Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 23

'Make you mine'








" seriously ibu & abah setuju jer? diorang tak sayang anak ke apa ni?" Fatin mengumam perlahan lalu dia berjalan kearah pintu biliknya perlahan-lahan. Dia tidak sanggup untuk mendengar lagi dan berasa sungguh tertekan sekarang ini. Seolah-olah dirinya seperti burung yang terkurung didalam sangkar. Dia tak dapat terima bahawa dia akan menjadi hak milik seseorang seusia muda ini. Dia takut untuk menempuh segala ujian yang akan datang semasa bertunang nanti. Sesungguhnya dia belum bersedia untuk menghadapi segala ujian tersebut.

'Ting Ting Ting Ting' menandakan ada banyak mesej masuk.

"Haih senah-senah bawang ni tak menyempat" Fatin melihat dua orang rakannya berpusu-pusu menghantar mesej kepadanya dalam group yang ada mereka bertiga itu. Belum sempat dia mahu membalas satu persatu, tiba-tiba noti video call masuk dari group mereka bertiga.

"Hello Assalamualaikum Senah dan Bedah~~ kenapa call?"

"Waalaikumussalam, Senah dan Bedah kau!! Kau ada kawan lain ker selain kitorang?! Kau lah punya pasal, lambat reply macam siput" Tanya Diana seakan tidak berpuas hati, sedangkan dia tahu bahawa Fatin hanya berniat untuk bergurau saja.

"Waalaikumussalam Zameon, seronok balik dengan bakal tunang?" Manakala Amira pula hanya melayan saja karenah rakannya itu. Maklumlah semuanya masuk air.

"Seronok kepala otak kau!"

"Eleh, cakap jelah seronok, sekeh kepala kang"

"Entah dia ni, nak tegakkan benda yang dah sahih pula"

"Betullah"

"Eh, kau tak pernah cerita pun kan tentang Abang Rayyan dekat kitorang" tanya Diana

"Memanglah sebab selama ni dia cuma kawan ayah aku jer" manakala 'ex-crush aku juga' hanya mampu disebut didalam hati.

"Ouhh"

"Ceritalah sikit tentang korang" inilah cara Amira untuk korek rahsia.

"Cerita apa? Kitorang memang tak ada cerita lah"

"Tak kanlah tak ada, habistu macam mana si putera katak boleh terfall in love dekat si puteri cantik?" Kata Diana

" Uish kau samakan Abang Rayyan dengan Putera Katak?"

"Ha, habistu?"

"Macam tak sesuai jer"

"Lantak lah, bagi aku sesuai jer. Okaylah dari aku samakan dengan oing oing"

"Betul juga tu, memang anak yang baik kau ni"

"Well, baru tahu kah?" kata Diana dengan riaknya.

"Ooi ooi, nak dengar ke tak cerita aku ni?"

"Ha ceritalah"

Lalu Fatin pun ceritalah tentang kejadian dimana dia berjumpa dengan si Kumbangnya itu, Qaiser Rayyan dari A ke Z. Manakala Diana dan Amira pula tekun mendengarnya dengan kepala yang tersengguk-sengguk

30 Minutes Later~

"Haa gituw lah ceritanya?" Setelah berceloteh untuk masa yang lama, akhirnya habis juga sesi cerita dan soal jawab mereka.

"Ouhh gituw"

"Sweetnya korang, untunglah kau Atin" kata Amira

"Itulah dalam diam ubi berisi dia ni" tambah Diana pula.

"Kami doakan semoga jodoh korang berkekalan hingga ke Jannah, Aamiin"

"Aamiin" Amira dan Diana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk rakan mereka.

"Terima kasih korang. Tapi kalau aku nak beritahu dekat korang ni, korang percaya tak?"

"Beritahu apa?"

"Aku takutlah"

"Alah normallah Atin, nak ke next step, mestilah takut. Berubah status pula, dari single ke taken, taken pula bukan beshe-beshe. Bertunang babe." Kata Amira

"Itu lain, ni lain"

"Habistu?"

"Aku rasa aku tak boleh lah dengan si Rayyan tu, dia seolah-olah.. entahlah macam mana eh aku nak cakap. Ahh.. senang cerita dia seolah-olah lelaki yang psikolah, kadang-kadang possesive." Terang Fatin bersungguh-sungguh.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Nada Diana sudah bertukar serius dari yang tadi. Jikalau melibatkan keselamatan dan perasaan Fatin, dia harus bersikap serius.

"Sebab haritu, dia datang rumah aku time family aku buat majlis, then dia nampak aku rapat dengan seorang lelaki ni. Terus dia warning aku. sedangkan time tu kami tak ada hubungan apa-apa lagi, tapi dia dah warning aku macam-macam. Aku takutlah. Kalau aku kahwin nanti apa lagilah aku kena hadap nanti"

"Jenis possesive ahh ni"

"Ouh. Hmm, kalau macam tu, kau try kenal-kenal dulu dengan abang Rayyan. Macam contoh, korang nak bertunang kan, tempoh ni kau kenal-kenal lah dulu. Kalau tak okay, kau beritahu lah parents kau untuk batalkan terus. Tapi kalau okay, kau proceed jelah. Tapi yang penting kau kena sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah. Kerana hanya padaNya saja kita memohon keampunan dan petunjuk. Jangan lupa juga, always buat solat istikharah, hajat. And if anything happens just beritahu kitorang and your parents okay? We'll always behind you" terang Diana panjang lebar.

" Betul tu, aku dengan yang lain sentiasa dibelakang kau Atin, don't need to worry, just go through it and be happy okay? Everything's gonna be alright. Fighting" Amira memberi kata-kata semangat kepada Fatin.

"Hm baiklah thank you guys, korang memang yang terbaik. I love you guys~~"

"Auww we love you too baby"

"Love you more babe"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Bye bye korang, aku letak dululah. Telefon aku ni battery nak habis dah" kata Fatin

"Ha okay, aku pun... bye bye. Nanti kita sambung lain" kata Diana

" Okay baik, bye guys, good night, sweet dreams" kata Amira

" Good Night sweet dreams"

Akhirnya tamatlah segala perbualan mereka setelah tiga jam bervideo call. Maklumlah perempuan kan, sekali call memang berjam-jamlah. Buka cerita ni, then sambung cerita lain. Gosip ni tak akan habis punyalah. Kalau boleh sampai battery telefon habis. Sebelum sempat Fatin menuju ke meja belajarnya untuk mengecas Telefon, tiba-tiba ada satu noti mesej masuk.

'baby esok kita keluar okay' - Encik Rayyan

Apa yang dia nak ni sebenarnya

'tak boleh ibu & abah tak bagi. Buat apa kita nak keluar?'

'ibu & abah bagilah. Hubby dah minta kebenaran dah tadi. Kita nak pergi tengok barang-barang tunanglah baby. Alang-alang, nak pergi test baju tunang and nikah terus' balas Rayyan.

'awalnya'

'awal apanya baby, kita punya majlis hujung minggu ni tau' balas Rayyan dengan ketawa kecilnya.

'hm okay baiklah, pukul berapa?'

'pukul 10 pagi, nanti hubby datang okay.'

'okay baik, bye'

'bye baby, good night, assalamualaikum, i love you baby'

Fatin terus menutup datanya setelah menerima mesej terakhir dari Rayyan. Manakala salam tersebut hanya dijawab didalam hati. Jantungnya kini usah dikata, memang berdetak hebat

"I love you? Hm astaghfirullahala'azim Atin" Fatin menggeleng kepala kekiri dan kekanan dan terus mengecas telefonnya

10 a.m.

'Pin Pin Pin'

"Kakak, tu abang Rayyan dah sampai" kata Datin Linda kepada anak tunggalnya.

"Baik ibu, bye ibu, abah, assalamualaikum" Fatin terus menyalam tangan ibu dan ayahnya, dan terus menuju kearah kereta Audi R8 milik Rayyan

Rayyan yang melihat bidadarinya datang terus keluar dari kereta untuk membuka pintu untuk si bidadarinya itu.

"Masuklah baby" kata Rayyan sambil melindung kepala Fatin dari terkena bumbung kereta.

"Ray jaga anak kitorang elok-elok okay" pesan Dato Ilham terhadap Qaiser Rayyan

" Baik abang Am, kitorang pergi dululah akak, abang" kata Rayyan

"Baik"

Semasa didalam kereta Fatin bertembung dengan seorang gadis yang kini duduk di bahagian belakang dan juga sedang bertentang mata dengannya. Dia dengan kekok menunjukkan senyuman manisnya. Lalu si gadis tersebut juga membalas senyumannya itu dengan riang. Disaat Rayyan masuk kedalam kereta, dia memandang Rayyan untuk memberikan penjelasan kepadanya.

"Ouh honey, kenalkan bakal isteri abang" kata Rayyan dengan senyuman manisnya.

"Honey?" Tanya Fatin. 'tak kanlah ni scandal dia?' dia memandang pelik kearah Rayyan dan si gadis tersebut.


















Good Night readers, sweet dreams❤️

Sorry for the late update, klau ada salah & silap please mention me okay. Sorry if this story makin membosankan😭

And for those yg smbut Chinese new year, I want to wish Happy Chinese new year❤️❤️

Update: 31/1/2022 ( 8:56 p.m. )

50 votes for unlock next chapter MUAHAHAHAHAH

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro