Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

HS [4]

Happy reading!

4. Awkward

"Hera, nak join kami makan dekat Jolibee tak?"

"Hujung minggu ni saya nak ajak awak keluar. Sudi tak?"

"Kita study group sama-sama nak tak? Dekat rumah saya."

Hera dikerumuni rakan-rakan dari kelas sebelah usai ke lab. Mereka berlumba-lumba ingin berbicara dengan Hera, membuat Hera pening.

"Satu-satu please..." pinta Hera.

"Ekhem! Dr. Tan dah nak datang. Silakan kembali ke kelas sendiri," ujar Irene, menghalau orang-orang yang menganggu Hera.

Irene Lee, orang yang menghantui Hera juga dalam diam.

Hera tersentak melihat Irene yang tersenyum padanya. Gadis itu mengambil tempat di sebelahnya, hanya dipisahkan dengan sinki yang berada di tengah meja.

Hera mengutuk dirinya kerana tak duduk di hadapan sahaja bersama orang lain. Orang yang paling Hera tak mahu temui selama dia hidup sekarang adalah Irene, punca dari segalanya.

Ditambah sekarang Hera merasakan aura sejuk di belakangnya, seolah-olah ada yang sedang menikamnya. Pasti itu Rafael yang marah kerana dia mendekati Irene.

Eh! Bukan dia yang dekat tapi Irene yang datang dulu.

Irene Lee, gadis yang dikejar oleh Rafael.

Selama mengejar Rafael, Hera tahu siapa gadis yang Rafael obseskan selama ini. Tapi Hera buat tak peduli kerana lebih mementingkan perasaanya sahaja.

Hera pernah hampir melukai Irene kerana cemburu dulu, tetapi diketahui pantas oleh Rafael. Itulah saat dirinya terpaksa masuk hospital. Syukur kepalanya masih okey dan tidak pecah.

Hera menggerakkan kerusinya lebih jauh dari Irene dan berpura-pura sibuk. Dia memakai airpod agar Irene tak dapat bercakap dengannya. Dia tak mahu kalau Rafael salah faham dan mengancamnya sekali lagi.

Sebaik sahaja Dr. Tan masuk, Hera fokus kepada pembelajaran dan tak menghiraukan Irene. Sekalipun Irene meminta radas, Hera akan memberikannya tanpa melihat kearahnya. Dia sibuk menulis sendiri, lebih takut jika dibunuh Rafael daripada takut eksperimennya meletup.

"So, next week you'll be doing your experiment with your lab partner. Each group will only contain two members. Not more, not less. See you next week!"

Dr. Tan mengemas barang-barangnya dan segera keluar, pun begitu dengan Hera yang semakin pucat. Dia lagi-lagi ditimpa sial. Kenapalah Dr. Tan menyuruhnya untuk satu kumpulan dengan Irene?

Hera lagi rela sendirian daripada bersama Irene.

Gadis itu pantas keluar, ingin mencari ketenangan. Namun saat berada beberapa langkah dari pintu kelas, Irene memanggilnya.

Irene tersenyum dengan Rafael yang mengekorinya dari belakang. Mata lelaki itu tajam menatap Hera. Hera cuba mengabaikannya.

"Haa, Irene," balas Hera, sedikit panik.

"Hera, I'm sorry. Saya baru tahu pasal awak yang amnesia. Awak dah okey sekarang?" Tanya Irene, risau. Hera meneguk liurnya.

"I'm okey. Jangan risau," balas Hera, kekok.

"Kalau awak perlukan apa-apa, bagitahu je saya. Saya tolong. Awak masih ingat kan pasal chemistry ni?" Tanya Irene. Hera mengangguk.

"I'm good. Lagipun Kaiser ada. Johnny dengan Jamal pun banyak bantu. Ada siapa lagi eh?"

Hera ingin segera pergi dari sana. Dia tak selesa dengan renungan Rafael.

"Pasal lab kita. Awak nak study sama-sama? Next lab dikira sebagai extra marks untuk final test so kalau boleh saya nak kita practice dulu. Kita buat dekat rumah awak nak?" Cadang Irene. Gadis itu memegang tangan Hera, langsung tak sedar akan ketegangan antara Hera dan Rafael.

"Erm, Irene!" Hera menepis tangan Irene dan mengundur.

"Saya rasa lebih baik kalau saya buat sendiri je. Awak boleh grouping dengan dia? Dia masih sendiri? Saya tak nak drag markah awak, jadi lebih baik saya buat sendiri. Pasal Dr. Tan, biar saya yang cakap dengan dia. Saya boleh gabung dengan orang lain!" tolak Hera.

Sengaja dia menyerahkan Irene kepada Rafael agar masalah ini tidak berlanjutan.

Senyuman Irene luntur.

"Are you sure?" Tanya Irene. Hera mengangguk.

"Dr. mesti faham. I got to go. See you!"

Hera terus berlari pergi dengan cemas. Kakinya sampai tersadung, menjatuhkan buku di tangannya. Dia menoleh ke belakang, melihat Irene dan Rafael yang menatap kearahnya.

Irene menutup mulut kerana terkejut manakala Rafael hanya berkerut.

---

Hera menunggu Kaiser di perhentian bas. Waktu sudah lewat sekarang. Tapi Hera malas untuk balik sendiri kerana nanti Kaiser akan sendirian.

Dia kasihan. Kaiser juga akan menginap di apartmentnya, jadi lebih baik kalau mereka pulang bersama.

Sedang Hera menunggu, dia kembali merasakan bulu romanya naik. Saat dia menoleh, dia melihat Rafael yang berjalan mendekati perhentian bas bersendirian.

Hera terus mengalihkan pandangan saat Rafael melewatinya. Gadis itu menunduk, berpura-pura bermain dengan telefonnya. Hera dapat mendengar suara tapak kasut Rafael, menandakan lelaki itu sudah dekat.

Nafas Hera tersekat. Tiba-tiba sahaja dia mendapat flashback tentang malam di mana Rafael mengugutnya.

"Sekali lagi kau tunjukkan muka kau depan aku, siap-siap nyawa kau melayang, Anne Hera."

"Anne Hera."

Hera menoleh, terkejut mendengar namanya dipanggil oleh Rafael. Mata lelaki itu redup menatapnya. Sukar untuk Hera agak apa yang bermain di minda lelaki itu sekarang.

"Kau... betul-betul amnesia?" Soal Rafael. Entah sejak bila, Rafael dah pun berada beberapa inci sahaja dengannya.

Lelaki itu mencondongkan badan ke depan, mendekati Hera. Hera menahan nafasnya.

Anak matanya bergetar memandang Rafael.

Dek kerana tak bernafas dan tidak berkedip, wajah Hera berubah merah seperti tak cukup oksigen dan matanya berair.

Pin!

"Hera!"

Kaiser berlari turun dari motornya seraya menarik Hera menjauhi Rafael. Lelaki itu panik saat melihat Hera mengalirkan air mata. Ditutupnya kepala Hera dengan tangannya dan dijelingnya Rafael.

"Ada urusan apa kau dengan Hera?" Kaiser mendesis garang.

Rafael tenang, menyandarkan badan pada penghadang di belakangnya.

"Tak ada. Aku cuma tegur kawan lama," balas Rafael. Kaiser mengerutkan hidungnya.

Setahunya cuma ada dia dan Hera di sini. Tak ada kawan lama Rafael.

Kaiser meraup wajah Hera, melihat sahabatnya itu pula.

"Awak okey? Dia ada buat apa-apa pada awak?"

Hera menggeleng. "Saya okey. Dia tak buat apa-apa. Tapi saya takut." Hera mulai berdrama.

"Takut?"

"Saya tak kenal dia tapi dia tahu nama saya," ujarnya. Kaiser bernafas lega. Hera sengaja mendekati Rafael lagi.

"Dia bukan siapa-siapa. Awak tak perlu risau. Dia mungkin salah seorang peminat gila. Jangan hiraukan dia," ujar Kaiser, tak mahu Hera kembali mengingat siapa itu Rafael.

Mendengar dirinya disebut peminat Hera, Rafael ingin protes. Tapi dia tak sempat menyuarakannya kerana Kaiser dengan cepat-cepat mengheret Hera pergi.

Gadis itu membonceng motor Kaiser, memeluk pinggang lelaki itu dengan erat.

"Kalau tak kenal, kenapa takut?"

Pertanyaan Rafael membuat Hera tak berani menoleh. Pegangannya pada Kaiser semakin ketat. Rafael tersenyum sinis.

Dia hanya mengamatinya Hera dan Kaiser yang kini hilang dari pandangan.

"Anne Hera."

Lidah Rafael menekan-nekan dinding mulutnya sendiri.

"You can't fool me. Rafael von Reinhardt."

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro