Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 15

Ever since I met you I cannot forget you




"Lepaskan mm-mm" Fatin meronta kuat untuk melepaskan dirinya.

"Diam Baby" Rayyan memeluk kemas Fatin untuk mengelakkan bidadarinya terlepas.

Fatin yang mula hilang sabar  menggigit tangan Rayyan dengan kuat sehingga Rayyan melepaskannya lalu terus melarikan diri dari kawasan itu. Tetapi sebelum sempat dia pergi lebih jauh, Rayyan dapat menangkapnya sekali lagi.

"Tunggu sekejap sayang, nak pergi mana ni? Ni abanglah, Fatin." Rayyan mencengkam kemas tangan Fatin dan cuba untuk menenangkan Fatin.

"Apa yang encik nak? Tolong lepaskan saya, encik tak boleh buat saya macam ni" Fatin merayu kepada Rayyan sambil cuba untuk melepaskan dirinya dari cengkaman Rayyan.

"Okay okay abang akan lepaskan Fatin, tapi jangan lari dari abang. Okay, baby?" Fatin hanya mengangguk sahaja. Rayyan perlahan-lahan lepaskan tangan Fatin.

"Apa yang encik nak?" Fatin bertanyakan kepada Rayyan sekali lagi.

"Nothing, just want to see you.. rindu.." Rayyan menunjukkan senyuman manisnya.

"Huh? Hm, kalau tak ada apa-apa saya nak pergi dulu."

"Eh, kejaplah abang tak habis cakap lagi.."

"Apa encik?"

"Janganlah panggil encik, kan abang dah pesan"

"Ouh hm, okay"

"Fatin dah makan? Kalau belum, jomlah ikut abang pergi makan"

"Eh tapi tadi bukan diorang cakap ada sediakan makanan ker? Tak makan lagi kah?"

"Tak sedap" Rayyan menunjukkan wajah comelnya. Fatin yang melihatnya terus saja pipinya jadi merah 'cutelah pula, lemah pula aku kat sini'.

"Jomlah teman abang makan"

"Maaf, saya dah janji dengan kawan-kawan saya, nak makan dengan diorang"

"Alah" Rayyan memuncungkan bibirnya dan memusingkan badannya kekiri dan kekanan seperti budak-budak yang memujuk ibu bapanya untuk membelikannya makanan.

"Ehem saya minta maaf banyak-banyak.. nanti-nanti jelah.. saya pergi dulu.. lagipun tak elok lelaki dan perempuan berdua-duaan dekat tempat macam ni, tak elok" tanpa sempat Rayyan membalas, Fatin terus meninggalkannya sendirian. 'haih ya Allah kuatkan lah imanku ini ya Allah.. jangan mudah kalah dengan godaan syaitan'

Rayyan mendengus 'haish terlepas lagi, just wait baby, lepasni, kita akan bersama setiap kali breakfast, lunch, dinner..'

DI CAFE

"Manalah diorang ni, jangan tinggalkan aku sorang dahlah" Fatin mencari kelibat kedua-dua rakannya itu.

"Fatin Fatin!" Fatin yang mendengar namanya dipanggil terus mengalihkan kepalanya kearah gerangan tersebut.

"Haa sampai pun, ingatkan tak tahu jalan nak pergi cafe lepas pergi  tandas tadi. Kalau lambat lagi 2 minit, kami ingat nak bagi waze dekat kau" kata Diana.

"Amboi kau, padu nampak" Fatin mencebik

"Well Diana kan"

"Eh Paan, kau pun ada sini?"

"Haahlah, habistu siapa? Hantu?"

"Haah hantu, perangai pun macam hantu.. eloklah kau jadi hantu"

"Ahh mana boleh nanti Diana nak kahwin dengan siapa?" Farhan menanyangkan muka sedihnya kepada Diana.

"Uuu ulat bulu naik daun" kata Fatin.

"Siapa nak kahwin dengan kau buaya?"

"Kaulah" kata Fatin, Amira dan Farhan serentak.

"Tak guna korang ni, jangan tanya kenapa nanti mangkuk ni ada dekat atas kepala korang" Diana mula mengacah-acah mahu membaling mangkuk itu kepada rakan-rakannya.

"Wooo relax-relax, benda boleh bawa bincang" Amira cepat-cepat mengambil mangkuk-mangkuk itu menjauhi Diana.

"Kan.. sabar kakak"

"Sabar sayang, sayang nak cendol tak? Nak bagi sejukkan badan" kata Farhan. 'pap!'

"Haa kan dah kena!" Diana membaling sudu kearah Farhan.

"Sakitlah bengong" Farhan menggosok-gosok dahinya. Sudu itu kena tepat pada dahinya yang putih mulus itu.

"HAHAHHAHAHA" Amira dan Fatin ketawa.

"Tulah kau, kan dah kena" Fatin berkata selepas menghabiskan sisa ketawanya.

"Merah duh dahi kau" Amira menunjukkan kesan merah pada dahi Farhan.

"Tulah, kau ni Diana.. baling kuat sangat"

"Biarkan" Diana menjeling kearah Farhan.

"Meh sini, aku tengok" Fatin bergerak merapati Farhan untuk memeriksa kesan merah pada dahi Farhan.

"Alah tak apa, sikit ja" kata Farhan.

"Ni kau okay ker?"

"Okay jer, kalau Diana yang buat aku okay jer.. Sebab Ana kan kebahagian Aan" Farhan tersenyum sumbing.

"Woo pickup line duh"

"HAHAHHAHAHA fuyooo, tak habis-habis"

"Ni macam tak cukup ni" Diana bangun mahu datang ke tempat Farhan.

"Meh sayang meh, datang kat abang" Farhan mendepakan tangannya.

"Ee kau tunggu"

"Eh wei jangan buat hal, public ni" Fatin menghalang Diana mendekati Farhan. "Kau ni Paan, janganlah naik minyak" Fatin mengetuk kepala Farhan dengan sudu.

"Aduh kau ni pun, ingatkan nak back up aku.. rupanya kau ketuk kepala aku pula" Farhan menggosok-gosok kepalanya

"HAHAHAHHA padan muka" Amira ketawa.

"Padan muka kau" Diana menjelir lidah kepada Farhan.

"Eee jelir lah lidah kat suami, potong kang" Farhan mengumam perlahan.

"Apa kau cakap?!"

"Tak ada apalah" Farhan merengus. 'garang betul isteri aku ni'

"Dahlah jom makan, aku lapar" kata Fatin

"Jomm" Amira memulakan dengan bacaan bismillah dan terus melahap makanannya.

"Amboi sampai Comot" Fatin memberikan tisu kepada Amira untuk mengelap kesan kotor ditepi bibirnya itu.

"Hehehehe lapor"

Manakala disatu sudut, ada seseorang memerhatikan mereka. Mukanya merah menahan marah sehingga menimbulkan urat-urat hijau disekeliling lehernya. Hatinya lagi bertambah sakit dan marah apabila melihat bidadarinya memeriksa dahi kawan lelakinya dengan jarak yang dekat. 'dengan aku, kau punya nak jauhkan diri. Bila aku dekat, kau lari. Kalau dengan jantan lain boleh pula kau mendekat'. Tanpa menunggu lama dia terus berjalan mendekati sang bidadarinya. "Ehem"















Hye my readers, i just want to say thank you yang mana sudi baca this story.  Sorry kalau makin lama makin mengarut😭sorry sbb this chapter agak pendek.😭kalau ada typo or ada salah apa2, sila mention saya ☺️

Btw tlg support my friend juga for her book justmiraemily

Thank you again guys, good night, sweet dreams.❤️Yg mana exam tu good luck, do yr best❤️

Update: 12:07 a.m. (30/11/2021)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro