau ada buat perkhemahan, tak apa juga. Kot-kot unit uniform nak buat bolehlah aku join sekali. Selok-belok hutan ni aku tahu, lagi-lagi campsite terbiaq (terbiar) tu.
"Tolong..."
"Uih bunyi apa tu?"
"Janganlah, aku mai sini nak kutip ja. Aku tak kacau tempat hampa (mereka) pun. Bagi aku keizinan nah, kita hidup ni berkongsi bumi. Selagi hang tak kacau aku, aku tak kacau hang..." ujar Tok Ihram lalu perlahan-lahan dia mencicit lari.
-
To be continue,
Sunday, 01 May 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro