Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 37

' I'm only fool for you'









Rayyan tersenyum sinis melihat berita yang telah ditularkan didalam media sosial ditabnya. Ya, berita tersebut adalah mengenai perkahwinannya yang berlangsung pada hari ini. Penuh dengan isu 'CEO of MQR COMPANY sudah menamatkan zaman bujangnya'. Dia sengaja menghebohkan tentang perkahwinan ini supaya semua orang tahu bahawa dia sudah pun berpunya. Tetapi, oleh kerana dia masih hormat dengan keputusan sang isteri iaitu tidak mahu identitinya terdedah sehingga majlis bersanding nanti, dia terpaksa mengaburkan sedikit muka si isterinya pada media sosial.

"dah buat apa yang aku suruh?" Rayyan bertanya kepada anak buahnya iaitu Xander. Mereka berdua sekarang ini berada dihalaman belakang mansion Dato Ilham.

"sí capo (yes boss). Tapi diorang masih tertanya-tanya tentang siapakah gerangan isteri boss" Rayyan hanya membaca sahaja komen-komen yang penuh menanyakan tentang identiti isterinya.

"beritahu dekat diorang nanti bila tiba masanya aku akan reveal. Kalau diorang rasa nak hidup lama dalam bidang wartawan tu, sila hormat sikit keputusan aku" Rayyan berkata sejurus memberi tabnya kepada Xander. Sibuk jer nak tahu isteri orang.

"baik boss"

"lagi satu, suruh anak-anak buah kita berkawal sekeliling mansion ni. Tapi jangan bagi Nampak ketara sangat. Aku tak nak berlaku sebarang kemalangan pun and protect MY QUEEN macam mana korang protect aku."

"sí capo (yes boss)" Rayyan berjalan masuk kedalam mansion mencari isterinya.

Fatin yang ketika itu sedang duduk diatas sofa mengeluh perlahan. Letihnya hari ini... walaupun tak ramai tetamu yang datang kerana hanya saudara-mara, rakan sekerja, dan teman rapatnya sahaja yang hadir, dia tetap berasa letih. Berdiri dari pagi sampai ke petang melayan tetamu. Tetapi dia terkejut juga macam mana, rakan sekerjanya seperti kak Sally, Puan Sofea boleh datang... ni mesti si suaminya yang beritahu memandangkan mereka sudah tahu statusnya itu.

"baby~~" Fatin yang mendengar panggilan manjanya itu terus melangutkan kepalanya.

"ya?" dia masih malu lagi nak menggunakan gelaran 'Hubby'

"ya, apa?"

"hu-b hubby" Fatin tergagap-gagap menyebutnya. Rayyan hanya ketawa kecil lalu duduk disebelah isterinya sambil memeluk erat.

"alalala dia ni shy shy cat pula" Rayyan berkata sambil mengeratkan lagi rangkulannya itu. Fatin dengan muka yang memerah terus menyembam mukanya didada Rayyan.

"cutelah baby ni.. baby letih ker? Nak naik atas dulu?"

"haah.. tak larat. Mengantuk"

"okay, jomlah hubby hantar baby naik atas" Rayyan berura-ura mahu mengangkat Fatin ke bilik, tetapi belum sempat Rayyan berbuat demikian, dia bangun berdiri "tak apalah saya boleh naik sendiri"

"are you sure babygirl?" tanya Rayyan dengan suara serak basahnya. Fatin hanya menganggukkan sahaja kepalanya.

Fatin berjalan hendak menuju kebiliknya tetapi dia berasa seperti ada seseorang yang mengikutinya. "eh kenapa hubby ikut saya"

"nak masuk bilik lah, nak rehat... Dah jom, baby tunjukkan jalan" Rayyan berkata sambil memimpin tangan Fatin. Eh, sekarang ni siapa nak tunjuk dekat siapa?

Sebelum Rayyan dan Fatin berjalan ke bilik, ada seseorang memanggil isterinya. "kakak!" kata seorang gadis muda itu. Rayyan merengus geram melihat gadis itu, ada saja benda nak kacau.

"kakak! kita tidur dua orang malam ni kan?" tanya adik kepada Rayyan iaitu Nur Qairina Elsa.

"asal pula? Kakak isteri abang lah. Dia kena tidur dengan abanglah" Rayyan memeluk pinggang Fatin bagai tak mahu lepas.

"alahh! Honey pun teringin gak nak tidur dengan kakak. Boleh ada girl time gituw"

"ahh! kau jangan macam-macam! Girl time ker gegirl timer kah, do I care? She's mine so I'm the one who should stay with her"

"abang ni poyolah! Alah... malam ni jer, esok lusa tulat tungging abang tidurlah dengan kakak. Tak kesian ker dekat adik tidur sorang-sorang?" Elsa berkata sambil mengambil tangan Fatin dan mengenggamnya erat.

"no.. no.. no.. selama ni kau tidur sorang-sorang pula honey"

"eleh! Abang pun sama!" mereka berdua bergaduh didepan tangga itu selama beberapa minit. Fatin yang Sudah letih itu terus berkata "sudah! Honey nak tidur dengan kakak ker?" Elsa menganggguk sambil menunjukkan puppy eyesnya. Fatin yang melihatnya terus cair "okay. Jomlah, kakak temankan Honey tidur." Elsa yang mendengar kebenaran tersebut terus meloncat gembira "yeay! Jom kakak! Bye abang!" Elsa menarik tangan Fatin ke biliknya.

Rayyan membulatkan matanya apabila melihat situasi tersebut 'what? Melepas nanti malam pertama aku'

"baby! I'm your husband tau" Rayyan menarik semula tangan Fatin dan hanya membiarkan sahaja Elsa berjalan menuju kebilik isterinya. 'eh tahu pula budak tu, bilik wife aku'

"tahu. Tapi malam ni jer hubby. Please.." Fatin berkata sambil mengusap dada Rayyan. Damn. Sejak bila jadi berani pula ni?

"baby~~" Rayyan menangkap tangan Fatin yang merayap didadanya. "don't do it babygirl or else I'll take you to OUR BEDROOM" Fatin menelan air liur kasarnya 'gulpp.. alamak! Silap langkahlah pula'

"please~~ malam ni jer"

"urrghh fine! Malam ni jer tau. Kalau tak, hubby ngap baby" Rayyan membuat gaya-gaya mahu menggigit Fatin. Fatin hanya mengelak sambil ketawa kecil "aip aip kapten"

Rayyan mencium mulut Fatin sekilas dan mengusap pipi Fatin. Fatin yang terkedu dengan perbuatan suaminya itu terus menjadi patung cendana. "sweet like strawberry babygirl. Sweet dreams. Good night babygirl"

"kakak!" suara pekikan dari bilik Fatin menghilang lamunannya. "hm.. saya pergi dululah hubby" Fatin berlari kecil menuju kebiliknya, 'huwaaa first kiss aku'... manakala Rayyan pula mengusap bibirnya perlahan "good night kiss really sweet but I'm wondering how about good morning kisses" dia menuju ke bilik tetamu yang bersebelahan dengan bilik sang isteri. 'haih sabar jelah Rayyan. Malam ni jer, esok lusa. Kau peluk lah wife kau tu ketat-ketat forever and ever'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"kakak~~" Elsa memeluk erat si tubuh kakak iparnya sambil kakinya diletakkan diatas kaki Fatin. Fatin ketawa kecil. Amboi dia, macam peluk bantal peluk pula. Manja betul.

"iyer honey~~" Fatin hanya melayan sahaja karenah adik iparnya itu.

"akak letih?" Elsa berkata sambil mengumam perlahan dileher kakak iparnya.

"hm.. mengantuk dah" Fatin membelai rambut lurus Elsa dengan lemah lembut.

"akak dengan abang okay?"

"okay jer"

"terima kasih akak"

"kenapa?"

"sebab terima kami berdua"

"sepatutnya akak tau kena berterima kasih, sebab korang sudi anggap kakak sebagai family korang"

"eh! Akak ni! Sepatutnya Elsa cakap macam tu" Elsa berkata sambil memuncungkan mulutnya.

"hahaha mulut muncung macam Donald duck tu honey" Fatin ketawa sambil mengapit hidung Elsa dengan kedua jarinya.

"auww.. merah hidung honey nanti" Elsa berkata sambil menggosok hidungnya yang sudah kemerahan. Maklumlah, orangnya putih melepak. Kena sikit, dah merah.

"I'm sorry honey" Fatin menggosok sambil meniup perlahan dihidung Elsa. Elsa ketawa riang. Seronok diperlakukan sebegitu. Tak pernah dia semanja ini dengan sesiapa selepas mereka berdua kehilangan kedua ibu bapa mereka.

"akak janji jangan tinggalkan abang dan honey tau. Apa pun yang jadi, jangan tinggalkan kitorang" Elsa menunjukkan pinky promisenya kepada Fatin. Fatin yang tidak tahu apa-apa itu, hanya berjanji sahaja.

"ya, akak janji honey" dia dan Elsa sama-sama membuat pinky promise sebelum masuk kealam mimpi.

"dah, jom tidur. Dah lewat ni" Fatin menepuk perlahan tubuh Elsa seperti mendodoikan anak kecil.

"baik akak" Elsa memejamkan matanya seraya mendengar Fatin berselawat kecil dan membaca doa sebelum tidur di tepi telinganya.

Setelah 15 minit, Elsa bangun dengan perlahan bagi tidak mengejutkan kakak iparnya. Dia sebenarnya bukan tidur nyenyak pun tadi. Dia hanya tidur ayam-ayam sahaja. Hal ini kerana, ada perkara yang dia mahu dibincangkan Bersama abang kandungnya. Dia berjalan keluar dan menuju kebilik tetamu yang bersebelahan Dengan bilik kakak iparnya lalu mengetuknya dengan kuat 'ahh! Kisah apa aku! Janji dia buka pintu' Rayyan yang ketika itu baru sahaja selesai memakai baju merengus kuat 'aish malaun mana kacau aku malam-malam ni' dia dengan geram menuju ke pintu dan mendapati adik perempuannya berdiri di depan pintu biliknya dengan senyuman lebar

"apasal honey berdiri kat sini? Tak cukup ambil isteri abang?" Rayyan mencebik dan melipatkan kedua tangannya kedada. Terserlah otot-otot tangannya kerana sekarang ini Rayyan hanya memakai seluar pendek paras lutut dan t-shirt putih tanpa lengan. Rambutnya yang keperangan pula dibiarkan terjuntai didahi dengan air yang menitik-nitik. Tak ada masa nak keringkan rambut bila ada satu hamba Allah ni, mengetuk pintu biliknya macam nak roboh. 'hot pula abang titew ni'

"alahh janganlah merajuk. Honey nak beritahu something ni?"

"pfft.. beritahu apa? Isteri abang dah tidur?"

"dah abangku.. tidur nyenyak dia." Rayyan mengganggukkan kepalanya sambil senyuman manis terukir dibibirnya.

"okay, honey nak beritahu apa?"

"she's back" terus berubah riak wajah Qaiser Rayyan ketika ini selepas mendengar ungkapan dari adiknya. Dia memandang adiknya dan wajahnya juga seperti serius. Sekarang ni sudah muncul pula dark aura dari kedua-dua adik beradik itu.

"tell our boys jangan sesekali biarkan perempuan tu dekat dengan isteri abang, dengan kita. Abang tak nak perempuan tu rosakkan hubungan kita" Elsa hanya terima sahaja arahan dari abangnya.

"baik abang. I will"

"protect your sister-in-law too"

"of course brother. She's my angel you know" Rayyan tersenyum dan menggosok rambut Elsa.

"good girl. Memang cepat buat kerja." Rayyan berkata sambil menuju kearah bilik Fatin.

"eh abang! Pergi mana tu? Bilik abang dekat sinilah?" Elsa mengejar langkah Rayyan yang sedang menuju kearah bilik kakak iparnya.

" I want to take my sleeping pill, honey. Give me five minutes." Elsa mengerutkan dahinya dan mata dia terus tertutup apabila melihat perlakuan si abangnya. Kini, baru dia faham apa yang dimaksudkan oleh Rayyan iaitu 'sleeping pill'

Rayyan yang menuju kearah Fatin tersenyum lebar. Sungguh cantik dia melihat si bidadarinya ini tidur. Dengan rambut hitam Panjang yang lebat menutupi muka, disertakan dengan baju tidur hello kitty itu pula. Terasa boleh tergugat imannya, sungguh cantik dan comel. 2 in 1

Dia menyelak sedikit rambut yang menutupi wajah sang isteri dan memberi kucupan hangat didahinya. Tidak cukup dengan itu, dia menunduk sedikit dan mencium kedua belah mata, hidung dan diakhiri bibir manis si isteri. Sesungguhnya, dia sudah ketagih dengan bibir si isterinya ini. Cukup lama dia singgah di bibir itu sehingga dia dapat merasakan isterinya ini seperti putus nafas. Tidur mati sungguh bidadarinya ini. Dia terkekeh perlahan. "good night bambina (baby) I love you" dia mengusap pipi Fatin dan bangun menuju ke bilik tidurnya kembali

"dah?" Rayyan hanya mengenyitkan matanya sebagai jawapan kepada adiknya.

"eee menyampah. Mentang-mentanglah dah halal" Elsa menolak Rayyan dengan kuat untuk keluar dari bilik tidurnya dan menutup pintu biliknya dengan kuat. Rayyan yang melihat perlakuan si adiknya hanya melepaskan ketawa kuat. " I'm yours to tame babygirl"

KEESOKKAN HARINYA

"Rayyan nak pergi mana-mana tak lepasni?" tanya Dato Ilham kepada pasangan pengantin baru itu.

"hm.. actually hari ini Rayyan ingat nak terus pergi airport. Nak pergi honeymoon dekat Korea Selatan" Fatin terkejut dengan perbicaraan Rayyan itu.

"hah? tak cakap pun?" Fatin membisik perlahan ditepi telinga suaminya.

"surprise babygirl" Rayyan mengusap perlahan tangan Fatin yang berada dibawah meja.

"wah bestnya! Nanti jangan lupa beli souvenir tau" kata Elsa dengan mulut penuh dengan makanan. "honey, makan dulu baru cakap" tegur Rayyan perlahan. "heheheh sorry abang Qai" Dato Ilham, Datin Linda dan Fatin hanya menggelengkan sahaja kepala mereka sambil tersenyum

"Elsa nanti stay sini kan?" Datin Linda duduk disebelah Qairina Elsa sambil mengusap rambutnya perlahan. Elsa hanya mengangguk laju "ya ibu" Datin Linda yang menyuruh Elsa memanggilnya ibu, maklumlah mereka kan sudah menjadi satu keluarga, apa salahnya kan. Elsa pula tanpa banyak bunyi hanya turut saja kata-kata Datin Linda begitu juga dengan Fatin Adeera. Dia tidak berasa cemburu, sebaliknya dia berasa bahagia kerana dapat juga merasa seperti ada adik perempuan.

"honey nanti buat perangai baik-baik eh, jangan nakal" Elsa mencebikkan mulutnya apabila mendengar suara tegas dari abangnya. "kakak.. tengok abang ni"

"mengadu mengadu" Rayyan menjulingkan matanya keatas. Dato Ilham tersenyum melihat keluarganya itu. "Elsa mestilah baik, dia kan princess" Dato Ilham membela Qairina Elsa

"see! Semua sayang Elsa" Elsa berkata sambil mengangkat keningnya keatas. Mereka semua ketawa melihat karenah gadis muda itu. Rayyan sahaja yang mencebikkan mulutnya 'eee menyampah'

KOREA SELATAN

Setelah beberapa jam menaiki private jet milik Qaiser Rayyan, akhirnya mereka tiba di destinasi honeymoon mereka.

"baby. Baby nak pergi mandi dulu ker?" Rayyan bertanya kepada Fatin sambil membantu isterinya membuka pin tudung bawal itu.

"haah"

"okay, hubby tunggu kat luar. Nanti siap, panggil hubby tau" Fatin menunjukkan tanda 'okay' dan terus menuju ke bilik air. Tak kuat imannya apabila Rayyan melihatnya seperti hendak makan.

Dengan baju t-shirt hilang entah kemana, menunjukkan six packsnya. Nasib baik seluarnya masih ada, kalau tak.. boleh gugur iman.

Rayyan berbaring terlebih dahulu sementara dia menunggu isterinya mandi. Semasa dia hendak melelapkan mata. Tiba-tiba ada satu mesej tentang kerjanya dan 'perempuan' tersebut. Dia bangun dan menuju ke balkoni biliknya. Angin sejuk yang mengena didadanya dibiarkan kerana angin tersebut tak dapat menyejukkan hatinya yang kian panas ini. "perempuan tu memang nak kena dengan aku" Rayyan melihat ada seorang perempuan sedang datang menyemak di officenya.

Rayyan terus menelefon anak buahnya untuk memberi arahan yang selanjutnya. Sudah lama dia cukup bersabar, Rasa macam nak meletup jer "watch her, keep her away from MY FAMILY"

Rayyan yang mendengar bunyi seperti ada pintu terbuka terus mengalihkan pandangannya kearah individu tersebut. Dia menelan air liur kasarnya. Dia melihat seorang bidadari yang sedang keluar dari bilik air dengan bathrobe paras peha menunjukkan kaki putihnya yang gebu. Disertakan pula dengan air yang menitik-nitik dari rambut panjangnya. Sexynya wife aku ni. Fatin yang tidak sedar mata helang seseorang itu terus pergi ke almari pakaiannya untuk mengambil baju tidurnya. 'aduh, itulah. Tadi kelam kabut sangat sampai lupa ambil baju'

Dalam Fatin sibuk mencari baju tiba-tiba tubuh belakangnya disandarkan didada bidang seseorang 'alamak! Macam mana aku boleh lupa pula ni?' Fatin menelan air liurnya dengan sukar. "baby dah siap?" suara serak basah itu menyapa gegendang telinga disamping lilitan erat dipinggangnya.

Fatin yang tidak mampu mengeluarkan suara hanya menganggukkan kepalanya. "come, hubby keringkan rambut baby" Rayyan menarik tangan Fatin untuk duduk diatas katil. Fatin hanya mengikutinya sahaja.

Rayyan mengambil tuala kecil itu dari Fatin lalu mengeringkan rambut si isterinya dengan lemah lembut. Fatin hanya membiarkan sahaja. "hmm wangi" Rayyan menghidu rambut Fatin lalu memberikan kucupan pantas didahi Fatin. Fatin hanya tersenyum suka. Seketika Rayyan mengeringkan rambutnya, tiba-tiba dia merasakan pergerakan Rayyan terhenti. Dia mula berasa hairan.

"kenapa hubby" Fatin bertanya seraya menarik tuala kecil itu dari menghalang matanya dari melihat suaminya ini. kini, matanya disajikan dengan wajah Rayyan yang begitu dekat dengannya. Dia tergamam melihat penjarakan mereka.

Mata bertentang mata. Masing-masing sedang hanyut menyalurkan perasaan cinta tanpa mengeluarkan suara. Rayyan berdehem seketika lalu melihat kearah bibir Fatin. Fatin yang melihat kemana pandangan Rayyan itu terus memerah wajahnya. Dia terus memejamkan matanya apabila merasakan ada sesuatu lembut yang mendarat diatas bibirnya. Dia hanya membiarkan sahaja perlakuan suaminya. kucupan itu terasa sangat lembut tetapi lama-kelamaan berubah menjadi kasar.

Rayyan melepaskan bibirnya dari bibir bidadarinya dan terus mengangkat Fatin untuk berada ditengah katil. Fatin terjerit kecil dengan tindakan drastiknya itu. "your lips so sweet babygirl" Rayyan memandang lunak kearah isterinya dan memeluk isterinya Dengan erat. Fatin membalas pelukan itu sambil mengusap tubuh belakang suaminya.

"babygirl. Can we made baby from south Korean?" tanya Rayyan direct. Dia tidak tahan sekarang ini. Dengan bau wangian yang datang dari isterinya, memang sangat menguji keimanannya sekarang ini.

"it's okay babygirl, I know you're not ready yet" Rayyan berkata tiba-tiba sebelum Fatin sempat menjawab soalannya.

Fatin yang berasa bersalah terus memeluk erat suaminya dan membelai rambut suaminya yang keperangan. "it's okay hubby. I'm yours tonight"

"but-" tanpa sempat Rayyan menghabiskan ayatnya Fatin mengucup bibirnya sekilas.

"ini sudah jadi tanggungjawab baby untuk hubby. I'm yours hubby" Fatin memandang Rayyan yang berada diatasnya sambil mengusap six pack Rayyan dengan lemah lembut. Damn.
Rayyan yang tidak tahan itu terus menunduk dan menghembus nafasnya pada cuping telinga Fatin. "call me daddy tonight, babygirl" dan terus mambacakan doa sebelum memulakan aktiviti mereka.

Kini, jiwa mereka bercantum dengan bersaksikan oleh bulan dan bintang di tanah bumi Korea Selatan.






Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila sesiapa daripada kalangan kamu membaca doa ini ketika dia menggauli isterinya,

با سم الله، اللهم جنبني الشيطان وجنب الشيطان ما رز قتنا

Kemudian jika dengan perhubungan itu lahir anak maka syaitan tidak akan dapat memudaratkannya yakni syaitan tidak akan berjaya untuk menyesatkan bayi itu. (Bukhari)

Terjemahan doa, 'Aku melakukan perkara ini dengan nama Allah SWT. Ya Allah, elakkanlah syaitan daripadaku dan elakkanlah syaitan daripada anak-anak yang Engkau kurniakan kepadaku.'

Alright tak alright?
Update: 26/2/2022 (12:02 a.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro