Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 43

This is our dystany mio angelo








HOTEL XIA'S PRINCE

Fatin termenung apabila melihat kearah cermin besar yang kini mempamirkan dirinya yang memakai dress labuh berwarna Baby Blue itu. Walaupun simple tetapi sangat cantik dimatanya. Sungguh tak dapat ia ucapkan dengan perkataan disaat ini. Pandai sungguh suaminya, memang menepati citarasanya. Tidak terlalu ketat dan longgar, muat-muat saja dia memakainya.

"amboi! Cantiknya pengantin kita ni" tegur Datin Linda dari belakang

"pengantin lama lah ibu" Fatin ketawa kecil.

"tak kiralah pengantin lama ker, baru ker. Diwajah kakak tetap Nampak seri pengantin tu." Datin Linda mengusap pipi anaknya dengan lembut.

"Abang Rayyan kat mana ibu?"

"dia ada kat bilik sebelah, tengah tunggu bidadari dia ni. Tak sabar-sabar nak jumpa, katanya rindu. Tapi, nasib baik Amirul halang dia dari datang sini. Kalau tak, silap-silap hari bulan korang tak jadi bersanding, tapi jadi benda lain." Fatin ketawa mengenangkan sikap gelojoh si Rayyan. Memang sejak-sejak mereka berpisah, Rayyan bersikap lebih protective, obsessive terhadapnya. Tadi pun semasa sampai di hotel, punya gigih dia memujuk Rayyan supaya melepaskannya kerana mahu masuk ke bilik untuk bersiap. Tapi, Rayyan tetap tidak melepaskannya dengan berkata 'kenapa kena bilik asing-asing sedangkan luar dan dalam hubby dah tahu?!'. Padahal pada awalnya dia yang minta bilik asing, katanya nak surprise. Ceh!

"kakak, kakak dah siap?" tiba-tiba Dato Ilham datang mengetuk pintu dan menanyakan keadaannya.

"dah abah"

"jom. Pengantin lelaki dah siap tunggu depan pintu dewan" Dato Ilham menyambut tangan mulus anak tunggalnya itu. Fatin dengan gemuruh berjalan mengikuti ayahnya ke pintu dewan manakala Datin Linda pula setia mengikuti disisinya.

"relax kakak, jangan nervous. Ibu dengan abah ada." Datin Linda memujuk supaya anaknya bertenang kerana terbias di wajah anaknya perasaan gemuruh itu.

Semasa mereka berjalan ke pintu dewan, tiba-tiba pandangan Fatin disajikan dengan susuk tubuh seorang jejaka yang tegap iaitu suaminya yang sedang membelakanginya. Suaminya itu memakai suit ala-ala prince berwarna dark blue.

Seketika dia telah berada dihadapan suaminya, jantungnya berdegup kencang kerana suaminya kelihatan sungguh kacak pada malam ini. Dengan rambut perangnya yang disikat rapi, jambang pula distrim kemas menampakkan lagi rahang tajam sang suami dengan jelas. Digayakan pula dengan suit ala-ala prince yang berwarna dark blue menambahkan lagi kekacakan yang sudah tersedia ada.

"sekarang giliran Ray pula untuk bimbingnya kearah jalan yang benar" setelah berkata demikian Dato Ilham menyerahkan tangan anaknya itu kepada Qaiser Rayyan. Rayyan menyambutnya dengan lembut dan terus menggenggamnya dengan erat bagaikan tidak mahu lepas.

"ibu dengan abah masuk dulu, ya" Rayyan hanya menganggukkan sahaja kepalanya tetapi matanya tetap terus menerus melihat kearah bidadarinya ini. Fatin yang merasakan pandangan yang tidak putus dari suaminya mula berasa malu.

"you're so beautiful tonight, mio angelo (my angel)"

"you too mio bel marito (my handsome husband)"

"don't you think tonight is really hot?" Fatin mengerutkan dahinya. Panas? Rasanya hotel ni pasang jer air-cond, tak ada pula ada berlaku kejadian blackout ker apa. Rayyan yang melihat muka tanda tanya sang isteri terus menyambungkan kata-katanya kembali.

"hubby rasa panas bila tengok baby pakai macam ni. So, baby please don't be to hot like volcano, because I can't even resist you're hotty in my mind" darah terus menyerbu ke seluruh muka Fatin. Dia melihat kiri dan kanan mereka lalu melepaskan tumbukan manja didada bidang Rayyan. Sejak akhir ini, Suaminya ini memang suka cakap lepas.

"apa hubby ni?"

Rayyan ketawa melihat reaksi Fatin. Sungguh comel dimatanya. "I will make sure you scream my name tonight babygirl" kata Rayyan lalu mengucup lembut kekura Fatin. Matanya pula sentiasa memandang lunak kearah Fatin.

Semasa mereka tengah bergurau senda didepan pintu dewan, tiba-tiba Amirul datang kearah mereka. "sudah-sudahlah tu bersweet-sweet, naik lemak aku. Ni, majlis dah nak bermula ni. Korang stand by yer"

"biarlah, sibuk jer. Dia pun dah tak lama" Rayyan memberi jelingan tajam kearah Amirul tetapi Amirul tetap buat derk jer. Buat apa aku nak takut, aku takut dengan Allah jer.

Rayyan meletakkan tangan Fatin diatas lengannya lalu memegangnya dengan erat. Sekarang ini mereka sudah bersiap sedia untuk masuk kedalam dewan.

Setelah pengerusi majlis mengumumkan tentang ketibaan mereka, pintu dewan yang besar itu terus terbuka dengan megahnya. Mereka berjalan beriringan memasuki dewan utama. Fatin yang baru sahaja melihat majlis mereka berasa kagum dan teruja. Sungguh cantik tak terkata. Subhanallah, cantiknya. Rayyan yang melihat kelekaan sang isteri yang begitu teruja melihat dekorasi pelamin mereka terus bertanya.

"baby suka?" Fatin terus mengalihkan wajahnya menghadap Rayyan dan memberikan senyuman lebar kepada Rayyan. "suka, terima kasih hubby. Baby Tak expect hubby akan buat majlis ni. Betul-betul macam mimpi baby. Macam mana hubby tahu yang baby teringin nak buat tema Royal Blue?" genggaman dilengan Rayyan juga diketatkan.

"I know everything about you sayang" Rayyan membalas genggaman itu sambil menuju ke tempat raja sehari mereka.

"tahniah Atin. Akhirnya bersanding juga kau" Diana dan Amira memeluk erat tubuh kecil si Fatin.

"thanks korang sebab sudi datang"

"no hal lah, lepas ni kami ucap congrats lagi. Tapi sebab lain lah." Kata Farhan

"sebab apa?" semua yang berada disitu memandang Farhan dengan kerutan halus didahi.

"sebab kau dah jadi mak buyung HAHAHAHAHA"

"I agree with you boy" sempat lagi Rayyan dan Farhan berhigh five. Amirul pula menggelengkan kepalanya. Tak sangka rakan-rakannya ini memiliki otak kuning.

"aamiin. In Syaa Allah." Amira pula yang mengiyakan, manakala Fatin menunduk malu.

"dah lah tu, kesian Atin. Merah dah muka dia." Diana memihak kepada Fatin kali ini. Rayyan yang melihat reaksi isterinya itu terus meraup pinggang ramping sang isteri untuk berada dekat dengannya.

"alololo kesian sayang saya ni" Rayyan mengucup pipi Fatin sekilas. Lagi lajulah jantung Fatin mengepam darah.

"korang ni, bila pula? Asyik kitorang jer yang bersweet-sweet." Rayyan mengangkat keningnya gaya-gaya Ziana Zain. Maklumlah, kawan dah mengecapi bahagia, saja nak tunjuk riak dengan orang sekeliling.

"aku memang tak lama dah, tunggu masa yang sesuai jer sekarang ni. Korang tunggu jelah aku jemput." Kata Amirul sambil memandang bunganya yang sedang memandang sekeliling. Saja lah tu nak elak dari memandang kearahnya.

"wah! Abang Mirul dah berpunya. Siapakah gerangan tersebut?" Farhan bertanya kepada Amirul.

"orang tu ada jer kat sini, nama dia. NUR AMIRA EARINA BINTI EMIR ADLAN" kata Amirul dengan tenang. Semua yang berada disitu memaparkan riak wajah yang terkejut kecuali Qaiser Rayyan. Dia memang sedia maklum tentang hal ini. Sebabtu, dia tidak berasa terkejut.

"what? Mira? Alhamdullilah, jodoh kau sampai juga nyah. Dalam diam eh" Farhan melihat kearah Amira dan menunjukkan thumbs up.

"Lepasni kita pula yer sayang" Farhan mengenyit matanya kearah Diana tetapi Diana hanya buat tak tahu jer. Sabar Paan, nanti singa kau tu jinaklah.

"kan aku dah cakap" Diana dan Fatin memandang sinis kearah Amira. Amira hanya mencebikkan mulutnya. Cis, tak guna punya kawan. Masin mulut korang.

"tahniah Mira. Tapi kau tak cakap apa-apa pun dekat kitorang"

"memanglah, sebab benda ni mengejut. Kalau tadi korang terkejut, ha.. macam tu jugalah aku bila dapat tahu" Amira memuncungkan mulutnya.

"jangan muncung sangat mulut tu little pumpkin. Gigit kang apa tak dapat"

"wow chill bro! benda belum halal lagi" Amirul membalas senyuman sinis sahabat baiknya, Qaiser Rayyan. Amirul ni Nampak jer baik, pendiam. Tapi jangan tertipu dengan luarannya, dalamannya juga boleh dikatakan ganas juga. Jangan sesekali dicabarnya.

Mereka semua ketawa apabila melihat aksi tak senonoh oleh dua orang pakcik itu, manakala Amira pula tetap menyembunyikan diri disebalik dua orang rakannya supaya tidak terlihat oleh bakal suaminya itu. tiba-tiba, dia berasa gerun pula apabila merasakan pandangan helang yang ditujukan untuknya oleh sang jejaka tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah majlis itu selesai, mereka semua bergerak untuk pulang kerumah masing-masing. Tetapi, tidak untuk raja sehari ini. Untuk pasangan yang bergelar raja sehari ini tetap setia berada di hotel, kata Qaiser Rayyan saja mahu berhoneymoon buat sekali lagi.

"kenapa baby suka sangat duduk dekat luar sorang-sorang ni? Tak sejuk ker?" Rayyan yang hanya memakai sweatpants pendek dan t-shirt hitam tanpa lengan datang memeluk Fatin dari belakang dengan erat. Mereka kini sedang berada di balcony suite mereka.

Fatin yang terkejut dengan sergahan tersebut terus memalingkan sedikit kepalanya menghadap wajah sang suami yang kini sedang menongkat dagu dibahunya. "hubby ni, terkejut baby. Kalau baby dapat serangan jantung macam mana?"

"kalau sayang dapat serangan jantung, hubby sanggup dermakan jantung hubby ni untuk baby" kata Rayyan dengan suara serak basahnya sambil menggesel hidung mancungnya dengan hidung Fatin Adeera. Fatin terus menunduk malu apabila diperlakukan sebegitu. Jantungnya ini bukan sahaja berdegup laju disebabkan kedudukan mereka, tetapi juga dengan panggilan 'sayang' yang baru saja dia dengar dari suami tercintanya. Memang jarang suaminya ini memanggilnya dengan panggilan sayang, rasanya selepas kejadian buruk itu berlaku baru suaminya ini mula menggelarkan dirinya sayang apabila mahu bermanja.

Fatin berdehem sedikit untuk menghilangkan rasa gugupnya. dia paling kehadapan sambil melihat kearah bintang-bintang dilangit. "hubby nak tahu satu benda tak?"

"apa tu?" Rayyan layankan saja karenah Fatin sambil menghidu bauan dari tubuh bidadarinya.

"sebelum kita kahwin baby pernah sukakan seseorang" tersentak sedikit tubuh badan Qaiser Rayyan. Tanpa sedar dia mengetatkan lagi pelukannya dipinggang ramping sang isteri.

"siapa orang tu?" Qaiser Rayyan mengetap rahangnya kuat dan bertanya dalam nada yang cemburu.

"orang tu handsome, gagah, baik. Tapi sayang..." Fatin sengaja menggantungkan ayatnya. Rayyan yang tidak sabar mula mendengus kuat. Cemburu dia ni, bukan boleh bawa bincang. Sekarang ni pun dia tengah berusaha untuk kawal cemburu butanya. Kalau tak, ada juga yang duduk atas kerusi roda seminggu.

"Orang tu dah jadi suami baby dah sekarang" Fatin mencium pipi Rayyan sekilas sebelum memandang kehadapan semula. Reaksi Rayyan apa lagi, tersenyum gediklah dia. Sejuk balik hati dia yang panas tadi.

"ahh~~ baby ni... nakal lah" Rayyan tersenyum malu sambil menyembunyikan wajahnya diceruk leher Fatin dan menggoyangkan tubuh badan mereka kekiri dan kekanan seperti kanak-kanak kecil. Telinganya pula usah dikata, merah habis.

"only for you daddy" Rayyan yang terdengar itu terus membulatkan matanya dan memberi beberapa ciuman singkat disekeliling leher Fatin.

"rawr babygirl"

"HAHAHAHA janganlah hubby, gelilah." Fatin sedaya upaya menjauhkan lehernya dari serangan Rayyan.

"actuallykan baby, hubby pun nak buat satu pengakuan" Rayyan memusingkan tubuh Fatin untuk menghadapnya lalu mengepungnya kiri dan kanan.

"pengakuan apa tu? Dengar macam serius jer"

"baby jangan marah tau selepas dengar benda ni" Fatin memasang riak wajah yang serius setelah menganggukkan kepalanya. Rayyan hendak ketawa pula apabila melihat reaksi isterinya.

"sebenarnya hubby lah si stalker baby dulu" Rayyan berterus-terang kepada Fatin tanpa berdolak-dalih.

"huh?" Fatin yang baru saja merasakan otaknya lambat berproses terus berasa blur

"dulu baby mesti selalu dapat mesej dari someone kan?" Fatin hanya menganggukkan sahaja kepalanya untuk mengiyakannya.

"orang tu adalah hubby"

"what?!"

"ya. Orang tu adalah hubby"

"kenapa hubby buat macam tu? Tahu tak baby takut" Fatin memukul dada bidang Rayyan dengan kuat dan memandang tajam kearah Rayyan. Rayyan pula yang takut untuk bertentang mata dengannya sekarang. Garang macam mak singa, tacod titew.

"sebab masa tu, dalam fikiran hubby mahu dapatkan baby walau apa jua sekalipun. Hubby takut baby tak terima hubby. Sebab tu, hubby jaga baby dari jauh. Stalk baby dari jauh. Boleh dikatakan 24 hours baby dipantau oleh orang-orang hubby" mulut Fatin terlompong mendengar pengakuan daripada Rayyan. Patutlah semasa dari zaman sekolah hingga dia masuk ke alam Universiti lagi dia merasakan seolah-olah ada orang menjaganya dari jauh. Tak sangka rupanya crushnya ini yang membuat kerja gila tersebut.

"baby jangan marahkan hubby tau" Rayyan menundukkan mukanya sambil mulut mencebik kesedihan.

"hubby takut kalau ada orang ambil baby dari hubby. Sebab tulah, hubby buat macam ni." Terang Rayyan tanpa mengangkat sedikit wajahnya untuk melihat wajah sang isteri. Dia sudah bersiap sedia untuk menerima segala makian buat dirinya oleh isteri tercinta. Tetapi, apa yang dijangkakan memang diluar jangkaannya kerana Fatin Adeera mengucup lembut pipinya selepas ia menyatakan pengakuannya itu. Dia tercengang buat seketika

"thank you hubby. Thank you sebab protect baby dari jauh" kata Fatin selepas menjarakkan dirinya. Tangannya pula mengusap perlahan pipi sang suami.

"bohonglah kalau baby cakap baby tak marah. Tapi bila difikirkan balik, buat apa baby nak marah. Benda dah lepas, hubby pun dah jadi suami baby yang sah. Tapi tertanya-tanya jugalah, kalau baby fall in love dengan someone else macam mana?"

"No way! Hubby akan tetap pastikan baby milik hubby seorang"

"my possessive husband" Fatin tersenyum kecil sambil mengucup pipi Rayyan sekilas. Rayyan juga membalas senyuman tersebut.

"sekarang, mari kita buat kerja sikit"

"kerja apa?" Fatin memikirkan kerja apa yang perlu mereka lakukan ditengah-tengah malam buta ni.

"kerja bagi cucu dekat ibu & abah" Rayyan berkata sejurus menggendong Fatin masuk ke dalam kamar beradu mereka.

"argh! Hubby" Fatin memeluk erat leher sang suami apabila merasakan dirinya berada diawangan-awangan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Mira, sampai hati kau tak bagitau kami noh! Know know jer dah ada kad jemputan" Fatin bersuara seakan berjauh hati.

"entah kau ni!" Diana pun menyokong kata-kata Fatin itu. ya lah, sepanjang mereka berkawan mana pernah langsung mereka berahsia. Rasa terkilan jugalah apabila tiba-tiba jer terima berita kejutan ini. Bila ditanya, cakapnya tidak. Tapi tengoklah sekarang apa yang jadi. Ceh!

"sorry lah korang, bukan aku tak nak cerita. Tapi serius, benda ni pun aku tak tahu. Semuanya jadi sekelip mata. Memanglah sebelum ni dia macam bagi hint, tapi aku ingatkan dia main-main jer. Sebab tulah, aku tak ambil kisah sangat. Tak sangka pula, jadi macam ni. Sorrylah korang." Amira mencebikkan mukanya sambil menunduk. Bukan niatnya untuk merahsiakan ini dari rakan-rakannya. Tapi diri sendiri pun tak tahu macam mana benda ni boleh terjadi. Diana dan Fatin yang melihat keadaan Amira itu terus memeluk tubuh genit gadis itu.

"tak apalah, kitorang faham"

"tak apa, relax lah. Kitorang faham dengan keadaan kau"

Bukannya Fatin dengan Diana tak Nampak dengan perlakuan Amira sepanjang mereka bertembung dengan Amirul. Setiap kali pertembungan mereka, Amira kelihatan seperti tidak selesa dan sentiasa ingin melarikan diri daripada Amirul. Mereka juga tahu bahawa Amirul sentiasa memerhati Amira dalam diam.

"thanks korang. Sorry tau"

"tak ada apa lah, sekarang boleh kau ceritakan apa yang terjadi sebenarnya?"

"sebenarnya macam ni..."

FLASHBACK

"yeay! Alhamdullillah abi dah keluar dari hospital" kata Amira dengan riang sambil membawa kerusi roda ayahnya menyusuri lobi utama hospital itu. sungguh bahagia dia sekarang apabila semuanya berjalan dengan lancar.

"alhamdulillah" Encik Emir pula hanya tersenyum gembira melihat telatah anaknya itu. sesampainya mereka di pintu keluar, tiba-tiba ada satu kereta Nissan Navara berhenti dihadapan mereka. Terpancar reaksi ketakutan di wajah Amira 'alamak, dia buat apa kat sini?'

"assalamualaikum Abi" jejaka tersebut turun dan menolong Encik Emir untuk masuk kedalam keretanya.

"eh waalaikumussalam Am. Am buat apa kat sini?"

"nak tolong hantarkan Abi dengan my future wife balik rumah" Amira mengerutkan dahinya setelah mendengar perbualan kedua jejaka tersebut. 'eh! Diorang kenal?'

"susah-susah jer. Terima kasih yer Am"

"sama-sama Abi." Amirul yang melihat Amira masih tercegat ditempat asalnya terus menuju kearahnya.

"kenapa tak masuk lagi?"

"macam mana Abi kenal awak?" soalan dibalaskan soalan

"I already told you that you're mine. So, tak ada istilah mustahil dia tak kenal I" Amirul berkata sambil mendekatkan dirinya lagi kearah Amira. Amira yang melihatnya itu, terus berganjak kebelakang sedikit untuk mencipta jarak diantara mereka.

"tapi kenapa susah sangat you nak dengar cakap I? I dah cakap apa-apa just let me know, kenapa diam jer?" Amirul berkata dalam nada yang dingin lalu dia menghembus nafasnya kasar.

" don't test my patience little pumpkin. I'm very sure you don't like it. But for this... be prepare for your punishment" Amirul membisikkan itu di telinga Amira dengan suara serak basahnya.

"dah, masuk dalam kereta. I hantar you balik, tak payah nak call grab bagai" Amirul mengambil telefon Amira yang berada didalam genggamannya lalu meletakkan telefon itu kedalam seluar poketnya.

"telefon saya"

"masuk" kata Amirul dengan suara dinginnya. Amira yang tidak pernah dengar suara tersebut terus menegak bulu romanya. nampaknya dia sudah bangkitkan singa yang sudah tidur.

'alamak! red code' bisik hati kecil Amira. Terus berdesup dia masuk kedalam kereta Nissan itu.

"terima kasih ya Am sudi hantar kami" Encik Emir yang baru sahaja duduk diatas sofa itu berkata. Sudah banyak anak muda ini menolong mereka. Terlalu besar jasanya untuk keluarga ini.

"sama-sama abi. Alang-alang kita dah duduk sekali ni, Am ada benda yang nak dibincangkan" kata Amirul sambil melihat kearah Amira yang berada disisi ayahnya sekilas.

"apa tu Am?"

"Am ingat nak mempercepatkan Tarikh perkahwinan Am dengan Mira." straight to the point Amirul mengucapkannya. Senang, tak payah belok sana sini. Sekali jalan jer, ini lah baru dikatakan anak jantan.

"dulu Am ada minta izin abi untuk halalkan Amirakan? Sekarang Am ingat nak percepatkan proses untuk halalkan bidadari abi, boleh?"

"apa yang tak bolehnya? Boleh jer. Perkara yang elok, tak perlu ditangguh-tangguhkan" kata Encik Emir dengan bersemangat. Memang benar, dua bulan lepas Amirul ada datang berjumpa dengannya sendirian untuk menyatakan hajat besarnya itu. dia Nampak niat yang ikhlas tersemat dalam diri anak muda itu. sebab itulah, dia beri sahaja green light itu.

"abi!" Amira terkejut dengan persetujuan ayahnya. Biar betul! Ayahnya senang-senang jer lepaskan dia pergi. Sejak bila depa ni kamching, amboih!

"boleh tak Am nak cakap sikit dengan Mira?" Encik Emir hanya menganggukkan kepalanya sahaja untuk memberi kebenaran.

"jom"

Setelah mereka berada di ruang belakang rumah itu, Amirul terus menyatakan hasratnya.
"I harap you tak lupa dengan janji you"

"janji apa?"

"you dah pakai cincin yang I bagi kan. So technically you adalah milik I"

"eh eh amboi! Encik, saya tak sedar pun bila masa, kejadian, bagaimana benda tu berlaku. And about our promise, saya tak pernah janji apa-apa pun" hati Amirul membara apabila mendengar kenyataan dari Amira. Dia datang mendekat kearah Amira sehingga Amira terlanggar didinding. Sekarang Amira terperangkap diantara dinding rumah dengan tubuh badan sasa Amirul. Amira meneguk air liur kasarnya dengan sukar 'ah sudah, memang mulut celupar lah kau ni Mira'

"pada malam I bayar kos perubatan ayah you, sayang. You lupa kah?" Amirul mendekatkan wajahnya ditelinga Amira dan mengepung Amira supaya dia tidak dapat melarikan diri lagi. Amira yang mendengarkan itu, terus berpeluh dahi.

"you dah janji dengan I yang kita AKAN KAHWIN. JANGAN sesekali LUPA dengan janji you little pumpkin" kata Amirul dengan suara garaunya dan meniup sedikit telinga Amira. Amira yang merasakan ada hembusan nafas ditelinganya disebalik tudung terus mengelak sedikit. 'aih, tak boleh macam ni. Nanti jadi benda lain'

"mana cincin yang I bagi?" mata Amirul tertumpu pula di jari Amira yang kelihatan terketar-ketar itu. dia perasan tiada sebarang cincin dicelah jari jemari halus itu.

"sa---saya" tanpa sempat Amira menghabiskan kata-katanya. Amirul meraup pinggang rampingnya dengan tangan kiri manakala tangan kanannya yang bebas itu mencengkam kuat rahang Amira untuk memastikan si bunganya ini menatapnya. Amira terkejut apabila diperlakukan sebegitu.

"how dare you?! You tanggalkan cincin yang I bagi?" Amirul mengetap rahangnya dengan kuat. Secara drastic Amira menggelengkan kepalanya dan cuba melepaskan diri dari rangkulan Amirul

"stop struggling little pumpkin. You nak ker I buat sesuatu dekat sini?"

"t-tak"

"tak---sa---saya Cuma letak cincin tu dekat tempat yang selamat. cincin tu ada dengan saya" dengan sukar Amira berkata. Amirul yang mendengar penjelasan Amira berasa sedikit tenang, dia lepaskan cengkaman dari rahang Amira tetapi rangkulan di pinggang tetap dieratkan.

Dia mengusap pula pipi Amira dengan ibu jari kasarnya. "listen here little pumpkin. Everywhere, everytime, you kena pakai cincin tu. Jangan sesekali tanggalkannya, faham?" ibu jarinya terhenti dihujung bibir Amira.

"faham" Amira takut-takut untuk menjawabnya.

"good. Kita akan kahwin bulan depan, selepas saja majlis bersanding Rayyan dan Fatin berlangsung. I tak nak dengar apa-apa bantahan dari you. Ingat, apa yang I cakap I akan buat. Jangan sesekali cabar I" Amirul melepaskan rangkulannya dipinggang Amira dan melangkah kebelakang sedikit lalu memeluk tubuhnya. Gayanya sekarang agak menakutkan bagi Amira. T-shirt polo berwarna merah berlengan pendek mendedahkan urat-urat tangan disekelilingnya di gayakan pula dengan seluar slack hitam dan rambut kehitamannya yang kelihatan kusut sedikit. Mendedahkan sedikit aura mafia disitu.

"ingat little pumpkin. Jangan sesekali cabar I" Amira hanya mengangguk ketakutan. Amirul melepaskan keluhannya lalu berjalan memasuki rumah.

"by the way, your body really fit in my embrace. Can't wait to hold you 24 hours" kata Amirul selamba dengan memasukkan tangannya kedalam poket. Darah terus menyerbu ke wajah Amira apabila mendengar kenyataan tersebut

'ahh!! Orang tua gatal. Body aku dah hilang dara. Huwaaaa umi!'

END OF FLASHBACK

"jadi kau terima lah lamaran dia?" Amira hanya menganggukkan kepalanya untuk pertanyaan Diana.

"tak apalah Mira. Maybe dia jodoh kau. Kita think positive je lah"

"betul tu. Kau doa jer banyak-banyak kat Allah. Allah yang akan tolong permudahkan urusan kau juga nanti. In Syaa Allah, tak ada apa-apa haih! Congrats Mira."

"betul tu! Congrats Mira. Ingatkan kau ni nak jadi Andartu. Rupa-rupanya ada juga yang nak dengan kau yer"

"hei! Mulut kau ni! Aku muda lagi tau. Tak ada maknanya jadi andartu" mereka ketawa Bersama apabila melihat muka masam Amira

DRETT DRETT

"eh suami aku dah mesej lah, tanya bila nak balik. Aku balik dululah korang, dah lah dia tak sihat tu"

"suami kau tak sihat?"

"haah. Entahlah, sejak-semenjak ni dia asyik muntah-muntah, demam. Selepastu asyik nak berkepit jer dengan aku. Kalau tak berkepit nanti, merajuk. Aku tahulah sejak kejadian tu, dia asyik nak berkepit jer. Tapi sejak-semenjak ni makin teruk pula mengadanya. Aku layankan jer lah, kalau tak jenoh pujuk orang tua tu nanti" bebel Fatin kepada dua orang rakannya. Amira dan Diana pula hanya ketawa mendengar luahan dari rakan mereka.

"entah-entah kau pregnant kut Atin" kata Amira

"haah kan, mana tahu morning sickness kau pergi dekat dia" Diana pula menyokong kata Amira itu. Fatin memikirkan pernyataan dari dua orang rakannya. Memanglah sejak-sejak akhir ni, perangai Rayyan kelihatan berubah. Dia pun perasan akan perubahan dirinya yang suka mengidam macam-macam. Period dia pun lewat dua bulan dah

"hm entahlah, nanti-nantilah aku fikir. Aku balik dulu, nanti merajuk pula orang tua tu"

"bye, hati-hati"

QAIRAY MANSION

"assalamualaikum hubby" Fatin melihat ke ruang tamu itu, kelihatan sunyi sahaja. Dia naik pula ke ruang kamar mereka berdua. Disitu dia terdengar ada seseorang sedang menangis didalam bilik air. Dengan cemas dia menuju ke bilik air mereka.

"ya allah hubby, kenapa ni?" Fatin melihat Rayyan sedang duduk tercangkung ditepi singki itu. Rayyan yang mendengar suara bidadarinya terus melangutkan wajahnya dan mencebikkan bibirnya.

"kenapa lambat balik?" dengan nada yang sedih dia bertanya. Rasanya baru jer 30 minit Fatin keluar lepak dengan rakan-rakannya.

"sorry hubby" Fatin menyapu air mata Rayyan dan membantunya untuk bangun

"kenapa ni hm?" dia membasuh pula bibir Rayyan yang ada sedikit sisa muntah itu.

"hubby muntah" Rayyan merengek setelah meletakkan mukanya diceruk leher Fatin untuk menghidu bauan yang terbit dari tubuh isterinya. Sungguh bauan ini dapat menenangkan sakitnya.

"hm I'm sorry hubby. Jom, baby bawa pergi katil" Fatin memeluk Rayyan dengan erat dan menuju ke katil mereka. Dia mengambil minyak angin dan menyapunya diperut Rayyan dan dikepala Rayyan. Mencalit sedikit di hidung Rayyan untuk menenangkannya.

"meh sini baby urut" Rayyan meletakkan kepalanya diatas riba Fatin dan memeluknya eratnya. Mukanya kini menghadap perut sang isteri. Beginilah keadaan Rayyan sejak-sejak akhir ini. Terlebih manja pula bapak singa ni

"hubby"

"hm"

"kita pergi klinik jom"

"hah? kenapa? baby sakit ker?" Rayyan bertanya kepada Fatin sambil meneliti tubuh badan isterinya.

"sekarang ni siapa yang sakit?"

"hubby yang sakit kan? Kita pergi klinik jer lah. Kita pergi check. Hubby ni kerap-kerap sangat muntah, demam. Risau baby."

"hmm ~~~ tak nak" Rayyan merengek dan menyembamkan mukanya kembali diperut Fatin

"hmm~~~ jomlah" Fatin pun tidak kalah rengeknya. Sekarang ni masing-masing tengah pujuk pasangan masing-masing.

"hubby... kalau hubby tak nak. Jangan terkejut nanti kalau bantal, toto ada kat luar bilik ni"

"fine" Rayyan merengus perlahan.

"tak sayang hubby lah tu" kata Rayyan dalam nada yang perlahan, tapi masih dapat didengari di telinga Fatin. Fatin mengalihkan wajah Rayyan untuk melihatnya. Maklumlah, sejak tadi asyik cium jer perut dia, tak lemas ker?

"baby sayang lah sebab tu baby nak hubby pergi klinik. Baby risaukan hubby tau" Fatin mengusap perlahan pipi Rayyan dan memberikan ciuman syahdu di dahi Rayyan. Rayyan yang mendapat belaian manja dari bidadarinya terus berubah menjadi kucing gatal. Meow.

"I love you baby" Rayyan memeluk Fatin dengan erat dan memuncungkan sedikit mulutnya.

"kiss me again, at here" Fatin ketawa kecil dan mengucupnya sekilas. "manja" Fatin mengepit hidung Rayyan dengan lembut.

"Dengan baby jer"






"yakinlah, ada sesuatu yang menantimu setelah sekian lama banyak kesabaran (yang kau jalani), yang akan membuatmu terpanah hingga kau lupa betapa pedihnya rasa sakit" - Ali bin Abi Thalib

SELAMAT HARI RAYA CUTIE PIE

Cliché tak bab ni?

Have a nice day my cuties pie❤️

Update: 1/5/2022 (8:21 P.M.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro