Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ENDING

'This is our love baby'










"Doktor, macam mana dengan husband saya?"

"Puan boleh ikut saya untuk pemeriksaan tak?" doktor perempuan yang bernama Hanani itu tidak menjawab soalan Fatin malah diberikan pula dengan pertanyaan. Fatin hanya menganggukkan sahaja kepalanya.

"Baby nak pergi mana?" Rayyan mula menggenggam lengan Fatin dengan erat seakan tidak mahu lepas.

"kejap jer. Nanti baby datang balik" Rayyan mencebikkan bibirnya. Manja bukan main, asyik nak berkepit jer. Doktor yang menjadi penonton drama percuma itu hanya tersenyum sahaja. Cukup masak dengan karenah pesakit-pesakitnya.

"mari Puan" doktor Hanani menggamit Fatin untuk mengikutinya.

SETELAH BEBERAPA MINIT

"hubby" Rayyan terus memeluk erat tubuh kecil Fatin apabila mendengar suara isterinya itu. dari tadi dia mundar-mandir didepan bilik itu.

"baby okay? Baby ada sakit apa-apa tak?" tanya Rayyan dengan nada yang risau.

"okay, tapi..." Fatin menunjukkan riak wajah yang sedih.

"tapi apa? Please baby. I don't wanna lose you again"

"tapi nanti kita kena beli barang untuk baby kecil dalam perut ni." Fatin berkata sambil menggosokkan perutnya yang leper itu.

"ouh baby kecil? Aik baby kecil? Baby kecil lagi ker?" haih laki aku ni, tanya banyak kali nanti tak pasal-pasal ada yang makan kuali... memang internet slow sungguh

"ya lah.. baby kecil" Fatin mengambil tangan Rayyan dan meletakkannya diatas perutnya.

"ba---baby?"

"I'm going to be a daddy?" Fatin mengangguk sambil menunjukkan senyuman lebar.

"hubby suka?"

"OH MY GOD ALHAMDULLILLAH! I'M GOING TO BE A DAD! ALHAMDULILLAH. ALLAHUAKBAR!" Rayyan terus membuat sujud syukur apabila mendapat berita gembira itu.
"ya Allah berapa bulan doktor?" tanya Rayyan sambil memeluk erat pinggang isterinya.

"baru 3 minggu Tuan"

"ya Allah! Alhamdulillah. Tak sia-sia kita berkerja keras siang malam" Fatin menumbuk bahu Rayyan dengan kuat. depan doktor kut, ada pula cakap main lepas jer. Naik malu jadinya.

QAIRAY MANSION

"hubby dah beritahu ker dekat semua orang?"

"dah. Nanti diorang datang." Rayyan duduk disisi Fatin sambil mengusap perlahan perut kempisnya.

"assalamualaikum anak daddy. Anak daddy duduk elok-elok tau. Jangan susahkan mummy" Fatin tersenyum suka apabila diperlakukan sebegitu.

"hubby ni, anak kita kecil lagilah"

"tak apalah, biarlah diorang kenal dengan suara daddy diorang ni." Rayyan mencium sekilas perut Fatin.

"kalau baby mengidam apa-apa beritahu jer hubby."

"okay hubby. Tapi tak per, jangan risau. Setakat ni angel kita dalam ni behave jer."

"bagus anak daddy ni. Memang ikut perangai daddy dia"

"ye ker?"

"yer lah. Tengoklah siapa yang buat kerja" Rayyan mengangkat keningnya tinggi

"eee tak senonohlah hubby ni" Rayyan ketawa dengan kuat apabila melihat wajah cemberut sang isteri.

"terima kasih baby sebab sanggup terima benih hubby. Terima kasih sebab tumpangkan perut baby untuk our angel. Terima kasih sebab sudi jadi permaisuri untuk hubby dan keluarga kita." Rayyan mengusap kekura Fatin dan menariknya untuk masuk dalam pelukan hangatnya.

"I'm the one who should say thank you husband. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab balas cinta baby" Fatin membalas pelukan hangat itu.

"anything for you MY QUEEN. MY ANGEL. I love you so much babygirl. Baby adalah bidadari syurga untuk hubby dan family kita untuk selama-selamanya. And I'll never let you go forever." Rayyan mencium lembut dahi Fatin dengan perasaan yang sarat dengan cinta.

9 BULAN KEMUDIAN

"hubby kenapa lama sangat pilih baju tu? Kita dah lewat tau sekarang ni" Fatin yang hanya memakai bathrobe suaminya itu hanya berdiri memeluk tubuh di pintu wardrobe mereka. Rayyan ni pilih baju mengalahkan perempuan. Dah 1 jam dia jadi bodyguard tak berbayar didepan pintu ini.

"kejap lah sayang. Hubby tengah cari ni. Baby tu, kan hubby dah cakap pergi duduk dulu. Awak tu mengandung. Perut pun macam nak meletup, kejap lagi meletup kat sini kang, tak dapat pergi majlis diorang tu nanti" Fatin merengus kuat apabila mendengar Rayyan membebel kepadanya. Sejak dia mengandung ni, Rayyan boleh dikatakan menjadi mulut murai. Asyik membebel jer. Tak membebel, menggatal. Ni jer kerja dia.

"tak baik buat muka dekat suami" kata Rayyan sambil mengambil baju dress longgar yang berwarna hijau lembut itu. sedondon dengannya yang juga memakai baju melayu berwarna hijau lembut. Walaupun dia sedang membelakangi sang isteri, tetapi dia dapat agak Fatin sedang mempamerkan riak masamnya.

Fatin yang mendengar kata Rayyan itu terus berlalu dan duduk diatas katil king mereka. "sorry hubby"
Rayyan hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum manis.

Rayyan menuju kearah Fatin yang sedang duduk diatas katil itu sambil memegang dress longgar itu. "come. Hubby pakaikan untuk baby"

"tak payahlah, baby boleh pakai sendirilah"

"aip! Meh sini, jangan degil. Macam lah hubby tak biasa tengok. Luar dalam hubby dah tahu tau"

"gatal"

"dengan baby jer hubby gatal" Rayyan membuka ikatan bathrobe itu dan membantu sang isteri untuk bersiap.

"anak daddy duduk diam-diam tau. Daddy dengan mommy nak keluar dating kejap" Rayyan mencium perut Fatin yang sudah memboyot itu.

"haihh mak kecil, tapi perut besar" dia mengusap pula perut itu sambil berselawat kecil. Fatin ketawa mendengar kata-kata sang suami. Mungkin ini anak sulung, sebab tulah Nampak besar.

"jom lah hubby. Kita dah lewat ni"

"jom"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Wan Amirul Ilham bin Wan Amiruddin Bakri"

"ya saya"

"aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Nur Amira Earina binti Emir Adlan dengan mas kahwinnya RM 20 000 ringgit tunai" kata Encik Emir

"aku terima nikahnya Nur Amira Earina binti Emir Adlan dengan mas kahwinnya sebanyak RM 20 000 tunai" tenang dan lancar sahaja Amirul mengucapnya.

"sah?" tanya Encik Emir pada saksi pertama.

"sah"

"sah?"

"sah"

"alhamdulillah" menitis air mata Amira apabila mengetahui dirinya sudah bertukar status. Fatin yang ternampak air mata Amira, laju sahaja dia mengesatnya.

"don't cry. You're an angel you know" Fatin mengenggam tangan Amira dengan erat.

"be happy little girl.This is your day." Diana memeluk erat sisi tubuh rakan-rakannya.

"thank you guys. I love you so much" mereka bertiga memeluk erat buat seketika. Mengalirkan sedikit semangat untuk rakan kecil mereka itu.

"dah lah husband kau datang tu. Nanti dia ingat kitorang culik kau pula" mereka mengekek ketawa apabila melihat wajah cemberut Amira.

"assalamualaikum sayang" Amira yang mendengar suara garau sang suami hanya mampu menunduk. Salamnya hanya dijawab dalam hati. Tiba-tiba sahaja mulutnya ini berasa berat untuk dibuka serta kata-katanya juga turut sukar untuk dikeluarkan.

Tiba-tiba mereka terdengar ada tangisan kecil dari pihak lelaki. Amirul mengerutkan dahi tidak percaya dengan apa yang dia Nampak.

"awat hang menangis?"

"aku tak sangka kawan aku dah kahwin. Tua dah kawan aku tu mat. Hiks hiks hiks" Rayyan menangis teresak-esak diatas bahu Farhan.

"ya allah abang. Jangan nangis" Farhan cuba untuk memujuk Rayyan tapi tidak Berjaya, malah makin kuat pula tangisan dia.

"wei Atin, laki kau ker tu? Awat cengeng sangat" Fatin hanya menggelengkan sahaja kepalanya. Haih tak mengaku suami, tak sanggup pula

"entahlah, sejak-semenjak ni memang dia cengeng pun. Aku pun tak tau sama ada aku yang mengandung atau dia mengandung. Dah lah, aku nak pergi pujuk dia jap." Diana membantu Fatin untuk bangun memujuk suaminya yang sedang menangis itu. habis merah muka kesayangannya ini. Tetamu yang hadir hanya tersenyum melihat pasangan itu. terhibur mungkin dengan suasana ini, yer lah, abang sado yang garang tengah menangis guys.

Rayyan yang Nampak kedatangan sang isteri terus merengek lalu mendepakan tangannya "baby"

"ya ya saya datang" kata Fatin sambil masuk ke dalam pelukan Rayyan.

"don't cry" Fatin memujuk lembut Rayyan dengan menggosok perlahan belakangnya. Haih, nampaknya nanti dia kena jaga baby tua ni sekali.

"alolololo kesian dia. Habis merah muka dia."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amira mengeluh apabila merasakan dirinya sukar untuk membuka baju pengantin itu. "tak guna punya baju. Siapa ajar kau buat zip baju kat belakang ni. Tahu tak menyusahkan masyarakat." Dia membebel seorang diri didalam bilik air sehingga tidak sedar akan kehadiran seseorang yang sedang merenungnya dengan tajam.

Seseorang itu merenungnya dengan tajam lalu meneguk kasar air liurnya. Haih, iman dia ni dahlah tak kuat bila melihat bidadari halalnya ini. Rambut hitam Panjang yang bebas dari sebarang ikatan, ditambah pula dengan wajah innocent bidadarinya tanpa mengenakan sebarang make up. Memang sangat mencabar nafsunya itu. tidak tahan dengan gelagat kekasih halalnya, dia terus melulu pergi kearahnya dan membantunya

"lain kali jangan malu minta tolong orang." Tubuh badan Amira terus mengejung apabila mendengar suara serak basah yang berada hampir dengannya. Ditambah pula dengan suhu dingin yang dirasainya apabila zip bajunya itu sudah dibuka.

"you looks so hot little pumpkin" Amirul mencium lembut bahu putih mulus Amira dan memeluk pinggang rampingnya erat bagaikan tidak mahu lepas. Nasib baik Amira memakai singlet putih, kalau tak lagi gugurlah imannya ini. Mahu 'berkerja' mereka didalam bilik air ni nanti. Dahlah hanya duduk berdua jer sekarang.

Amira yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa hanya mampu berdiam diri sahaja. Nak dihalang, sudah digelar pasangan yang sah, dah halal disisi hukum agama. Jadi, dia hanya mampu biarkan sahaja perbuatan sang suami terhadap dirinya.

Amirul yang melihat reaksi Amira terus ketawa kecil. "it's okay sayang. Abang tak akan buat sekarang. Masih awal lagi." Dia berkata sedemikian sambil memberi kucupan dileher Amira. Bulu roma Amira terus menegak apabila merasakan gigitan dan ciuman lembut dilehernya. Dia mengemam mulutnya untuk tidak mengeluarkan sebarang suara.

"pergi bersiap dulu. Nanti turun, kita nak potong kek pula" kata Amirul sejurus selesai kerjanya itu.

"this mark will remind you that you're always mine" tersenyum sinis dia melihat kesan-kesan merah dileher Amira.

"jangan lama-lama okay? Abang rindu" Amirul mencium sekilas bibir Amira dan mengenyitkan mata kanannya lalu keluar untuk ke almari pakaian mereka. Tak boleh berdua lama-lama, nanti lain jadinya.

Amira yang baru tersedar terus dia meluru ke cermin dan melihat tanda-tanda itu. "apa ni?" dia cuba untuk menyentuh kesan merah dilehernya itu lalu dia mendesis sakit. "jangan bagitau aku ni love bite"

"ARGH! APAKAH INI MISKA?! SAYA TERLALU INNOCENT UNTUK SEMUA INI!" Amirul ketawa apabila terdengar raungan didalam bilik air.
"tu baru sikit sayang. Tunggu malam ni nanti. Memang habis aku kerjakan kau" Amirul mengumam perlahan sambil tersenyum sinis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"haih mana Amira ni? Lamanya diorang tukar baju." Kata Diana

"biarlah hal suami isteri" Farhan yang baru sahaja tiba terus duduk ditepi Diana. Diana hanya menjelingnya sekilas.

"Ana"

"hm"

"kau tak teringin ker nak kahwin?"

"tak"

"aloo... Kalau macam tu sampai bila-bila aku tak kahwin"

"asal pula?"

"sebab kau tak nak kahwin" Diana menepuk dahinya perlahan. Dah kenapa mamat ni? Jadi sewel tengah-tengah majlis orang ni

"kenapa libatkan aku pula?"

"sebab kau tu bakal isteri aku"

"yer yer jer kau ni"

"yer lah, dah lama tau aku tunggu kau. Aku siap bagi hint lagi dekat kau. Tapi tulah kau buta, dahlah buta, ego pula tu." Selamba Farhan mengutuk Diana depan-depan. Diana mencerlung matanya tajam kearah Farhan. Amboi! Ni memang luah perasaan betul

"kahwinlah dengan aku, dah lama aku tunggu kau" Farhan merayu kepada Diana

"jangan main-main boleh tak, Paan"

"aku tak main-mainlah, aku serius" mata Farhan menikam tajam kearah Diana. Ini menunjukkan bahawa dia memang betul-betul serius sekarang. Dia tahu, hal perkahwinan memang tak boleh dibawa main-main. Dia pun memang dah nekad semasa mereka masih belajar.

" aku tahu mesti kau risau pasal tanggungjawab dan sebagainya. Tapi kau jangan risau, aku dah bersedia dengan semua tu. Pasal kewangan pun kau jangan risau, kewangan aku pun dah stabil sekarang." Memang benar, sejak dia bercadang untuk berkahwin muda. Dia berkerja keras belajar untuk mengambil alih syarikat papanya. Dia sanggup berkerja sambil belajar untuk mencapai angan-angannya itu.

"aku tahu juga, kau takut untuk berada dalam satu hubungan yang serius. Tapi Ana, sampai bila kau nak takut? Sampai bila kau nak keseorangan." Diana hanya mengeluh perlahan.

"please Ana, bagi peluang dekat aku untuk bahagiakan kau. Aku memang ikhlas nak hidup semati dengan kau. Aku ikhlas terima kau. Tolong bukakan hati kau untuk aku. Aku-aku-aku betul-betul cintakan kau Ana. Tanpa kau, aku tak boleh hidup" Diana terkejut dengan luahan Farhan itu.

"aku betul-betul cintakan kau Ana. Mungkin kau anggap ucapan yang aku ucap tu sebagai jenaka, sebagai seorang kawan, tapi tak. Aku anggap kau lebih dari kawan Ana. So, please married me."

"tapi boleh tak beri aku masa?" Diana cuba untuk berunding terlebih dahulu dengan Farhan. Baginya semua ini terlalu pantas buat dirinya.

"of course you can Tesoro (treasure)."

"kalau kita bertunang dulu boleh?"

"boleh. Boleh sayang. Anything for you Tesoro (treasure)" Farhan tersenyum lebar apabila mendengar perkataan 'tunang'. Sekurang-kurangnya little tigernya ini sudah membuka hatinya untuk menerimanya. Muka Diana pula jangan dikata, habis merah apabila mendengar panggilan manja yang baru untuk dirinya.

"tapi, kalaulah tiba-tiba kita tak ada jo-" belum sempat Diana menyambung kata-katanya Farhan terus memotongnya.

"don't never say that. Aku tak suka, sekali kau milik aku, selama-lamanya milik aku. Orang lain tak boleh ambil kau sayang" Diana meneguk air liur kasarnya. Ini kali pertama dia melihat perubahan Farhan. Tadi bukan main baik, tapi sekarang macam ada aura gelap pula disampingnya. Seolah-olah bipolar pula.

"kau dah setuju, jadi kau tak boleh Tarik balik kata-kata kau. I'm man with word darling, if you're the tigress then I'm the tiger. Grrr"

"so please watch your word before talking piccolo tigre (little tiger)" suara serak basah Farhan menyapa telinga Diana dengan sungguh dekat.

"ishh jauh sikit kau ni!" Diana menolak kasar tubuh badan Farhan. Aish! Boleh terkeluar jantungnya ini menghadap sisi lain Farhan. Farhan hanya tersenyum sinis melihat riak wajah merah Diana

"oit korang buat apa tu hah?!" sergah Fatin tiba-tiba menghilangkan sedikit rasa gemuruh yang bertandang dalam diri Diana.

"tak ada apalah. Ni mana Mira? Dia tak turun lagi eh?"

"dah, tengah berkepit dengan suami dia tu nak pergi potong kek" Fatin memuncungkan mulutnya kearah pasangan pengantin baru itu. Diana yang menganggukkan sahaja kepalanya.

" kau tak nak makan kek ker Atin?" tanya Farhan

"nak lah, sebab tu aku suruh suami aku pergi ambil. Aku tak larat nak berdiri lama-lama sebab tu aku datang sini, nak duduk." Penat pula bawa anak dalam perut ni. Baru berdiri sikit dah lengah, bukan setakat berdiri jer. Nak jalan 1 meter pun dah mengah. Haih berat sangat anak mommy ni, keluar nanti mesti tembam

"kau duduklah dulu. Aku temankan kau"

"kalau macam tu, Ana. Aku pergi ambilkan kek untuk kau" Diana hanya menganggukkan kepalanya menandakan dia bersetuju.

"tunggu tau darling, jangan pergi mana-mana" kata Farhan lalu pergi kearah pengantin yang sedang memotong kek itu.

"fuyoo darling" Fatin tersenyum mengejek kearah Diana

"diamlah kau" Fatik ketawa terkekek-kekek melihat wajah Diana. Sudah dia duga ada sesuatu diantara dua orang rakannya ini. Kalau tak, tak kanlah muka Diana boleh semerah ini.

"jadi... bilanya?" Diana yang faham akan soalan itu terus menjawab

"dia bagi aku masa dulu. Tapi kitorang ingat nak bertunang dulu."

"wahh alhamdulillah. Aku doakan yang baik-baik untuk korang. Nanti apa-apa roger jer aku dengan Mira tau. Kami tunggu turn kau pula HAHAHHAHA"

"bertuah sungguh mak buyung ni. Apa-apa pun terima kasih Atin. Kau dengan Mira jer yang aku ada" mereka berdua berpelukan dengan erat.

"Atin, kau kencing ker?" tegur Diana apabila mendapati dress yang dipakai Fatin kelihatan basah sedikit.

"eh tak lah"

"kau nak beranak ker Atin?"

"ta-An--- Ana. Kenapa aku rasa sakit sangat ni?" Fatin mengerut dahinya apabila merasakan kesakitan menjalar ditubuh badannya.

"kau nak beranak ni Atin. Kejap, aku panggil suami kau" baru sahaja Diana mahu pergi, Fatin menggenggam lengannya erat.

"arghh! Ana, sakit!" Fatin terus meraung kesakitan tanpa sempat Diana pergi memanggil suaminya, Rayyan.

"sabar Atin, sabar. Tarik nafas, hembus nafas. Tarik nafas, hembus nafas." Fatin membuat latihan pernafasan itu. haih boleh stress jadinya.

"panggil suami aku cepat"

"Rayyan! Rayyan!"

"hubby! Hubby! Tolong!"

"haish pekaklah laki aku ni. HUBBY!" bergema suara Fatin diruangan itu. semua tetamu memandang aneh kepadanya. Rayyan yang baru terdengar itu terus meluru pergi kearah sang isteri yang kelihatan sakit itu.

"kenapa ni baby?" dia boleh tanya lagi. Tak Nampak ker air ketuban dah pecah ni?

"hubby butakah sekarang ni? Tak Nampak ker baby tengah nak BERANAK ni?" Fatin menderam sambil menahan kesakitan yang dialami.

"what? Nak beranak? Bukan minggu depan ker?" boleh pula dia buat sesi soal siasat.

"jangan banyak tanya boleh tak? Baby nak keluar ni"

"omo omo. Kejap anak daddy, jangan keluar lagi. Baby sedut balik, jangan keluarkan lagi. Sampai dekat hospital baru keluarkan" Rayyan terus mencempung Fatin menuju ke keretanya. Nasib baik barang keperluan isteri dan anaknya sudah tersedia didalam kereta itu.

"Ray, kau perlukan apa-apa lagi tak?" tanya Amirul apabila melihat rakannya itu.

"tak ada apa dah rasanya. Tak apa kau settle kan majlis kau dulu, nanti apa-apa aku roger kau"

"baik bro. good luck"

"fighting Atin! You're the best mommy ever" kata Diana dan Amira serentak untuk memberi semangat kepada rakan mereka itu. manakala Farhan pula hanya berada disamping mereka, memberi thumbs up kepada Fatin
"good luck Atin. Nanti kitorang datang melawat kau"

HOSPITAL

"you can do it baby! Let's go. Push! Push!" Rayyan pula yang terlebih memegang watak. Fatin pula kekal tenang dengan melakukan latihan pernafasan lalu dengan ucapan bismillah, dia mula meneran kembali

"lagi! Baby lagi!" Rayyan mengenggam erat tangan Fatin dan memberikan kata-kata semangat ditelinga Fatin. Tidak dilupakan juga dengan selawat kecil yang sentiasa keluar dari mulutnya.

"ALLAHUAKBAR" setelah Fatin meneran beberapa kali dan mengucapkan nama Allah, dia merasakan ada sesuatu keluar dari perutnya.

WUERKK!! WUERKK!!

Kedengaran tangisan bayi didalam bilik persalinan itu. Rayyan tersenyum mendengar tangisan bayi itu. tiba-tiba dia terdengar Fatin meraung kesakitan lagi.

"kenapa ni baby?"

"sakit lagi" kata Fatin lalu menerannya kembali. Kali ini terasa mudah dari yang tadi. Keluar pula bayi yang kedua. Selang satu minit, lagi sekali Fatin mahu meneran sesuatu untuk keluar dari perutnya.

"ALLAHUAKBAR" alhamdullillah. Setelah keluar bayi yang ketiga ini, terus perutnya terasa kosong. Dahinya penuh dengan peluh-peluh. Sungguh besar pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anak. Manakala Rayyan pula tercengang melihat bayi triplet itu.

"how can?"

"kuasa Allah Tuan. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan"

"ya Allah, sungguh besar kuasamu Ya Allah." Rayyan terus melakukan sujud syukur. Dia tidak sangka dia akan mendapat tiga orang anak sekaligus.

"terima kasih Ya Allah. Terima kasih baby. Terima kasih for everything." Rayyan mengucup lembut seluruh wajah Fatin dan diakhiri diatas bibir mungil sang isteri.

Setelah puas bertungkus lumus melahirkan anak-anaknya, Fatin berehat didalam bilik pesakit VVIP sambil memandang kearah dinding. "ya Allah. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau bagi aku peluang untuk terus hidup dan merasa pengalaman untuk menjadi seorang ibu. Semoga semuanya dipermudahkan olehMu Ya Allah. Hanya dengan Mu sahaja aku berserah"

Semasa dia sedang mengelamun, mengucap tanda syukur kepada yang Maha Esa, tiba-tiba dia terdengar kuakan pintu dari luar "assalamualaikum mommy, babies are coming" kata Rayyan sambil membawa bayi-bayi mereka kearah Fatin. Sejurus sampai dikatil Fatin, Rayyan terus membantunya bersandar dikepala katil dan mengambil salah seorang bayi mereka. Manakala dua orang lagi sedang nyenyak tidur didalam katil bayi masing-masing.

"waalaikumussalam babies" Fatin mendukung anaknya itu dan mengucupnya perlahan. bauan bayi yang terbit dari tubuh anak mereka sangat menenangkan jiwanya. Anak dari syurga memang memberikan kita kebahagian yang tidak terkata.

"hubby dah beritahu semua orang?"

"dah. Diorang on the way datang sini. Ibu & abah lagilah. Diorang excited sangat." Setelah Rayyan berkata demikian, pintu bilik itu terbuka dari luar mendedahkan keluarga dan rakan-rakan mereka.

"assalamualaikum. Ya allah cucu-cucu aku" Datin Linda memandang tiga orang cucunya yang sedang nyenyak tidur itu.

"comelnya Atin anak-anak kau. Pipi dia putih-putih kemerahan."

"fuyoo triplet. Kuat betul kau Ray" Amirul mengangkat kening kepada Rayyan

"well kau bila lagi?" Amirul mencebikkan mulutnya.

"Ceh! Tunggulah kejap. Aku baru kahwin jer kut. Tengah usahalah ni" Rayyan ketawa melihat reaksi rakannya itu.

"you're really good in bed Rayyan" Dato Ilham menepuk bahu Rayyan. Menandakan dia bangga dengan menantunya ini. Tak diduga dia akan dapat tiga orang cucu sekaligus.

"this is your son-in-law, father." Rayyan mendebik bahunya.

"apa nama anak kakak ni?" Fatin dan Rayyan memandang satu sama lain sebelum menjawab persoalan itu.

"yang sulung, Muhammad Hayyan Khairy bin Muhammad Qaiser Rayyan." Kata Rayyan

"angah pula, Muhammad Haziq Wafri bin Muhammad Qaiser Rayyan." Kata Fatin

"bongsu, Nur Humaira Amanda binti Muhammad Qaiser Rayyan." Kata mereka berdua serentak.

"wahh sedap nama-nama tu"

"welcome to this world, Hayyan, Haziq dan Humaira"

"amboi! Macam dah rancang pula tiga nama tu" mereka ketawa mendengar kata-kata itu. sebenarnya kebetulan sahaja. Tak dijangka pula akan mendapat triplet kerana pada awalnya memang tergerak hati mahu mencari tiga nama itu.

Mereka sekeluarga bermain dengan bayi-bayi syurga itu. sementara pasangan sejoli ini hanya menikmati sahaja momen-momen indah tersebut.

"eh kau ni! Baby tengah tidur kan?"

"biarlah, dia tak bangun pun kan."

"yang kau nak berebut dengan aku ni apasal?" berlaku pula pergaduhan diantara Farhan dan Diana yang merebut untuk mendukung Humaira itu. manakala Hayyan pula sentiasa duduk diam didalam dukungan datuk dan neneknya.

"sayang Nampak comel pegang baby ni" kata Amirul sambil memeluk erat pinggang ramping sang isteri.

"baby ni comel sangat. Eee comelnya Haziq" kata Amira sambil menggomol pipi Haziq yang tembam itu.

"tak apa. Malam ni kita buat baby kita. Malam ni kan malam pertama kita, mesti baby kita lagi comel nanti" selamba Amirul berkata sambil menggigit lembut telinga Amira yang dilindungi tudung shawl itu. Amira terkejut dengan perlakuan Amirul

"jangan macam-macam eh! Saya gigit awak kang"

"gigit lah, abang memang suka gigit ni. Tadi pun abang gigit tak puas. Rrrr"

"eee gatal. Dahlah saya nak main dengan baby ni" Amirul tersenyum sambil mengeratkan lagi lilitan tangannya di pinggang Amira. Sungguh dia bahagia membayangkan jikalau didalam dukungan ini anak mereka.

"Baby I've something for you" Fatin hanya mengangkatkan keningnya apabila melihat Rayyan mengeluarkan kunci yang disertakan keychain bernama QaiFa itu.

"QaiFa?"

"Yes. Our new house. Gabungan nama hubby dan baby, Qaiser dan Fatin."

"Eh? Habistu mansion lama?"

"Mansion lama Hubby nak buat rumah anak yatim"

"Auw hubby. You're so sweet. Sanggup buat semua ni untuk baby"

"Ini hanya hadiah kecil saja kalau nak dibandingkan dengan baby yang sedang bertarung nyawa tadi"

"terima kasih baby sebab terima hubby seadanya, setia dengan hubby. Thanks for everything. You're really an Angel. MY ANGEL. I love you more than life." Kata Rayyan sambil mengusap wajah Fatin dengan lembut. Nampak seri seorang ibu diwajah isterinya.

"baby pun nak cakap terima kasih. Terima kasih untuk segalanya. Sanggup berkorban segalanya untuk kami. Kesian dia, kena hadap morning sickness dari awal sampai akhir" mereka ketawa bersama setelah Fatin berkata sedemikian. sepanjang Fatin mengandung, Rayyan lah yang paling teruk sekali kena hadap morning sickness.

"Well, Imam Al-Ghazali pun pernah berkata. Untuk mendapatkan apa yang kau suka, pertama kau harus bersabar atas apa yang kau benci. Jadi, tiada apa yang mampu baby ucapkan selain, I love you too my King. I love you so much. Semoga cinta kita akan kekal hingga ke Jannah." Fatin mengucup kekura Rayyan dengan syahdu dan terus memeluk Rayyan dengan erat. Rayyan pun membalas pelukan itu dengan perasaan sayang yang menggebu.

"baby"

"Hm"

"Disebabkan cadangan nama anak kita ada lagi dua, hubby rasa kita kena usaha lagi untuk pastikan nama tu bertuan. Kalau tak, nanti ada orang ambil pula nama Muhammad Hazwan Rafael dan Nur Hazwani Qistina tu." Mulut Rayyan memuncung apabila mengingatkan akan ada orang lain menggunakan nama bakal anaknya.

"Amboi hubby! Baby baru keluarkan triplet tau. Ni nak suruh keluarkan lagi dua. Hubby ingat baby ni kilang ker apa?" Fatin menumbuk perlahan dada bidang Rayyan yang dilapik baju t-shirts jenama Gucci itu.

"HAHAHHA hubby gurau jer baby" Rayyan mencium sekilas bibir Fatin.

"It's okay baby. Take your time. Memang hubby nak bagi masa dekat baby. Tunggu triplet besar dulu, baru kita fikir lain. Saja jer nak test baby tadi. Kut-kut green light"

"Ada-ada jer hubby ni. Suruh beranak baru tahu" Rayyan ketawa melihat muka cemberut si isteri.

"I love you babygirl. You're the only one who can tames me"

"I love you too hubby, I love you more than anything."

"But I love you for infinity" kata Rayyan lalu terus melabuhkan ciuman diatas dahi licin Fatin.

THE END










"Then, indeed your Lord, to those who have done wrong out of ignorance and then repent after that and correct themselves - indeed, your Lord, thereafter, is Forgiving and Merciful"

Okay ker tak?

Kini, tamatlah cerita HSQF. Terima kasih for those yang support saya dari awal sampai sekarang. Thanks for all readers yang komen, vote and silent readers too. Yang selalu komen and vote tu, awak memang menghiburkan hari2 saya. Terima kasih sebab Sanggup tunggu saya update. I'm sorry utk segala kesulitan. Saya minta maaf juga dari semua kekurangan. Maafkan saya juga jikalau saya ada terkasar Bahasa dengan awak semua. I'm sorry for everything. And I want to say, thanks for everything. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa awak. ❤️❤️

Btw saya ada buat story baru, tapi ianya COMING SOON. Tapi that story akan slow update. Kalau berminat, jemputlah singgah. Terima kasih.

May Allah bless you guys, semoga kita berjumpa lagi my cuties pie. Have a nice day. ❤️

Kalau nak tanya apa2, silakan. In Syaa Allah, saya akan jawab. Saya baik orangnya, ehek.

Special chapter saya dah update! Pergilah tengok ❤️


Update: 4/5/2022 (11:30 a.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro