Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

HS [3]

Happy reading! Vote please.

3. Ignore

Sudah lebih seminggu Hera kembali. Kampus semakin kecoh dengan Hera versi baru ini.

Tak hanya itu, ada yang sanggup mengintip ke kelas Hera semata-mata ingin melihatnya.

Hera tak tahu ini berkah atau musibah, tapi dia bersykur. Setidaknya peminat fanatik ini menjauhkannya daripada Rafael. Cuma dia sendiri tak faham kenapa dirinya diidolakan.

Langka sangatkah penyakit amnesia sampai semua orang layan dia seperti alien? Asyik takjub sahaja. Naik pening dia.

Tidak tahu saja dia dirinya itu popular kerana kegilaannya dulu.

Tapi mujurlah juga. Kalau tidak melekat imej perempuan gila padanya. Malu sungguh dia dengan sifat lamanya. Ada ke patut menyalak waktu ada lelaki selain Rafael nak berkenalan?

Sudah beberapa kali Hera hampir bertembung dengan Rafael secara tak sengaja. Tapi pertemuan itu akan digagalkan dengan siswa-siswi yang berkerumun ingin bergambar dengannya.

Rasanya tahap populariti Hera sudah naik satu tangga, mengalahkan seniornya— Mia Serafina yang kini sendu dek kerana tertangkap bercinta dengan lelaki tak sesuai ekspektasi ramai. 

Mujurlah seniornya jenis orang yang tak ambil peduli pada kutukan orang. Biarpun kekasihnya tak kacak melalui kiraan matematik, dia tetap mencintainya. Kacak kalau tak beri kenyamanan dalam bercinta pun tak ada gunanya juga.

"Hai, Hera. Nak pergi kelas sama-sama tak?" Tanya Karina, salah seorang classmate dalam jurusan yang sama dengan Hera. Karina menyapa dengan penuh berharap.

Dulu dia pun takut dengan Hera. Risau diterkam. Tapi sekarang gadis nerd itu cuba untuk membuat kawan dengan Hera. Sunyi.

"Pergilah dulu. Saya nak ke kafe," tolak Hera. Sejujurnya Hera lapar. Dia juga penat untuk melayan orang, tapi dia perlu menolak dengan sopan.

Karina sedikit kecewa, namun gadis itu cepat-cepat bersemangat lagi. Takut Hera pula yang tak senang duduk.

"Baik, Hera. Jumpa kat kelas!" Karina melambai pergi seraya berlari-lari anak pergi. Pipinya merah kerana berjaya menegur Hera, idolanya.

"Akhirnya." Hera menghela nafas panjang.

Langkahnya lemah memasuki kawasan kafe yang sedikit lengang. Gadis itu pergi ke salah satu gerai, melihat-lihat air untuk dibeli. Diukurnya botol mana yang paling sejuk agar dia tak perlu merungut airnya kurang sejuk.

Sedang gadis itu dalam dunianya sendiri, tiba-tiba sahaja bulu romanya tegak. Hera dapat merasakan alarm bahaya berdering dalam kepalanya.

Perasaan ini perasaan yang sama dia rasakan pada malam sebelum kemalangan. Saat Hera melihat ke pantulan melalui cermin di hadapannya, matanya terbeliak.

Rafael! Dia betul-betul ada di belakang Hera.

"Hera, air kundur lagi?" Sapa kakak kantin, Kak Tasnim. Kak Tasnim dah terbiasa mengingat Hera. Lagipula tak ada hantu air kundur di kantin ini melainkan Hera. Stok air kundur habis kerana gadis itu sahaja.

Hera terus mengangguk dengan kaku. Gadis itu cuba mengukir senyumannya. Tangannya terketar-ketar.

"Tangan kamu kenapa? Parkinson?" Tegur Kak Tasnim.

Ketiganya terus menunduk, melihat tangan Hera yang kemudiannya ditarik oleh Kak Tasnim.

"Alahai, sejuknya. Ini mesti ukur suhu lagi kan? Dah akak kata dah semuanya sama sejuk je. Degil. Ini mesti gastrik juga tak makan lagi kan? Kaiser dah pesan dekat akak suruh pastikan kamu makan tepat waktu, " bebel Kak Tasnim.

Wanita itu terus membungkuskan dua botol air kundur dan juga roti buat Hera.

"Tak usah bayar. Makan ni. Gastrik kamu teruk nanti."

"Terima kasih akak. Maaf Hera susahkan akak."

"No problem lah. Ini masuk buku 555 Kaiser, setel."

Hera tergelak. Hampir terlupa dirinya sekarang berada di sebelah Rafael. Lelaki itu dah berganjak ke tepi sedari perbualan antaranya dan Kak Tasnim bermula.

Dia sedar akan tatapan samping Rafael kearahnya. Kerana itu Hera harus berlagak tenang dan ketawa seperti tak ada apa yang berlaku.

"Saya pergi dulu. Ada kelas."

Tanpa menoleh lagi, Hera laju mencari kelasnya. Dia sampai lupa di mana tempatnya.

Sampailah di tingkat tiga, dia akhirnya menemui kelas itu. Saat dia menutup pintu, alangkah terkejutnya dia saat melihat Rafael yang berjalan melewati kelasnya. Nafas Hera tersekat.

Jadi sepanjang jalan tadi Rafael berada di belakangnya? Kerana itukah adrenalinenya laju merembes? Hera fikir dia mungkin boleh parkour tadi kerana ingin cepat-cepat sampai ke kelas.

"Hera? Are you okey?" Tanya Tiffany, lagi seorang classmate risau melihat tubuh Hera yang menggeletar tak cukup nafas. Satu kelas mulai menatapnya.

"Aku... erm... hantu."

"Hantu?!"

Satu kelas berteriak. Mereka percaya dek kerana wajah Hera yang pucat lesi.

"Kan aku dah kata bangunan ni berhantu korang tak percaya!" Johnny menyampuk dengan yakinnya sementara yang lain ternganga. Johnny itu penipu nombor satu kelas.

Tak sangka penipuannya menjadi kenyataan dengan jawapan Hera.

---

Rafael von Reinhardt. Lelaki yang tak pernah kenal erti menyerah.

Kerana itu dia hanya mencintai seorang wanita sahaja sampai sekarang. Meski wanita itu belum membalas perasaannya sepenuhnya.

Lelaki yang terbiasa memiliki segalanya dengan sekali petikan, tergugat bila ada yang tak mampu dimilikinya.

Irene Lee adalah wanita idamannya.

Satu-satunya yang dia mahu.

Namun sekarang perhatiannya harus teralih pada hama yang telah kembali setelah dibasmi.

Sepanjang dua minggu dia memperhatikan Hera. Gerak-geri gadis itu tak ada yang mencurigakan. Dia nampak normal.

Tetapi terlalu normal sampai membuat dirinya tak ubah seperti gadis-gadis lain di kampus ini.

Hera memang mengabaikannya, namun pengabaian itu disertakan dengan sesuatu yang tak menyenangkan Rafael.

Bermula dengan instagram feed Hera yang tak ada lagi gambar-gambar yang diambil berdekatan Rafael atau ayat-ayat cinta yang menjadi hint kepada Rafael.

Gadis itu juga mengganti bio media sosial dengan hal yang tak penting. Bukan lagi tanda pemilikan pada Rafael.

Tak hanya itu, gadis itu juga lebih terbuka sekarang. Menayang kulit bersihnya di sana sini seperti tak ada malunya.

Bajunya simple, tapi mampu membuat mata yang memandang kelabu.

Dahulu Hera tak akan memuat naik gambar seksi biarpun sedikit sahaja tubuhnya yang terdedah. Biasanya gambar-gambar sebegitu akan dihantar kepada Rafael sahaja. Tapi kini, lihatlah bagaimana gadis itu meletakkan kapsyen, 'selflove' pada gambar menayangkan perut seksinya.

Gadis itu juga membalas komen orang-orang yang 'menjilatnya'. Kalau dulu Hera tak akan pernah menanggapi mereka. Yang dia perlukan hanyalah komen Rafael. Kini, validasi mereka yang dia cari.

Dulu, Hera tak mungkin peduli dengan validasi tak berguna dari orang tak berguna. Sekarang dia sibuk bermesra dengan lelaki tak kira masa. Hera dah menjadi salah satu manusia annoying di muka bumi.

Yang paling Rafael tak sangka sekarang Hera dah berani meng-unfollow dirinya di instagram.

Hera tak tahu, hal-hal yang dia lakukan sekarang ini, semuanya adalah turn off bagi Rafael. Semuanya adalah hal yang paling Rafael benci. Perempuan sepertinya jauh sekali dari kata idaman bagi Rafael.

Namun begitu, kenapa perlu Rafael peduli? Bukankah dia tak menyukai Hera? Anehnya, dia rasa panas bila Hera mula tak menghiraukan dirinya.

Dia cuma mahu memastikan Hera berhenti menganggunya. Sebaliknya, dia pula yang gelisah bila hama itu betul-betul berhenti.

"Raf, jadi race malam ni?" Theodore, salah satu sahabat Rafael menegur.

Diikuti Alexander, Marcell dan Eithan. Mereka telah lama bersahabat dan memiliki minat yang sama dalam lumba kereta.

"Aku dah lama tak gerak baby jalan. Jangan cancel last minute," sampuk Marcell, membayangkan kereta kesayangannya yang diberi nama baby. Marcell tak pernah peduli pada sesuatu kecuali keretanya sahaja.

"Jadi. It's a private race as usual," balas Rafael. Kelima lelaki itu suka bersaing sesama sendiri.

Kecuali ada pertandingan lumba kereta diantara anak-anak konglomerat, mereka akan terus menyertainya untuk mempamerkan kesayangan mereka.

"Kau nampak macam nak terkam orang. Mangsa baru?" Eithan bertanya.

Lelaki berkampungkan London itu menatap Rafael. Diantara mereka, Eithan sahaja yang dah berkahwin. Pengantin perempuannya sampai sekarang masih misteri.

Itu pun dikahwinkan kerana Eithan secara paksa melakukan tangkap basah demi mendapatkan isterinya itu.

Sayang sekali pada isteri sampai kawan sendiri pun tak tahu identitinya.

"Aku cuma tengah perhatikan hama yang mungkin menganggu lagi. Kalau lepas pandang, mungkin dia gigit lagi," jawab Rafael dengan tenang.

Seringai kecil timbul di wajah kelima sahabat itu.

"Bukan malam tu kau dah buat dia serik? They loves the show you put on for them," Alexander menambah. Lelaki itu terlihat sahaja diam tapi dia mungkin lebih teruk daripada Rafael.

"We got plenty of benefits because of that..." Alexander berdecit kecil.

"She doesn't know," kata Rafael. Mindanya kembali bermain dengan malam kejadian. "I'm not satisfied."

"Kau betul. Mana seronok kalau dia tak tahu. Macam kita syok sendiri pun ada," gerutu Marcell.

"Can we have round two?" Pinta Marcell.

"There will be no round two," bantah Rafael. Marcell mendengus kasar, kecewa.

"Unless I woke her up from the amnesia..."

Mata Marcell kembali ceria.

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro