[ 22 ] - siapa kau!
Happy 2k viewers! (alhamdulilah).
_____________
Assalamualaikum..."
"Walaikumussalam..."
Eliyna yang sedang menutup pintu wad itu perlahan-lahan menapak ke arah kaki katil Affan. Wajah crush kesayangan dipandang lama. Rindu yang membuak-buak setelah dia memedam rasa. 5 tahun tidak berjumpa, jangan katalah bermacam-macam info dia dapat kumpulkan dari seseorang yang mempunyai misi yang sama.
"Kamu siapa ya?"
"Aunty, dah tak kenal saya ke? Ini El, anak jiran aunty."
"Oh kamu ke El? Dah besar dah, makin cantik. Ya Allah, makcik fikir orang lain tadi. Kenapa waktu pindah dulu tak kasih tahu makcik?"
"Makcik fikir kamu tak pindah, sebab parents kamu still ada dekat sini. Kamu pindah mana?"
"El pindah New York dan terus menetap di sana aunty, El ikut abang ke sana. Ibu dengan abah yang suruh, katanya nak El pandai macam abang. Banggakan mereka. Ya sekarang, El dah habis dan kemungkinan insyallah after spm ni, El akan sambung belajar dekat universiti or kolej sini..."
"Marilah duduk, kesian kamu..."
Bakul buah-buahan bertukar tangan. Sambil dia sibuk memancing hati bakal mertua, ada baiknya dia menawarkan khidmat untuk menjaga Affan hingga lelaki itu sedar semula dari komanya.
Dibersihkan meja kecil bersebelahan Affan. Hatinya sedikit memedih apabila mendapat tahu punca sebab Affan koma ; adalah disebabkan oleh Nuha.
Dendam kian menusuk-nusuk. Membara di dalam hatinya. Satu hari nanti, dia akan membiarkan Nuha hidup dalam kesengsaraan. Itu tekadnya.
"Dah berapa lama, Affan dekat sini aunty?"
"Dah nak dekat sebulan El, kadang tu ada juga kawan-kawan Affan datang jenguk. Jagakan Affan masa aunty dengan uncle sibuk. Sometimes, makcik harap yang bila Affan dah sedar nanti perkara pertama makcik nak yang dia tak diingatkan dengan benda-benda lama yang berlalu. Makcik risau emosi dia tak menentu..."
"Boleh saya tahu sebabnya aunty?"
"Makcik mungkin tak tahu, tapi apa penyebabnya Affan di sini, dia kekurangan air dan rehat. Tubuh dia lemah sangat. Kali terakhir pun, makcik dah dapat tatap wajah dia waktu kawan dia ; Qayyum datang beritahu yang Affan jatuh dekat perhimpunan..."
"Harap aunty bersabar ya. El faham bukan senang. Moga Allah permudahkan urusan."
"Dar..."
"Kau betul-betul tekad ni?"
"Kalau kedatangan kau tak diterima apa yang kau nak buat? Affan still tak sedarkan diri. Kau masih nak fikirkan kerja gila ni! Bahaya weh! Aku tahu kau rasa serba salah dengan Affan but libatkan nyawa kau untuk cari Nuha benda tu membahayakan. Bukan senang tambahan lagi, kita tak tahu dekat mana Nuha sekarang. Tolong fikir waras Dar. Aku tak nak kau fikir cetek macam ni."
Gudang yang berada di hadapan menyembunyi begitu banyak tanda tanya. Mengikut kata orang kampung, kali terakhir mereka melihat kelibat sesorang yang sangat dicurigai sekitar sebulan yang lalu. Tepat-tepat dengan tarikh Nuha disyaki hilang.
Pintu kecil yang berada di sisi kanan gudang yang sudah lusuh disepak sekuat hati.
"Nuha!"
"Nuha!"
"Kalau awak ada dekat sini, keluar..."
"Jangan risau, saya dengan kawan-kawan ada untuk awak."
Sepi.
"Nuha!"
"Nuha!"
Sepi lagi.
Digeledah ruangan gudang itu, sehingga mereka menemui satu projekter yang terpasang bersama layaran.
Haidar mendekati meja itu, tambahan pula dari tadi dia perasaan keadaan gudang ini bersepah masakan ada satu ruangan yang tersedia elok seperti ditempat mereka sekarang.
Alat kawalan jauh (remote online) diambilnya lalu ditekan punat 'ON' lantas terpapar sebuah ruangan gelap dan di mana terdapat sebuah kerusi di situ tidak sehingga mereka dikejutkan dengan satu suara
"HAHAHA!"
"HAHAHAHAHA!"
"HAHAHAHA!"
Tiga kali. Aafiyah yang mula ketakutan berlari anak lalu bersembunyi di belakang Aulia.
"Siapa kau!"
"Mana kau sembunyikan Nuha!"
"Apa salah Nuha, dekat kau bangsat!"
"HAHA!"
"HAHAHAHA!"
"HAHAHA!"
"Kau orang semua bodoh! Selamat datang ke perangkap aku. Dan kau tanya, siapa aku?"
"Tak perlu susah-susah nak tahu. Aku ada di sekeliling kau dan kau siapa nak ambil Nuha dari aku hmm..."
Kerusi yang berada berdekatan dilempar ke arah projekter di hadapan. Haidar sudah diamuk amarah. Urat leher mula tegang dan membentuk. Rambut dicuak kasar, penumbuk dilayangkan ke arah simen. Ditumbuk sekuat hati.
Darah yang memercik dari celahan tangan, dia tak hiraukan.
"Dar, tenangkan diri kau! Dar... sedarkan diri. Ini bukan diri kau yang sebenarnya."
Kolar baju Ariq ditarik rapat dan hampir membuatkan lelaki itu kehilangan nafas. Satu penumbuk dilayangkan ke arah Ariq.
Ariq yang lemah, mudah sahaja tercampak ke tepi. Namun, itu tidak mematahkan semangatnya. Dia mahu Haidar cepat-cepat sedar.
Buk!
Buk!
Buk!
Aafiyah dan Aulia mula ketakutan. Lantas mereka memecut meninggalkan gudang dan berlari memohon bantuan ahli kampung yang berdekatan. Pergelutan itu harus dihentikan.
Kain yang basah itu dilekapkan ke dahi Affan. Lembut sahaja. Rambut yang teruntai di bawah, diambil lalu disisir dengan menggunakan jarinya.
"Affan sayang..."
"Cepatlah bangun. Awak tak rindu El ke? El yang dulu tu. Awak ingatkan kita pernah main sama-sama waktu kecil dulu. Kita pernah janji yang satu hari nanti kita akan kahwin. Awak saya hidup bahagia..."
Ting!
Baru sahaja dia mahu meneruskan elusan, deringan notifikasi itu menbantut segalanya. Puan Ilya berada di surau, katanya mahu menyegerakan solat yang tinggal lagi beberapa minit lagi.
Unknown number | 12:58 a.m.
- Kau dekat mana?
Pastikan kerja kau tak kantoi perempuan. Kalau kantoi, kau-kau dengan aku sekali terpalit.
Eliyna Farina | 12.59 a.m.
- Tahulah aku, aku ada dekat hospital. Kenapa kau tanya?
Unknown number | 13.00 a.m.
- Tak ada apa-apa, saja nak pastikan semua berjalan seperti yang kita rancang.
Setelah dibaca mesej, lantas bibirnya melirik sinis. Jarum picagari di dalam beg tangan dikeluarkan. Ditarik picu di bahagian hadapan lalu dibawa ke arah lengan Affan. Disuntik lengan lelaki itu.
Sample darah milik Affan sudah berada di tangannya. Tidak sanggup namun ada sebab dia melakukan kepada lelaki ini.
Tok! Tok!
Ketukan pintu memeranjat Eliyna. Nasib baiklah dia sudah selesai melakukan suntikan tadi. Wajah lelaki di hadapannya ini ditilik lama.
"Assalamualaikum..."
"W-waalaikumussalam..."
"Kau siapa?" tanya Qayyum polos. Pelik dan hairan sejak bila Affan ada sahabat yang tak 'cukup kain' ni.
"Kenalkan diri, I El. Eliyna Darina..." jawab Eliyna lantas tangannya dibawa ke hadapan untuk berjabat tangan namun apa yang dia dapat hanyalah pulauan.
"Maaf aku tak salam dengan perempuan lagi-lagi yang bukan mahram. Kau faham kan?"
Tersentap Eliyna sebentar, terkena dia. Dia pernah belajar tentang mahram dan bukan mahram di sekolah rendah dulu sebelum dipindahkan ke luar negara. Rambut blonde keungunannya ditarik segan.
-
To be continue,
Sunday, 1 May 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro