Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 18

'Pretty girl you're like peaches'







"Fatin, kau nak ikut kitorang pergi tasik tak nanti?" tanya Diana kepada kawannya yang sedang melipat baju itu. Biasalah hari minggu budak-budak asrama, basuh baju, lipat baju, buat assignment. Semuanya dilakukan sendiri. Duduk asrama kenalah berdikari.

"hm buat apa?" balas Fatin. Fatin seorang yang hanya terperap dalam bilik saja. Sungguh sukar nak ajak dia keluar bilik. Asyik duduk ja dalam bilik. Kalau keluar pun jikalau nak pergi kelas, beli makanan ataupun ada hal penting

"saja, lepak. Alang-alang boleh usya pemandangan indah."

"amboi, sejak bila kau pasang niat tak betul ni?" Dalam antara mereka bertiga, Diana saja yang tidak berminat dengan lelaki. Oleh itu, apabila Diana menyatakan hasratnya tersebut, mereka terkejut.

"entah, ni betulkah Diana kawan kami? Pulangkan balik Ana kami!" Kata Amira sambil menggoyangkan tubuh badan Diana dengan kuat.

"woi ni akulah nyah!"

"ahh bohong! Pergilah kau bambang tanah bambang angin! Kawan kami mana pernah minat dengan lelaki!"

Pukk!

"sakitlah setan!" kata Amira sambil menggosok kepalanya.

"ha puas hati aku! Ni akulah Diana.. aku saja ja cakap macam tu yang korang take serious sangat apa hal?!"

"eh bukan aku, Amira ni ja yang over. Dia kan drama queen." bela Fatin sambil menunding jarinya kepada Amira.

" taklah aku saja ja, nak main-main pun tak boleh. Hmmpp!" Amira mencebik bibirnya sambil menyilang tangannya.

"haihh yelah yelah. Kesian dia kena ketuk dengan penyangkut baju tadi. Tu lah buas lagi, kan dah kena" kata Diana sambil menggosok kepala rakannya itu.

"hmm"

"sorry"

" it's okay"

"sakit lagi tak"

"tak"

Fatin yang melihat perbuatan dua rakan karibnya itu hanya tersenyum nipis. Perbuatan mereka seperti adik-beradik, sungguh terharu rasanya. Kejap gaduh, kejap baik. Itulah rutin harian mereka. Walaupun mereka hanya rakan baik, tetapi perhubungan mereka sudah lebih daripada 'rakan'

"so macam mana? Kau nak pergi tak Atin?"

"hmm tengoklah dulu, in syaa Allah. Kalau aku rajin, aku pergi"

"hm jawapan cliché lagi" kata Amira

" kann.. tiap-tiap minggu aku dengar alasan yang sama. Jomlah lagi dua minggu lagi kita nak cuti sem. Lepasni dah tak boleh dah nak bersama, lepak-lepak macam ni. Kita hargailah masa yang ada." Pujuk Diana.

"eleh kau cakap macam kita tak akan jumpa, padahal selalu datang rumah aku"

"tu lain Atin, ni lain" kata Amira pula.

"hm okay fine, kita pergi. Tapi lepas asar okay. Lepas kita lepak-lepak kat tasik, kita pergi beli makanan terus kat café, nak?"

"yeay okay!! Cun!!" kata Amira dan Dania serentak.

"amboi, seronoknya"

"of courselah hahahhah"

Lalu mereka ketawa Bersama-sama

TASIK

"wei, cari kerusi. Nak duduk ni" Fatin melilaukan matanya kearah semua tempat untuk mencari bangku yang kosong.

"jom duduk kat situ. Situ Nampak macam tak ada orang." Diana menunjukkan kerusi yang tidak diduduki oleh sesiapa pun.

"jom" Amira menarik kedua tangan sahabatnya itu untuk mengikutinya.
Tasik yang mereka lewati ini hanya dekat sahaja dengan asrama mereka. Tasik ini juga terletak dalam Universiti tersebut. Terdapat ramai aktiviti yang boleh dilakukan seperti kayak, memancing ikan. Nak selfie pun boleh tambah-tambah lagi semasa matahari mahu terbenam, pemandangannya sungguh indah. Ditepi tasik pula terdapat padang bola sepak, bola keranjang, gelanggang tenis dan tempat yang baru dibina ialah gelanggang hoki. Disebabkan itu mesti ramai yang akan melepak ditasik ini pada waktu petang untuk berjoging, bermain, berlepak dan sebagainya.

"wei korang tengok tu" Amira memuncungkan mulutnya kearah padang bola sepak itu. Terdapat dua kumpulan yang sedang berlawan bola sepak.

"apa?" tanya Fatin manakala Diana pula hanya melihat sekilas sahaja dan sambung menangkap gambar pemandangan yang ada ditasik tersebut untuk dibuat kenangan.

"handsome kan?" Amira tersengih-sengih .

"tersengih-sengih macam kerang busuk. Aku lesing kang apa tak dapat. Cover lah sikit kau punya riak muka tu" Fatin menegur Amira yang tak tahu nak kawal eksperasi mukanya itu. Macam jumpa dengan idol sahaja reaksinya.

"entah Amira ni, baru tengok sekali dah handsome" kata Diana sambil menjeling kearah rakannya itu.

"eleh tadi kau juga yang cakap nak usya"

"aku cakap ja, yang buatnya kau"

"pfftt tahu lah dah ada pakwe, sebabtu kau tak berani buat kan"

"siapa pakwe aku?"

"Farhanlah, siapa lagi"

"hello! Excuse me, dia bukan pakwe aku okay!" kata Diana sambil menggoyangkan jari telunjuknya kiri dan kanan.

"habistu apa?" kata Amira dan Fatin serentak.

"dia tu-" tanpa sempat Diana menghabiskan ayatnya ada satu suara yang mencelah dibelakangnya.

"bakal suami sayangkan" kata Farhan dengan suara seraknya.

"woi bakal suamiku!" Diana melatah dengan kuat sehingga mampu menarik perhatian orang ramai.

"HAHAHHAHAHHA" ketiga-tiga orang tersebut gelak dengan kuat.

"tahulah tak sabar nak jadi official sayang tapi janganlah kuat sangat, nanti tak jadi kejutan pula" Farhan berkata setelah menghabiskan sisa ketawanya.

Sebenarnya tadi apabila mereka tengah bersembang, Fatin dan Amira Sudah Nampak kelibat Farhan yang ingin datang kepada mereka. Farhan pula memberi isyarat kepada mereka supaya jangan memberitahu kepada Diana kerana mahu mengusiknya. Fatin dan Amira pun hanya mengikut sahaja rentak permainan si Farhan.

"eee bencilah aku dengan kau ni!" Diana menarik rambut Farhan dengan kuat.

"woi sakitlah! Lepaskan rambut aku ni, gugur nanti tak kacaklah aku"

" biar! Biar sampai gugur pastu botak"

" Amira! Atin! tolong aku!" Amira tidak habis-habis ketawa. Maklumlah dia ni cepat mudah terhibur. Jadi untuk menenangkan suasana yang agak membingitkan itu, Fatinlah yang bangun dan meleraikan pergaduhan antara dua orang anak syurga itu.

"woii woii stop stop! Orang tengok ni!"

"aku tak akan stop Tarik rambut dia selagi dia tak minta maaf dekat aku"

"paan say sorry now!"

"what? Me?"

"yes!" kata Fatin sambil mencekak pinggang seperti mak-mak memarahi anak-anaknya bergaduh.

"cepatlah kalau tak aku biar kau botak HAHHAHAHAHAHA" Diana mula ketawa jahat.

"damn you! Fine, I'm sorry"

"what? Tak dengar" Diana Tarik rambut Farhan dengan lebih kuat.

" ahhh sakit tak guna! AKU MINTA MAAFLAH SAYANG"

Diana yang mendengar permohonan maaf itu terus melepaskan rambutnya itu. Tapi setelah itu, dia menyepak pula kaki Farhan

"what the hell?"

" tu sebab kau panggil aku sayang"

"nak panggil pun tak boleh, garang bebenor. Geget kang apa tak dapat" hujung ayat tersebut Farhan hanya mengumamnya perlahan. Tak naklah nak bagi si bidadarinya ini dengar, kalau tak boleh lumpuh dia nanti dibuatnya. Haihh, macam manalah nak kahwin nanti. Nasib kaulah Farhan, jatuh cinta dekat minah singa.

Fatin yang melihat keadaan Farhan itu terus berkata kepada Diana "Ana, kau pun minta maaf juga, tak patut buat macam tu"

"biarkan, baru padan muka"

"ana" kata Fatin dengan nada meleret.

Diana merengus "hmm fine, aku minta maaf"

Farhan yang mendengar suara Diana yang memohon maaf itu terus memberhentikan perbuatannya yang tadi menggosok kaki yang telah disepak oleh Diana tadi.

"it's okay sugar pie" Farhan berkata dengan nada lembut serta menunjukkan senyuman yang paling manis yang dapat membuatkan hati Diana tergoyah sedikit.

Ketika mereka sedang melepak Bersama, tiba-tiba sahaja mereka terdengar

"heyy jaga-jaga!"

"Atin! Ketepi!"

"Fatin!"










Is your name is a wi-fi?
Cause I feel connection between us

Hey my readers HAPPY NEW YEAR.. long time no see, sorry lama tak update. Busy sikit. Mianhae
Macam mana? Okay tak this chapter, kalau ada salah dan silap tolong mention saya, okay?

Update: 7/1/2022 (8:16 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro