Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

HS [2]

Happy reading!


2. She's here, but who are you?

"Hera! Awak dah sarapan?"

Kaiser memasuki apartment kecil milik Hera sambil membawa seplastik makanan dari subway kepada sahabatnya. Kegemaran gadis itu dari dulu hingga kini.

Sudah dua minggu sejak Hera keluar dari hospital. Keadaan Hera dah stabil dan berat badannya pun dah naik kembali sedikit demi sedikit.

Kaiser melihat sekeliling, tak menemui Hera. Lelaki itu meletakkan gugusan plastik makanan keatas meja di dapur seraya mencari Hera di ruang tamu. Ternyata gadis itu sedang menonton 'netflix' di ipad miliknya sambil memakai airpod. Padanlah tak dengar.

"Hei!" 

Kaiser menepuk bahu Hera. Lelaki itu tersenyum melihat respon Hera yang terkejut. Wajah 'buruk' Hera menjadi santapan keduanya selepas makan pagi tadi.

"Kaiser!"

Hera melompat keriangan, menyambut kedatangan Kaiser. Seperti ini lah dia sekarang. Tak ada lagi kata umpatan dan kasar buat Kaiser melainkan Hera yang lemah-lembut.

Imej baru yang dia buat agar dapat mengaburi orang-orang. Jijik sangat. Tapi nak buat macam mana. Demi kelangsungan hidupnya.

"Saya bawakan sarapan. Awak mesti lapar kan?"

Krukk~ Tepat pada masanya, perut Hera berbunyi. Kaiser ketawa.

Dia terus menarik tangan Hera ke dapur untuk menyuruh gadis itu makan secepatnya. Hera ada gastrik, tak baik jika melewatkan makan.

"Terima kasih. Awak memang terbaik! Tahu je apa yang saya suka," ujar Hera dengan nada sendu yang dibuat-buat.

"Jadi awak dah ingat?" Tanya Kaiser dengan penuh harapan. Hera menjeda gigitan pada sandwich. Gadis itu laju menggeleng.

"Maaf. Saya belum ingat apa-apa."

Hera menunduk, mengharapkan simpati Kaiser. Padahal dalam hati dia sudah meminta maaf beribu kali kerana terpaksa membohongi Kaiser. Andai Kaiser tahu, dia pasti kecewa.

Kaiser mengangguk perlahan. Dia tersenyum, namun Hera tahu lelaki itu pasti sedih. Hera memegang bahu Kaiser.

"Walaupun saya tak ingat, tapi saya dapat rasa awak kawan yang baik. Dekat sini—" Hera meletakkan jarinya ke bahagian dada sendiri, "—selalu yakin yang awak orang paling dekat dengan saya. Dekat sini selalu buatkan saya rasa satu perasaan hangat macam rasa sayang untuk keluarga. Hati saya mungkin masih ingat pada awak."

Kaiser lagi-lagi menangis. Dia terharu. Hera terus memeluk Kaiser, cuba menenangkannya. Dia lupa Kaiser ini crybaby. Tapi setidaknya berguna juga untuknya. Semakin Kaiser bersimpati, semakin mudah dia menipu.

"Saya ingat saya nak balik kuliah," ujar Hera. Keduanya melepaskan pelukan.

"Awak yakin?"

"Yakin. Saya dah sihat. Segar-bugar."

"Bukan tak mahu bagi tapi... rehat lah lama lagi Hera," pujuk Kaiser. Lelaki itu ragu-ragu untuk membenarkan Hera keluar dari apartmentnya.

"Saya sebenarnya rindu nak belajar. Saya dah lupa macam mana vibes dekat kampus." Hera menunduk lagi. Gadis itu mengambil satu gigitan pada sandwichnya. Keterdiamannya membuat Kaiser serba-salah.

"Betul awak nak kembali sebab belajar?" Soal Kaiser. Hera mengangguk.

"Untuk apa lagi?"

Kaiser mengeluh. "Hah. Baiklah. Saya benarkan."

"Yeayy!"

"Tapi janji awak tak boleh kacau Raf—" Kaiser menekup mulutnya, lagi-lagi terlepas cakap. Hera tahu siapa orangnya tanpa diteka.

Namun Hera harus berpura-pura tak mengenalinya. Dia sendiri pun tak mahu ikut campur dalam urusan Rafael lagi. Lelaki gila tu! Hampir nyawanya melayang!

"Raf siapa? Kenapa awak selalu sebut nama dia. Dia kawan kita ke?"

Ini kalau dinominasi di Oscar, barangkali Hera sudah memenangi watak pembantu tambahan terbaik.

"Bukan! Dia bukan siapa-siapa. Kalau awak betul nak kembali. Janji dengan saya awak kena lari bila berdekatan dengan lelaki yang bernama Rafael. Jangan pernah dekat dengan dia. Janji?"

"Janji!"

Tak perlu janji pun akan Hera lakukan. Dia yang akan langkah seribu sebelum bau Rafael masuk satu kilometer berhampiran dengannya. Hera ketawa dalam hati. Tak pernah seumur hidup dia berjanji secepat ini.

'Jangan risau Kaiser, aku pun tak ada masa nak dekat-dekat dengan dia. Kau boleh yakin kali ni selepas berbuih mulut kau nasihat aku dulu!'

"Semua orang dah tahu awak amnesia. Mereka pasti akan tolong awak lepas awak balik nanti. Jangan segan bertanya. Kecuali pada lelaki bernama Rafael!" Tegas Kaiser. Hera mengangguk dengan patuh.

"Perintah diterima! Scan, print, tampal!" Hera menepuk dahinya, seolah-olah menampal kertas.

Kaiser tergelak. Sahabatnya perlu bebas dari rasa obses pada lelaki bernama Rafael yang kaku itu. Kaiser benci melihat Hera yang mengejar-ngejar Rafael tetapi sering ditolak. Sudah tiba masanya keadaan berbalik.

Heranya boleh mendapatkan lelaki yang seratus-peratus lebih baik dari Rafael. Lihat sajalah, dengan kekuatan orang dalam, dia akan mencari jodoh buat Hera dan membuat Rafael menyesal.

Kaiser tidak sedar, wajah buruknya saat berangan sedang diteliti Hera. Gadis itu mengumpat. Pasti Kaiser sedang membuat rancangan aneh-aneh untuknya lagi.

Untung dirinya amnesia!

---

Kampus Applebey kecoh dengan kedatangan Hera setelah lamanya tak menampakkan diri. Setelah mendengar khabar dari Kaiser, mereka memberanikan diri menghampiri Hera, ingin melihat samaada benar atau tidak gosip tentang dirinya yang amnesia.

Di luar jangkaan, Hera membalas sapaan mereka dengan mesra. Bahkan mereka memberanikan diri juga untuk berjabat tangan, yang mana itu adalah hal yang paling anti dilakukan oleh versi lama Hera.

Dalam hati, Hera dah pun meronta kesakitan kerana social batterynya hampir meresap hilang dek kerana orang-orang yang menyerbunya ini. Tapi gadis itu perlu menguatkan imej barunya.

Dia tak boleh menjadi gadis sombong yang hanya berpaksi pada Rafael. Dia harus menjadi orang baik yang memiliki banyak back-up, agar saat terjadi sesuatu buruk yang berkait dengan Rafael nanti, dirinya tak akan dituduh dan dipandang jahat.

Hera akan menjadi gadis yang tersakiti di sini sementara Rafael akan menjadi villain. Andai kata nanti Rafael berani mencelakainya, orang-orang akan mengutuk Rafael dan mengasihini Hera yang 'lemah'.

Rafael akan dipulau, dicemuh, dan dikutuk.

Muahahaha! Balas dendam yang sempurna!

Sebelum itu berlaku, Hera harus mendalami dulu lakonan ini. Kembang-kempis hidungnya mengelamun.

"Aku tak sangka Hera dah balik. Makin cantik pula tu," ujar lelaki satu kepada lelaki dua. Suara mereka sangat kuat sampai boleh terdengar dari hujung koridor ke hujung koridor yang lain.

"Betul tu. Kau rasa dia buat surgery ke?" Tanya lelaki dua.

"Tak mungkin lah. Dia kemalangan sampai koma kata Kaiser. Kalau ada pun, mesti untuk kesihatan. Apa-apa pun, aku tak kisah. Mana-mana lah yang penting dia cantik dan dah berubah," balas lelaki satu, sangat positif.

"Aku masih tak sangka dia sambut tangan aku. Padahal aku dah terketar-ketar takut dia tolak macam kucing meroyan macam dulu. Tapi dia siap usap lagi tangan aku sebab tahu aku hampir parkinson!" Lelaki dua mencium tangannya sendiri.

Harum. Lelaki dua dapat menghidu bau losyen lavender yang Hera gunakan. Ianya melekat di sana.

"Rugi aku tak minta nombor dia tadi. Kalau tidak boleh aku cuba usya. Hera single kan? Untungnya siapa jadi boyfriend dia sekarang. Dapat Hera versi kucing parsi."

"Macam lah dia nak dekat kau. Entah-entah, Kaiser tu yang boyfriend dia. Diorang kan selalu melekat."

"Bukan Kaiser kawan dia je ke? Hubungan diorang dah macam adik-beradik."

"Mana tahu diorang backstreet? Pura-pura kawan depan publik, tapi bercinta belakang publik. Ramai je macam tu sekarang—Ehh, maaf Rafael!"

Lelaki dua meminta maaf kerana terlanggar bahu Rafael yang sedang melewati koridor. Tak membalas, Rafael hanya mengelap bahunya sambil berganjak menjauh. Seperti mengelap kotoran. Rasa terhina, tapi siapalah mereka nak menghadap Rafael.

Kedua lelaki tak bernama itu lekas melarikan diri, takut melihat wajah garang Rafael.

Sementara Rafael melangkah ke kerumunan yang sedang mengelilingi Hera. Gadis yang katanya sudah kembali dari koma. Lelaki itu tak mendekat, hanya menunggu dari jarak yang secukupnya.

Ura-ura tentang kedatangan Hera membuatkan Rafael ikut sama tertarik. Masakan dia lupa pada hama yang berjaya membuat malamnya indah.

Anne Hera.

Hera tersenyum, membalas teguran orang sampai berpelukan. Gadis itu juga tak lagi mencemuh lelaki-lelaki yang cuba menggodanya. Dia hanya menanggapinya dengan ketawa.

Ada yang sesuatu yang berbeza dengan gadis itu.

Rafael akhirnya mengunci pandangan dengan Hera, membuat gadis itu kejung. Anehnya, Hera tak lagi tersenyum gila atau melambai kearahnya. Tak ada juga tatapan cinta dari gadis itu.

Hera cuma menatapnya seperti pelajar-pelajar lain. Bezanya, dirinya dilihat seperti NPC: non-player character. Jadi, dirinya tak menerima senyuman ramah mesra Hera.

Dia tak dianggap wujud oleh Hera.

Hera beredar pergi bersama dengan Kaiser yang tak lepas memegang tangan gadis itu.

Rafael yakin, Hera benar-benar berbeza dari kali terakhir dia melihatnya. Hera tak lagi menyampah dengan kehadiran Kaiser.

"Dia berubah... Baguslah. Dia masih ingat ugutan tu. Mari lihat, sejauh mana dia akan bertahan, atau akan kembali."

Rafael menyeringai. Gadis itu sepertinya belum muak menganggu fikirannya.

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro