HS [8]
💙
8. Do not disturb— or Please do
Rafael menekan loceng apartment Hera berkali-kali sampai pintunya dibuka. Dia tak mempedulikan seberapa lama dia menunggu demi mengganggu ketenangan gadis itu. Selagi pintunya tak berbuka, selagi itulah Rafael akan menekan loceng sampailah ianya rosak sekali pun.
Hera membuka pintu jua, barulah Rafael berhenti. Dia masih mengekalkan wajah sombong dan angkuhnya. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie.
"Awak!"
"Aku lapar. Kau ada makanan?" Tanya Rafael. Matanya melilau melihat ke dalam apartment Hera. Serupa tak pernah terjah masuk tanpa diundang pula.
"Saya tak ada makanan. Bawahkan ada emart pergilah—"
Hera termangu seketika melihat tindakan Rafael yang sesuka hati masuk ke dalam rumahnya lagi. Lelaki itu menuju ke peti sejuk, menyelongkar isi dalamnya dengan Hera yang tergopoh-gapah menyusul.
"Awak buat apa?" Hera menyentuh bahu Rafael, tapi segera ditepis oleh tuan empunya badan. Rafael menjeling tajam, seketika kembali menyelongkar harta karun di dalam peti.
"Masak something," arah Rafael selepas mengambil danmunji dan juga air tin berperisa strawberi Hera, kemudian menuju ke ruang tamu.
Diletaknya danmunji dan air itu keatas meja sebelum dimakan dan diminum.
"Mana ada apa-apa dalam peti saya. Awak sendiri nampak!" protes Hera.
"Beli."
Mudah sekali jawapan Rafael. Kakinya disilangkan diatas meja pendek menghadap televisyen itu. Dia menatap Hera yang masih tak bergerak sambil meneguk air.
"Cepat. Ada kaki buat apa? Move, girl?" Rafael menjongket kening, tergeleng kecil dengan tingkah lambat Hera mendengar perintahnya.
Rafael tak akan pergi selagi tak mendapat apa yang dia ingini, Hera segera menghubungi kedai makan, memesan makanan. Peduli lah kalau Rafael suruh masak sekali pun.
Daripada dia berhabis beratus semata-mata nak mengenyangkan Rafael, lebih baik dia habiskan beberapa puluh ringgit sahaja di aplikasi atas talian.
Hera duduk di sofa berdekatan, menjeling Rafael yang sedang melayan apartmentnya ini seolah-olah milik lelaki itu sendiri.
Tiga puluh mint kemudian, pesanan sampai. Hera pergi membuka pintu, mengambil makanan dan memberikannya kepada Rafael.
Tanpa mengucapkan terima kasih atau menawarkannya kepada Hera, Rafael terus melahap, tak mempedulikan gadis yang sudah berlapar sejak awal siang hari tadi.
"Mmhm!" Rafael mendesah kecil, menunjukkan betapa dia menikmati makanan tersebut kepada Hera.
Sedangkan Hera yang menahan rasa terliurnya. Gadis itu mengelus perutnya dan hanya mampu meneguk air liur sahaja.
"Kenapa? Dah berisi?" Rafael, sembarangan berbicara. "Tak sangka lepas obses dengan aku, mudah kau dapat lelaki lain untuk isi kau?"
Hera mendengus kecil, berhenti dari mengelus perutnya. Macam mana lah dia pernah jatuh hati pada Rafael. Dengan mulut puakanya selain kepada Irene, agaknya Hera dulu terlalu dibutakan cinta. Tuli dan buta agaknya.
"Apa awak merepek ni? Bila masa pula saya obses dengan awak. Macam lah awak taste saya," balas Hera. Masih berpura-pura amnesia.
Sedangkan Rafael, dia hanya tersenyum sinis dan kembali menelan makanannya. Kali ini, dia mengunyahnya bersama dengan radish kuning sambil menatap Hera. Sengaja. Sedap pula bunyi kriuk kriuk yang Rafael hasilkan.
Pekena pula dengan mee goreng basah menggantikan jajangmyeon. Berair mulut Hera dibuatnya.
"Mmhm~" Rafael sengaja membuat bunyi lagi. Bunyi yang menyakitkan hati Hera.
Satu pinggan mee goreng itu habis licin dibuatnya oleh Rafael. Lelaki itu sendawa, lantas menyandar pada sofa sekali lagi. Kurang asam betul. Tidak padan dengan wajah tampan berkacuk Jerman.
"Haaa, kenyang!" ujarnya. Rafael mengelus perutnya.
"Hera, air."
Rafael menunjuk pada air tin strawberi tadi. Nampak sungguh yang dia malas ingin bergerak, hanya mahu bermalas-malasan dan menggunakan Hera.
Sambil menggigit bibir, Hera menyerahkan air tin itu kepada Rafael. Kesal, tapi takut nak melawan Rafael.
"Mana boyfriend kau?" Tanya Rafael, memerhati sekitar isi dalam rumah Hera mencari Kaiser.
"Kaiser bukan boyfriend saya. Berapa kali nak cakap?" Marah Hera. Rafael terkekeh.
"Lupa. Kau dengan dia nampak serasi," ujarnya. "Sesuai. Seorang lembut, seorang 'gagah perkasa' sampai boleh stalk orang dalam diam."
Hera menunduk, dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Rafael. Akan tetapi, dia masih tak mahu mengaku. Dia tak mahu semuanya terbongkar begitu sahaja.
"Stalk apanya..." gumam Hera, seakan berbisik. Bibirnya monyong ke depan.
"Tapi aku tak nak lah kalau kau ada kekasih. Nanti tak seronok aku nak datang ke sini hari-hari," kata Rafael sembari mengambil bantal di belakangnya dan berbaring dengan selesa di atas sofa.
"Awak nak datang hari-hari?!" Tempik Hera, terkejut.
Harini saja dah buatkan dia murung, apatah lagi kalau hari-hari. Boleh buat Hera gila gamaknya.
"Kau tak salah dengar. Aku akan perhati kau mulai sekarang, sama macam kau perhati aku dulu hari-hari. So just deal with it."
Rafael mengabaikan tatapan kecewa dan terkejut Hera.
Rafael hanya mahu membuat hidup Hera menjadi seperti neraka kecil mulai sekarang. Bermula dengan dirinya yang pindah ke apartment yang sama dan sekarang akan sibuk melepak di rumah Hera.
Dia hanya melakukan segalanya sampailah dia berpuas hati. Semuanya atas cadangan Eithan.
Katanya nak mendekati musuh, perlu dekati sedekat-dekatnya. Kalau perlu sampai bersemuka selalu. Itulah tektik yang dia lakukan dengan isterinya sampai berhasil menjadi isteri.
Rafael hanya bersetuju. Lagipun permainan bersama Hera belum berakhir.
Sebelum ini seharusnya menyakiti Hera sudah cukup memuaskan sampai gadis itu lelah mengejarnya. Tapi entah kenapa hatinya mahu lebih.
Mungkin kerana kebiasaannya dalam memperjudikan kesialan seseorang demi hiburan. Kebiasaan buruk susah hilang bukan?
Rafael menatap Hera yang sedang menahan lapar tetapi hanya membisu. Matanya tak lepas dari wajah gadis itu.
Beberapa minit kemudian, Rafael mengalihkan pandangan ke televisyen, menonton sampai larut malam dalam keadaan seolah-olah dirinya tuan rumah di sini.
Hampir jam suku dua belas, Rafael bangun, meninggalkan apartment Hera. Hera hanya menatap pemergian Rafael, malas mahu menghantarnya. Matanya dah hampir kuyu. Lapar dan mengantuk.
Tak lama loceng apartment Hera berbunyi lagi.
Saat gadis itu pergi untuk melihat siapa yang menekan loceng rumahnya di tengah malam, dia terkejut kerana hanya melihat ada bungkusan kotak makanan di depan rumahnya.
Bungkusan berisi ayam goreng dan beberapa hidangan sampingan beserta air tin. Miyoung tak pasti ianya dari siapa tapi hatinya menyangkal sekali ianya daripada Rafael.
Tersenyum kecil, Hera membawa masuk makanan tersebut ke dalam.
Di seberang sana, Rafael menunggu. Melihat reaksi Hera seusai menerima makanan tersebut. Setelah pintu rumah gadis itu tertutup, dia mematikan laptop seraya menuju ke bilik tidur.
Senyuman Hera tiba-tiba muncul di kepalanya. Dengan cepat Rafael menggelengkan kepala, menepuknya beberapa kali dengan ngeri.
"Cool, Rafael. Cool. Ingat Irene. Fuhh."
Rafael menarik dan menghembus nafas, cuba bertenang. Dia menjatuhkan diri keatas katil, menatap siling sebelum memejamkan mata untuk tidur.
To be continued
Macam nak buat fast pace je 🤧
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro