BAB 42
'I don't want to lose you, be without you, anymore'
Warning: this scene maybe a little bit cringe.
Rayyan mengusap sisi katilnya dan mendapati ianya kosong. Lalu, Setitik demi setitik air matanya turun 'it was another dream' bisik hatinya perlahan. Dengan lemah, dia bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Disebalik pancuran air itu, terdapat juga air mata jantan yang juga turut keluar. 'I miss you so much baby, I miss you so much '
Setelah selesai menyegarkan diri, dia turun ke bawah untuk mengisi perutnya. Walaupun sejak kebelakangan ini dia sering tidak ada selera untuk menjamah sebarang makanan, tetapi dia tetap menitikberatkan soal kesihatannya. Semasa dia turun menggunakan tangga, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising Di ruangan dapur. "Ada pencuri masuk ker? Anak buah aku ni Tak reti buat kerja ker?" Mulut Rayyan terkumat-kamit memaki hamun anak buahnya kerana membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumahnya. Kalau nak dikatakan Pembantu rumah, rasanya dia sudah bagi arahan untuk mereka berehat Dan tidak datang untuk berkerja buat sementara waktu. Sah! Ni mesti ada penyamun berani buat hal dalam rumah dia
Kttung!! Kttang!!
Semakin dia mendekat, semakin kuat bunyi diantara kuali Dan Sudip yang berlaga itu. Dia berjalan menghampiri individu tersebut Dan tergamam apabila melihat susuk tubuh belakang kecil itu. Macam ia pernah kenali.
Disaat si kecil itu merasakan dirinya diperhatikan, dia beralih untuk melihat siapa dibelakangnya. Tatkala, matanya bertembung dengan Rayyan, dia menghulurkan senyuman paling manis untuk si jejaka yang berdiri kaku dihadapannya ini "Good morning Hubby". Wajahnya yang manis, putih berseri, dengan rambut ikalnya yang hitam Panjang itu diikat menjadi tocang. Sungguh cantik pemandangan dipagi Hari ini.
Tanpa apa-apa, air mata Rayyan mengalir turun sekali lagi "ba--baby?"
"Yes, it's me hubby"
"If it's another dream, please don't wake me up" Fatin melepaskan ketawa kecil Dan berjalan menuju kearah suaminya lalu menghadiahkan ciuman pantas dipipi kanannya. "Mimpi lagi ker sekarang?" Fatin bertanya sambil menyapu perlahan air mata Rayyan yang mengalir keluar
Rayyan hanya tergamam apabila diperlakukan sebegitu, dia takut jikalau ini hanyalah mimpi. "Hubby tak rindukan baby ker?" Fatin bertanya kepada Rayyan apabila mendapati suaminya itu tetap kaku seperti patung cendana.
Rayyan yang baru tersedar itu terus memeluk Fatin dengan kuat sambil menghemburkan tangisannya dicelah leher Fatin. Sungguh erat sekali dia memeluk isterinya "ya Allah, ini bukan mimpi ya Allah" dia menangis teresak-esak di pelukan isterinya.
"Ya, ini bukan mimpi hubby" Fatin menenangkan sang suami dengan membalas pelukan itu.
"Jadi.. semalam tu pun bukan mimpi juga?" Fatin menggelengkan kepalanya sambil tersenyum manis. Rayyan yang melihat response Fatin terus tersenyum lebar.
"Ahh~~ baby~~" rengek Rayyan dengan kuat.
Fatin ketawa sambil menggesel hidungnya dengan hidung Rayyan. Walaupun ada kesan hingus meleleh Dan air mata yang masih turun di wajah Rayyan, Fatin tetap melakukan sedemikian. Rayyan pula tersenyum suka apabila diperlakukan sebegitu "Alhamdulillah you're back"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah puas berpelukan untuk melepaskan rindu yang menggebu didada, Fatin menyapu sisa air mata suaminya dan menarik lengan Rayyan untuk duduk di meja makan itu. "jom makan. Baby dah siap masak nasi lemak ni" Rayyan pula ralit melihat kelakuan sang isteri yang tekun menghidangkan sarapan pagi untuknya.
"kenapa muka hubby Nampak cengkung ni? Hubby tak makan ker?" pertanyaan dari Fatin bagaikan angin yang berlalu ditepi telinga Rayyan. Fatin yang merasakan tiada sebarang jawapan terus melihat kearah Rayyan yang kini sedang melihatnya dengan senyuman lebar. 'dah kenapa dengan suami aku ni?'
"hubby" Fatin memetik jarinya didepan muka Rayyan.
"termenung apa ni? Kan baby tanya, kenapa hubby Nampak kurus sekarang ni? Hubby tak makan ker?" Rayyan hanya tersenyum mendengar bebelan dari sang isteri. Dia menarik lengan sang isteri lalu mencantum jari jemari kecil itu dengan jari jemari kasarnya. 'ya Allah, ini bukan mimpi'. Dia mengucup pula lima jari jemari kecil itu dengan syahdu.
"macam mana hubby nak makan kalau bidadari hubby tak ada? Macam mana kehidupan hubby nak terurus kalau bidadari hubby tiada disisi? You take my life away. I can't live without you by my side" Rayyan berkata sambil air matanya jatuh setitik demi setitik. Hanya tuhan yang tahu bahawa gembiranya hati ini apabila mengetahui apa yang berlaku hari ini bukan mimpi semata-mata.
Fatin tersenyum mendengar luahan dari suami tercintanya. "I'm sorry hubby sebab dah tinggalkan hubby buat sementara waktu" Fatin menyapu lembut air mata Rayyan yang mengalir keluar dan mengucup kedua belah mata Rayyan bagi mengenangkan sang suaminya yang gundah gulana ini.
"but-how-macam mana baby boleh---?" Fatin Sudah mengagak soalan itu akan keluar dari mulut suaminya.
"Elsa yang selamatkan baby haritu." Tanpa sempat Rayyan menghabiskan soalannya, Fatin terlebih dahulu menjawabnya.
"hah?"
FLASHBACK
"keluar, keluar dari helikopter ni sekarang!" Kata Elsa
"hah? kenapa ni?" Fatin bertanya kepada Elsa yang terlihat tergesa-gesa itu.
"kita tak jadi pergi sebab ada masalah sikit" terang Elsa ringkas kepada kakak ipar kesayangannya itu. Fatin hanya menurut saja kata gadis kecil itu.
"akak, akak tunggu dalam kereta Elsa tau, pergi cepat! Yang lain! Tolong keluar dari helikopter ni. Penerbangan dibatalkan! Zain pasang alat kawalan tu, bagi helikopter itu sendiri yang gerak" arah Elsa kepada anak buahnya iaitu Zain.
"baik cik muda"
Setelah memastikan semuanya selamat, mereka berlalu keluar dari Kawasan lapangan terbang itu dan membiarkan helikopter itu berterbangan menggunakan alat kawalan jauh itu. semasa helicopter itu jauh diudara, tiba-tiba tidak sampai beberapa minit mereka terdengar satu letupan besar yang berlaku diudara.
Semua mengalihkan pandangan kearah helikopter itu dan mendapati ia sudah pun hancur berkecai. Mereka yang melihatkan itu, tergamam tidak bersuara. Jikalau mereka masih berada didalam helikopter itu, berkemungkinan mereka juga hancur berkecai sekarang ini. Nauzubillah.
Elsa yang melihat keadaan kakak iparnya yang masih didalam fasa terkejut terus memeluknya erat. Dikala dia memeluk Fatin, dia dapat merasakan bahunya sedikit basah. Tak semena, Elsa juga turut mengalirkan air mata "I can't imagine if I lose you angel" Elsa mengumam perlahan. Fatin yang mendengar kata-kata tersebut terus membalas pelukan adik iparnya dengan erat.
"thanks honey, thanks sebab selamat akak" mereka berdua tersedu sedan menahan tangisan.
END OF FLASHBACK
"jadi selama ni baby tinggal dengan siapa?"
"tinggal dengan honey, dekat penthouse dia. Honey cakap buat sementara waktu ni, baby kena tinggal dekat situ. Setelah semuanya selesai baru baby dibenarkan pulang" Rayyan mencebikkan mulutnya 'tak guna kau adik! Sorok bini aku tak cakap'
"tak payah cebik sangat mulut tu, tak hencem nanti" Fatin menarik bibir Rayyan dengan sedikit kuat. Rayyan mengaduh sakit.
"auch baby ni. Sampai hati Tarik bibir sexy hubby. Kalau kiss tak apalah juga" wajah Rayyan masam mencuka. Fatin ketawa kecil melihat karenah suaminya yang seperti kanak-kanak.
CUP!
"sakit lagi tak?" Rayyan membulatkan matanya
CUP!
Sekali lagi dia merasakan ada satu benda lembut mendarat diatas bibirnya. Kini, mulutnya tersenyum lebar.
"sakit lagi~~~" rengek Rayyan seperti anak kecil. Ceh! Cakap sakit tapi mulut tu dah senyum serupa macam Joker.
"mengada"
CUP
Fatin ingin menjarakkan kepalanya apabila menghadiahkan sebuah lagi kucupan singkat diatas bibir sang suami, tapi apakan daya. Tangan Rayyan pula lebih cepat bertindak dengan menahan lehernya dari menjauh. Masing-masing terbuai dengan momen yang mengasyikkan itu.
setelah beberapa minit, Rayyan menjauhkan bibirnya dari bibir mungil bidadarinya. Dahinya pula didekatkan dengan dahi Fatin. Masing-masing bertentang mata melepaskan rindu yang menggebu.
"I miss you" Rayyan berkata sambil mengusap bibir Fatin Dengan lembut. Kelihatan basah sedikit akibat ulahan mereka.
"I miss you too" Fatin pula dengan malu-malu membalasnya.
Tiba-tiba Fatin ingin menjarakkan dirinya dari pegangan Rayyan. "nak pergi mana?" terbias riak ketakutan di wajah Rayyan.
"nak pergi ambil air, tak kanlah kita nak makan tanpa ada air"
"tak apa, cukup air liur baby saja dapat memuaskan hubby" Fatin menumbuk manja bahu keras Rayyan
"gatal" Rayyan ketawa kecil melihat aksi malu-malu Fatin. Dia melepaskan pegangannya lalu Fatin pergi mengambil jug yang sudah terisi dengan air sirap limau itu.
Fatin yang merasakan ada seseorang dibelakangnya terus mengalihkan pandangannya "ya Allah, hubby! Kenapa ikut baby ni? Duduk jer lah kat sana"
"tak nak, nanti baby hilang lagi"
"baby nak ambil air jer lah. Bukannya pergi mana-mana pun" Rayyan tetap memeluk dan terus menempel disisi Fatin. Sesungguhnya dia trauma sejak kehilangan Fatin. Sungguh perit diri ini rasa hidup tanpa orang tersayang disisi. Fatin hanya menggelengkan sahaja kepalanya melihat karenah Rayyan.
"daripada hubby peluk baby ni, baik hubby bawakan jug ni ke meja makan." Rayyan dengan laju melepaskan pelukan di pinggang Fatin dan terus membawa jug itu ke meja makan. Fatin hanya tersenyum nipis melihat tindakan Rayyan. Bukan selalu nak buli suami. Ehek
MALAM
Dikala malam pun menjelma, masing-masing melepaskan rindu tanpa berkata apa-apa. Si bunga melihat keatas ingin memandang keindahan alam semesta, manakala si kumbang pula masih setia memandang si bunga yang khusyuk menikmati kejadian alam semula jadi. Tiba-tiba si bunga pun bersuara. "Twinkle twinkle little star, how I wonder what you are above the world so high like a diamond in the sky"
"but I don't like those star" Fatin mengerutkan dahi apabila mendengar kenyataan sang suami.
"why?" kenapa tak suka bintang? Bintang cantiklah bila diwaktu malam. Ia selalu menyinar dikala malam menjelma.
"because I already have one. Dia sekarang ini berada didepan mata hubby. Dialah bintang, dialah permata. Dialah yang selalu memberi sinaran dalam kehidupan hubby yang gelap gelita ini." Rayyan terus menarik Fatin untuk masuk ke dalam pelukan hangatnya. Fatin yang mendengar segala ungkapan cinta dari Rayyan terus tersenyum lebar.
"such a sweet talker"
"no. ia betul datang dari hati" kata Rayyan ikhlas.
Tidak banyak yang dilakukan oleh mereka berdua hari ini. Hanya meluangkan masa Bersama, melepaskan rindu. Rayyan pula semestinya menempel disisi Fatin 24 jam. Tak boleh hilang sesaat. Nak masuk tandas pun, Fatin waswas. Tahulah suami isteri, luar dalam dah tahu. Tapi, janganlah sampai macam ni sekali. Ni bukan trauma, tapi dah masuk mode menggatal.
"hubby, baby nak tanya boleh?" Fatin merenggangkan sedikit pelukan Rayyan dan melangutkan sedikit kepalanya untuk melihat wajah sang suami.
"tanyalah. Tanya banyak pun boleh" pelukan Rayyan dipinggang Fatin tidak dilepaskan tetapi sebaliknya diramas-ramasnya perlahan.
"kalau baby tak ada, hubby cari lain tak?" Rayyan yang mendengar itu terus keras tubuh badannya. Cengkamannya di pinggang Fatin juga semakin kuat.
"kenapa cakap macam tu? Hubby tak suka. Cukuplah kita berpisah buat sekian lama, baby nak kita berpisah lagi ker?"
"tak lah, baby tanya jer. Janganlah marah" Fatin yang merasakan tubuh badan Rayyan mengeras terus mencium dagu Rayyan dengan lembut. Dapat dia rasakan Rayyan kembali tenang tidak seperti tadi. Penuh dengan dark aura. 'sorry, tertekan silap button pula' bisik hati kecil Fatin.
Setelah Rayyan kembali bertenang, dia pun berkata "kalau baby tak ada, hubby pun akan ikut baby. Baby pun mesti tahu perkembangan hubby dari Elsa kan." Ya, dia tahu. Bagaimana rapuhnya seorang lelaki yang bernama Qaiser Rayyan apabila kehilangan bidadarinya buat sementara waktu.
"tiada baby, tiadalah tulang belakang hubby. Tiada baby, tiadalah udara untuk hubby terus hidup. Kerana, semuanya telah dibawa pergi Bersama bidadari hubby. That's why, please promise me.. if anything happen, please jangan tinggalkan hubby." Rayyan memandang Fatin dengan pandangan yang redup.
" baby janji hubby. Baby tak akan sesekali tinggalkan hubby, only Allah can separate us" Fatin memberi senyuman manis untuk suaminya sambil mengusap lembut rahang lelaki itu. dapat dia rasakan bulu-bulu kecil yang timbul disitu. Tak apalah, kiter shuke. Nampak hot disitu. Rawr.
Rayyan tersenyum lebar mendengar kenyataan dari mulut bidadarinya. "remember that you're mine" dia menurunkan tubuh badannya untuk menyamai ketinggian tubuh badan sang isteri.
"always mine" Rayyan mengucup ubun-ubun Fatin dengan syahdu
"forever mine" sambungnya pula dan mengucup kedua belah mata Fatin.
"your love are mine" mengucup kedua belah pipi isterinya.
"your soul are mine" mendarat pula diatas hidung kecil isterinya.
"all of you, are mine" dengan suara serak basahnya, kini bibir itu mendarat elok diatas bibir mungil isterinya. Dikala mereka sedang menikmati kucupan itu, Fatin tidak sedar bahawa suaminya sudah meletakkannya diatas katil.
"let me bring you to the heaven babygirl. Always stay with me, forever and ever" kata Rayyan selepas melepaskan bibir mungil tersebut. Fatin hanya membalas pandangan redup sang suami lalu menganggukkan kepalanya perlahan memberi keizinan kepada Rayyan.
Rayyan yang mendapat kebenaran dari sang isteri terus melabuhkan ciuman didahi putih mulus sang isteri dan terus membawa cintanya melayani bahtera syurga.
3 BULAN KEMUDIAN
"YEAY! Dah graduate!" Rayyan ketawa kecil apabila melihat Fatin melompat kecil meraikan kejayaannya.
"finally dah bebas!" Fatin menghempaskan tubuh badannya diatas sofa lembut itu. Rayyan pula sentiasa menempel disisi isterinya. Lilitan tangan di pinggang isterinya tidak pernah dilepaskan sejak mereka pulang dari majlis konvokesyen itu.
"alhamdullillah. Tahniah kakak" ucapan tahniah diluahkan oleh Dato Ilham dan Datin Linda. Fatin pula ketawa riang mendengarnya itu.
"terima kasih ibu, abah. Ada hadiah tak?"
"amboi.. baru balik terus minta hadiah"
"hehehehe kakak kan anak kesayangan ibu dan abah"
"yalah, hadiah tu, ibu dah masak dah kat dapur." Datin Linda memuncungkan mulutnya di ruangan dapur.
"yakah?! Terima kasih ibu, sayang ibu! Kalau macam ni, nak balik tiap-tiap hari lah." Ya, sekarang ini mereka sekeluarga berada di mansion Dato Ilham. Katanya mahu menyambut kejayaan anak tunggal mereka sekeluarga.
"boleh jer balik. Kakak dengan Ray tu jer yang tak balik" suara Datin Linda seakan berjauh hati. Memang pun mereka jarang balik, hal ini kerana terlalu banyak benda yang berlaku tanpa pengetahuan Datin Linda dan Dato Ilham. Tentang 'kematian' palsu Fatin pun turut tidak diketahui. Kalau tahu, berkemungkinan besar Qaiser Rayyan sekarang ini berada didalam kubur akibat ditetak oleh keluarga menantu.
"hehehe... alah ibu ni, janganlah begini. Akan kami pulang setiap hari untuk memberi kegembiraan kepada ibu" Fatin berdiri dan terus meluru masuk ke dalam pangkuan ibu tersayangnya. Manakala Qaiser Rayyan dan Dato Ilham pula hanya tersenyum melihat momen anak-beranak itu.
"dah, jom pergi makan. Nanti kempunan pula kakak tu"
"itulah, kakak dah mengidam lama dah ni"
"mengidam?" tanya Datin Linda dalam nada terkejut. Fatin yang hanya bereaksi sahaja hanya menganggukkan kepala sebagai menandakannya.
"kakak mengandung ker?"
"aih! Tak lah ibu."
"haah kan, baby mengandungkah? Dari minggu lepas lagi baby cakap teringin nak makan nasi tomato" Rayyan pula bertanya. Memang betul, sejak minggu lepas lagi isterinya ini merungut mahu makan nasi tomato buatan ibu tersayangnya.
"tak lah. Tak ada tanda-tanda pun" Fatin memuncungkan mulutnya.
"yakah? Tapi boleh jadi lekat juga. Sebab almost every week kita buat" Rayyan berkata selamba dihadapan keluarga mentuanya. Fatin mengambil bantal kecil dan terus membalingkan tepat kearah muka Rayyan.
DUSHH!!
Kena tepat di muka Qaiser Rayyan yang kacak itu. Dato Ilham dan Datin Linda pula ketawa kecil melihat karenah anak dan menantunya.
"ouhh patutlah jarang balik sini. Try hard nak ada anak rupanya" Dato Ilham menyakat anak menantunya.
"mestilah kena try hard abah. Lagipun kitorang kan busy, kena cari masa juga. Ray pula makin tua, Fatin tak apalah, makin bergetah. Nanti sampai kesudah ibu dan abah tak ada cucu." Rayyan berkata setelah membetulkan rambutnya yang kusut sedikit akibat terkena bantal kecil yang dibalingkan oleh isteri tercinta.
"hubby! Mulut tu berlapik sikit boleh tak?"
Dato Ilham, Datin Linda dan Qaiser Rayyan ketawa kuat mendengar rungutan dari Fatin Adeera.
"dahlah! Gelaklah puas-puas. Orang nak pergi makan" Fatin dengan geramnya menuju ke ruang makan dengan muka yang memerah menahan marah dan malu.
"baby tunggulah!" Qaiser Rayyan pula dengan pantas bangun dari tempat duduk dan mengejar langkah kecil sang isteri. Mana boleh berenggang dengan isteri lama-lama. Nanti rindu.
QAIRAY MANSION
"baby~~~" Rayyan memanggil isterinya yang duduk membelakanginya. Sejak balik dari rumah keluarga mentuanya lagi isterinya ini bermasam muka dengannya.
"tak baik tau duduk membelakangi suami" Fatin dengan mulut yang memuncung memusingkan tubuhnya menghadap Rayyan
"I'm sorry baby" Rayyan mengusap pipi lembut Fatin lalu menghadiahkan kucupan pantas dipipi itu.
"me too. I don't know why, tiba-tiba nak beremosi pula" air muka Fatin berubah keruh apabila mengenangkan perangainya yang tak semengah tadi.
"it's okay, hubby faham." Rayyan tersenyum manis.
"I'm sorry hubby" Fatin mendongak dan mencium bibir merah suaminya. Maklumlah suami kiter ni bibir merah sentiasa, geram tengok.
"goda hubby ker apa ni?"
"mana ada"
"yakah? Habistu kenapa tangan tu asyik usap abbs hubby? Hubby tahulah hubby ni sexy" dengan muka bangga sempat pula dia menangkap tangan Fatin yang menuju ke bawah. Haih menuju ke mana tu, jangan melencong pergi tempat lain. Takut lain pula jadinya. Dahlah dia hanya tidur dengan memakai seluar pendek sahaja.
"entahlah. Sejak-semenjak ni suka pula dengan abbs hubby. Macam coklat. Ha! Cakap pasal coklat, esok boleh tak tolong belikan coklat CadBury untuk baby? Baby teringin lah nak makan coklat tu" Fatin pula tanpa sedar membuat pusaran diatas abdomen Rayyan. Rayyan menelan air liur payah. 'haih mau tak setiap minggu buat kerja, dah lah iman aku ni tahap kulit bawang bila dengan dia ni'
Rayyan yang tidak dapat menahan debaran itu terus menolak Fatin berbaring diatas katil dan menekan kuat kedua-dua tangan Fatin di katil.
"don't test my patience babygirl"
"apa? Apa yang baby buat?" Fatin menelan air liurnya dengan kasar apabila melihat sisi demon Rayyan tiba-tiba muncul.
"that little touch, can make me turn on. Once you turn on the button, you can't turn off the button back" Suara serak basah Rayyan menyapa ditelinga kanan Fatin. Fatin menggeliat geli apabila Rayyan menggigit kecil telinganya.
"eee apa hubby ni? Always turn on. Kawal lah sikit." Fatin dengan muka cemberut memukul dada bidang Rayyan yang terbentang dihadapannya.
"only you babygirl" Rayyan tersenyum sinis setelah menggigit sedikit bibir mungil sang isteri sehingga dia mengaduh sakit.
"sakitlah hubby, gigi tajam sangat. Macam vampire"
"rawr" Rayyan mengucup lembut mulut Fatin dan terus membaringkan dirinya disebelah Fatin.
"baby"
"hm"
"kita buat majlis sanding nak?" Fatin terkejut mendengar pertanyaan Rayyan. Perempuan mana yang tidak mahu majlis bersanding kan.
"bila?"
"next week"
"hah?! cepatnya. Mana sempat nak set up semua benda"
"baby lupakah siapa suami baby ni? Semuanya dah settle lah, tunggu keputusan baby jer"
"what? Tak bincang pun" Fatin terus duduk mendadak apabila mendengar pengakuan si suami. Suaminya ini suka sangat buat keputusan sendiri.
"surprise babygirl" Rayyan menarik kembali lengan Fatin untuk duduk bersandar diatas dadanya.
"baju, kad.. ibu, abah, semua dah tahu ker?"
"dah baby. Semuanya dalam kawalan. As I said before, tunggu keputusan baby jer. Kalau baby tak nak, kita buat press conference jer umum dikhalayak ramai about our relationship. Kalau baby nak, kita buat majlis bersanding dan dekat situ kita terus umum who we are actually" terang Rayyan Panjang lebar sambil jari jemarinya bermain dengan rambut hitam sang isteri. Walaupun dulu dia pernah mengumumkan tentang perkahwinannya, tetapi dia tidak pernah mendedahkan identiti isterinya. Oleh sebab itulah, dia mahu membuat besar-besaran supaya satu dunia tahu siapa isterinya.
"mestilah nak majlis bersanding tu. Kalau tak nak, sayang ke duit jer." Rayyan ketawa kecil. Duit boleh dicari, cinta yang hakiki belum tentu boleh dicari.
"tapi baby nak tengok juga proses persiapan tu"
"tak boleh, nanti tak jadi surprise." Fatin mencebikkan mulutnya.
"tidur baby, kang kita overtime pula malam ni" Rayyan menarik selimut bagi menitupi tubuh mereka berdua.
DAISY CAFÉ
"lama gila tak jumpa korang!" kata Amira dengan kuat sehingga menarik perhatian orang ramai yang berada didalam café tersebut.
"ahh! Aku pun!" tanpa dijangka Fatin pun naik sekaki. Diana hanya memberikan sengihan tak bersalah kepada semua pelanggan yang berada di dalam café tersebut.
"aih! Aku luku kepala sorang-sorang kang, tak pasal-pasal benjol"
"hek eleh kau ni! Meh sini!" Amira menarik Diana untuk masuk ke dalam pelukan mereka. Mereka bertiga berpelukan bagi melepaskan rindu.
"kita baru jer jumpa seminggu lepas tau"
"ya lah, tapi rasa lama duh! Aku tak tahu nak buat apa kat rumah" Fatin mengeluh perlahan.
"kau carilah kerja"
"memanglah aku nak cari kerja. Tapi si Rayyan tu ha.. mana bagi aku pergi kerja. katanya, harta dia dah cukup untuk 10 keturunan aku" amboi, riaknya Abe Rayyan ni. Sayang benor kat isteri sampai tak bagi kerja.
"ouuhh, kalau macam tu, kau carilah kerja yang sesuai dengan kau. Kerja ni confirm suami kau bagi." Amira mengangkat kedua belah keningnya
"apa?"
"kerja buat anak kat suami kau. HAHAHAHHA" Amira ketawa kuat sambil menepuk meja. Tak lama kemudian
PPUKK!! PPAKK!!
Terkena dua tamparan dilengannya. Satu dari Fatin, satu lagi dari Diana.
"sakitlah, gurau jer pun" Amira memuncungkan mulutnya. Alah, betul lah tu. Dah laki tak bagi kerja, kerja dia bagi anak jer lah. Then goyang kaki kat rumah. Benda fact kut.
"kau ni memang gatal kan" Diana menjeling kearah Amira.
"eleh! Nanti kau dengan Paan akan rasa juga" Amira membalas jelingan itu kepada Diana. Diana hanya merengus kuat. Dalam banyak-banyak jantan, jantan buaya tu juga nak sebut.
"sebelum kau nak matchkan aku dengan Paan, aku rasa kau yang akan kena dulu dengan Abang Mirul" Fatin tersenyum sinis sambil kening sebelahnya terangkat. Amira terasa seram sejuk pula apabila mendengar nama jejaka tersebut.
"betul tu, aku tak terkejut kalau dalam masa terdekat ni dia datang meminang kau. Kau pun dah graduate kan, so get ready lah yer" Diana pula berkata dengan sinis.
"haih korang ni janganlah takutkan aku. Aku tak ready lagilah." Walaupun dirinya teringin merasai kehidupan berpasangan, dia dapat merasakan bahawa dirinya belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab itu. dah lah selepas beberapa hari majlis konvokesyen mereka berlangsung, dia dapat satu mesej dari jejaka tersebut. 'finally. Get ready to be mine.' Walaupun mesej itu ringkas, tapi ia dapat meremangkan bulu romanya. dia dapat merasakan ada sesuatau perkara yang akan berlaku.
"Atin, kau cakap nak tahu pasal majlis bersandingkan" kata-kata Diana mematikan lamunan Amira yang memikirkan tentang masa depannya.
"haah kan, kau tak tahu apa-apa pasal majlis kau ker?" Amira pun bertanya kepada Fatin.
"tak" Fatin menggelengkan kepalanya kiri dan kanan. "sebabtu aku nak tanya korang, Rayyan cakap korang dah tahu. Aku sorang jer belum tahu. Mana adil macam ni"
"kau tanyalah laki kau"
"dia cakap nak surprisekan aku. Sebabtu aku nak tanya korang."
"habistu kau ingat, kau tanya kitorang ni kami akan beritahulah?" Fatin mencebikkan mulutnya setelah mendapat jawapan dari Diana. Manakala Amira pula selamba menyedut air coconut shake yang baru diordernya tadi. 'tak guna punya kawan. Kawan makan kawan rupanya'
"korang kawan aku ker kawan dia?"
"kawan kau, tapi bab ni kitorang kena pihakkan dia. Sebab nanti kantoi pula semua perancangan."
"dah makan. Jangan merajuk. Buruklah muka kau nyah!" Diana menyumbat bebola daging itu kedalam mulut Fatin.
"nak juga" Diana turut menyumbat bebola daging itu kedalam mulut Amira. Haih serupa jaga dua orang anak perempuan pula.
"ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau mudahkan. Sedang yang susah Engkau mampu jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya."
Hye my cuties pie❤️. Rindu kah? I'm really sorry for the late update. Busy sikit bila dah duduk jauh dari rumah. Please forgive me.
And yeah, I know I'm already late. Tapi saya tetap nak ucapkan selamat berpuasa for the muslims, jangan lupa solat tarawih & always baca Quran. Buat amal ibadah selalu.❤️
Update: 25/4/2022 ( 3:17 p.m.)
Edit: 1/5/2022
Sharelah baju raya korang warna apa? Saya hijau hehehe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro