Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

HS [6]

Hello~

6. Prey

"Hera, you can do it alone. Are you sure?" Dr. Tan bertanya sekali lagi. Dia berada di meja Miyoung yang merupakan meja hujung di belakang makmal. Miyoung mengangguk.

"Sure, Dr.!"

Dr. Tan mengangguk juga. Lelaki itu kembali ke depan. Lab mereka dimulai. Masing-masing fokus pada kerja sendiri.

Hera mengalami kesulitan untuk menulis kertas kerjanya tapi kerana dia dah bertekad tak mahu berpasangan, mahu tak mahu dia kena hadapi juga.

Setengah jam berlalu. Barulah Hera membuat pengiraan. Melihat lagi perubahan projek kecilnya. Sampai waktu memanaskan bikar selesai, Hera terlupa untuk mengangkatnya menggunakan pengapit.

Jarinya sedikit melecur. Hera mendesis, menghisap jarinya yang kepanasan. Gadis itu tak menjerit, takut menganggu orang lain.

Dia kembali menulis meskipun rasa melecur pada kulitnya masih belum reda. Habis sahaja kelas, Hera berlari keluar. Tangannya dilibas ke udara.

Dua jarinya merah kerana kelalaiannya sendiri. Hera memuncungkan bibir  mengusap jarinya yang melecur itu ke bibir sendiri.

Secara tidak sengaja, badan Hera dilanggar oleh seseorang. Hera menoleh, melihat pelakunya.

Rafael.

Hera terdiam seketika. Kelu. Tapi saat Rafael berlalu pergi, barulah dia dapat bernafas lega. Matanya tak sengaja melihat botol air milik Rafael yang terjatuh.

Hera mengutipnya, ingin memulangkannya semula. Namun Rafael sudah jauh dari pandangan.

Hawa sejuk daripada botol air Rafael memberi kelegaan pada jarinya. Hera melepaskan udara panas dari mulutnya.

Dari kejauhan, Rafael memerhati. Melihat Hera yang memegang botol air plastik miliknya. Tak ada senyuman di wajahnya. Hanya satu pandangan kosong yang ingin terus melihat reaksi Hera.

Rafael tak dapat menafikan yang dia sangat tertarik melihat sifat Hera yang bertentangan dengan dirinya yang dulu. Gadis yang boleh dikatakan terlampau besar kepala tetapi menggeletis bila bersamanya, sekarang dah menjadi gadis polos nan suci murni.

Sangat. Sangat. Menarik.

Rafael yakin kemalangan tempoh hari tak seteruk itu. Hera cuma terpelanting dalam 15 atau 20 meter sahaja dari keretanya. Rafael pun ada memeriksa jika dia mengalami benturan teruk.

Tapi Rafael yakin tak semua yang mengalami benturan akan terkena amnesia. Paling-paling hanya pecah tempurung kepala atau mati.

Hera ini sangat... dramatik. Demi menjauhinya.

Atau sedikit manja. Tidak, sangat berlebihan manjanya.

Masakan terbentur sedikit dah hilang ingatan. Rafael boleh ketawa. Lawak.

Jangan ingat Rafael tak pernah melawatnya di hospital. Bukan kerana simpati, tapi kerana ingin melihat jika gadis itu serik atau tidak setelah menganggunya. Rafael juga diam-diam melihat rekod kesihatan Hera di hospital dengan bantuan Theodore yang ayahnya merupakan pemilik hospital Hera ditempatkan.

Walaupun Theodore jarang menyertai geng mereka, dia lah yang paling banyak sekali menyumbangkan maklumat perihal Hera kepada Rafael. Pendiam dan tak banyak mulut, tapi tangan lincah bergerak. Itulah Theodore.

Pun begitu, setelah beberapa minggu Hera tak sedarkan diri dan koma, Rafael mulai berhenti datang. Buat apa dia menjenguk orang yang sedang bersimulasi mati.

Dia sedikit kecewa sebenarnya kerana Hera hilang ingatan.

Sampai hati Hera melupakan jerih perih dalam mengejarnya sampai sanggup menjadi stalker. Rafael kan jadi tak sanggup membiarkan Hera melupakan kisah manis mereka.

Tambahan lagi sekarang Hera berani menolak permintaan Irene sampai membuat Irene sedih. Sudah hilang ingatan pun masih menganggu Irene.

Dia fikir Hera dah berubah. Tapi ternyata masih sama. Sama-sama suka menyusahkan Irene.

Sebagai calon kekasih Irene, niatnya murni bukan untuk membantu meringankan beban Irene? Kalau Rafael memberi pelajaran pada Hera, Irene pasti gembira.

Irene tidak perlu tahu. Rafael akan melakukannya dengan rela hati.

Lagipula, dia dan rakan-rakannya rindu untuk melihat kecantikan Hera saat menangis meminta bantuan. Mereka ternyata candu dengan kesungguhan Hera untuk hidup. Wajah paniknya saat diugut kematian menimbulkan perasaan yang berkobar-kobar dalam diri mereka.

Stret!

Bunyi motosikal terjatuh di tepi jalan kampus membuat Rafael tersenyum dalam diam. Matanya fokus pada figura Hera yang terhempap motosikal sendiri.

Orang-orang berpusu-pusu untuk membantunya. Tayar motornya pecah tak sampai beberapa minit dia menaikinya.

Hera dipapah oleh dua orang lelaki. Mereka membantunya duduk diatas rumput sementara motornya diangkat. Kakinya tak cedera teruk, hanya melecet sahaja terkena ekzos motor.

Wajah berkerut Hera saat kakinya yang melepuh disentuh membuat senyuman Rafael semakin lebar. Wajah yang sama ditunjukkan Hera sewaktu diperangkapnya tempoh hari.

Wajah Hera yang bingung saat Rafael tiba-tiba memberi respon setelah lama mengabaikan kewujudan Hera, nyatanya bukan respon yang Hera inginkan.

Hujung mata Rafael melihat pandangan seorang siswi tak bernama yang menatapnya penuh ngeri kerana ternampak senyuman jahatnya. Siswi tersebut terus melarikan diri sementara Rafael kembali mengendurkan senyumannya.

Rafael bersiul puas. Kaki panjangnya melangkah pergi, mendekati tempat di mana Hera sedang dikerumuni. Namun dia tidak berhenti.

Dia memilih masuk ke dalam keretanya yang terletak hanya bersebelahan tempat asal motor Hera terletak. Dalam perjalanan untuk masuk ke dalam kereta, sempat Rafael mengerling kearah Hera.

Mata mereka bertentangan dan Rafael memberikan senyuman iblisnya. Badan Hera tegang seperti saat pertama kali melihat Rafael sewaktu malam kemalangan itu.

Rafael tersenyum puas dengan reaksi Hera. Dia mengangguk kecil. Ini yang dia mahu.

Hera yang merasakan kepahitan perbuatannya sendiri.

Rafael tak semudah itu melepaskan orang yang melakukan kesalahan padanya. Meskipun orang itu kehilangan ingatan atau cacat. Selagi bukan hukuman darinya, Rafael akan menganggap orang itu belum sepenuhnya bertaubat.

●●

"Macam mana boleh jatuh motor ni? Kan saya dah cakap tak payah bawa. Biar saya saja yang hantar balik pergi kampus," bebel Kaiser.

Tangannya ligat menyembuhkan kaki Hera, risau. Terkejut besar dia saat mendengar sahabatnya jatuh dari motor. Tak sepatutnya dia benarkan Hera menunggang motor dalam keadaan masih amnesia.

"Licin. Saya pun tak perasan ada minyak tumpah," jawab Hera. Mulutnya mendesis setiap kali Kaiser menekan luka di kakinya itu.

Kaiser berdecit. Dia menatap Hera.

"Esok saya hantar lah. Tak payah boceng sorang-sorang dah," ujar Kaiser. Dia tak mahu terjadi sesuatu yang bukan-bukan pada Hera.

"Tak payahlah. Saya dah besar."

"Tapi awak tu masih tak ingat apa-apa. Dengan keadaan macam ni, susah hati saya nak bagi awak pergi mana-mana seorang diri."

"Kaiser, bukannya saya sampai kena culik pun." Panjang Hera memuncungkan bibir. Tak suka diomel oleh Kaiser.

"Habistu nak tunggu kena culik dulu lah baru nak cari saya macam tu?" Kesal pula Kaiser bila Hera tak ambil serius akan hal ini.

Hera menggaru kepalanya. Dia melihat Kaiser yang membalut luka pada kakinya. Terharu sedikit dengan betapa pedulinya Kaiser akan dia.

"Kali ini aje. Kalau jadi apa-apa nanti awak boleh ceramah panjang-panjang. Tapi bagi saya berdikari dulu," Hera berkata.

Dia memegang lengan Kaiser, memohon.

"Awak sendiri kata saya belum ingat apa-apa. Jadi bagi saya belajar. Kalau saya tak buat semua tu, macam mana saya nak pulih? Kalau semua saya bergantung pada awak, sampai bila-bila lah saya takkan ingat. Awak nak saya amnesia selamanya?"

Kaiser menatap ragu pada Hera. Kalau boleh dia memang mahu Hera hilang ingatan selamanya agar gadis itu tak kembali mengejar Rafael dan melakukan kerja bodoh.

Tapi di satu sisi lain Kaiser takut terbeban pula kalau Hera asyik terkena musibah disebabkan ingatannya yang hilang. Kesian pada Hera dan kesian pada dirinya juga yang harus bertanggungjawab.

Kaiser mengangguk, menyetujui cadangan Hera biarpun berat hati.

"Jangan sampai terluka."

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro