SPECIAL CHAPTER
'Sometimes their behavior is the answer you need'
Dalam sedar tak sedar, kini sudah dua tahun masa berlalu. Cepat sungguh mereka rasakan. Anak-anak juga makin membesar dan pintar. Petah berkata-kata melontarkan suara.
Fatin memandang suaminya yang kini masih polos tidur diatas katil mewah itu. Sejenak netra matanya mengerling kearah jam dinding. Ceh! Cakap tak serupa bikin. Kata nak bangun awal, tapi sekarang dah pukul lapan pagi masih terbongkang tidur atas katil. Sudahlah mereka berjanji dengan anak-anak ingin membawa mandi-manda di Bukit Hijau.
"Hubby bangun." Gemersik suara itu menyapa gegendang Rayyan.
Rayyan bukannya bangun malah hanya menggeliat kecil. Belakang tubuhnya yang polos terdedah di indra penglihatan Fatin.
Gulp!
Penuh dengan finger mark. Fatin terngadah sendiri. "Aku ker yang buat?"
Fatin lagi sekali mengejut suaminya dengan membelai lembut rambut yang berantakan itu.
Rayyan yang merasakan belaian itu menderam kecil. Dia mengerdip matanya beberapa kali sebelum menarik Fatin untuk mendekat dengannya.
"Morning babygirl" bisik Rayyan dengan suara serak basahnya. Alahai! Seksinya bang suara bangun tidur.
Rayyan semakin merapatkan tubuhnya pada Fatin lalu menjatuhkan kepalanya diriba Fatin. "Awal baby bangun hari ini. Tak sakit ker?" Wajah Fatin bersemu merah mendengarkan kata-kata itu.
"Assalamualaikum malaikat kecil daddy! Korang tidur nyenyak tak semalam?" Ujar Rayyan sambil mengusap perlahan perut sang isterinya dengan lembut.
"Hubby!" Laju sahaja tangan kecil itu bergerak memberikan cubitan pada bahu luas Rayyan. Rayyan tertawa renyah dan menikmati sahaja tanpa mengaduh sakit. Eleh! Apalah sangat tangan kecil itu buat. Kitonya besar tau! Sikit pun tak sakit.
"Hubby tak nak beritahu diorangkah?" Tanya Fatin kepada Rayyan.
"Nanti hubby cari masa yang sesuai untuk beritahu diorang"
"Kenapa bukan sek--?" Kalimat Fatin terpotong kerana tiba-tiba sahaja Rayyan bangun mencempungnya.
"Eh! Hubby nak buat apa ni?!" terjerit kecil Fatin apabila merasakan dirinya diawan-awangan. Dia memandang tubuh Rayyan yang tinggi dan besar yang mendukungnya ini dengan tatapan tajam.
"Janganlah marah baby. Sekarang baby kena layan hubby dulu. Anak-anak pula kemudian." Kata Rayyan dengan parau. Kemudian dia menghidu bauan yang terbit dari tubuh Fatin dengan gemas.
"You're so beautiful babygirl." Suara berat nan serak itu berjaya membuatkan bulu roma Fatin mencanak naik. Pandangan tajam yang diberikan oleh Rayyan membuatkan Fatin berasa gugup. Ditambah pula jejaka itu hanya bertelanjang dada dan memakai seluar pendek lagilah membuatnya bergetar lutut.
"Se-semalam?" Rayyan tersenyum penuh erti apabila melihat isterinya seakan-akan gugup. Dah lama kahwin pun still malu bidadari kecilnya ini.
"Dia kena selalu supaya dapat melancarkan proses bersalin baby nanti." Rayyan lagi-lagi tersenyum apabila berjaya membuat Fatin menciut, takut. Alah! Macam tak biasa.
"Bab ni pandai saja dia kan?!" Fatin tanpa sedar menggigit bibirnya menahan gugup dan itu membuatkan Rayyan tersalah tafsir.
"Baby sengajakan... Don't bite your lips baby. Hanya daddy saja yang boleh lakukan itu" Ucap Rayyan begitu dekat dengan wajah Fatin.
"Now give your attention to me babygirl"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Kids listen here" seru Rayyan kepada anak-anaknya. Dia menarik nafas dalam sebelum memulakan bicaranya. Sempat dia memalingkan wajahnya kesisi menatap bidadari yang duduk ditepinya. Mereka mengangguk perlahan kemudian kembali menatap wajah anak-anak mereka.
"Mommy mengandung" dua patah perkataan itu berjaya dikeluarkan dari bibir Rayyan dan Fatin secara serentak.
Suasana menjadi sepi tiba-tiba namun tidak lama.
"Macam mana mommy boleh mengandung lagi?" soal tiga anak kembar itu serentak. Terkebil-kebil mata bundar itu memandang wajah ibu bapa mereka.
"Kenapa mommy mengandung? Mommy dan daddykan dah ada tiga orang anak." tanya Hayyan dengan wajah yang memelas. Berlainan pula dengan dua adik kembarnya yang kelihatan gembira. Bukannya dia tidak suka. Dia suka malah dia juga gembira. Cumanya dia berasa letih untuk menjaga adik-adiknya. Kadang-kadang dia terasa seperti disisihkan.
"Adik lelaki ker perempuan?" Humaira dengan riangnya terus berdiri dan mendekati kedua ibu bapanya.
"Pastikan lelaki sebab angah nak cukupkan team ni!" getus Haziq dengan bersemangat. Dirinya sudah membayangkan untuk mewujudkan sepasukan team bola untuk berlawan dengan abang sulungnya. Biar abang sulungnya berkumpulan dengan Humaira pula lepas ini. Hehehehe.
"Inn Syaa Allah, boleh cukupkan. Because it's twin." Rayyan tampak sumringah sehingga bibir itu melengkung cantik di wajahnya.
"What?!" Ujar mereka bertiga serentak.
"Memang baka family kita semuanya kembar eh?"
"Kuasa Tuhan sayang"
"Nanti tolong belikan penyumbat telinga dekat along" pesan Hayyan kepada Fatin dan Rayyan. Kemudian, dengan selambanya dia jatuhkan kepala diatas riba Fatin.
"Jangan menangis kuat sangat tau adik. Nanti pecah telinga along" bicara Hayyan lalu mengusap perlahan perut Fatin yang kelihatan menimbul sedikit. Terkekeh ketawa mereka apabila melihat kelakuan Hayyan itu. Mereka bimbang kalau-kalau anaknya ini tidak dapat menerima ahli baru dalam keluarga mereka setelah Hayyan bertanya begitu. Namun, rupa-rupanya penerimaan itu adalah positif. Lega mereka dibuatnya.
"Along, angah, adik dengar sini. Mommy dan daddy sentiasa sayang korang. Sayang sangat-sangat" Ujar Fatin seraya menatap wajah sang anak satu-persatu dengan kasih sayang. Lengan kecil mereka ditarik untuk berada dekat dengannya. Hayyan duduk diatas riba Fatin. Manakala, Haziq dan Humaira pula duduk diatas riba Rayyan.
"Walaupun akan ada ahli baru dalam keluarga ni. Tak kiralah sekarang atau untuk masa akan datang. Who knows right?" Sempat Fatin mengerling sekilas kearah Rayyan. Terkekeh pelan Rayyan dibuatnya. Permaisurinya ini macam tahu-tahu sahaja rancangan yang berada dalam fikirannya.
"You guys tetap menjadi nombor satu mommy dan daddy. Jangan pernah selitkan rasa dengki atau tersisih sebab mommy dengan daddy tak akan pernah sesekali berbuat demikian. Kami layan semuanya samarata. But, if we do so. Maafkan kitorang." Fatin menjatuhkan kucupan di mulai didahi Hayyan dan di akhiri didahi Humaira.
"Kalau korang ada rasa tak puas hati or rasa terkilan dengan mommy dan daddy. Beritahu saja dekat kitorang. Jangan diam dan jangan pendam. Kalau nak, kita akan buat open table supaya semuanya rasa senang. Mommy nak, keluarga kita ini hidup dalam keluarga yang harmoni dan aman. No revenge, no hate. Boleh bakal-bakal anak syurga mommy daddy?"
"Boleh mommy, daddy!" Jawab mereka serentak.
"Pandai! Sayang korang!" Rayyan dan Fatin mengusap puncak kepala anak-anak mereka lalu menghembusnya dengan lembut setelah membacakan doa-doa untuk anak-anak kecil itu.
"Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah!" Rayyan terus menggomol ketiga-tiga montel itu dengan gembira. Terletus tawa bahagia diruang tamu itu.
Kemudian, Rayyan menatap kearah Fatin dengan pandangan yang tersirat. Fatin memerhatikan gerakan bibir Rayyan yang bergerak tanpa bunyi.
'I love you baby' Fatin tersenyum malu. Kemudian dia membalas kata-kata tersebut
'I love you too hubby' bibir Rayyan terjongket keatas dengan wajah yang memerah. Bahagia sungguh dia rasakan disaat ini. Dalam diam dia sentiasa berdoa kepada Ilahi supaya ikatan suci ini dapat terus bertahan hingga ke Jannah. Sumpah! Semua pernyataan cintanya adalah tulus dan benar. Dia tidak sanggup rasanya jika permaisurinya ini pergi dari hidupnya. Boleh buatnya menjadi gila jika benar itu terjadi.
Kun Fayakun - Allah tahu lelahmu, Allah tahu niatmu, perbanyakkan lagi dalam bersabar. Perbaiki lagi ibadahnya. Inn Syaa Allah, semoga dipermudahkan jalannya. Aamiin.
Have a nice day❤️❤️. Thanks yang mana sudi baca and mengikuti perkembangan kisah Fatin dan Rayyan. Untuk yang votes, komen & follow, thank you sangat2. Anda memang menceriakan hari2 saya. Maafkan saya sebab lambat sangat update special chapter. Saya tak tahulah sama ada korang still tunggu ke tak. Tapi apa2pun saya nak ucapkan. Terima kasih banyak2 dan saya mohon maaf banyak2.
Hopefully korang enjoy dengan this story. Thank you so much cutie pie.❤️❤️ Jikalau ada kesalahan, kekurangan, kesilapan apa2 please mention me. Tegur2 lah saya. Jangan segan. Terima kasih.
Jemputlah votes, komen & follow
Update: 1/10/2023 (1:17 a.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro