BAB 14
I love you for infinity
DEWAN KULIAH
"Baik semua seperti yang sedia maklum hari ini kita akan mengadakan taklimat tentang keusahawanan, oleh itu semua pelajar diminta untuk memberikan perhatian yang sepenuhnya dan silent kan telefon anda semasa taklimat ini berlangsung" kata Pengerusi tersebut.
"Aduhh macam tahu-tahu jer aku nak main fon time dengar taklimat" Amira merungut perlahan.
"Alah apa susah, kau silent fon then main jelah senyap-senyap.. macamlah tak pernah buat" kata Fatin.
"Entah dia ni, bab-bab ni kita dah pro dari azali kan" Diana pula menyokong.
"Siapa yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya dalam taklimat ini akan dikenakan denda". Semua pelajar mengeluh apabila mendengar amaran tersebut.
"Kau agak-agak kan, siapalah yang akan beri taklimat tu?" Amira bertanya dengan nada sangat perlahan kepada Fatin memandangkan satu Dewan Kuliah telah menjadi senyap sunyi.
"Entah, aku tak nak ambik tahu". Fatin menjawab dan terus mengeluarkan earphonenya dari poket dan terus memakainya.
"Psst Diana" Amira memanggil Diana yang tersenggok-senggok.. 'sakan minah ni, tak mula lagi majlis dah tidur'
"Apa?!" Jawab Diana dengan malas.
"Beraninya kau tidur"
"Alahh relax ah, kita duduk belakang kut. Bukannya diorang nampak pun.. lagipun aku dah cover line baik punya, tapi nanti kalau tak jadi, korang cover jugalah aku"
"Pfft bertuah punya minah tomboi" Fatin mencubit pipi Diana
"Sakitlah Atin" Diana merengek perlahan
"Padan muka kau HAHAHAHA" Amira ketawa. Fatin dan Diana yang melihat Amira ketawa terus saja mereka menutup mulutnya itu. Perempuan ni kalau ketawa boleh dengar satu dunia
"Diamlah bengong, nanti semua pandang sini" Fatin menarik pipi Amira dengan kuat.
"Auchh sakit-sakit, sorrylah terlepas" Amira mengaduh perlahan.
"Dipersilakan Encik Muhammad Qaiser Rayyan iaitu CEO of MQR COMPANY untuk memberikan taklimat" semua bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepada Rayyan.
Ketika Rayyan masuk kedalam Dewan tersebut, mereka dapat merasai aura ketegasan yang sangat kuat. Dengan muka yang garang tidak menunjukkan sebarang senyuman dan penampilannya yang sangat kemas, berkot hitam, dan berkemeja putih, serta tie hitam. Boleh dikatakan tiada cacat cela dalam penampilannya itu.
Rayyan masuk kedalam Dewan tersebut dengan gahnya. Setelah sampai ditengah - tengah pentas, dia memerhati keadaan sekeliling dan akhirnya dumm. Dia tersenyum sinis ketika berjumpa dengan sang bidadarinya yang kini juga melihatnya dengan wajah yang terkejut. 'I found you babygirl'
"Semua diminta untuk duduk" kata pengerusi majlis tersebut.
Fatin yang mendengar nama Rayyan terus tergamam, dia tidak menyangka Rayyanlah yang akan memberikan taklimat tentang keusahawanan di Universitinya. Ketika matanya bertembung dengan Rayyan, dia dapat melihat Rayyan tersenyum sinis kepadanya, dia tidak pasti kenapa tetapi tingkah laku Rayyan itu membuatkan dia meremang bulu roma.
'aduhh kenapa dia yang bagi taklimat' Fatin mengeluh perlahan.
Sepanjang taklimat berlangsung, Fatin rasa tidak senang duduk. Dia hanya menunduk dan mendengar lagu kerana setiap kali dia mendongak ingin memandang ke hadapan, matanya secara automatik akan bertembung dengan Rayyan. Seolah-olah Rayyan hanya melihat kearahnya saja. 'aduh janganlah tengok sini, tengoklah tempat lain sama, tak tenang duh, jangan kantoi sudahlah yang aku ni tak fokus'.
Fatin menoleh kiri dan kanan untuk melihat kawan-kawannya iaitu Amira dan Diana. Amira seperti didalam dunianya sendiri, kejap-kejap conteng kertas, kejap-kejap mengelamun, kejap-kejap menguap, kejap-kejap ambil tangannya dan lukis-lukis di atas tangannya 'haihh parah dah ni, kesian'. Manakala Diana pula seperti biasa sudah ke alam ayah pin, tangan memegang pen tetapi kepala tu dah landing elok atas meja. 'mantap kawanku, kalau kau kena nanti aku tak nak cover hehehehe' Fatin mengekek perlahan.
Tiba-tiba Fatin mendengar suara garang didepan sana "Anyone want to ask something?!"
"No"
"Okay, baiklah. Memandangkan lama saya bercakap kat depan ini, saya nak panggil seseorang" semua pelajar berasa gerun dan mula menundukkan kepala
'ahh sudah, mampus. Jangan panggil aku, ya Allah, engkau lindungilah hambamu ini ya Allah, lenyapkan aku untuk seketika' Fatin sedaya upaya menundukkan kepalanya dan berdoa untuk mengelakkan dirinya dipanggil. Sesungguhnya bahagian ini yang paling dia tidak suka setiap kali datang dengar taklimat atau kuliah kerana diakhir majlis itu pasti akan ada sesi soal jawab.
"Yang kat belakang tu, pakai tudung warna biru, baju biru, yang sedang tunduk tu" Rayyan menunjukkan kearah pelajar tersebut. Semua pelajar menoleh ke belakang dan mencari gerangan tersebut. Fatin yang gelabah terus menoleh kebelakang juga, padahal dekat belakangnya tiada sesiapa pun. 'eh asal aku tengok belakang juga' Fatin memandang ke hadapan semula dan terkejut kerana semua sedang memandangnya 'eh aku kah?' Fatin meneliti pakaiannya itu. 'damn'.
"Yes, that's you girl" Rayyan tersenyum melihat gelagat babygirlnya itu.
Fatin berdiri setelah dirinya dipanggil. Dia melihat Amira dan Diana. 'good luck' Amira berkata... Manakala Diana pula 'tahniah kawanku'
"Ya saya" Fatin menjawab dengan perlahan. Lagu yang didengarinya itu juga sempat diperlahankan. Kejap lagi kalau kantoi mau menangis tak berlagu.
Rayyan yang mendengar suara Fatin itu terus cair 'haih baby comelnya suara'
"Kamu faham tak apa yang saya sampaikan sebentar tadi?" Rayyan bertanya dalam nada yang sangat lembut yang boleh mencairkan wanita-wanita diluar sana. Seluruh Dewan terkejut mendengar nada suara tersebut. Mereka tidak menyangka Rayyan yang garang itu mempunyai suara yang lembut.
"Faham Tuan" Fatin menjawab dengan yakin.
"Okay baiklah, kalau macam tu saya nak tanya satu soalan, awak ni single or taken?"
"Huh?" Fatin tergamam mendengar soalan tersebut.
"Hahaahaha relax.. saya saja jer nak main-main, kenapa korang serius sangat" Rayyan ketawa perlahan. Semua pelajar didalam kelas itu turut ketawa.
"Ouh hahahaha" Fatin turut ketawa dengan kekoknya. 'Dia ni kadang-kadang bergurau pun tak kena tempatlah'
"Okay-okay serius questions, perniagaan kita perlu didaftarkan dekat mana?"
"SSM" Fatin menjawab dengan yakin. 'eleh senang kacang jer'
"Yess betul" Rayyan menepuk tangan dengan kuat lalu seluruh Dewan juga menepuk tangan.
"Bagus, nampaknya kamu beri tumpuan yang baik dalam taklimat ini." Fatin hanya memberikan senyuman kekok dan terus duduk setelah dia menjawab soalan tersebut.
Setelah itu dia nampak Rayyan seolah-olah berkata sesuatu tetapi tidak mengeluarkan suaranya 'good job babygirl'. Fatin yang melihatnya terus rasa tidak sedap hati.
"Baiklah Mari kita sambung semula."
SETELAH TAKLIMAT ITU BERAKHIR
"Baiklah dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Rayyan kerana sudi menyampaikan taklimat ini untuk kami semua. Sebelum Encik berangkat pulang kami ada menyediakan makanan istimewa untuk Encik Rayyan." Rayyan hanya mengangguk dan tersenyum nipis kearah pengerusi tersebut dan lalu berjalan kearah pintu keluar. Sempat dia mengerling kearah Fatin.
'huh keluar pun, semput diri ini'
" Semua pelajar diminta untuk mengemaskan barang dan mengutip sampah sebelum meninggalkan tempat masing-masing. Sekian, terima kasih" selepas itu ramai pelajar yang berpusu-pusu ke arah pintu keluar.
"Wei korang, aku nak pergi tandas jap" Fatin memberitahu kedua-dua rakannya.
"Okay, nak kami temankan tak?" Diana bertanya kepada Fatin.
"Tak payahlah, kau bawa beg aku jer, lepasni korang nak pergi cafe kan?"
"Haah"
"Kalau aku lambat, korang tolong belikan makanan untuk aku tau"
"Kau nak makan apa?" Amira bertanya.
"Apa-apa jer, asalkan makanan"
"Okaylah kalau macam tu aku beli rumput untuk kau"
Fatin menyiku kepala Amira, "kalau yang tu, baik tak payah beli. Free jer, tepi jalan berlambak."
Amira mengekek ketawa dalam kesakitan.
"Dahlah aku nak pergi tandas, tak tahan dah ni. Jumpa kat cafe nanti."
"Okay jumpa kat sana"
"Okay" mereka terus berpisah. Diana dan Amira menuju ke cafe untuk membeli makanan. Manakala Fatin pula berlari terkedek-kedek ke tandas.
Ketika Amira dan Diana berjalan ke cafe, mereka terserempak dengan Farhan.
"Bala dah sampai" Diana berkata dengan sangat kuat.
"Bala ni juga yang akan jaga kau suatu hari nanti" Farhan membela dirinya.
"Entah kau ni, jangan benci lama-lama, nanti sayang HAAHAHAHHA" Amira menyokong kata-kata Farhan.
"Ha eloklah sekarang dah ada dua bala" Diana mendengus kasar. Amira dan Farhan pula semakin seronok ketawakan Diana. Mukanya habis merah menandakan dia tengah menahan sabar.
"Relax-relax jangan marah, nanti cepat tua" Amira menenangkan Diana. Kalau tak tenangkan nanti habis kepala dia benjol kena pukul.
"Relax sayang, nanti anak-anak kita pun jadi garang macam sayang" Mendayu saja suara Farhan menenangkan Diana. Diana yang mendengarnya terus saja menghempuk kepala Farhan dengan kuat.
"Ha!! Ambik kau! Sayang kepala lutut kau!"
"Aduh woi sakitlah"
Amira yang melihat Diana sudah membuka gelanggang WWE ditengah-tengah cafe itu terus menghentikannya. "Woi woi sudah, sudah, ana tak mahu lihat lagi, sudah woi orang tengok duh. Ya Allah, malulah" Amira menunduk meminta maaf dan tersenyum kekok kepada pelajar yang berlalu lalang disitu. "Maaf-maaf biasalah beruk-beruk baru terlepas kandang, otak tak ada oksigen tadi, hehehehhe"
"Beruk kau panggil kitorang" Farhan dan Diana berkata serentak.
"Eh taklah, dah dah jom cari tempat duduk" Amira berlari kearah tempat duduk yang kosong. Baik dia lari sebelum gelanggang dibuka semula. Kalau tadi 1-1, kalini maybe 2-1. Maklumlah single vs couple to be.
"Eh mana Fatin?" Farhan yang baru sedar ketiadaan Fatin terus bertanya kepada mereka berdua
"Pergi tandas" Amira menjawab
"Oouh"
TANDAS
Setelah Fatin menunaikan hajatnya itu, dia terus berjalan keluar dan ingin menuju ke cafe. Semasa dia berjalan seorang diri, tiba-tiba sahaja lengannya ditarik dengan sangat kuat dan ada satu tangan yang mencekup mulutnya itu "shuushh baby, don't make a noise" Fatin kenal suara itu.. dia ingin menjerit meminta tolong tapi apakan daya lorong itu sangat sunyi dan jarang orang berlalu lalang disitu..
Hye my readers, long time no see.. sorry for the late update😭for those yang masih setia menunggu story ni dan membaca story ni saya nak ucapkan terima kasih sngt2✨✨tanpa anda siapalah saya 😭😂
Siapa yg skolah tu slmt bersekolah, siapa yg berkerja tu slmt berkerja. siapa yg cuti tu nikmatilah cuti anda sbaik mungkin kerana lpsni tak bleh dh😭😂.
Have a nice day smua✨take care❤️
Maaf jikalau ada salah tatabahasa dan jikalau ada typo, sila mention saya ☺️
Terima kasih bnyak2✨❤️💙
I'm just ordinary person and I'm not professional. So i want to say sorry for everything
Update: 28/11/2021 ( 4:12 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro