Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 21

'My heart, my soul just want you babygirl'







"Bakal tunang Fatin"

"En--cik Rayyan?"

"Yes it's me baby" kata Rayyan.

"Macam mana boleh dapat number Telefon saya?"

"I've my ways babygirl" Fatin menelan air liur kasar mendengar suara serak basah dari sang kumbang. 'damn so hot, control yourself'

"Kenapa call saya?"

"Aik, nak call bakal tunang sendiri pun tak boleh kah?"

"Bakal tunang jer pun, belum tunang lagi. Kahwin pun jauh lagi" Fatin mengumam perlahan, tapi apakan daya telinga Rayyan seperti telinga lintah. Dapat dengar dengan jelas segala butiran-butiran yang keluar dari mulut Fatin, malah ia dapat membuatkan hatinya panas membara seperti gunung berapi.

"What did you say baby? Can you say it again?" Kata Rayyan dalam menahan sabar. Babygirlnya ini suka sangat mencabar kesabaran dirinya.

"What?" Fatin berloyar buruk. Walaupun dia tahu Rayyan tengah menahan geram terhadapnya sekarang. Apa kisah dia, saja nak test. Nak tengok baran ke tak bakal shuben dia ni.

"Don't you dare to say it again. Or else I'll give punishment to you"

"Do I care?" Fatin mengumam perlahan.

"Baby tengah buat apa sekarang?"

"Baring" jawab Fatin dengan nada yang malas.

"Ouh, tak nak tanya abang ke?"

"Tanya apa?"

"Oh come on baby? Tanyalah something, buat apa? Makan apa?"

"Hm.. pakcik buat apa? Makan apa? Sihat kah? Kalau dah makan tidur lah, jangan tidur lewat, tak baik untuk kesihatan. Diorang cakap kalau tidur lewat nanti tak panjang umur. Tapi eh bagus jugalah kalau tak panjang umur, tenteram sikit hidup saya" kata Fatin dalam satu nafas

"Wow wow baby, panjangnya. Amboi!! Macam nak minta mati cepat jer"

"Sikit lah"

" What?! How dare you?! Ingat ni, even abang dah mati pun, abang tetap akan menghantui baby tau. Because you're the only one for me babygirl"

"Okay" Fatin yang mendengar ayat itu terus jantungnya berdegup kencang. Muka dia pula bertukar menjadi kemerahan.

"Ingat. I'll never let you go forever and ever we'll STUCK TOGETHER"

"Kenapa ayat macam dah nekad sangat ni?"

"Of course lah, lelaki kalau dah sayang dekat satu perempuan tu, hanya dia ja yang ada dalam hati lelaki tu tau"

"Wow ayat buaya"

"You didn't believe me babygirl?"

"50/50"

"Fine, than I'll prove it to you"

"Okay we'll see"

"Get ready my Brave girl"

"Hm"

"Eh, habis dah cakap?"

"Hm, nak tidur"

"Janganlah tidur lagi, temanlah abang"

"Tak nak"

"Aloo tapi at least dengar lah dulu cita-cita abang"

"Cita-cita apa?"

"Cita-cita abang untuk membina sebuah keluarga yang bahagia bersama baby dan 5 orang anak kita. Tak sabar nak bagi cita-cita tu tercapai" kata Rayyan dengan semangatnya. Dia sudah membayangkan sebuah keluarga yang bahagia dimana dia sedang bermain bersama anak-anaknya dilaman dan ditemani seorang isteri yang cantik dan baik.

"Jauhnya fikir"

"Kita kenalah fikir jauh-jauh, nanti taklah sesat"

"Yalah tu"

"Iyalah"

"Abang nak 5 orang anak tau" ulang Rayyan sekali lagi.

"Habis tu?"

"Abang nak anak tu dari rahim baby"

"What?!" Fatin disini sudah seperti cacing kepanasan.

"Ya lah, abangkan nak kahwin dengan baby, mestilah dari rahim baby. Tak kanlah dari rahim abang. Eh jap, laki ada rahim kah?"

"Eee pakcik ni, kenapa jauh sangat fikir ni?"

"Entahlah maybe malam jumaat"

"Ee pervertlah pakcik"

"HAHAHAHA only with you babygirl" Rayyan dapat membayangkan muka Fatin yang kemerahan kerana kata-katanya itu.

" Ee tak senonoh pakcik ni"

"HAHAHAHA, okay okay. Baby can you stop calling me pakcik? Rasa macam tua lah" kata Rayyan dengan nada yang sedih. Mulutnya usah dikata, sudah muncung seperti duck.

" Why? Pakcik memang tua kan?"

"Hell no!! Umur abang baru 29 tau, okay lah tu umur baby sekarang 20. Beza 9 tahun jer"

"Jauhnya"

"I don't care, in love tak ada perbezaan umur" kata Rayyan.

" Suka hati pakciklah"

"Baby call me Hubby, abang ker.. please"

"No"

"Why?"

"Haram"

"Apa yang haram?" Panggil nama manja ja pun, bukannya buat apa-apa pun.

"Kitalah, kita bukannya halal lagi. Haram tau"

"Okay fine, then bila nak panggil abang dengan panggilan manja?"

"Hm bila dah kahwin maybe?"

"Wow can't wait" tak sabar Rayyan menunggu hari tersebut. Mesti manis jer dengar dari mulut si bunganya ini.

"Can I ask you something?"

"Yes babygirl, anything. What it is?"

"Kenapa nak kahwin dengan saya?"

"Because I'm falling in love with you" kata Rayyan tanpa teragak-agak. Mungkin kedengaran agak cliché tapi baginya tidak. Dia betul-betul jatuh cinta dengan si bunga yang bernama Fatin Adeera. Walauapapun yang terjadi dia tetap mahukan Fatin. Dia tidak boleh berpisah dengan Fatin. Orang luar kalau dengar ayatnya ini mungkin akan mengatakan dia seperti obses, tetapi dia tidak kisah. Asalkan dia dapat bersama dengan Fatin hingga ke hujung hayat.. tak hingga ke jannah, kerana sampai mati dia tak akan lepaskan bidadarinya ini.

"It's true?"

"Of course baby, you didn't believe me right? It's okay I'll prove it to you"

"Dahlah pakcik, saya nak tidur dah"

"Eh nak tidur dah? nak ik---" tanpa sempat Rayyan menghabiskan kata-katanya, Fatin terus menutup panggilan tersebut.

'haih jantung pleaselah jangan laju sangat, stop it stop it' kata Fatin sambil menepuk dadanya untuk kembali normal. 'haih astaghfirullahala'azim ni belum tunang lagi. Macam mana aku nak hadap dia ni, aduh. Kuatkan imanku ya Allah'

Fatin terus menarik comforter sambil selawat dan membaca doa sebelum tidur. Dalam dia membaca doa, urat-urat mukanya juga kebas kerana dari tadi asyik senyum saja. Dia tak tahu kenapa. Bukan kehendak dia untuk senyum, tapi entah kenapa malam ni.. senyuman dia seperti tidak boleh nak hilang dari wajahnya itu.

Manakala disisi Rayyan ' haihh tak sabarnya nak kahwin. Sabar-sabar, tunang dulu Ray.. baru kahwin tau Ray hehehe haihh, kejap jer lagi' Rayyan yang diatas katil kingnya itu bergolek-golek kekiri dan kekanan.

Lalu dia berhenti ditengah-tengah katil dan melihat wallpaper telefonnya itu. Dia mengusap wallpapernya itu dengan ibu jari seperti sedang mengusap tuan punya badan itu.

'cant wait to hold you babygirl' kata Rayyan dalam senyuman lalu memberikan kucuman ringkas dan terus dirinya dibawa ke alam mimpi. Di screen telephonenya itu terdapat gambar Fatin yang sedang melihat pemandangan di ladang teh semasa mereka pergi ke Cameron Highlands dahulu.

CUTI SEMESTER

"Atin, siapa yang ambil kau sekejap lagi?" Tanya Diana kepada Fatin.

" Parents aku, kenapa? Kau nak tumpang sekali kah?"

"Taklah. Aku balik dengan parents aku juga. Diorang datang ambil."

"Ouhh korang balik pukul berapa?" Tanya Fatin kepada dua orang rakannya

"Kejap lagi kut sampai" kata Amira

"Aku pukul 12 nanti baru diorang sampai" kata Diana.

"Ouh okay"

"Kau balik pukul berapa?"

"Entahlah. Diorang cakap dah on the way, tapi batang hidung pun tak nampak ni" Fatin melihat kearah jamnya itu. Tadi sejam yang lalu, dia ada menanyakan tentang keberadaan kedua ibu bapanya itu. Tetapi kedua ibu bapanya itu beritahu bahawa mereka sudah bergerak ke Universitinya dan akan sampai tak lama lagi.

"Jalan Jem kut"

"Hm maybe, husnozon jelah"

"Eh Atin.. tu bukan ke Abang Rayyan, dia buat apa kat sini?" Amira mencuit bahu Fatin apabila melihat kelibat Rayyan yang sedang turun dari keretanya dan sedang menuju kearah mereka.

"Huh?" Fatin yang terkejut terus menoleh kearah Rayyan. Yalah siapa jer yang tak terkejut. Tiba-tiba sahaja ada jejaka handsome datang ke bawah blok asrama perempuan.

Qaiser Rayyan yang kini berjalan kearah mereka dengan berkaca hitam, berbaju kemeja merah gelap dan berseluar slack berwarna hitam serta dua butang dibiarkan terbuka sangat menarik perhatian orang awam yang berada disitu.

'baru balik dari office ker mamat ni' fikir Fatin

"Hai Fatin, semua barang dah siap kemas kah?"

"Dah"

"Jom" Rayyan menolongnya untuk mengangkat barang-barang tersebut

"Pergi mana?"

"Balik rumahlah baby" kata Rayyan sambil mengenyit mata kirinya. Diana dan Amira melopong melihat layanan Rayyan terhadap Fatin

"Damn Atin" kata Diana

"What a hottie hottie" kata Amira pula.

"Urgh Allahu" kata Fatin sambil menundukkan kepalanya.













Hye cuties readers! Nah pengubat rindu sebelum menghilang lagi HAHAHA

Kalau ada salah dan silap please mention me okay

Btw, let's support my friend, buku dia best ❤️ Quenemon

Jemput komen & vote. Jangan segan2 jangan malu2

Update: 20/1/2022 ( 3:06 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro