HS [5]
Hello~
5. Approach
"You sure nak buat sendiri? Lab ni memang ada individual marks tapi susah kalau buat sendiri."
Dr. Tan menatap Hera dengan reaksi khawatir. Dia tak keberatan kalau Hera melakukannya sendiri, tapi mengingat kalau gadis itu baru sahaja kembali dari kemalangan dan katanya amnesia, dia takut Hera ketinggalan.
"Saya boleh. Saya tak nak susahkan lab mate saya dengan keadaan saya sekarang. Saya mungkin amnesia, tapi saya belum lupa lagi apa yang saya belajar selama ni," ujar Hera, meyakinkan Dr. Tan.
Lelaki itu tak ada bantahan lagi. Kalau itu yang diinginkan oleh Hera, dia akan menyetujuinya sahaja.
"Baiklah. Saya benarkan. Tapi kalau you perlukan bantuan, boleh tanya pada Rafael. You ingat kan dia yang mana? He's an excellent one in my class. Atau you nak saya assign tutoring class dengan dia?"
Hera terus terbatuk-batuk kasar mendengar cadangan Dr. Tan. Gadis itu menolak botol air yang dihulurkan oleh Dr. Tan sambil menghayunkan tangannya membentuk 'X'.
"No!" Jawab Hera laju. Dia terus menekup mulutnya, risau terdengar kasar.
"Maksud saya, tak apa. Saya tak perlukan bantuan dia lagi."
Dr. Tan terkekeh kecil.
"It's okey. Since you're also one of my best student, I'll give you a chance. You boleh pergi sekarang," ujar Dr. Tan.
Hera mengangguk. Bunyi ketukan pada pintu pejabat Dr. Tan tak mengganggu Hera. Sementara Dr. Tan mengerling sekilas kearah pintu.
"Kebetulan. Panjang umur you Rafael," ujar Dr. Tan.
Hera terus mematung. Gadis itu berdiri dengan kaku, berpusing untuk pergi. Haruman maskulin Rafael tercium saat keduanya berselisih. Bezanya Rafael tak melihat kearahnya lagi seperti sebelumnya.
"Ada good news untuk you. You akan berpasangan dengan Irene untuk lab seterusnya. Boleh kan? You bimbing dia kali ni sebab sebelum ni dah selalu buat sendiri," ujar Dr. Tan.
Hera memulas tombol pintu perlahan-lahan, ingin mendengar respon Rafael walaupun sedikit takut. Takut kecewa kerana jauh di sudut hatinya, masih ada sedikit rasa buat lelaki itu.
Lama Rafael diam, membuatkan Hera terpaksa pergi kerana tak mahu dicurigai. Jadi Hera tak dapat mendengar jawapan Rafael.
"Partner dia?" Tuju Rafael pada Hera.
"Hera? Dia nak buat sendiri. Jadi saya harap you boleh faham la kenapa saya assign you dengan Irene. Can ah?"
Rafael mengangguk. Dengan senang hati dia menerimanya.
Lelaki itu keluar tak lama kemudian. Kakinya melangkah melewati koridor, menuju ke tempat parkir.
Di sana, dia melihat Hera yang sedang berlegar-legar sambil berbicara dengan Mikael, rakan sekelasnya.
Lelaki yang dijuluki gelaran playboy dan jauh sekali dari type Hera. Rafael menggeleng perlahan. Ternyata gadis itu masih berusaha keras.
---
"Dah kenapa pula tayar ni?"
Hera merungut sambil turun dari motor milik Kaiser yang dipinjamnya untuk ke kampus hari ini. Motor itu tiba-tiba menjadi berat dan hilang kawalan di separuh jalan semasa pulang.
Hera memeriksa tayar belakangnya, melihat ianya kempis.
Gadis itu buntu, tak faham apa yang perlu dia lakukan untuk memperbaiki masalah ini.
Dia ingin menelefon Kaiser, namun bateri telefonnya mati. Hera menggaru kepalanya, menunggu idea yang tak kunjung tiba. Sudahlah jalan di sini sepi sekarang kerana hampir gelap.
Gadis itu menuntun motorsikalnya ke tepi jalan. Sedikit mengeluh kerana berat. Ditambah lagi dia takut terjadi sesuatu memandangkan matahari hampir terbenam.
"Kaiser... aku takut..." gumam Hera. Menyesal dia ambil jalan pintas.
Kalau tahu begini, dia gunakan sahaja jalan utama biarpun lambat sampai. Kata Mikael, jalan ini paling cepat untuk sampai ke apartmentnya. Hera percaya sahaja kerana Mikael terlihat meyakinkan.
Tahu begini dia abaikan sahaja.
Cahaya dari kereta yang menghampiri dari belakang membuat Hera menoleh. Dia menutup matanya, sedikit silau.
Sedang Hera berperang dengan fikiran tentang siapa pemilik kereta kurang ajar sampai menaikkan high beam padanya, tak sedar orangnya sudah pun keluar dari kereta.
Hera lagi-lagi ditimpa malang kerana bertemu Rafael. Lelaki itu mendekatinya, melirik tayar motornya yang kempis.
"Motor kau okey?" Tanya Rafael.
Hera meremas handle, sedikit cemas. Dia mengangguk.
Rafael terus mencangkung, memeriksa tayar motor tersebut.
"Perlu bawa ke bengkel. Panggil mekanik. Kau boleh balik sendiri?" Ujar Rafael.
Bodohnya, Hera menggeleng.
"Bateri fon saya mati. Tak tipu!" Hera menunjuk telefonnya, risau Rafael berfikir ini akal-akalannya sahaja untuk bersama lelaki itu seperti dulu.
"Habistu kau nak buat apa sekarang?" Soal Rafael. Hera berkerut.
Dia fikir Rafael akan menumpangkannya. Gadis itu memberanikan diri menatap Rafael.
"Pi—pinjamkan saya telefon. Saya nak telefon Kaiser," pinta Hera. Tak ada jawapan dari Rafael.
"Sekejap je. Nanti saya ganti kredit awak. Saya tak ada orang lain lagi nak hubungi."
"Telefon aku dalam kereta," jawab Rafael.
Hera cuma diam, saling bertatapan dengan Rafael.
"Kereta," ulang Rafael.
Hera terus menongkat motor, berjalan menuju kereta Rafael diikuti oleh lelaki itu. Hera berdiri seperti orang bodoh, menunggu Rafael membukakan pintu.
Melihat Rafael yang hanya meliriknya tanpa berniat membukakan pintu, Hera terus membukanya sendiri.
"Telefon awak dekat mana?" Tanya Hera.
"Dalam," jawab Rafael, menghampiri Hera dari belakang. Gadis itu menunduk ke dalam perut kereta, mencari di mana telefon Rafael berada.
Tak semena-mena, Rafael menolak tubuh Hera masuk ke dalam kereta dan menutup pintunya. Lelaki itu ikut masuk ke dalam setelahnya.
Dia disapa dengan wajah terkejut Hera.
Hera ingin keluar, tapi pintunya segera dikunci. Peluhnya panas sejuk sahaja berada di dalam kereta walau baru lima saat.
"A-awak buat apa ni?" Terketar-ketar suara Hera bertanya.
Rafael sekadar menatap Hera, seperti menikmati ketakutan gadis itu. Dia tak melakukan apa-apa lagi, hanya membiarkan Hera berspekulasi sendiri.
"Kenapa tengok macam aku nak baham kau? Muka aku ada nampak macam penjahat?" Balas Rafael, sengaja. Hera meneguk ludah.
Laju Hera menggelengkan kepalanya.
"Te-telefon awak?" Tanya Hera.
Rafael akhirnya menyerahkan telefonnya kepada Hera. Dia perhatikan sahaja Hera yang menelefon nombor Kaiser beberapa kali sebelum akhirnya memutuskan untuk menghantar pesanan ringkas sahaja.
"Dah siap hubungi boyfriend kau?" Tanya Rafael. Hera mengangguk sahaja.
"Thanks. Kalau macam tu saya keluar dulu," ujar Hera. Tetapi Rafael terus mencekal tangannya.
"Kau betul-betul tak ingat aku?"
Rafael mendekat lagi seperti tempoh hari, mencurigai Hera.
"Sa—saya dah tahu yang awak Rafael. Orang kata awak popular," balas Hera.
"Who's orang?"
Hera meneguk ludahnya lagi.
"Itu... kawan sekelas saya... Diorang selalu cerita pasal awak," balas Hera. Maaf sahabat, kalian terpaksa menjadi umpan Rafael.
"Diorang tak ada cakap pasal apa-apa pasal kau dan aku?" Soal Rafael. Hera menggeleng.
"Ke-kenapa? Kita kawan ke?" Hera berpura-pura bingung.
Tak lama, seringai kecil muncul di bibir Rafael. "Kawan?"
"Kau nak berkawan dengan aku sekarang?"
Pertanyaan Rafael seperti jerat. Kalau Hera salah jawab, pasti dia terperangkap. Mana-mana jawapannya tetap akan merugikan Hera.
"Eh! Awak tolak saya masuk dalam ni... sebenarnya awak nak buat benda tak elok pada saya kan!?" Hera ubah topik.
Hera mengundur, menyepetkan matanya seolah mencurigai Rafael.
"Kalau ya, kenapa?" Balas Rafael.
Mata Hera terbeliak. Dia segera membuka lock pintu kereta untuk pergi. Rafael sempat mencengkam tangannya.
"Kalau aku nak buat benda tak elok kenapa? Kau nak buat apa?" Tanya Rafael.
Hera mengerutkan wajahnya. Dia menepis tangan Rafael.
"Gila!"
Gadis itu berlari pergi ke motornya semula. Dia mengambil begnya untuk pergi dari sana.
Kebetulan, Kaiser sampai tepat pada masanya. Hera terus melompat naik keatas motor Kaiser dan pergi.
Lagi-lagi Rafael melihat Hera pergi dengan Kaiser.
Rafael tergelak jahat. "Ah. Dia masih nampak comel bila ketakutan. Mata yang sama..." Lelaki itu tersenyum sinis.
Tak lama, beberapa buah kereta mewah berhenti di sebelah kereta Rafael.
"Lambat lagi ke, Raf?" Rengek Marcell. Bosan melihat Rafael yang cuma mengusik Hera.
"Belum masanya."
"She's frightened. Isn't that good enough?" Celah Alexander. Entahlah, barangkali dia pun haus sama macam Marcell. Menginginkan sesuatu yang menarik untuk menghibur.
"Not yet!" Tegas Rafael. Belum masanya dia menarik Hera kembali dalam permainan walau pada awalnya dia sudah menghalau gadis itu pergi.
Tetapi Rafael dan sahabatnya bukan orang baik-baik. Mana pernah mereka menepati janji.
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro