Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 22

It's like love when we touch~~
Yeah, you got me out of my mind~~
More than half of the time ~~
I dive in for the rush~~
You know what I want and that's that~~
I'm not taking it back~~









"Wei! Kau tak cakap pun yang Abang Rayyan dengan kau ada something" kata Amira sambil mencucuk bahu kanan Fatin dengan lembut.

"Itulah, dalam diam kau kan"

"Eh taklah, kitorang memang tak ada apa-apa hubungan"

"Habistu kenapa cara dia layan kau macam ada something special jer, tadi pun dia panggil kau baby siap kenyit mata lagi. Huh.. kus semangat aku tengok" kata Amira

"Seriuslah korang, aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan lah. Aku cuma hormat dia sebagai kawan ayah aku ja. Tak lebih dari itu pun." Fatin dengan berusaha menegakkan benang yang sudah basah.

"Yalah tu" Diana mencebik.

"Betullah! Aku dengan dia--" tanpa sempat Fatin menghabiskan ayatnya, Rayyan yang baru habis mengangkut barang ke kereta datang mencelah.

"Akan bertunang hujung minggu ni. Korang datanglah, bawa lagi sorang kawan korang tu. Nama Farhan kan? Tolong beritahu dia sekali, okay?"

"Hah?! Bertunang?!" Terjerit Amira & Diana apabila dia mendengarnya. Fatin yang mendengar kawan-kawannya menjerit terus menekup mulut mereka. Orang awam yang berada disekelilingnya turut melihat kearah mereka.

"Korang ni perlahanlah sikit!"

"Macam ni kau cakap kau tak ada apa-apa hubungan" kata Diana seakan berjauh hati.

"Itulah, sampai hati kau rahsiakan dari kitorang"

"Macam mana aku nak beritahu korang, sedangkan aku sendiri pun terkejut" Fatin mengeluh perlahan.

Rayyan yang melihat 'tunangnya' seakan didalam dunianya sendiri terus menberitahu mereka.

"Sebenarnya Abang yang nak buat surprise dekat Fatin, Fatin tak tahu yang abang betul-betul nak kahwin dengan dia. Memang sebelum ini abang dah minta izin dekat parents Fatin masa Fatin ada dalam asrama lagi. Abang cuma tunggu masa yang sesuai sahaja untuk mengikat Fatin dengan cara yang sah. Abang tahu Fatin masih muda dan mahu kejar cita-cita, sebab itulah Abang sanggup tunggu. Dan, disebabkan korang tengah cuti semester, abang ingat nak tunang dengan Fatin dahulu. Supaya orang lain tahu, that she's actually mine." Terang Rayyan panjang lebar. Manakala 2 orang anak muda tersebut mendengar hujahan dari sang jejaka itu dengan perasaan yang terharu. Cuma satu orang sahaja yang risau tentang masa depannya.

"Ouh patutlah selama ni asyik tenung jer si Fatin ni" Amira mencuit bahu kanan Fatin

"Ouh okay, kami faham. Kalau macam tu, tak apalah, kami doakan yang baik-baik saja. Tahniah Atin, nanti kitorang datang majlis kau, okay?"

"Kitorang datang sehari awal dari majlis kau HAHAHAAH"

"Ta---p--pi"

"Baby ni terkejut sangat ni" Rayyan ketawa kecil melihat reaksi si 'tunangnya'

"Tak ada apalah Atin, kalau kami terkejut, apa lagi kau, kan?"

"Itulah, relax lah sistur"

"Ta--pi a--ku"

"Ahh tak apalah, kitorang gerak dulu. Korang hati-hati okay" Rayyan terus menarik tangan Fatin yang berlapikkan baju tu ke arah kereta Audi Birunya.

"Bye" kata Amira dan Diana serentak.

"Eh--kejap, korang!"

"Haih sweetnya aku tengok Fatin dengan Abang Rayyan tu. Untung Fatin"

"Kan, aku harap semuanya berjalan dengan lancar. Nampak macam Abang Rayyan tu boleh jaga dia dengan baik. Sanggup buat surprise lagi dekat dia. Nak pikat Atin pun minta izin mak ayah dia dulu, dahlah tu, terus kearah yang Halal. Kalau macam aku, aku lebih suka style Abang Rayyan. Terus ikat, be serious . Aku tak suka hubungan yang main-main. Couple then break, macam budak-budak zaman sekarang. Asyik couple jer memanjang. Then bila putus, meroyan macam orang gila. Macam tak ada kerja lain"

"Kan. Semoga kita dapat jodoh macam Abang Rayyan" Amira menyokong kata-kata Diana itu.

"Aamiin"

"Eh tapi kau bukan dah dapat ker jodoh?"

"Siapa jodoh aku?"

"Paan"

"Yalah kau!" Diana meluku kepala Amira dengan kuat.

"Sakitlah nyah!" Amira menggosok kepalanya yang baru diluku tadi.

"Tu balasan kau"

SITUASI RAYYAN DAN FATIN

"Eh kejap-kejap, stop- stop, lepaskan tangan saya! Kita nak kemana ni?!" Tanya Fatin sambil bergelut untuk melepaskan pergelangan tangannya.

"Balik rumahlah baby, kan tadi hubby dah beritahu"

"Bohong"

"Laa.. ibu & abah yang suruh hubby ambil baby" sebenarnya Rayyan yang memberitahu Dato Ilham dan Datin Linda bahawa dia mahu ambil Fatin untuk pulang kerumah. Sanggup dia batalkan semua mesyuarat pada waktu pagi supaya dapat berkhidmat untuk bakal tunangnya ini. Dato Ilham dan Datin Linda pula hanya bersetuju sahaja tanpa mengesyaki apa-apa muslihat. Mereka sangat percaya dengan bakal menantu mereka ini.

"Tak percaya" Fatin menggeleng kepalanya kekiri dan kekanan.

"Ya Allah, baby. Kejap" Rayyan mengeluarkan Iphone 14 untuk menelefon bakal mertuanya.

"Hello Assalamualaikum abang Am." Fatin yang mendengar namanya ayahnya terus memandang lunak kearah Rayyan.

"Nah, abah nak cakap"

"Assalamualaikum sayang, dah gerak kah?"

"Waalaikumussalam abah, belum. abah kakak nak tanya, Seriouslah kakak kena balik dengan dia ni?"

"Seriuslah, Abang Ray kan yang ambil kakak, mestilah balik dengan dia. Tak kan nak balik dengan bas pula"

"Tapi dia ni kan stranger, abah percaya ker dekat dia?" Fatin berbisik perlahan sambil mengerling kearah Rayyan.

"Not stranger sayang, bakal tunang kakak tu"

"Huh? Tapi kalau dia buat benda tak elok macam mana?"

"Tak adanya dia buat macam tu, abah dah kenal dia lama dah kakak."

Kalau Fatin memberitahu tentang peristiwa yang lalu, agak-agak ayahnya akan percaya tak?

" Tak apa, kakak jangan risau. Abang Ray baik orangnya. Kalau ada apa-apa yang berlaku, report jer dekat abah, okay?"

"Hm okay abah, love you"

"Love you too sayang, take care. Assalamualaikum"

"Okay, waalaikumussalam" sejurus menamatkan panggilan tersebut, Fatin terus memberi telefon itu kepada tuannya kembali

Rayyan datang dekat kearah Fatin sehingga tiada ruang antara mereka berdua. Fatin yang melihat keadaannya itu terus menolak Rayyan supaya ia menjauh sedikit.

"Ke--napa ni? Jauh sikit, encik"

"Jangan risau baby, hubby tak akan buat benda yang tak baik dekat baby sampai waktu yang sesuai" kata Rayyan dengan suara seraknya ditepi telinga Fatin. Fatin yang mendengarnya terus menutup mata, dia sangat takut sekarang ni. Tiba-tiba dia mendengar 'klik'.

"Masuklah baby" Rayyan menjauh dan mengisyaratkan Fatin untuk masuk kedalam kereta.

Fatin membuka matanya dan melihat pintu kereta terbuka dengan luas. 'pftt kus semangat, perlukah dia buat macam tu, dia tak tahukah jantung aku ni dah berdegup laju'

"Hubby tahulah sebab itu hubby buat macam tu" Rayyan bersuara tiba-tiba. Fatin memandang pelik kearahnya.

"I can read your face babygirl" Rayyan menunjukkan senyuman sinisnya

Muka Fatin berubah menjadi merah dan terus berlari masuk kedalam kereta, lagi bertambah merah apabila dia mendengar Rayyan berkata 'cute' kepadanya.

MANSION DATO ILHAM

"dah sampai dah" kata Rayyan

"Terima kasih encik" kata Fatin sambil mencabut tali pinggangnya

"Anything for you baby. Sampai bila nak panggil encik ni, baby?" Rayyan tahu akan jawapannya, tapi dia saja mahu mengusik sibakal tunangnya ini

"Sampai mati" Fatin terus keluar dari kereta tersebut dan mengeluarkan barang-barangnya untuk dibawa masuk kerumah

"My savage girl" Rayyan ketawa kecil melihat kenakalan babynya itu.

"Assalamualaikum kakak dah balik" kata Fatin sambil membuka pintu rumahnya. Barang-barangnya pula dipegang oleh Rayyan. Biarkan dekat orang tua tu, tadi gedik sangat nak bawa. Sekarang bawalah semuanya

"Waalaikumussalam yeayy anak ibu dah balik!" Kata Datin Linda sambil memeluk anaknya erat.

"Yeay!! Abah mana?"

"Sini sayang" Fatin terus memeluk dan menyalam tangan ayahnya.

"Eh Rayyan, kenapa pegang semua barang-barang tu. Letaklah dulu kat tepi. Jom masuk dulu." Rayyan tersenyum lalu menyalam tangan Dato Ilham

"Ray duduk lah dulu, akak nak pergi buat air"

"Kakak naik dululah, nak kemas barang" Fatin terus membawa barang-barang ke biliknya tanpa melihat kearah Rayyan.

"Eh, tak ucap terima kasih dekat Abang Rayyan?"

"Terima kasih" Fatin terus berlari kearah tangga tanpa sempat Rayyan membalasnya.

Rayyan tersenyum melihat karenahnya.

" Jadi, macam mana Ray?"

"Alhamdulillah smooth ja"

"Amboi.. smooth ja? Alhamdulillah HAHAHAHA" Mereka ketawa bersama.

"Abang Am, Ray nak cakap something ni?"

"Apa tu?"

"Ray bercadang, nak bertunang hujung minggu ni. Pasal baju, barang apa semua.. abang dan akak jangan risau. Semuanya Ray dah settle, cuma nak minta persetujuan abang & akak jer"

"Ouh, kalau macam tu.. abang dengan akak okay jer" tanpa disedari oleh mereka ada seseorang telah mendengar perbualan mereka.








Good Night guys, sweet dreams❤️✨have a nice day. Kalau ada salah & silap please mention me, okay✨

Btw HAPPY BIRTHDAY PRETTY ANGEL Arlunaxaria

Jemputlah komen & vote✨❤️

Update 30/1/2022 ( 8:55 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro