Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 11

REMEMBER MY NAME




"Ehem, I'm sorry, saya tak sengaja.." Fatin memohon maaf kepada individu tersebut..

"It's okay Fatin" si dia bersuara.

Fatin memandangnya pelik.. "kenal saya?", "Of course saya kenal awak, dah lama saya perhatikan awak" si dia tersenyum manis..

Fatin mula berasa takut... 'Dia' yang mendapati perubahan pada riak wajah Fatin terus menjelaskannya... "Eh tak, saya ni actually kawan sekelas awak, awak tak cam saya kah? Ni saya lah Farhan Khairi" Farhan menunjukkan senyuman manisnya kepada Fatin..

"Ouhh Farhan, Allah.. maaf sangat-sangat saya tak cam awak.." Fatin berasa bersalah kerana tidak dapat mengecam kawan sekelasnya sendiri.. yelah ramai kut, 40 orang satu kelas tu.. mana nak ingat muka masing-masing, tambahan pula baru jer kenal.. mesti ambil masa juga nak kenal-kenal.

"Tak apa, saya faham hehehehehe"

"Sorry again ya, heheehhe"

"Woi Fatin! Apasal lama sangat ni beli makanan?" Diana menyampuk perbualan mereka.

'gangsternya minah ni'
Farhan melihat kearah Diana.

Diana yang merasakan dirinya diperhatikan terus saja mengalihkan pandangannya kearah Farhan dan memberi jelingan padu kepadanya.

'gulp, tak padan dengan kecil, ada hati nak jeling dekat aku' Farhan mencebik tidak puas hati..

"Eh hehehehe sorrylah, biasalah.. perempuankan" Fatin menunjukkan muka tidak bersalahnya..

"Dah jom!" Diana menarik kasar lengan Fatin.

"Eh jap, Farhan, awak nak makan sekali dengan kitorang tak?"

"Eh nak nak, jom jom lagipun meja macam dah nak kosong"

"DAH.NAK.KOSONG. bukannya DAH.KOSONG." Diana menjawab.

"Wei kau pahal" Fatin menyinggung lengan Diana perlahan.

"Hiraukan dia ni Farhan, dia ni memang macam ni, anti sikit"

"Eh tak apa, saya tengok perangai dia dari dulu lagi memang macam ni.. nasib comel haih.."

"Apa kau cakap?!" Diana mara kearah Farhan dengan senggenggam penumbuk..

"eh sudahlah malulah orang tengok" Fatin memberhentikan tindakan Diana sebelum Diana sempat untuk bertindak.. Farhan yang melihat Fatin membelanya terus menjelirkan lidah kepada Diana..

"Fatin!! Tengok tu, dia jelir lidah dekat aku.. tak guna punya jantan!" Diana yang melihat Farhan menjelir lidah kepadanya terus saja ingin rasa 'meletup'.

"Ish Farhan ni sudahlah.. dahlah korang, gaduh-gaduhlah aku nak pergi makan" Fatin berjalan lalu meninggalkan mereka berdua di tengah-tengah jalan tersebut.

"Eh eh Atin, tunggu aku, jangan tinggalkan aku dengan mamat buaya ni"
Diana mengekori Fatin dari belakang

Farhan terkejut dengan ungkapan Diana 'what? mamat buaya? sehandsome-handsome aku pun, aku bukan buaya tau' lalu terus mengekori mereka dari belakang.

Diana yang melihat Farhan datang kearah mereka laju sahaja lari ke depan meninggalkan Fatin dan Farhan sendirian

'hahahaha cute, lari pula baru nak cuit sikit.. menarik pula aku tengok si tomboy ni' Farhan geli hati apabila melihat tingkah laku Diana yang seakan-akan ingin melarikan diri daripadanya..

SEMASA DI MEJA MAKAN

Diana yang merasakan dirinya diperhatikan terus saja bersuara "Apa pandang-pandang?!" Diana berkata sambil mengacukan garfu kepada Farhan...

Farhan yang terkejut diperlakukan sebegitu hanya tersenyum sahaja..

"Wei turunkanlah garfu tu, bahaya tau" kata Amira.

Diana mendengus dalam diam. Diana berasa rimas dengan renungan Farhan itu.. dia tidak dapat menafikan Farhan seorang yang bergaya dan ada ala-ala badboy gituw.. oleh itu, ramai juga meminati si Farhan ini, tetapi Farhan hanya buat tidak layan sahaja.. boleh dikatakan Farhan juga seorang yang 'cold person', jarang bercakap dengan orang dan hanya menayangkan muka bekunya sahaja.. tetapi apabila mereka sudah duduk makan dengannya terasa agak kekok disitu.. sudahlah mereka duduk bertentangan, lagilah dia berasa tidak selesa .

"Sorry Farhan, Diana ni memang macam ni" kata Amira.

"It's okay, saya faham.. by the way korang boleh jer panggil saya Paan.. kita kan dah jadi kawan" Farhan berkata tetapi matanya tetap tertumpu kepada Diana yang tidak menghiraukan kata-katanya dan hanya meneruskan makan makanannya itu.

"Ouh okay Paan" Fatin dan Amira serentak bersuara.

"By the way korang satu sekolah kah? Sebab tengok dari first day haritu asyik berkepit jer, macam 3 serangkai dah" Farhan menanya kepada mereka.. sejak kali pertama dia melihat mereka.. dia menganggap mereka ini kembar.. yalah, kemana-mana saja mesti bertiga.. cuma kelas jer lain-lain.. nasib lah yang seorang tu.. huhuhuhu

"Haah kitorang dari sekolah lagi memang dah rapat.. sebab tu kitorang ke mana-mana aje mesti bertiga" Fatin menerangkan kepada Farhan.

"Jadi kau! Jangan sesekali rosakkan hubungan kitorang!" Diana menuding jari kearah Farhan. Dia paling pantang jikalau 'pendatang baru' itu datang untuk merosakkan hubungan mereka, kalau datang dari yang baik-baik tak apalah, kalau yang jahat-jahat.. aish minta simpanglah..

"Diana, apa ni!" Fatin memarahi sikap Diana yang agak protective dengan 'pendatang baru' tersebut.

"What? Betullah aku cakap, zaman sekarang banyak yang jadi batu api, talam dua muka, jadi untuk mencegah makhluk-makhluk tersebut dari memasuki hubungan kita, aku mestilah kena warning awal-awal" Diana berkata sambil menunjukkan riak wajahnya yang tidak bersalah. Farhan dalam diam setuju dan menggagumi sikap Diana yang bersungguh-sungguh melindungi hubungan persahabatan mereka.

"Betul saya setuju dengan Diana" Farhan bersuara dan tersenyum manis kearah Diana.

"Ha tengok, 'new comers' pun setuju.. eh kau macam mana kau tahu nama aku eh?"

"Kan aku dah cakap tadi, aku classmate korang" Farhan menjulingkan matanya..

"Ouh ye eh, lupa pula aku"

"Korang jer, aku tak" Amira bersuara dengan muka monyoknya.

"Eh kau ni.. kau sekalilah.. kan aku dah cakap even kita kos lain-lain, kita tetap bersama" Fatin memujuk Amira.

"Entah dia ni, lesing kang, apa tak dapat" Diana mengacah-acah ingin memukul kepala Amira..

"Huwaa mommy tengok daddy garang rawr" Amira bersembunyi disebalik tubuh Fatin..

"Eee dah dah" Fatin menenangkan mereka berdua..

Farhan tersenyum melihat gelagat mereka 'bestnya ada kawan macamni'
"Siapa mommy, siapa daddy?" Farhan bertanya..

Belum sempat Amira menjawab."Tak payah sibuk" Diana menyampuk.

"Mommy is Fatin, Daddy is Diana and me is pwincess hehehehe" Amira menjawab dengan gembiranya.

"HAHAHHAHAAHA" Farhan ketawa sebaik sebaik sahaja mendengar penjelasan Amira.. "Sesuailah tu, Daddy, Diana.. kasar, garang rawr" Farhan ketawa kuat.

"Apa kau cakap?!" Diana mula berang apabila dengar ungkapan tersebut.

Fatin dan Amira juga turut ketawa..

"Tak tak, relax relax, nanti kau tak jadi daddy dah, akan jadi mommy nanti" kata Farhan.

"Asal pula?!"

"Yelah kau kan perempuan, kau kena jadi mommy.. mommy untuk anak-anak kita sayang" Farhan berkata sambil mengeyitkan matanya.

Fatin dan Amira pula sudah tersenyum-senyum..

"Wooo... tak lama rasa nasi minyak babe"

"Kann tak lama dah nampak gayanya ni"

Amira dan Fatin mula memanaskan suasana.

Diana yang mendengar ayat tersebut itu terus terasa mual.. "loya tekak aku"

"Sekarang memang rasa macam tu, nanti bila lama-lama kau akan rasa 'manis' dan sedap sayang"

Diana yang mendengar itu terus saja membaling ais batu kearah Farhan.

"GILA!" Farhan menyambut dan mengulum ais batu tersebut sambil tersenyum sinis..

"eee geramnya aku dengan kau" kata Diana. Farhan ketawa selepas melihat reaksi Diana.

MQR COMPANY

"Siapa Jantan ni?!" Rayyan bersuara..

"Mengikut maklumat, itu salah seorang classmate cik Fatin, bos" kata Xander.

Rayyan mendengus kasar, "kau keluar sekarang"

Xander hanya diam dan terus saja berjalan keluar sebaik sahaja mendapat arahan dari bosnya itu.. dia dapat agak angin bosnya itu kurang baik.

'baby baby I dah warningkan JANGAN RAPAT DENGAN MANA-MANA JANTAN, asal degil sangat ni' Rayyan memejamkan mata sambil menenangkan perasaannya itu..

tidak lama kemudian dia mula membuka matanya ' I think.. tiba masanya untuk bertindak' Rayyan tersenyum sinis memikirkan cara untuk 'menghalalkan' si bunganya iaitu Fatin.







Hye my readers, sorry lambat update😭.. sorry jikalau story ini tidak menepati citarasa anda..

jikalau ada typo kah apa2 , mention saya tau.. hehehehe.

Thank you yang mana still tunggu and tanya saya, terharu sangat2 ❤️🥰

Tlg support juga my cutie for her book nursaidatull

Yang mana pergi sekolah tu, good luck yer siapkan homework HAHAHAHHA

Btw jgn lupa vote and comments tau, thank you ✨❤️

Update: 2/11/2021 ( 1:19 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro