BAB 31 ( AM's )
'you're my UNIVERSE'
This chapter banyak scenes Amira & Amirul tau ❤️🤭
"Amirul" Amira mengumam perlahan.
"eh Abang Amirul?" Fatin tersenyum apabila melihat jejaka tersebut datang kearah mereka.
"abang buat apa kat sini?" tanya Fatin kepada Amirul Bakri.
"abang baru habis kerja kat sini, then saja jalan-jalan. Tuptup jumpa pula dengan korang. Eh, Atin beritahu abang Ray tak yang Atin keluar ni?" kata Amirul Bakri yang kini hanya berpakaian santai dengan hanya t-shirt polo berwarna putih, seluar slack berwarna hitam serta dipadankan dengan topi nike berwarna hitam.
"beritahu dah"
"ouh okay. Korang buat kat sini?" Amirul memandang tiga orang gadis tersebut tetapi matanya menikam tajam kearah satu bidadari ini yang kini hanya menikus disebalik dua orang rakannya. Amira yang berasa dirinya diperhatikan terus menginjak kebelakang lagi.
"eh Mira, kau kenapa makin kebelakang?" Diana terus menarik lengan Amira untuk sentiasa berada disamping mereka. Disebabkan tarikan itu juga, tubuh Amira seperti hendak tersungkur sedikit kehadapan.
"be careful little pumpkin" Amira yang mendengar bisikan halus itu terus melangutkan mukanya dan mendapati terdapat senyuman sinis yang tarlakar pada wajah tersebut.
"I'm sorry" kata Amira sambil menunduk.
'ouww my little pumpkin really scare of me?'
"kitorang saja jalan-jalan makan angin. Maklumlah asyik terperap jer dalam asrama tu" Amirul hanya menganggukkan sahaja kepalanya.
"woi! nah. Ambil air korang ni!" tiba-tiba mereka mendengar satu pekikan yang tidak jauh dari tempat mereka.
"wow! Matacih! Berapa ni?" tanya Amira kepada Farhan.
"tak payahlah, aku belanja"
"seriuslah! Mantaplah bosskur. Semoga murah rezeki kau"
"seriuslah mat! Wahh awesomelah pakwe kau Diana! Sayang kau ketat-ketat nyah!" kata Amira sambil menunjukkan mini love kepada Farhan dan Diana. Amirul yang melihatnya itu terus menjengilkan matanya kepada Amira. 'what the hell?! Depan aku ni?! Damn you really need to punish little pumpkin'
"hm thank you bro" kata Diana perlahan sambil memberikan senyuman manisnya kepadanya Farhan. Farhan yang melihatnya terus cair. "anything for you my Tesoro ( treasure )"
"tapi seriuslah kau belanja ni?" tanya Diana sekali lagi.
"seriuslah"
"hm okay, jangan nanti kau suruh kitorang buat benda bukan-bukan sudah"
"eh memang pun! Macam tahu-tahu jer kau ni!" kata Farhan sambil tersenyum sinis.
"see! Tak guna punya jantan, kau nak suruh kitorang buat apa hah?!" marah Diana. Fatin yang sedang minum air tersebut terus tersedak. 'uhuk-uhuk masing-masing nak bunuh kau ker macam mana ni?'
"aku nak korang doakan aku"
"doakan apa?" tanya Fatin selepas lega daripada kesakitan tekaknya akibat tersedak tadi.
"doakan aku semoga urusan aku dipermudahkan oleh Allah untuk menghalalkan si bungaku iaitu Diana" Farhan mengenyitkan matanya kepada Diana selepas mengaamiinkan doa tersebut. Diana yang melihatnya itu terus memaparkan riak wajah menyampah. "ergh drama queen betul!" Diana membebel perlahan.
Tetapi didalam hatinya siapa sangka, dia juga turuk mengaamiinkan doa tersebut. Ehek.
"auchh sweetnya" kata Amira. Dia masih tidak perasan dengan pandangan tajam kepadanya oleh seseorang. Tiba-tiba dia mendengar bisikan seseorang ditepi telinganya "I can do more than this عزيزتي eaziziti ( sayang ), just wait and see" Amira terkejut dan terus memalingkan mukanya kesisi dan dirinya terkaku dengan jarak mereka berdua yang terlalu dekat sehinggakan hidungnya bergesel sedikit dengan hidung Amirul. "ehem" Amira berdehem perlahan dan mengundur kebelakang sedikit untuk menjauhkan jarak diantara mereka. "I already told you right, always behave" Amira menundukkan wajahnya ketika dia mendengar suara keras tersebut.
"uish bersemut disini, kasihanilah hamba mu ini yang single-mingle"
"kau single-mingle apa! Kau tu dah bertunang. Sedar sikit ada encik tunang tu" Diana memberikan jelingan tajam kepada Fatin.
"eh haahlah lupa"
"ish ish ish, tak patut tak patut" Farhan menggelengkan kepalanya.
"eh encik ni..." tanya Farhan kepada jejaka yang masih lagi memandang tajam kearah Amira yang kini sedang menunduk itu. 'dah kenapa dengan dua ekor ni?'
"ouhh tu kan abang Amirul kawan encik tunang aku tu. Kau lupa ker?" Amirul yang terdengar dirinya disebut terus tersenyum dan memandang kearah individu yang memanggilnya itu.
"ouhh abang Mirul. Hai! Saya Farhan" tegur Farhan dengan ceria dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Amirul menyambutnya dengan baik bersama senyuman manisnya.
"hai.. emm by the way korang nak pergi mana lagi lepasni?" tanya Amirul
"hm kitorang tak tahu lagi, kenapa abang?"
"kalau macam tu, jomlah abang bawa korang ke satu restaurant ni. Dekat jer dari sini." mata Amirul melilau mencari restaurant yang dikatanya.
"seriuslah?!"
"haah. Jomlah, abang belanja"
"jomm!!" kata Farhan dengan teruja.
Mereka berempat mengekori sahaja si jejaka tersebut dari belakang. "eh mira, kau okay? Kalau tak, bab-bab belanja ni lah yang kau paling excited" tanya Fatin kepada Amira. Pelik dengan karenah kawannya ini. Kalau tak, Amira dengan Farhanlah yang paling banyak aktif macam budak-budak rebina. Tapi kalini sejak kehadiran Amirul Bakri, dia terus berubah menjadi pendiam seperti Diana. Sakit ker demam ni?
"hah? Aku okay. Cuma.. penat jalan.."
"ouhh.. apa-apa kau beritahu jer dekat aku atau Ana okay? Jangan diam" Amira tersenyum lalu menggenggam tangan Fatin dengan erat.
"okay Atin" Fatin tersenyum lalu membalas genggaman tersebut dengan lembut.
RESTAURANT SALA CLASSIC
"wah nice giler view sini" Amira memandang lautan luas yang terbentang dihadapan mereka.
"kan... lagi lawa dari tempat tadi"
"kat restaurant ni, korang boleh tengok view matahari terbenam"
terang Amirul kepada empat orang anak muda tersebut. Tetapi matanya hanya tertumpu sahaja kepada si bidadarinya. 'cantik'.
'KLIK'. Amirul mengambil gambar Amira dalam diam yang kini sedang memandang kearah laut itu.
"ouhh, tapi sayanglah sebab kitorang kena balik sebelum maghrib"
"hm itulah. Murung kejap" Amira memuncungkan mulutnya.
'haishh geram betul aku dengan dia ni! Boleh pula dia buat mulut macam tu, nasib tak halal lagi. Kalau tak, dah lama aku lumat sampai lebam' Amirul menangkap lagi gambar Amira yang sedang candid itu.
"jom kita duduk situ" kata Farhan sambil menunjukkan satu meja kosong itu. Amirul duduk dibahagian tengah manakala Diana dan Farhan duduk sambil menghadap kearah Amira dan Fatin.
"nah, korang orderlah apa-apa jer. Abang belanja" Amirul menghulurkan buku menu tersebut kepada Farhan dan Amira memandangkan merekalah yang paling dekat Amirul. Tetapi semasa memberi buku menu tersebut kepada Amira, Amirul dengan sengajanya terpegang jari Amira. 'your finger so soft little pumpkin'. Amira yang merasakan sentuhan dijarinya terus mengambil buku tersebut dengan pantas dan meletakkannya ditengah-tengah diantara dirinya dan Fatin. 'ya Allah, selamatkan lah aku daripada mamat ni! Maybe dia tak sengaja kut'
"Mira, kau okay tak ni?" tanya Fatin kearah kawannya yang dari tadi mendiamkan diri.
"hah? Okay, okay. Kau dah siap pilih?"
"dah. Kau tu dari tadi diam jer, tak nak makan ker?"
"hm tak naklah. aku tak ada seleralah."
"sure?" Fatin menanyakan sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Amira hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"okay, tak apalah. Nanti kita share makanan, okay?" Amira hanya menunjukkan senyuman manisnya kepada Fatin.
Sementara mereka menunggu makanan tiba, Amira memutuskan untuk bersiar-siar disekeliling restaurant ini. "eh korang, aku nak pergi jalan-jalan kejap".
"pergi mana?" tanya Diana sambil menepis perlahan camera telefon Farhan. Haih dari tadi asyik nak berselfie dengannya. Mengalahkan perempuan, selfie 24 jam.
"saja. Nak tengok restaurant ni"
"okay, hati-hati. Apa-apa call aku atau Ana" pesan Fatin kepada rakannya itu.
"baik boss" Amira terus bangun, berjalan meninggalkan mereka. Dia tidak petah dengan pandangan tajam si jejaka itu lalu dia memutuskan untuk melarikan diri sebentar dari pandangan helang tersebut.
Sepanjang mereka bersama, dia dapat merasakan aura bahaya dikelilingi jejaka tersebut.
Restaurant ini sangat besar, malah ia juga merupakan dua tingkat. Binaannya juga sangat classic sehingga dapat menarik perhatian ramai pelanggan. Sedang dia berjalan disekitar restaurant itu, dia melihat ada satu sudut bacaan yang terdapat dipinggir restaurant ini lalu dia pun berjalan kearah sudut tersebut dan mencari buku yang menarik. Semasa dia melihat buku-buku yang tersusun elok itu, dia melihat ada satu buku yang menarik perhatiannya. Tetapi buku itu sangat tinggi untuk digapainya. Dia menjijit keatas sedikit tetapi masih tidak dicapainya. Amira mengeluh perlahan lalu sekali lagi dia ingin menjijit. Tiba-tiba, belum sempat dia melakukan perkara sebegitu, dia merasakan ada satu tangan yang melilit dikakinya dan dia juga dapat merasakan kepala seseorang yang melekap di sisi badannya.
"arghh!" Amira menjerit perlahan apabila terasa dirinya diawang-awangan. Tangannya pula secara spontan merangkul erat bahu si jejaka itu.
"ambillah buku itu" Amira menundukkan mukanya lalu dia terkedu kerana rupanya Amirul Bakri yang sedang mengangkatnya.
"sampai tak?"
"hah? Jap" Amira terus memanjangkan lagi tangannya untuk mengambil buku tersebut.
"sikit lagi" kata Amira perlahan. Amirul yang mendengar gugaman tersebut terus mengangkat Amira tinggi sedikit. "dapat pun!" kata Amira dengan terujanya sehingga dia lupa bahawa sekarang ini dia berada dalam gendongan Amirul. Amirul tersenyum lalu menunduk dan menurunkan Amira perlahan-lahan.
"terima kasih" kata Amira sambil membelek buku tersebut.
"kasih diterima little pumpkin" Amirul tersenyum lalu menyandarkan tubuhnya ke rak bacaan itu.
"do you like it?"
"yes" Amira mengangguk laju sambil membaca buku tersebut. Dia saja tidak bertentang mata dengan Amirul kerana dia malu dengan kejadian sebentar tadi.
"look at me little pumpkin" Amirul merampas buku tersebut dari Amira dan memaksa Amira untuk melihatnya.
Amira memandang Amirul takut-takut dan ingin mengambil buku itu dari tangan Amirul tetapi laju sahaja Amirul melarikannya dari Amira.
"give it to me" kata Amira kepada Amirul
"come and get it" Amirul berkata sambil menanyangkan senyuman sinisnya. Amira merengus perlahan lalu menapak kehadapan mendekati Amirul
"bagilah balik!" Amirul mengangkat tangannya tinggi supaya Amira tidak dapat mengambil buku tersebut.
"ishh" Amira yang geram terus melompat tinggi tapi tanpa diduga dia ingin jatuh kerana tidak dapat menstabilkan diri. Amirul yang perasan situasi tersebut terus menarik pinggang Amira untuk mendekatinya dan menolak Amira kedinding.
"auww" Amira merengus perlahan sambil memejamkan matanya erat.
"are you okay little pumpkin? I already told you, always behave and be careful! Look what happen right now!" suara Amirul kini menahan geram. Geram dengan little pumpkinnya yang selalu clumsy.
Amira membuka matanya dan bertemu dengan pandangan marah Amirul. "I'm sorry" kata Amira dengan nada yang lembut. Penangan matanya juga turut memaparkan yang kini dia benar-benar minta maaf. Amirul yang melihatnya itu terus merasakan bahawa dirinya cool down sedikit. Amirul
menghembuskan nafasnya perlahan. "hm, lain kali hati-hati little pumpkin" Amira hanya menganggukkan kepalanya lalu dia ingin melepaskan dirinya dari pelukan Amirul.
"let me go" Amira bersusah payah merungkaikan belitan tangan dipinggangnya.
"why should I?" Amirul mendekatkan lagi jarak mereka sehingga dadanya bertemu dengan dada Amira.
"let---- m-e g-o" Amira berusaha menolak badan Amirul kebelakang tapi malangnya sedikitpun dia tidak berganjak.
"hm.. what if I don't want to let you go little pumpkin" suara serak basah Amirul kedengaran sangat dekat di telinga Amira. "hm little pumpkin you really need to be punish you know"
"why?" tanya Amira perlahan sambil menutup matanya. Dia sangat takut sekarang ini. Dia harap Sekarang ini ada seseorang datang menyelamatkannya memandangkan mereka berada ditempat awam.
"hm you know why little pumpkin.. it's okay I won't punish you right now, maybe soon little pumpkin. Don't worry. Lagipun ni kan restaurant orang, tapi apa salahnya kan. And don't think too much, you'll know it once kita dah halal." Amirul terkekeh perlahan melihat riak ketakutan yang terpancar di muka Amira.
Amirul melepaskan pelukannya di pinggang Amira. 'haih rasa kosong diri ini'. Amira yang merasakan pelukan dipinggangnya kian longgar terus memboloskan diri dari Amirul, jejaka yang telah menelan setengah jiwanya.
'Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li daudal hadid. Ku pastikan suatu saat nanti, hatimu akan ku kuasai atas izin-Nya' Amirul mengumam perlahan sambil melihat belakang tubuh Amira.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"eh masa bila---" setelah tiba dimeja makan, Amira berdiri kaku kerana diatas meja tersebut terdapat makanan kegemarannya.
"makan little pumpkin, I know you're hungy" kata Amirul yang baru sahaja tiba dan terus duduk dikerusinya.
"Mira, kau asal berdiri jer kat situ? Nak jadi tiang bendera ker apa? Duduklah" tegur Diana apabila melihat Amira hanya berdiri tegak sahaja disisi meja mereka.
"duduklah, makanan kau dah sampai ni" Fatin menarik tangan Amira. Amira yang tergamam itu terus mengikut sahaja tarikan Fatin ke kerusinya.
"siapa yang orderkan untuk aku?"
"me" Amira yang mendengar suara serak itu terus menelan air liurnya dengan kasar.
"makan, nanti lapar." Amira masih terkaku tak bergerak.
"or you want me to eat you?" Amira yang mendengar soalan tersebut terus memulakan aktiviti makannya dengan gelojoh.
"pelan-pelan Mira, nanti kau tercekik" Fatin menegur cara makan Amira itu.
"biar dia tercekik, boleh buat CPR" Amirul mengumam perlahan tetapi dapat didengari oleh Amira kerana Diana dan Farhan sekarang ini sibuk bergaduh mulut membahagikan makanan.
"uhuk-uhuk" Amira tersedak setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Amirul.
"haa kan aku dah cakap! Nah minum air ni" Fatin menghulurkan jus tembikai itu kepada Amira dan menepuk perlahan belakang Amira. Amirul pula hanya tersenyum sinis melihat situasi tersebut.
"eh Mira kau okay tak?" tanya Diana. Amira hanya menganggukkan sahaja kepalanya.
"tu lah kau, lain kali hati-hati. Jangan gelojoh." Farhan menegur Amira. Amira hanya menjelingnya tajam.
"eh kau pun samalah ngok!" Diana memarahi Farhan.
"tak!"
"sama"
"tak"
"sama"
Lalu bermulalah perang mulut sekali lagi diantara mereka. Fatin pula hanya menggelengkan sahaja kepalanya 'haih sambil makan pun mau gaduhkah dei?'
Setelah selesai menikmati hidangan di Restaurant Sala Classic itu, mereka bercadang untuk menyinggah di satu kedai alat tulis. Amirul pula setia berada disamping mereka berempat dan sentiasa menjadi bodyguard tidak berbayar mereka. Alang-alang kerjanya sudah habis dan dia pula tidak ada apa-apa aktiviti, dia terus menawarkan dirinya sebagai driver dan bodyguard mereka.
"korang, aku nak pergi sana jap. Nak beli barang aku" Farhan menunjukkan rak-rak yang terdapat banyak timbunan jenis file.
"okay" balas tiga orang gadis tersebut.
"wei, aku nak pergi cari pen kejap tau" kata Amira kepada mereka berdua dan terus menuju ke rak-rak yang menempatkan banyak jenis pen. Tanpa disedari Amira juga, perlakuannya setia diperhatikan oleh Amirul.
Kini, tinggallah Diana dan Fatin yang menuju kearah timbunan novel-novel melayu dan inggeris.
"Atin, kau nak beli novel apa?"
"aku ingat nak beli novel King Haidar lah, dah lama aku mengidam ni" mata Fatin melilau mencari novel tersebut. Dia kini sudah ada tiga novel dari penulis yang diminatinya itu, cuma satu ja ini yang belum didapatinya.
"cool, aku nak cari buku DHEO'S dan Dr. Alpha Male kejap" Diana terus meniggalkan Fatin sendirian dan menuju ke belakang yang menempatkan banyak lagi novel-novel menarik.
"mana ni? Tak ada kah?" sedang dia gigih menunduk mencari buku tersebut, tiba-tiba kepalanya berlaga dengan sesuatu sehingga
membuatkan dia jatuh terduduk.
"aduhh!" Fatin menggosok kepalanya. 'aduhh dahlah kepala aku sakit, buntut aku pun sakit!' Fatin merengus.
"sorry sorry, saya tak sengaja" suara lelaki tersebut kedengaran seperti cemas sahaja.
"hm tak apa, saya yang salah" Fatin masih menggosok kepalanya lalu dia melangutkan kepalanya untuk melihat gerangan individu tersebut.
"eh! Awak!" kata mereka berdua serentak
Someone give this to me❤️ 'Bagai tikus membaiki labu, I just want to say I love you'❤️❤️
Hye cuties pie. Sorry for the late update. If u found some mistake, please mention me. Okay?
Update: 19/2/2022 (6:04 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro