Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 7

Fatin mendongakkan kepalanya untuk melihat insan yang berada dihadapannya, dan 'zzuupp' bertemulah seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna hitam dan berseluar slack hitam iaitu rakan kepada si Rayyan iaitu Amirul, manakala disebelah Amirul juga dia dapat melihat 'crushnya' yang memakai baju berwarna biru sedondon dengannya yang juga berbaju kurung dan tudung berwarna biru, 'eh eh samalah pula' yang kini sedang memandangnya dengan tajam lalu dia pun berkata "ah mm sorry sorry" Fatin berkata sambil memandang lantai.

"it's okay Fatin, Fatin tu kena hati-hati tau, bahaya kalau buat macam tu tadi" Rayyan menegur lembut sambil matanya memandang lunak kepada Fatin.

Amirul yang melihatnya mula rasa hendak mual, geli tekak tengok orang jatuh cinta ni. "it's okay Fatin, ayah mana?" Amirul bertanya kepada Fatin.

"Dekat dapur dengan ibu". Fatin menjawab sambil menentang mata Amirul yang berwarna koko itu, dia berani menentang mata Amirul, tetapi dia tidak berani menentang mata bersama si Rayyan.

"ouhh okay"Kata Amirul lalu pergi meninggalkan mereka berdua untuk menuju ke meja makan.

Rayyan yang melihat perbualan diantara Amirul dan Fatin menjeling tajam kepada Amirul 'kau mana boleh cakap dengan babygirl aku', tetapi Amirul hanya buat tidak tahu saja, sudah biasa dengan perangai kawannya itu, kuat cemburu... 'mohon tabahlah Fatin'

Fatin hanya mengangguk lalu dia pula ingin lari dari keadaan tersebut tetapi apakan daya, dia ke kanan, Rayyan pun ke kanan, dia ke kiri Rayyan pun ke kiri. 'eh eh ni nak main-main ker apa ni' Fatin yang mulai geram mula menaikkan suara tanpa sengaja "Ish! ketepilah!"

Rayyan yang terkejut terus saja berdiam diri dan Fatin yang melihatnya mulai gelabah. "sorry sorry saya tak bermaksud nak..." tanpa menghabiskan ayat tersebut Rayyan terus memintas, "it's okay babygirl, I know I know" Rayyan berkata sambil tersenyum manis.

Fatin yang melihat senyuman itu terus saja berlari mendapatkan ibunya. Tetapi bukan sahaja dengan senyuman itu, tetapi dengan perkataan 'babygirl' itu, seperti sama dengan si 'stalkernya' yang selalu memanggil namanya dengan 'babygirl'.

Rayyan yang melihat Fatin terkedek-kedek lari mendapatkan ibunya didapur hanya tersenyum. Rayyan faham Fatin masih malu-malu dengannya, jikalau Fatin naikkan suara tanpa sengaja Rayyan dapat mengagak bahawa Fatin sebenarnya 'nervous ' apabila bersama dengannya. Tengok sajalah tadi, selepas naikkan suara terus saja dia meminta maaf.

Rayyan tanpa membuang masa terus saja mengikuti si Fatin untuk ke dapur.

"eh Rayyan, awalnya kamu sampai dengan Mirul" kata Datin Linda

"haah saja nak datang awal, takut terlepas majlis pula nanti" balas Rayyan

Amirul yang melihat Rayyan hanya menjulingkan mata 'macamlah aku tak tahu apa niat kau sengal'. Rayyan pun turut membalas pandangan Amirul 'diam lah kau mangkuk'.

"eh Rayyan, Mirul jomlah kita sembang dekat ruang tamu, ni duduk dekat dapur pula" Dato Ilham mengajak Rayyan dan Amirul untuk ke ruang tamu.

"eh tak pelah" Kata Rayyan. Niat sebenarnya hanya mahu melihat kekasih kecilnya ini membantu ibunya di dapur. Sebab itulah dia mahu duduk di dapur ini sehingga semuanya selesai.

Amirul yang melihat Rayyan itu terus berkata "tak pelah Abang Am, mehlah kami tolong juga, kami kan datang terlebih AWAL harini hehehhehhe" perkataan AWAL ditekankan seraya melihat Rayyan yang tersenyum seperti kerang busuk. 'bagus kau Mirul, macam tahu-tahu jer'.

"Abang Am nak kami tolong apa-apa tak?" Rayyan bertanya kepada Dato Ilham.

"eh hm boleh juga, tolong angkat kejap pinggan mangkuk tu ke depan pastu tolong bawakan makanan-makanan yang telah siap dihidang tu ke depan."

"okay baik Abang Am"

"kau pergi angkut segala pinggan mangkuk, aku tolong bawakan makanan" Rayyan memberitahu Amirul.

Amirul hanya pergi membawa pinggan mangkuk itu tanpa membantah "hm yelah mangkuk, kau tu jangan asyik melekat jer, buat juga kerja, jangan obvious sangat. Aku cepuk kang apa tak dapat. Ingat sikit mak ayah dia ada kat sini, kalau tak ada mak ayah dia pun Tuhan ada tengah tengok kau sekarang ni." Mirul memberikan kata-kata pedas kepada Rayyan.

Gedik lain macam Rayyan ni jikalau berada dekat dengan Fatin, jadi cepat cair sungguh. Dengan perempuan lain tak jadi pun macam ni. Orang bercinta memang macam ni eh, yang garang terus saja jadi lembut apabila bertemu dengan kesayangannya.

"aku tahulah mangkuk" kata Rayyan

Rayyan yang melihat Fatin sedang menghidang makanan tu diatas meja makan terus saja mendekati si bunganya itu. "tak siap lagi eh Fatin" Rayyan bertanya dengan nada yang sangat lembut.

Fatin yang terkejut terus menoleh "belum lagi" dan sambung membuat kerjanya yang tergendala. Hatinya sekarang sedang berdegup kencang kerana kedudukan mereka agak rapat sehingga dia dapat mencium bau maskulin si Rayyan.

"kenapa terketar-ketar ni, Abang handsome sangat eh?" Rayyan ketawa kecil. Dia tahu sebenarnya Fatin menghidap penyakit anxiety. Kadang- kadang tangannya akan terketar tanpa disedarinya, tetapi boleh juga jadi jikalau dia sedang gemuruh ataupun takut.

"tak lah, memang macam ni, anxiety" Fatin menjawab tanpa melihat muka Rayyan. Rayyan hanya mengangguk.

"Fatin kenalah kawal, kan doctor dah bagitahu, jangan biar anxiety kawal kita, sebaliknya kita yang kena kawal anxiety. Kalau tak nanti sampai ke tualah Fatin akan anxiety".

Fatin yang mendengarnya terus terdiam 'eh jap macam mana dia boleh tahu ni? Setahu aku , yang tahu aku ada anxiety ni kawan-kawan aku, ibu dan abah ja'

"ya baiklah memang saya tengah kawal pun" Fatin bersuara.

"bagus-bagus"

"sorry sebab tertengking encik tadi"

"eh tak apalah, janganlah panggil encik, kan abang dah cakap panggil jer abang"

"ouh hm hehehe" Fatin hanya memberikan senyuman nipis. Manakala hati Rayyan pula sudah berbunga-bunga melihat senyuman itu.

"kakak dah siap?" Datin Linda datang menegur anak gadisnya itu.

"sikit jer lagi ibu" Datin Linda hanya mengangguk.

"eh Rayyan buat apa dekat sini" Datin Linda bertanya kepada Rayyan yang sejak tadi bertenggek disebelah Fatin. Perbuatan Rayyan itu telah menimbulkan kerutan didahi Datin Linda.

Haihh Rayyan, Rayyan. Amirul baru jer pesan tadi jangan ketara sangat.

"ni tengah tolong Fatin cedok makanan, akak. Tadi Abang Am suruh bawakan makanan yang disiap hidang ke depan."

"eh la yakah boleh pula Abang Am kamu ni suruh tetamu yang buat kerja, nak kena dia ni"

"eh tak apalah kami memang nak tolong pun akak, lagipun kami datang awal"

"ouhh maaflah yer Ray"

"no hallah akak, hehhehehhe"

"ha ni Mirul mana Mirul?"

"Mirul kat depan akak, tengah susun pinggan mangkuk kut"

"ouhh okay baiklah"

"kakak bawa elok-elok makanan tu kakak, jangan bagi tumpah"Datin Linda menegur anaknya apabila melihat Fatin ingin membawa makanan-makanan tersebut ke ruang tamu.

"eh tak apa Fatin, Fatin bawa jer yang ringan biar abang bawa yang berat-berat" Rayyan menolong Fatin untuk membawa makanan-makanan tersebut.

"Ray nanti yang tu letak dekat meja yang paling depan sekali ya" kata Datin Linda lalu meninggalkan mereka berdua di dapur sendirian sekali lagi.

"baik akak" Rayyan mengangguk.

Semasa Fatin ingin mengangkat makanan-makanan tersebut, tiba-tiba sahaja Rayyan berkata "Fatin, kan abang cakap biar abang angkat yang berat-berat, Fatin ringan-ringan sudahlah." Lalu merampas makanan tersebut ditangan Fatin. Dan secara sengaja, dia memegang jari-jemari halus Fatin 'haih lembutnya jari, ni baru jari bukan tangan'.

Fatin yang terkejut terus saja melepaskan makanan tersebut, nasib baik Rayyan sudah memegangnya kalau tidak, habis jatuh tumpah nanti.

"sorry sorry abang tak sengaja"

"hm" Fatin terus mengambil makanan yang ringan untuk dibawa dan terus saja menuju ke ruang tamu meninggalkan Rayyan keseorangan di dapur.

"haih baby, baby, baru cuit sikit dah lari" Rayyan hanya ketawa riang.

SEMASA DI RUANG TAMU

"heyyo Tin long time no see"
kedengaran suara lelaki menegur Fatin dengan gembira membuatkan hati Rayyan panas membara.

Fatin yang mendengarnya terus mencari gerangan orang tersebut dan.. "ehh heyyo my boy"

















Hye my readers saya nak beritahu ni yang pasal anxiety tu saya tak tahu sangat, saya Cuma tahu sikit-sikit jer, so kalau saya salah tu maafkan saya. so, Kalau korang ada apa-apa maklumat lebih mendalam tentang anxiety ni korang boleh jer comments. Kongsi ilmu itukan baik hehehehhehe

Maafkan saya juga jikalau chapter ini menjadi agak kurang menarik, idea tetiba tak masuk pula... ehhehehehhe

Jangan lupa vote and comments tau, ✨thank you my readers,❤️ jasamu akan ku kenang hingga ke hujung nyawa🤭🤭

Update: 11:55 p.m. (21/10/2021)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro