Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

HS [9]


Hi




9. Lost Control

Hari sukan kampus. Ramai yang ikut serta untuk mendapatkan sijil penyertaan serta menonjolkan bakat tersembunyi selama berbulan-bulan menjadi mahasiswa dan mahasiswi. Termasuklah Hera sendiri.

Gadis itu menjadi salah satu wakil kepada fakultinya, menyertai permainan yang disediakan pada hari tersebut. Dengan Kaiser di sisinya, Hera bermain dengan bersemangat.

Hampir tengahari, sukan berlangsung dengan meriah. Para mahasiswa masih berada di padang universiti. Ada yang sedang makan dan minum, dan ada yang masih menyertai permainan di setiap sudut padang.

Rafael menatap sekitar padang sambil meneguk airnya. Menyertai acara larian membuatnya sedikit penat. Tak ada yang berani menghampirinya, jadi dia perlu mengambil air mineralnya sendiri.

Acara yang sedang berlangsung sekarang adalah bola baling. Irene menyertai permainan tersebut sementara Hera mengikuti permainan lain yang tidak Rafael peduli.

Mata Rafael hanya fokus pada Irene, mengawasi gadis itu daripada terluka. Sesaat Rafael mengalihkan pandangan, tiba-tiba Rafael melihat Irene terjatuh dengan keras saat bermain.

Dia terluka dan tidak dapat berdiri. Tanpa berfikir panjang, Rafael mendekati Irene untuk menolongnya begitu juga dengan rakan-rakan di sekitar. Mereka mengerumuni Irene untuk bertanya perihal kaki gadis itu sampai Rafael susah untuk melewatinya.

Di saat yang sama, Hera ikut sama terjatuh. Kakinya sedikit terseliuh dan pelanggarannya bersama pelajar lain itu didengari oleh Rafael.

Kaiser entah ke mana sejak lima minit tadi setelah lelaki itu meminta diri untuk ke tandas.

Entah kenapa Rafael jadi terperangkap dalam konflik. Membantu gadis yang sentiasa berada dalam fikirannya atau membantu gadis yang sering menyusahkannya.

Hanya ada segelintir orang sahaja yang melihat Hera terjatuh. Tak ada yang mengerumuni gadis itu seperti Irene. Sedangkan Irene memiliki seribu satu orang yang dapat membantunya untuk berdiri.

Rafael mengepalkan tangannya. Dia menunggu Kaiser tiba untuk membantu gadis penganggu fikirannya itu.

Lima sampai sepuluh minit menunggu, Kaiser belum tiba juga.

Kebetulan, mata Hera tersua dengan mata Rafael yang menatapnya. Mulutnya terbuka, ingin meminta pertolongan. Hanya lelaki itu yang melihatnya sekarang. Tangannya terangkat, memanggil Rafael.

"Rafa—"

Baru Rafael ingin menolong Hera, suara Irene menganggunya. Rafael tak jadi pergi dan memilih menoleh pada Irene. Terlihat gadis itu masih memiliki kesukaran untuk berdiri biarpun memiliki ramai yang dapat menolongnya.

Dengan hati yang terbuka, Rafael membuat keputusan. Dia melangkah kearah Irene, mengangkat gadis itu ke khemah palang merah.

Berharap Kaiser datang menolong Hera setelah dirinya pergi.

Lagipula, buat apa Rafael pedulikan Hera? Gadis itu sudah dewasa, pandai-pandailah dia berdikari.

Rafael meninggalkan Hera yang tercengang dalam kesakitan, bersimpuh dan terdiam di sana.

---

Petangnya, Hera berjingkit-jingkit berjalan agar tak menekan kakinya yang tercedera.

"Pasti boleh gerak sendiri?" Tanya Johnny, risau melihat cara Hera berjalan. Dia menolong membawakan beg gadis itu sementara Kaiser masih belum tiba. Katanya dia ada emergency sampai perlu meninggalkan Hera di kampus.

"Pasti. Saya kuat!" Hera membalas, tersenyum bodoh.

"Kuat tapi terseliuh. Siapa yang langgar?" Balas Johnny, tergeleng kecil dengan sikap sambalewa Hera.

"Tak kenal. Tak apa lah, benda dah jadi."

Jangan harap Hera nak lupakan. Dia cuma tak tahu siapa yang melanggarnya. Dalam hati dia dah menyumpah, tapi dia masih perlu menjaga nama di depan Johnny.

"Kau ni baik sangat. Kalau aku, dah suruh siapa-siapa cari pelakunya," omel Johnny. Hera cuma mengangguk sahaja seperti burung belatuk.

Dia menyetujui Johnny, tetapi hanya mampu dalam hati sahaja. Telefon lelaki itu berbunyi, menyebabkan Johnny terpaksa meninggalkan Hera sendirian. Selepas kepergian Johnny, Hera membawa begnya sendiri.

Orang-orang di kampus dah mulai berkurangan sejak sukan berakhir untuk hari ini. Dia berjalan dengan bersusah-payah, cuba untuk tidak terjatuh.

"Perlukan bantuan?"

Rafael muncul dari belakang, menatap kaki Hera yang berbalut itu. Hera terperanjat kecil.

"Terkejut!" ujar Hera, agak marah.

"Tahu. Tak perlu ekpresikan terkejut kau," balas Rafael.

"Macam mana kau boleh jatuh?" Tanya Rafael lagi. Tangannya berada di dalam poket. Hanya bertanya, tak ada inisiatif membantu lagi.

"Saya buat-buat jatuh tadi sebab suka-suka," ketus Hera. Ada ke patut ditanya lagi. Dia juga masih sakit hati kerana ditinggalkan.

"Buat-buat jatuh?" Kaki Rafael menyentuh bahagian kaki Hera yang berbalut, membuatkan gadis itu meraung kesakitan.

"Awhh! Sakit! Awak tendang kenapa?!" Marah Hera.

"Cuba nak tengok mana yang buat-buat," jawab Rafael dengan tenang. Jawapannya membuat gadis itu bengang.

"Saya tak buat-buat! Awak ni boleh tahan annoying! Pergi sana!" Ketus Hera dan mulai berjalan meninggalkan Rafael dengan keadaan seperti pincang. Rafael mengekori dari belakang.

"Yakin? Kalau aku pergi, tak ada siapa dekat sini dah," ujar Rafael.

"Kalau awak ada pun bukan boleh bantu." Sakitkan hati adalah, sambung Hera dalam hati.

Rafael tak menjawab, hanya berjalan perlahan-lahan di belakang Hera, memerhati gadis itu. Dia jadi teringat saat mengejar Hera menggunakan keretanya dulu untuk menakutkan gadis itu.

Jalan dan larinya juga hampir pincang kerana Rafael menembak kaki Hera dan hampir-hampir pelurunya tertanam di dalam.

Hera berceloteh sendiri, sehingglah Rafael melewati Hera untuk pergi. Hera dibuat tercengang lagi. Rafael benar-benar meninggalkannya.

"Setidaknya tawarlah nak pergi sekali ke, perlukan wheelchair ke? Ini dia pergi macam tu je?" Omel Hera. Sambil mengumpat Rafael, sambil itu juga dia berjalan keluar dari bangunan utama kampus ke jalan.

"Entah siapa suka lelaki macam tu. Kaku! Dingin! Jahat lagi!" Bertubi-tubi Hera mengumpat Rafael, seperti lupa pula dirinya yang tergila-gila pada Rafael dulu.

"Ekhem!" Rafael berdehem sambil bersandar pada keretanya. Keningnya terangkat, menatap Hera yang sedari tadi bercakap sendiri sambil menatap tanah.

Hera mendongak, melihat Rafael yang sedang menunggunya.

Terdiam dia dibuatnya.

"Aku pun benci sebenarnya tolong kau. Tapi mengingatkan yang aku jiran kau, aku kenalah tolong jiran yang kesusahan kan?" Rafael berkata seraya menuju kearah Hera. Dia mengangkat Hera dengan mudah.

"Ingat, aku tolong sebab kesian. Jangan pernah berharap yang aku suka kau. Faham?" Ujar Rafael tatkala dia memasukkan Hera ke dalam keretanya.

"Yang nak suka awak siapa?" Balas Hera dengan suara perlahan.

"Mana tahu? Dalam hati kecil kau tu, masih ada sekelumit rasa pada aku. Dua tiga bulan takkan cukup untuk buang perasaan dari seseorang. Bukan?" Jari Rafael menyentuh dada Hera, menunjuk pada hati gadis itu.

"Kau cuma ex-stalker aku, dan aku cuma berbesar hati tolong kau. Jadi berterima kasih lah sayang," sambungnya sebelum menutup pintu keretanya.

Tak mahu bersama Rafael, Hera cepat-cepat membuka pintu sebelum Rafael menguncinya. Tertatih-tatih dirinya melarikan diri dari Rafael.

"Anne Hera!" Panggil Rafael, terkejut melihat Hera yang bergegas pergi. Dengan pincangnya tetapi masih laju.

"Nak pergi mana ni? Nak tumpang siapa?" Cemas Hera.

Malas dia nak berhutang budi dengan Rafael, orang yang pernah cuba membunuhnya.

Nampak sahaja sebuah kereta Audi yang hampir meninggalkan perkarangan universiti, Hera terus menerjah ke tengah jalan, membuatkan sang pengemudi menekan brek secara mengejut.

Hera terus masuk ke dalam kereta, tak menunggu lama.

"Maaf tapi saya—" Hera terjeda, melihat seorang peti ais beku dan bisu Theodore yang berada di tempat pemandu.

Mata kuyu nan seksi Theodore menatap Hera.

"Keluar," ujar Theodore. Hera menoleh ke luar, melihat Rafael yang sudah pun berganjak kearah mereka.

"Tolong! Kali ini saja saya minta tolong awak. Hantarkan saya balik? Boleh? Please please please!" Rayu Hera.

"Kaki saya sakit ni. Awak kesiakan lah saya. Saya merayu, Theodore!" Hera menggosok kedua tangannya sekali gus, memohon berkali-kali.

Theodore melepaskan keluhan kasar sebelum mulai memandu meninggalkan perkarangan universiti. Dari cermin sisi dia dapat melihat Rafael menatap kearah keretanya.

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro