Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 26

'Only you can make me feel like this'







Fatin termenung sendiri sambil bermain dengan cincin ditangannya.

"Kakak okay?" Tanya Datin Linda sambil menggosok perlahan belakang kepala Fatin. Dia perasan bahawa dari tadi anaknya iaitu Fatin Adeera asyik bermain dengan cincinnya.

"Okay" Fatin memberi senyuman kekoknya.

"Ni, tangan kenapa terketar-ketar ni?" Datin Linda ketawa perlahan

"Hehehehe macam tak kenal dengan anak ibu ni.. anxiety kan?"

"Hm yelah kakak. Kakak kena kawal anxiety tu, jangan biar anxiety yang kawal kakak.. nanti boleh teruk padahnya" Datin Linda menggenggam tangan anaknya dan mengurutnya perlahan.

"Baik ibu, kakak cuba"

"Tu, tunang Fatin datang tu?"

"Hah?" Fatin yang melihat Rayyan datang kearahnya dengan memakai baju melayu berwarna ungu yang juga sama dengannya iaitu berbaju kurung tradisional berwarna ungu, dapat membuatkan rentak jantungnya berubah laju.

"Ibu nak pergi mana? Duduklah sini. Kenapa dia datang sini, ibu?" Fatin menarik tangan ibunya untuk kembali duduk disisinya.

"Dia datang nak tengok kakaklah.. alang-alang tu nak photoshoot sekali, nampak Tu Cameraman dah tunggu tu"

"Alahh ibu, tak naklah" Fatin menarik tangan ibunya supaya sentiasa kekal disisinya.

"Ray, duduklah sini. Tangkap gambar sekali" Datin Linda mengendahkan rayuan Fatin.

"Baik akak" Rayyan tersenyum manis

"Jangan panggil akak dah, panggil ibu ja Ray.."

"Baik ibu" kata Rayyan lalu duduk disebelah Fatin dengan jarak yang agak dekat

"Assalamualaikum baby" Rayyan memberi salam kepada tunangnya. Dia dapat agak tunangnya kini sedang gelisah

" waalaikumussalam" jawab Fatin perlahan.

"Relax baby, jangan nervous." Rayyan ketawa kecil

"Hm okay" Fatin menghembus nafasnya perlahan

"Look at me please, i want to see your eyes" kata Rayyan dengan suara yang merdu.

Fatin mengangkat kepalanya lalu matanya bertembung dengan jejaka yang berada dihadapannya. Rayyan menguntum senyuman paling manis untuk sibidadarinya. Mereka kini seakan-akan berada didalam dunia sendiri. Tanpa Fatin sedari, dia juga turut membalas senyuman Rayyan. Dia berasa tenang apabila melihat Rayyan versi ini. Rayyan yang melihat senyuman Fatin, terus saja merasakan jantungnya ingin meletup. Lalu tanpa dia sedari, dia mengangkat tangannya untuk menyentuh pipi Fatin. Tetapi belum sempat tangannya mendarat dipipi tersebut. Terdengar bunyi 'kecekak kecekak'

"Amboi amboi sweet haih, main tenung-tenung pula.. bersemut disini" kata Amira.

"Entah, sampai lupa kami kat sini" sambung Diana pula.

"Bro! Kalau ya pun, tunggulah kahwin nanti. Kau baru bertunang jer" kata Amirul, kawan kepada Rayyan itu.

"HAHAAHHAHA" semua didalam rumah tersebut ketawa melihat reaksi pasangan itu. Rayyan hanya memberikan senyuman sinis manakala muka Fatin pula berubah menjadi merah.

"Pfftt aku akan buat lebih lagi dari ni lepas kahwin nanti" kata Rayyan dengan selambanya. Fatin yang mendengarnya itu, membuatkan pipinya lagi merah.

"amboi abang Ray, gelojoh benor" kata Farhan.

"Itulah tu" kenyataan itu disokong oleh Diana

"Tak apa sayang, lepasni kita pula" kata Farhan sambil mengenyitkan matanya kepada Diana. Diana yang melihatnya terus meluku kepala Farhan.

"Sakitlah sayang" Farhan menggosok kepalanya yang berasa ngilu itu.

"Padan muka kau!" Semua yang berada disitu ketawa melihat adegan tersebut.

"Jomlah bergambar. Asyik korang jer, kitorang pun nak juga" kata Amirul

"Betul tu, keluarga disini jangan lupa ya" gurau Dato Ilham lalu mengambil tempat disebelah Rayyan, manakala Datin Linda pula duduk disebelah anaknya, Fatin.

Setelah selesai sesi bergambar, kini tiba masanya untuk makan.

"Atin, kitorang pergi makan dulu tau" kata Diana.

Fatin mengangguk perlahan sambil melihat ibunya yang sedang melayan tetamu itu. Tetamu yang hadir tidaklah ramai, cuma saudara-mara terdekat dan sahabat-sahabat mereka sahaja.

"Kau nak apa-apa tak?" Tanya Amira.

"Hm tak apalah, nanti aku datang. Aku nak pergi dekat ibu aku kejap"

"Okay"

"Ibu, ibu dah makan?" Fatin bertanya kepada Datin Linda

"Belum, tak apalah, kakak makan dulu. Nanti ibu makan, ya" kata Datin Linda sambil menggosok lengan kanan anaknya.

"Okay, kalau nak apa-apa panggil kakak. Kakak nak pergi makan jap" Datin Linda mengangguk dan memberikan senyuman manis kepada anaknya lalu menuju kearah tetamu-tetamu yang baru sahaja hadir. Fatin memutarkan badannya untuk menuju ke meja makan, tetapi sebelum sempat dia melakukannya, dia terlanggar dengan susuk tubuh seseorang.

"Auch" sebelum sempat Fatin jatuh, ada satu tangan menyambutnya. Dia memejamkan matanya untuk menunggu masa dia berasa sakit.. 'aik aku tak jatuh lagi kah?'

"Baby okay?" Kata Rayyan sambil mengemaskan lagi pelukannya agar Fatin tidak jatuh. Fatin yang mendengar suara encik tunangnya terus membuka matanya dan mendapati bahawa posisi mereka kini agak intim. Lalu, dengan cepat sahaja dia bangun dan menolak Rayyan perlahan.

"Ehem, okay. Terima kasih."

"Sama-sama sayang" Fatin merasakan Dalam perutnya kini ada rama-rama berterbangan.

"Kenapa berdiri tengah jalan ni?" Kata Fatin sambil melihat bahu Rayyan. Dia tidak kuat untuk menentang mata dengan Encik tunangnya itu.

"Why you didn't look at me baby? Are you scared of me?" Tanya Rayyan prihatin. Fatin hanya berdiam diri.

"Baby, look at me please" Fatin mengangkat kepalanya

"Hm I think you're nervous right, because of me. I can feel butterfly is flying in your stomach, right?" Kata Rayyan sambil tersenyum manis. Fatin terus menundukkan wajahnya.

"Don't need to be shy with me baby, because after this, you'll look at me 24 hours. I promise that" Fatin hanya menunduk sambil bermain dengan jari-jemarinya. Rayyan yang melihat keadaan tunangnya itu, terus memberhentikan sesi mengusik itu. Terasa kesian pula dia.

"Jom baby pergi makan, tu abang dah ambil makanan" Rayyan menunjukkan dimana terletaknya makanan tersebut.

"Hah? Bila pakcik ambil?" Rayyan ketawa mendengar panggilan 'manja' dari mulut bidadarinya. Rasa comel pula.

"Tadi, time baby tengah sembang dengan ibu. Sebab itulah abang datang sini, duduk tengah jalan ni. Nak panggil baby makan. Jom" Rayyan menggamit Fatin untuk menuju ke meja makan tersebut.

"Duduklah. Abang tahu mesti baby lapar"

"Terima kasih"

"Kasih diterima sayang"

"Makanlah, kenapa tak makan lagi?" Fatin tidak berasa selesa kerana Rayyan tidak menyentuh langsung makanannya sebaliknya hanya merenung kearahnya dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Mmm, pakcik tak makan?"

"Kalau abang nak baby suapkan, boleh tak?" Muka Fatin cemberut mendengarnya.

"HAHAHAHA ni kenapa muka ni? Jangan obvious sangat baby. Abang gurau jer."

"Pfft" Fatin mencebik lalu membaca doa makan.

" But after we're married I'll make sure apa yang hubby rancang, kita berdua akan buat" kata Rayyan dengan nada yang perlahan hanya untuk mereka berdua sahaja yang mendengar.

"Uhuk-uhuk" Fatin terus tersedak mendengar kata-kata tersebut

"Baby, makan pelan-pelan baby" Rayyan memberi gelas yang berisi air Oren itu kepada Fatin.

"Pakcik ni, aku cekik kang apa tak dapat" Fatin mengumam perlahan.

"Ha, ha, ha mengutuk husband sendiri"

"Hei! Kita baru tunanglah"

"Ada abang kisah? Tunang or kahwin sama ja, asalkan abang dapat baby" sikap dominant Rayyan sudah keluar sedikit. Fatin pula hanya buat tidak tahu saja dan meneruskan aktiviti makannya.

SITUASI AMIRA DAN AMIRUL

"Ana, aku nak pergi ambil buah jap" kata Amira

"Okay, aku tunggu sini"

"Okay" Amira mengambil buah tembikai lalu diletakkan diatas pinggan. Tiba-tiba semasa dia mahu mengambil lagi buah tembikai itu, telefonnya berbunyi.

"Haih time aku sibuk nak makanlah ada orang call, time aku tak sibuk.. sorang pun tak call" Amira mengumam lalu mengambil telefonnya dan ditekapkan ketelinganya sambil dikepit oleh bahu kanannya. Manakala tangannya pula masih gigih mengambil buah-buah itu untuk meletakkan diatas pinggan. Setelah dia selesa melakukan kerja tersebut, dia ingin mengangkat pinggan tersebut.. tapi apakan daya telefonnya yang kini berada ditelinga seakan ingin jatuh..

"Omo omo telefon gue! Please jangan jatuh lagi" kata Amira perlahan. Belum sempat telefonnya terjatuh keatas tanah, ada satu tangan menyambutnya dari belakang lalu menamatkan panggilan tersebut.

"Lain kali jangan buat kerja sambil call, nanti tak fokus" kata Amirul lalu menyimpan telefon Amira didalam poketnya.

"Okay, my mistake. Tapi hei!! Telefon saya"

"Nope, I akan simpan dulu. Lepas makan nanti, baru I bagi."

"tapi--"

"No buts, let's eat" kata Amirul sambil mencari meja kosong

"Tak ada mejalah" Amira mengeluh perlahan

"Tu, dekat Atin ada" kata Farhan.

"Hm jomlah." Kata Amirul

"Dah dah la tu sweet dekat tempat awam. Tunggu jelah kahwin nanti" kata Amirul selamba lalu duduk sebelah Rayyan yang kini sedang mengayat bidadarinya. Rayyan yang merasakan kehadiran seseorang merengus kasar

"Kacaulah korang ni"

"Biarlah, dah.. aku nak makan"

"Dasar single" Amirul buat tidak tahu sahaja dengan kritikan Rayyan dan terus saja menyambung aktiviti makannya. Tiba-tiba, semasa dia sedang makan, ada satu tangan berada dihadapan mukanya. Dia mengangkat kening kearah pemilik tangan tersebut

"Fon saya"

"Tak menyabar eh?"

"Cepatlah"

"Kenapa wei?" Tanya Diana. Fatin pun memandang pelik kearah Amira. Dalam diri mereka, tertanya-tanya apa yang terjadi diantara Amira dan Amirul.

"Kejaplah. Nah" sebelum Amirul menyerahkan telefon itu, dia sempat menaip sesuatu

Amira mengambil telefon tersebut dan duduk di sebelah Diana

"Kenapa kau ambil telefon Amira?" Tanya Rayyan kepada Amirul

"Tadi aku tolong simpankan telefon dia" jawab Amirul ringkas. Rayyan hanya mengangkat keningnya 'something is wrong here'. Manakala Diana, Farhan dan Fatin pula memandang kearah Amira.

"Tadi Telefon aku nak jatuh, dia yang kutipkan" Amira menjelaskan kepada mereka yang kini sedang memandang kearahnya dengan pandangan yang meragukan.

"Ouh patutlah" balas Diana

"Jomlah makan, lapar" kata Farhan.

Sebelum Amira makan makanan yang diambilnya, dia sempat membelek telefonnya dan didapati sesuatu yang membuatkannya dia 'blushing'. Dia mengangkat kepalanya lalu tanpa diduga matanya bertembung dengan si dia dan membuatkan si dia mengenyitkan matanya. Disebabkan keadaan tersebut dan text 'dont delete my number little pumpkin ' dari contact my knight itu membuatkan dia sukar untuk menelan makanannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SEMINGGU SETELAH BERTUNANG

"Ibu, kakak nak keluar dengan Ana dan Amira boleh?"

"Nak pergi mana?"

"Beli barang jap, kan cuti sem nak habis dah"

"Okay, boleh. Beritahu tunang kakak lagi tak?"

"Tak pun, kena beritahu jugakah?" Fatin memuncungkan mulutnya. Dia sekarang ni segan dengan tunangnya. Sejak seminggu mereka bertunang, hanya encik tunang yang akan melakukan 'first move' terlebih dahulu seperti text menanyakan khabar atau call dengan dia

"Kena beritahulah sayang. Dalam tempoh tunang ni banyak dugaan tau. Dan, untuk kita mengelakkan dari ada salah faham, kita kena lah beritahu setiap jadual kita kepada pasangan kita.. kalau nak keluar, kena beritahu dengan siapa, buat apa, pukul berapa, nak kemana.. maybe tu nampak remeh. Tapi tanpa kita sedari, actually benda ni dapat elakkan hubungan kita dari berlakunya salah faham. Lebih baik dia dengar dari mulut kita sendiri, dari dia dengar dari mulut orang ketiga. Mungkin yang tu, akan jadi teruk" terang Datin Linda

"Ouhh"

"Buat macam ni bukan setakat tunang jer. Tapi sampai kahwin, okay? Ingat lagi satu, jangan simpan rahsia dari pasangan kita. Baik kita luahkan sebelum keadaan menjadi lebih parah"

"Baik ibu"

"Haa kalau macam tu, call lah cepat. Beritahu tunang kakak tu"

"Ya ya, kakak call" Fatin mengambil telefonnya lalu menelefon encik tunangnya. Dengan sekali deringan sahaja terus orang sana mengangkat panggilan tersebut

"Assalamualaikum pakcik" Datin Linda yang mendengar Fatin memanggil tunangnya pakcik terus memulas telinganya.

"Auww auww sakit ibu" Fatin menggosok telinga, Datin Linda pula memberi jelingan tajam kepadanya

"Kenapa panggil pakcik?"

"Dia yang suruh"

"Kenapa baby?" suara Rayyan menjadi cemas apabila mendengar suara babynya seperti sedang sakit.

"Rayyan sorrylah anak ibu ni, nakal sikit panggil Rayyan pakcik" Datin Linda mengambil telefon Fatin lalu menjawabnya

"HAHAHAHA tak apa, saya okay jer ibu"

"Hm kalau dia nakal lagi, Rayyan beritahu jer ibu"

"Baik ibu"

"Nah" Datin Linda memulangkan kembali telefonnya

"Hello"

"Hello baby, are you okay?"

"Okay"

"Kenapa tu?"

"Tak ada apa, ibu pulas telinga saya jer tadi"

"Ouhh alololo kesian dia, nanti hubby tiupkan ya" Rayyan tersenyum miang memikirkan benda tersebut

"Tak payah mengada"

"HAHAHAHHAAH, kenapa call ni baby? Rindu eeh?"

"Hm saya actually nak minta izin. Nak keluar dengan Amira dan Diana"

"Ouhh ingatkan rindu"

"Sikitlah" Fatin berkata perlahan

"Apa? Tak dengar baby"

"Boleh tak pakcik?"

"Boleh apa?"

"Keluar"

"Boleh, tapi dengan satu syarat"

"Apa?"










Good Night sweet dreams ❤️

Sorry lambat update. Sorry ayat berterabur sikit😭Thank you everyone sbb baca this story.. 🌹❤️

Update : 4/2/2022 (10:13 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro