BAB 34
'long nights, daydreams makes me go crazy about you'
"kenapa kau suruh aku datang office kau ni? Kau tahu tak aku banyak kerja lagi nak buat"Amirul Bakri duduk di sofa yang berada didalam pejabat Qaiser Rayyan sambil membebel kecil. Lengan baju kemejanya yang berwarna baby blue itu dilipatkan hingga ke siku dan dipadankan pula dengan seluar slacknya yang berwarna hitam.
"eleh kau ni, aku lagi banyak kerja tau" Rayyan merengus geram sambil menguak rambutnya yang keperangan itu kebelakang lalu mengikatnya kecil.
"haish! Yelah! Apasal kau panggil aku ni?"
"kau tahu tak pasal company kita ada ambil budak intern?" Ya, Amirul berkerja dibawah syarikat Qaiser Rayyan iaitu M'S Alight Company. Saja, dia nak membantu sahabatnya itu. Walaupun dia memiliki syarikatnya yang tersendiri, tapi dia dengan rela hatinya menawarkan diri untuk meringankan beban rakan karibnya ini. Rayyan pula dengan senang hati terima dengan hati yang terbuka dan meletakkan seratus peratus kepercayaan terhadapnya. Alang-alang orang dah offer nak tolong handlekan, dia serahkan sajalah. Ringanlah sikit bebannya ini.
"ya, tahu. Asal?"
"diorang dapat intern dekat situ?" Amirul yang seakan faham siapakah maksud Rayyan itu terus berasa teruja.
"ha?! Seriuslah?! Dekat company yang mana satu ni?"
"dekat company yang kau jaga tu lah. M'S Alight"
"ouhh" Amirul terus tersengih sumbing. Dia sudah berasa teruja untuk berjumpa dengan buah hatinya itu. Menyesal pula dia tak semak betul-betul nama pelajar yang akan membuat praktikal di syarikat mereka.
"kau jangan nak happy sangat, ingat. Kerja tetap jalan eh! Usya-usya juga, kerja jangan lupa" Amirul mencebik mulutnya. Macamlah Rayyan tak tahu yang Amirul ini sudah tangkap cintun dengan kawan si tunangnya itu, Amira Earina
"eleh cakap dengan cermin ker bro?!" Rayyan hanya menjulingkan matanya ke atas
"diamlah kau! Urgh! Lepasni tolong tengokkan diorang, if anything happen just inform me immediately"
"baik boss yang terhormat"
"dah blah! Aku nak buat kerja"
"amboi kau! Kau ingat aku orang suruhan gaji kau, boleh arah sesuka hati jer" Rayyan hanya menjelirkan lidahnya kepada Amirul.
"Eee aku hempuk kang benjol kepala kau" Amirul mengacah untuk membaling file yang berada diatas meja Rayyan itu.
"hahahahhaha marah benor, dah pergi lah buat kerja kau, lunch nanti kita keluar. Aku belanja" kata Rayyan sambil menyambung menaip sesuatu dikomputernya
"mantaplah, awesome! Sayang kau Jamil" Amirul memberi flying kiss kepada Rayyan lalu berjalan keluar dari office tersebut.
"woi! Nama aku bukan Jamil lah sengal! Sengal punya kawan!"
"HAHAHHAHHA" kedengaran ketawa kuat dari luar bilik pejabat Qaiser Rayyan
BILIK ASRAMA
"wei aku nervous duh nak intern nanti" kata Amira
"apasal?" Tanya Diana kepada Amira
"entahlah, hati aku ni macam tak tenang jer"
"alah! Kau ni, tak payah fikir sangatlah. Semuanya akan okay lah" Fatin menenangkan sahabatnya itu
"entah kau ni! Dah jadi macam Atin dah, suka overthinking. Dia bagi nasihat dekat orang pandai, tapi bila kena batang hidung sendiri baru tahu" Diana mencuit hujung lengan Fatin dengan pen birunya
"hahahhaha apa? Aku Cuma nak tengok orang sekeliling aku happy jer"
"eleh kau ni! Nak tengok orang lain happy tu boleh, but don't forget about yourself"
"kan! Love yourself dululah Atin" Amira menyokong kata-kata Diana Dahlia
"hm alright-alright geng, janganlah marah titew"
"tak marah! Sayang!" kata Amira dan Diana serentak
KRRING!! KRRING!!
"uuu tunang dah call ker tu?"
"ishh diamlah ko!"
"halah halah! Malu pula dia, macam tak biasa"
"kan kan" Fatin hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat karenah dua rakan karibnya itu.
"hello Assalammualaikum"
"waalaikumussalam baby, baby okay? Sihat?" setiap hari Rayyan akan menanyakan soalan tersebut kepada Fatin walaupun dia tahu kondisi Fatin bagaimana, saja dia mahu memulakan perbualannya sebegitu.
"sihat, Alhamdulillah, pakcik pula macam mana? Makan lagi tak?"
"ni, tengah makan. Jap hubby send dekat baby" Rayyan menghantar gambar pinggan yang berisi mee rebus itu kepada tunangnya Fatin Adeera.
"wahh sedapnya, maaf ganggu pakcik makan."
"lahh tak apalah, kan hubby yang call baby dulu. Don't need to say sorry okay babygirl"
"hm tapi saya dah ganggu pakcik"
"no lah baby, mana ada ganggu"
"ta-pi"
"haishhh! Shush shush no tapi. Baby tengah buat apa sekarang?"
"tak buat apa pun, tengah memikirkan masa depan"
"masa depan?"
"haah, Masa depan kita" Rayyan yang terdengarnya terus tersedak
"uhuk-uhuk" habis merah muka Rayyan. Amboi! Sejak bila babynya ini pandai pick up line pula
"pakcik! Pakcik okay tak ni? Kenapa ni? Tu lah tadikan dah cakap tak nak ganggu pakcik makan, tengok sekarang apa jadi. Kalau tercekik macam mana?" Rayyan hanya mendengar sahaja bebelan itu sambil meminum air kosong untuk melegakan kesakitan ditekaknya itu.
"kalau tercekik babylah yang salah nanti"
"eh asal pula?"
"sebab ayat baby bagi hati titew ni tak tenteram tau! Sampai tersedak dibuatnya" Rayyan mencebikkan mulutnya. Meskipun Fatin tak dapat melihatnya sekarang ini, dia tetap menganggap Fatin berada dihadapannya sekarang ini.
"alololo comellah pakcik ni, okay okay my fault, im sorry okay"
"hm"
"aloo janganlah merajuk"
"kenapa pula?"
"sebab saya tak ada nak pujuk."
"tak nak! Nak merajuk juga"
"hm janganlah macam ni hubby~~" Rayyan yang terdengarnya terus tersenyum lebar tapi nada suaranya kekal seperti orang yang merajuk
"apa? Tak dengar"
"hubby takmolah macam ni, forgive me okay"
"okay" Rayyan tersenyum sambil menguis-nguis mee rebus itu.
"yeayy pakcik dah tak merajuk!" habis sudah gelaran hubby itu. Rayyan bukannya merajuk betul pun, saja nak bermanja-manja dengan bakal isterinya ini. Bukan selalu.
"hehehehhe happynya dia"
" of courselah, kesayangan saya tak merajuk dah" Rayyan yang mendengarnya terus memakan mee rebus itu dengan lemah lembut. Saraf-sarafnya kini terasa seperti jelly apabila tunangnya ini berkata sedemikian.
"pakcik, saya nak beritahu something ni"
"beritahu apa?"
"saya dapat intern dekat M'S Alight Company" Fatin memberitahu Rayyan dengan gembira. Dia berasa teruja dapat membuat praktikal disana tetapi dalam masa yang sama dia berasa takut kerana syarikat itu adalah salah satu syarikat terbesar dan ia juga merupakan anak syarikat daripada syarikat MQR COMPANY
"wah! Tahniah baby! Do your best okay"
"terima kasih pakcik. Tapi saya takut lah pakcik"
"kenapa?"
"ya lah, tu kan syarikat besar. Mesti semuanya orang hebat-hebat. Menyesal pula saya mohon situ" Rayyan hanya tersenyum sahaja mendengar rungutan tunangnya itu. Ya, tunangnya itu tidak tahu bahawa syarikat itu adalah salah satu syarikatnya dan dia juga tidak tahu bahawa Qaiser Rayyan ialah owner kepada MQR Company. Yang dia Cuma tahu, Qaiser Rayyan adalah sahabat ayahnya iaitu Dato Ilham.
"alhamdulillah, tu maksudnya rezeki baby. don't need to worry okay. Everything's was fine. " semuanya didalam kawalan dia,oleh itu tidak apa yang perlu dirisaukan. Mata-mata dia banyak dekat situ.
"hm okay pakcik. Thank you."
"anything for you baby"
"dahlah, saya nak beritahu yang tu jer, good night pakcik"
"eh nak tidur dah? Temanlah hubby makan"
"aik tak habis lagikah?" macam mana nak habis kalau si Rayyan ni makan serupa macam siput. Ambil mee pun serupa macam tak lalu nak makan
"belum lagilah baby" Rayyan dengan sengaja makan makanannya itu dengan lambat. Bolehlah mereka berbual dengan lebih panjang lagi.
"okay saya teman pakcik makan. Makan cepat sikit."
"baik baby" lalu Rayyan pun makan dengan lahapnya.
HARI PRAKTIKAL
"okay nanti korang akan berpisah mengikut department masing-masing ya" kata salah seorang pekerja dari M'S Alight Company itu
"baik cik" mereka berempat menyahutnya dengan semangat
"wah! Bagus semangat semuanya"
"mestilah kena semangat, first day kan" kata Amira sambil menunjuk kan senyuman lebarnya. Mereka semua ketawa melihat telatah Amira itu.
"okay, jom saya bawa korang ke department masing-masing" mereka menuju ke lift yang telah disediakan itu. Sebelum mereka sempat masuk kedalam lift tersebut, ada seorang jejaka yang baru sampai datang menghampiri mereka dan menegur staff itu. "Kak Sally, kenapa ada dekat bawah ni? Baru sampai kah?" dia memang pantang kalau ada salah satu staffnya datang lewat .
staff wanita yang bernama Sally itu terus memusingkan kepalanya untuk melihat siapakah gerangan tersebut dan berkata "Tuan" sambil menundukkan kepalanya sedikit. Mereka berempat yang melihat jejaka tersebut terus menjadi kaku.
Sementara itu.. di
AIRPORT KLIA
"ahh I'm back. Welcome home darling. Finally I'll meet you again Qaiser Rayyan" dia membuang kaca mata hitamnya dan menuju ke kereta Honda Civicnya itu. "haihh panasnya Malaysia ni" dia membuka jacket kulitnya dan hanya membiarkan pakaian ketatnya yang berwarna merah itu menjadi tatapan manusia.
Maaf tak best.
Sorry late update😭
Heyyo cuties pies, saya nak ucapkan thank you yang mana promote story saya tu, srs saya terharu sangat.😭❤️ Tak expect pun benda ni. Saya tak ada tiktok, tupun ada someone yg bagitau saya. Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih❤️and im sorry sbb saya tak ucap thank you dkt awak directly. Im really sorry, btw yg mana promote tu boleh tak dm saya. ❤️Saya nak ucap thank you directly srs terharu sngt sbb sudi accept this story yg x seberapa ni❤️❤️. Sorry kalau saya dah mengecewakan awak semua.
Guys huwaa sorry saya tertukar nama watak Dayana ke Diana, sorry sbb baru perasan 😭knp x tegur saya ritu 😭😂 so yeah secara rasminya saya akn mnggunakan nama Diana ya.. maafkan saya 😭
Good night, sweet dreams❤️
Update: 23/2/2022 (2:00 a.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro