HS [1]
Hello. Happy reading!
1. Hidup kembali!
"Run Hera Run!"
Nafas gadis itu tercungap-cungap. Ditolehnya ke belakang, melihat kereta bugatti hitam yang masih mengejarnya laju.
Bunyi tembakan di udara membuat kaki pendek Hera semakin luas melangkah. Tergopoh-gapah dia bergerak demi menyelamatkan diri. Sakit yang terasa pada abdomennya tak dihiraukan. Penangan jarang bersukan. Bila sekali perlu menggunakan badan dalam keadaan terdesak, terus rasa sakit satu badan tak diendahkan.
"Hidup! Aku perlu hidup!" Teriak Hera pada dirinya sendiri. Peluh menitik tak henti.
"Argh!"
Tembakan pada jalan tar yang hampir mengenai kaki membuat Hera tergopoh-gapah mengelak. Dia tersadung kaki sendiri, membuat tubuhnya tak seimbang.
Hera tertolak ke tengah jalan raya yang mana memudahkan sasaran melanggarnya. Malang sungguh nasibnya.
Belum apa-apa, tubuh Hera terus melambung tinggi ke udara, melewati kereta bugatti tersebut sehingga jatuh di belakangnya.
●●●
"Aku masih hidup?"
Hera refleks memegang tangan Kaiser daripada pergi kerana lelaki itu yang berada berhampiran dengannya. Buka sahaja mata, dia sedar dirinya berada di hospital. Bau ubat dan bunyi dari monitor menyedarkan kebingungannya tadi dan sekarang hanya meninggalkan raut ketakutan di wajah gadis yang baru sahaja sedar dari koma selama sebulan itu.
Dia seperti tersedar dari mimpi buruk yang panjang. Badannya berkeringat. Seriau menjalar di seluruh tubuhnya.
Kaiser-sahabat kepada Hera mengangguk. Sudah sebulan lamanya juga dia menemani Hera di hospital. Memandangkan gadis itu sebatamg kara, hanya Kaiser lah keluarga yang Hera ada. Lelaki itu duduk diatas katil Hera, menatap wajah Hera yang penuh dengan luka kering.
Kaiser agak terkejut sebenarnya kerana Hera tiba-tiba tersedar dari koma seperti orang kerasukan. Mujurlah dia sendiri tak berteriak ketakutan. Hanya jantungnya yang hampir luruh. Masalah kecil.
Kepala Hera yang terluka masih terbalut rapi. Lukanya hampir sembuh sepenuhnya. Kata doktor mungkin beberapa hari lagi boleh dilepas. Hera pula masih terkedu kerana masih hidup.
"Hidup, Hera," Kaiser menjawab. "Awak tahu tak saya dah tunggu lama. Tak tahu bila awak nak bangun. Tertanya-tanya bila awak akan bangun. Syukurlah awak masih hidup."
Kaiser mengelap air matanya. Hati lelaki itu sungguh lemah jika melibatkan sahabat zaman kecilnya itu. Biarpun Hera agak bangang orangnya, gadis itu tetap sahabat sejatinya.
Lihatlah diri Hera yang terlibat dalam kemalangan ini. Semuanya pasti karma kerana kelakuan buruknya, monolog Kaiser dalam hati.
Syukur tuhan membalasnya di dunia. Jika di alam baka, Kaiser tarik diri kerana tak mampu menolong. Pun begitu, dia tetap sayang akan Hera seperti adik sendiri meski sering memaki dalam hati.
Hera tak mempedulikan tangisan Kaiser. Ada hal yang lebih Hera takutkan sekarang. Keselamatan hidupnya bergantung pada keputusannya sekarang.
Hidup matinya berada di tangan kakunya ini. Hera tak boleh tersilap langkah.
"You've messed with the wrong person, Anne Hera. Tonight, at twilight, say goodbye to yourself."
Hera menggeleng laju. Kata-kata itu masih tersemat di mindanya. Segar seolah-olah ianya baru dilafazkan kelmarin.
Kerana itulah, Hera terpaksa melukai hati lembut Kaiser hari ini. Gadis itu melepaskan pegangan pada tangan Kaiser seraya bertanya.
"Awak siapa? Kenapa panggil saya Hera? Jangan-jangan awak tukang bawa air ya?"
Tangisan Kaiser terhenti. Lelaki itu tampak panik. Mudah sekali dibohongi.
"Hera? Awak tak ingat saya? Awak amnesia?" Tempik Kaiser. Hera hanya diam pada awalnya, tak memberi respon. Kemudian dia ikut sama berteriak.
Dia berlakon menjadi gadis dungu yang tak mengerti apa-apa. Biarlah dirinya nampak seperti badut sekalipun. Apapun itu yang bertentangan dengan dirinya yang dulu akan dia lakukan.
Kelakuannya ini membuat Kaiser semakin panik.
"Ya tuhan! Doktor! Doktor! Someone call the doctor! Bukan! Dia bukan overdose!"
Kaiser berlari keluar dari bilik rawatan dengan langkah seribu. Melaung-laung dia mencari doktor. Sementara Hera diatas katil terus mengeluarkan nafas lega.
Ya, semuanya harus begini. Sesuai rancangannya.
Hera harus amnesia! Semua orang perlu tahu dia amnesia!
Hera perlu melakukan hal ini kerana tak mahu lagi berurusan dengan lelaki itu. Lelaki yang pernah menjadi 'crush'-nya. Lelaki yang dia sangka hanyalah seperti lelaki lain di dunia.
Lelaki yang barangkali sejuk di luar, hangat di dalam. Dalam hati ada taman kata orang.
Nyatanya, lelaki itu tak ubah seperti serigala. Lelaki itu psikopat! Lelaki itu adalah mimpi ngeri Hera. Ugutan kematian yang diberikan oleh lelaki itu masih membuat Hera takut.
Kerana ugutan itulah dia terlibat dengan kemalangan kereta sampai jatuh koma. Bahkan dia kemalangan sebegini pun, tak ada tindakan susulan dari pihak berkuasa. Pasti ada kaitannya dengan lelaki itu. Sungguh sadis! Ini semua salah Hera sendiri kerana terlalu obses dengan lelaki itu.
Andai Hera tak pernah menjadi stalker Rafael von Reinhardt dan mengungkapkan perasaan cinta, dia pasti hidup baik-baik sahaja.
Ya, lelaki bernama Rafael itu mimpi buruk terbesarnya. Punca kemalangan dan punca musibahnya. Bercakap tentang Rafael, Hera harap lelaki itu sudah melupakannya. Sebulan dia tak mengekori Rafael mahupun muncul di hadapannya, lelaki itu pasti sudah melupakannya bukan?
Kata Rafael, dia hanyalah hama yang patut disingkirkan. Jadi pasti dia sudah dilupakan. Kan?
Ha, bersangka baik sajalah Hera.
Lamunan panjang Hera terhenti tatkala Kaiser kembali bersama sepasukan doktor dan jururawat.
"Dia doktor! Dia amnesia! Selamatkan kawan saya!"
To be continued
Guys, kim cuba tukar watak asal kepada nama melayu 😂 harap enjoy
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro