Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 9


'Oh Señorita'





"no more running Señorita" Rayyan berkata sambil menggenggam kemas tangan Fatin dan merapatkan lagi jarak mereka sehingga kepala Fatin tersandar didadanya. Fatin yang merasakannya itu, mula bergelut untuk melepaskan diri serta mengeluarkan cecair jernih di matanya.

"Lepaslah!" Dia mula rasa takut dengan tindakan Rayyan sekarang ini.
Rayyan yang merasakan setitik air yang jatuh ditangannya itu mula merenggangkan sedikit kedudukan mereka tetapi masih juga tidak melepaskan tangan Fatin.

"auww don't cry babygirl, don't waste your tear" Rayyan berkata sambil menyapu air mata Fatin dengan lembut. Fatin yang merasakan sentuhan lembut si Rayyan yang kini sedang menyapu air matanya mula menolak Rayyan dengan kuat dan dia mula berlari ke  arah pintu untuk melepaskan diri.

Namun sebelum sempat dia memulas tombol pintu tersebut, Rayyan dengan kemas mencengkam dan memulas lengan  Fatin dari belakang dan mula membisikkan sesuatu di telinga Fatin dengan suara garaunya. "Where are you going babygirl? Abang tak habis cakap lagi dengan Fatin"

"lepaslah! Ibu, abah! Tolong ka---" belum sempat Fatin meminta tolong Rayyan menekup mulut Fatin dengan kuat.

"Diam! Kalau tak... Abang buat sesuatu yang Fatin pasti tak akan suka" Rayyan membisik lalu meniup kecil telinga kanan Fatin.

Fatin yang mendengarnya terus diam. Dia takut, jikalau dia memberontak lagi Rayyan akan melakukan sesuatu  yang  tidak elok kepadanya.

Rayyan yang melihat Fatin mulai diam, dia terus melepaskan tekupannya dari mulut Fatin. "shushhh don't cry again, shush...  abang tak akan buat apa-apa dekat Fatin, not yet... don't worry" Rayyan memusing Fatin untuk memandangnya, "Good girl don't cry" lalu terus memberikan senyuman manis kepada Fatin. Tetapi pada pandangan Fatin, senyuman itu kelihatan menyeramkan. 

Fatin yang mula berasa takut memberontak kecil dengan menolak Rayyan lebih kuat, tetapi semakin Fatin memberontak, semakin kuat Rayyan menggenggamnya. "Janganlah tolak abang, kenapa suka sangat tolak abang ni, Fatin, hmm?" Rayyan bertanya sambil memandang lunak ke arah Fatin.

"Lepaskan saya, encik tak boleh buat macam ni, kita bukannya pasangan suami isteri"

"I know.. but soon baby, soon, kita akan jadi pasangan suami isteri"
Fatin yang mendengarnya terus saja terdiam dan melihat kearah Rayyan... Rayyan yang merasakan Fatin sudah tidak memberontak, mula berkata "abang tak suka mana-mana lelaki rapat dengan Fatin, bercakap dengan Fatin, or tengok Fatin, abang rasa macam nak kurung jer Fatin dalam mansion abang, Fatin hanya milik abang!"

"Gilakah? Kita tak ada apa-apa hubungan pun kenapa nak kongkong saya macam ni, encik tak ada hak nak buat saya macam ni!" Fatin berasa geram dengan kata-kata Rayyan mula memarahi Rayyan lalu memijak kakinya dengan kuat sehingga membuatkan Rayyan mengaduh sakit...

Fatin yang melihat Rayyan menunduk menggosok kakinya yang sakit itu terus saja berlari menuju ke pintu untuk keluar dari bilik tersebut dan terus saja menuju ke tingkat atas untuk kebiliknya.. akhirnya dia terlepas juga dari genggaman si Rayyan.. 'tetapi dia silap.. terlepas hanya untuk seketika sahaja...'

"Ahhh!!! damn babygirl!! makin berani sekarang,so feisty... I like it." Rayyan tersenyum sinis, 'sikit-sikit lari, tunggulah aku dapat kau sayang, aku akan buat kau bersama dengan aku 24 jam'

BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN

" Fatin, kau okay tak ni?" soal Amira kepada Fatin.

"haah lah Tin, kau okay tak ni, asal kau asyik diam jer ni, selalunya kau yang senang terhibur dengan lawak bodoh si Mira ni. Kau ada masalah eh Fatin?" Diana pula bertanya kepada Fatin.

Mereka risau, sejak akhir-akhir ni Fatin asyik termenung dan seperti berada di dalam dunia sendiri.

"tak lah, aku okay jer, Cuma risau pasal masuk U jer ni, biasalah first time kan, hehehhehe  tu terlebih overthinking tu... korang jangan risaulah, okay.."  Fatin memberikan senyuman manis kepada mereka. Tetapi sebenarnya 'didalam dirinya' sekarang memikirkan tentang tindakan 'crushnya' beberapa minggu yang lepas. Dia tidak menjangka bahawa seorang lelaki yang dia minati sanggup berbuat begitu kepadanya.. Perasaan minat itu perlahan-lahan digantikan dengan perasaan takut.

"ahh kau ni tak payah overlah sangat, relax-relax sudahlah, tak apalah lagipun kan kita dapat masuk U yang sama" Diana memujuk Fatin

"alahh memanglah U sama tapi aku dengan korang kos lain, huwaa korang jangan tinggalkan aku tau nanti, sedihlah begini" Amira meluahkan perasaanya kepada rakan-rakannya itu, Fatin dan Diana yang melihat Amira seakan berpatah hati mula tersenyum. Jarang nak tengok kawan kita yang 'happy go lucky' ni sedih begini.

"alolololo tak lah... takkan lah kami nak tinggalkan kau.. ingat ni, walau apa pun yang terjadi.. kami tetap tak akan tinggalkan kau, kau jangan risau... kita akan always stay together  forever and ever, don't worry okay... Semoga persahabatan kita ini kekal hingga ke Jannah." Fatin memujuk Amira.

"betul tu, apa-apa pun masalah kita bawa bincang elok-elok.. jangan pendam jer dalam hati, luahkan.. kalau rasa tak puas hati beritahu jer, this relationship akan baik kalau communication diantaranya juga baik, jangan cakap belakang macam budak tak matang okay.. dan katakanlah jikalau ada yang menjadi batu api untuk pecahkan kita, jangan sesekali percaya.. senang cerita, apa-apa pun yang jadi, kita jangan putus kawan... aku sayang korang macam family aku sendiri tau" Diana meluahkan perasaannya terhadap Fatin dan Amira. Dia takut, takut jikalau hilang kawan yang telah dianggap sebagai keluarganya itu.

"huwaa Yana, kau ni buat aku nak nangislah sejak bila kau pandai buat ayat sweet macam ni" Amira berkata seraya mengelap air mata palsunya.

Biasalah Diana ni susah sikit nak tunjuk perangai dia yang sweet-sweet ni, sebab Diana ni macam tomboy gituww.. walaupun bertudung tetapi perangainya agak kasar sedikit seperti lelaki..

"tulah tu, jarang sungguh kau nak sweet ni Yana" Fatin pun bersetuju dengan kata-kata Amira.

"alahh korang ni, aku kasar salah, aku sweet salah... ni lah manusia zaman sekarang, tak tahu nak bersyukur, tahu nak salahkan orang jer.. dasar" Diana merengus

"alah alah okay okay janganlah marah meh sini meh nak peluk." Fatin memujuk lalu memeluk Diana.

Maklumlah Diana ni kalau sekali dia luahkan tu memang betul-betul dari hati, ayat pula hm bukan main padu.

"alahh nak peluk juga" Amira terus menuju ke arah Fatin dan Diana lalu memeluk mereka dengan sangat kuat.  Hal itu membuatkan mereka bertiga ketawa bersama-sama sambil berpelukan.

MQR COMPANY

'alahai sweetnya u baby, kenapa dengan I, u tak peluk pun macam tu' dia mengusap gambar tersebut dengan senyuman psiko. 'lama kita tak jumpakan baby, chatting pun tak hm... I saja jer tak nak ganggu u baby,  nak bagi hilang sikit nervous u tu HAHHAHAHA'

'haihh tapi lepasni memang kita tak akan jumpalah sebab u akan pergi belajar, haihh rindunya nanti.. mesti u pun rindukan I jugakan baby.. tapi tak apalah 3 tahun jer Rayyan, 3 tahun jer, kau sabar jap' Rayyan mula merasakan sakit mengencam jiwanya  kerana tidak dapat bertemu dengan cinta hatinya dalam tempoh yang agak lama.

' tapi tak apalah I tetap akan memerhatikan you baby dari jarak jauh.. don't worry tak akan ambil masa yang lama pun baby ni, lepas ni kita akan berjumpa selalu yer baby... HAHHAHAHHAHA'











Hye my readers, saya nak ucapkan terima kasih yang sudi baca story ni walaupun story ni agak mengarut hehehehe maafkan saya jikalau ada sebarang kesilapan tatabahasa, grammar.. kalau ada typo tu bagitau saya tau heheheh terima kasih.

Btw saya nak ucapkan goodluck kepada my angel @Arlunaxaria for tomorrow , do your best ❣️✨hehhheeh..

Saya nak beritahu juga yang maybe saya akan jarang update lepas ni sebab ahad ni (24/10/2021) dah kena balik asrama😭😭 , tapi in syaa allah kalau ada masa saya akan update this story.. 🌼🌼

And Esok in syaa allah saya akan update kalau sempat hehehehh. Okay lah good night my readers.✨✨ Thank you again sebab sudi baca this story.

Jangan lupa vote and comments tau, terima kasih✨✨

Update : 12:37 a.m. ( 23/10/2021)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro