BAB 4
"you're mine, forever be mine"
SATU TAHUN KEMUDIAN
"Yeay Finally Alhamdullillah kita semua dapat keputusan yang bagus." Fatin bersorak gembira setelah mendapat keputusan SPM
"yeay Finally bebas dari dunia belajar, boleh kahwin dah HAHHAHAH" kata Amira iaitu kawan sekolah Fatin.
"Amboi kau, awal sangat ni rancang" balas Diana sambil menjuling mata kepada Amira.
"entah kau ni" Fatin menyampuk
"alah korang ni haishhh gurau jer pun"
"HAHHAHAH yelah kitorang tahulah, alah usik sikit dah cengeng" kata Diana.
"HAHAHHAH give me five yana" Fatin bersuara.
Amira yang melihat perlakuan dua orang sahabatnya hanya mampu mencebik. 'pfffttt mana aci dua lawan 1'
"korang lepasni nak sambung belajar dekat mana?" Fatin menanyakan kepada dua orang rakannya itu.
"hmmm entahlah tengok keputusan UPU nantilah macam mana. Aku harap kita dapat sekalilah baru best" Kata Diana.
"kan kan kan, baru dikatakan stay together, forever and ever, HAHHAHAHHA" Balas Amira.
Fatin dan Diana yang melihat kelakuan Amira yang tersenyum girang itu turut tersenyum dan ketawa bersama.
"eh korang jomlah selfie sebagai kenang-kenangan, asyik bercakap jer... mana tahu lepas ni tak jumpa dah. Huwaa wanna cry" Fatin mengeluarkan telefonnya untuk bergambar.
"haa marilah kita" Laju sahaja Amira bersetuju, maklumlah bab-bab bergambar ini memang kegemaran dia, katanya bila besar nanti nak jadi photographer sebab itu dia suka sangat bergambar-bergambar ni. Kadang-kadang boleh juga jadi photographer yang tak berbayar.
"eh kau Atin jangan buat ayat sendu sangat, aku cepuk kang apa tak dapat"
"woooo tacodd titew, dahlah jom bergambar"
" ha jom jom" dayana berkata.
Setelah puas bergelak ketawa, bertangkap gambar, Fatin dan rakan-rakannya pun berjalan pulang ke rumah masing-masing.
MQR COMPANY
"kau dah hantar benda yang aku suruh tu?" sambil melihat kearah skrin telefon dia bertanya kepada anak buahnya itu.
"dah bos" Xander menjawab sambil menundukkan kepalanya kerana takut untuk bertentang mata dengan majikannya itu.
"bagus kau boleh keluar"
"baik bos" Xander mengangguk dan terus keluar dari bilik majikannya itu.
"babygirl you're so cute with this school uniform, I can't wait to hold you baby.. I hope you like my gift, congratulations baby, I'm very proud of you." Dia tersenyum sambil melihat kearah skrin telefonnya yang merupakan gambar Fatin bersama rakan-rakannya ketika mengambil keputusan SPM tadi. Manis saja senyuman Fatin membuatkan dia tersenyum riang. Ada juga gambar 'candid' yang telah diambil oleh anak buahnya, penuh telefonnya dengan gambar Fatin. 'Dia' tak lain tak bukan, tentulah si Qaiser Rayyan.
Ya, selama setahun ini dia telah menyuruh anak-anak buahnya untuk menjaga dan melihat Fatin dari jauh tanpa pengetahuan Fatin setelah mereka berpisah dari konvoi Cameron dahulu. Jadi dia tahu semua tentang aktiviti Fatin, dengan siapa dia berkawan,aktiviti apa yang dia akan lakukan ketika berada di sekolah, pulang sekolah.. boleh dikatakan Fatin dikawal 24 jam oleh anak-anak buah Rayyan. Dato Ilham dan Datin Linda juga tidak tahu tentang hal ini kerana anak-anak buah Rayyan memang pandai dalam bidang ini. Rayyan tidak gentar jikalau suatu hari nanti Dato Ilham dapat tahu tentang hal ini kerana Rayyan juga merupakan orang yang paling berkuasa dan berkebolehan dalam dunia perniagaan ini. Bila- bila sahaja ia mampu menjatuhkan syarikat lain dengan sekelip mata. hanya 'petik jari sahaja'. Dia juga merupakan Top 3 dalam business man yang paling muda tanpa bantuan sesiapa pun kerana Rayyan adalah seorang anak yatim piatu ketika masih kecil. Jadi tidak hairanlah ramai yang meminati Rayyan kerana dia juga seorang billionaire yang paling kacak dan disegani ramai.
Tetapi ramai wanita mahupun lelaki tidak berani mendekatinya kerana mukanya yang agak beku, dan sentiasa bersikap panas baran terhadap para pekerjanya. Dia hanya akan bersikap lemah lembut dan baik terhadap orang yang dia sayang sahaja. Rayyan juga dikenali sebagai 'anti-perempuan' kerana dia tidak suka terhadap perempuan kerana baginya perempuan agak menyusahkan dalam hidupnya. Tetapi sejak berjumpa dengan 'Si Bunga' semuanya telah berubah.
Rayyan juga tidak begitu risau tentang 'pesaingnya' kerana Fatin bersekolah di Sekolah Asrama Perempuan, jadi sudah tentu juga Fatin tidak mempunyai ramai kawan lelaki, kerana dia hanya dikelilingi oleh kaum hawa sahaja.
Bercakap pasal 'lelaki' Rayyan mula mengeluh perlahan, kerana dia risau jikalau Fatin mula rapat dengan lelaki lain semasa sambung belajar nanti. Tapi Rayyan is Rayyan, dia tidak akan mudah mengalah, setakat budak mentah tentu sahaja dia boleh uruskan nanti.
MANSION DATO ILHAM
"Assalammualaikum, ibu.. abah kakak dah balik!" laung Fatin dengan gembiranya
"waalaikumussalam" Dato Ilham dan Datin Linda menjawab.
"tengok ni kakak dapat apa hehehehhe" Fatin terus berlari dan menyalam Dato Ilham dan Datin Linda yang ketika itu sedang berehat di ruang tamu dan terus menunjukkan keputusannya kepada kedua ibu bapanya.
"wahhh tahniahh pandainya anak abah ni!" ucap Dato Ilham dengan gembira.
"wahh awesomelah kakak, tahniahh pandai anak ibu ni!" Datin Linda pun bersuara dengan terujanya.
"hehehheheh terima kasih" Fatin mula malu-malu kucing. Ehek..
"kakak nak apa? Mari ibu belikan" kata Datin Linda
"hm tak nak lah, buat masa sekarang tak nak apa-apa lagi... hhehehhehe cukup ada ibu dan abah disamping kakak pun dah okay"
"auww sweetnya anak abah sorang ni" Dato Ilham berkata.
"HHAHAHHA baru tahu eh" Fatin mula kembang semangkuk.
"HAHHAHAHHAH" mereka sekeluarga ketawa bersama.
"dahlah pergi mandi, nanti turun makan sama-sama ya, ibu ada buat lauk kegemaran kakak" Datin Linda menggosok kepala Fatin yang ditutupi tudung itu dengan lembut
"wahh terima kasih ibu, sayang ibu ketat-ketat" Fatin dengan gembiranya menaiki tangga untuk kebiliknya.
"baik-baik sayang jangan lari" Dato Ilham menggelengkan kepala sambil melihat tingkah laku anak tunggalnya itu.
"Baik" Fatin menyahut.
BILIK FATIN
Semasa Fatin mahu melangkah masuk kebilik air, tiba-tiba sahaja dia ternampak bungkusan kotak hadiah di atas meja soleknya. "eh ibu dan abah bagi hadiah ker? Awalnya, ingatkan tanya tadi tak beli lagi" Fatin membelek-belek kotak hadiah tersebut.. tiba-tiba dia melihat ada sekeping kad yang terdapat dibawah kotak tersebut. Di dalam kad tersebut tertulis 'congratulations babygirl, I'm very proud of you, you did well - From your HUBBY'.
Fatin yang membacanya mula panik dan terus melepaskan kotak itu sehingga terjatuh keatas lantai.. 'tak kanlah aku ada stalker, siapa pula yang nak jadi hubby aku ni' Fatin mula bermain dengan tanda Tanya.
Tiba-tiba, ada satu number yang tidak diketahui menghantar mesej kepadanya 'Ting'.
"do you like it baby?" Fatin hanya memandang notification mesej tersebut dengan perasaan takut. Dengan mengumpul sedikit keberanian Fatin membalas "who are you." Lalu tanpa berlengah lagi satu mesej masuk "your hubby, baby". Fatin malas melayan perangai tidak semengah seseorang itu terus sahaja membalas "sorry wrong number" dan terus 'block' number tersebut.
Selepas itu, Fatin melihat kearah kotak hadiah tersebut. Perasaan ingin tahu tentang isi didalam kotak tersebut terus sahaja menerbu dalam dirinya. Lalu dia terus membuka kotak hadiah tersebut dan terpampanglah gambar-gambarnya yang cantik ketika pulang ke sekolah dan melepak bersama kawan-kawan serta sekotak coklat Cadbury. Dan yang paling menarik perhatian Fatin ialah gambar dimana ketika dia sedang berada di Cameron Highlands. Semuanya adalah gambar-gambar 'candid' yang cantik.
Fatin mula risau dan takut terus sahaja mengabaikan hadiah tersebut dan terus berlari masuk kedalam bilik air.
MQR COMPANY
"damn baby you block me? How dare you?! It's okay Daddy will teach you macam mana nak hormat 'bakal suami' you're mine baby... " Rayyan merengus.
Tiba-tiba ada seorang perempuan datang merempuh pintu bilik pejabat Rayyan.
"Hi Tuan Rayyan"
Hye my readers hope you guys enjoy baca this story dan saya ingin mengucapkan terima kasih sebab sudi baca story saya ini.
Jikalau ada sebarang kekurangan yang terdapat dalam story ni saya mohon maaf sangat-sangat. Saya hanyalah 'seketul kentang biasa' huhuhuhu
Good night korang✨✨ jangan lupa vote and comments ya, terima kasih..
Update : 12:31 a.m. (20/10/2021)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro