Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

Diana melabuhkan duduk di atas kerusi. Buku perniagaan elok dikeluarkan. Menanti pensyarah yang akan masuk ke dalam kelasnya. Tudung yang dipakainya dibaiki. Senyum terukir di bibir apabila puas hati. Diana kerling Ayuni di sebelah. Bibir digigit perlahan.

" Yuni, saya nak tanya awak sesuatu boleh tak?"

" Tanyalah." Ayuni sembam muka di permukaan meja. Mengantuk!

" Kenapa dengan abang awak tu? Selalu kacau saya. Ada dengan saya. Saya tak suka." adu Diana tidak puas hati.

" Dia lonely. Aku dah cakap haritu. Lagipun, dia boleh buat apa saja untuk orang yang dia sayang. Macam-macam boleh jadi. Abang okay bukan jenis takut orang. Pensyarah pun dia boleh belasah tau." kata Ayuni dengan muka mengantuknya. Tidur lewat sebab karaoke semalam. Teruk betul!

" Tapi awak-"

Bunyi bisikan dari kaum hawa buat mata Diana tertarik pada seorang manusia yang sedang berjalan merapatinya. Air liur ditelan kasar. Jangan cakap Isaac akan sekelas dengannya.

" Yuni, abang awak datang sini." beritahu Diana.

Lain yang dia mahu, lain jadinya. Ayuni lari duduk di depan sekali. Membiarkan Isaac mengambil tempatnya. Beg sandangnya dicapai. Tak semena tangannya ditarik tanpa sempat melarikan diri.

" Duduk diam-diam. Kalau tak, aku cium kau dekat sini." ugut Isaac.

" Tapi saya nak duduk sebelah Yuni."

Air liur diteguk rakus. Rapat sekali muka Isaac dengannya. Dapat dirasai deruan nafas lelaki itu padanya.

" Sa-saya duduk." Beg sandang diletak atas kerusi semula.

Takut-takut Diana duduk di sebelah Isaac. Pensyarah kini telah masuk.

" Baik semua. Saya mahu memperkenalkan pelajar baru masuk ke dalam kelas kita." Tepukan diberi.

Tak ada hormat langsung, lelaki itu seenaknya duduk dengan anak mata pandang pada si Diana.

" Boleh memperkenalkan diri." suruh pensyarah pada si Isaac.

" Aku Isa."

Cukup sepatah ayat yang dikeluarkan lelaki itu buat mereka semua tercengang. Tak sempat bukak mulut lebih, lelaki itu menutup muka dengan kepala hoodie. Diana menggeleng. Boleh nampak pensyarah geram pada si Isaac.

" Abaikan apa yang berlaku tadi. Mari kita mulakan."

Diana mengeluarkan pen dan buku kecil. Bersedia nak tulis semua yang diterangkan pensyarah. Sedaya upaya Diana cuba fokus. Semua butiran yang dikeluarkan pensyarah tidak didengarinya. Manakan tidak, mata biru laut itu setia padanya. Malah tak berkelip tengok Diana.

" Kenapa kau cantik sangat?"

Belakang tudung Diana dimain dengan jari. Digulung-gulung. Kedudukan mereka di belakang sekali menyukarkan penglihatan orang lain melihat perbuatan lelaki itu.

" Jangan kacau saya boleh tak? Fokus dekat depan. Apa guna awak masuk kelas ni kalau begini perangai awak?" soal Diana geram.

" Aku masuk sini sebab kau. Bukannya sebab aku nak belajar." jujur lelaki itu mengaku.

Diana menjeling tajam lelaki itu. Dengusan kasar keluar dari bibir. Sakitnya hati bercakap dengan lelaki ini. Ada saja yang tak kena bila Diana bersama lelaki ini. Lihat saja...

" Diana, boleh ke depan?"

Kan dah cakap?

Diana tersentak. Spontan, anak matanya meliar ke sekeliling. Mata dipejam sesaat. Soalan yang ada di depan itu dilihat. Diana tak tahu jawapannya apa. Lagipula, Diana terlalu banyak mengelamun. Semuanya gara lelaki itu.

" Diana bangun. Sila ke depan."

Diana mengetap kuat giginya. Buku sebagai bantuan dibawa. Mata-mata yang melihat makin buat Diana malu. Lupa yang pensyarah ini terlalu straight. Takkan bagi pelajar membawa buku ke depan.

" Diana, awak lupa sesuatu?"

Diana ketap kuat giginya. Anak mata pelajar semua setia padanya. Terketar lutut nak jawab semua soalan tanpa buku. Diana tak ada ulang kaji apa-apa semalam. Besar kemungkinan Diana tak boleh jawab soalan ini.

Bunyi gesekan kerusi buat semua mata beralih pada Isaac. Isaac berjalan megah ke depan. Marker pen dicapai dan terus tangan itu menulis semua jawapan di papan putih tersebut. Semua pelajar tercengang. Apatah lagi pensyarah. Mana pernah Isaac belajar semua tentang usahawan. Macam mana boleh tahu?

" Bagus Isaac. Peningkatan yang baik. Semua jawapan awak betul. Berikan tepukan gemuruh untuknya." Pensyarah menepuk tangan bersama pelajar lain.

Isaac buat tak tahu. Malah enaknya bersandar di atas kerusi pandang si Diana. Anak mata mereka bertaut untuk seketika. Diana tak nampak apa-apa sinar dari mata itu. Kosong dan beku. Tidak meluah apa-apa perasaan. Mendapat keizinan untuk duduk, barulah Diana mengambil tempat duduknya.

" Terima kasih." ucap Diana perlahan.

" Aku nak hadiah."

Ucapan berbaur arahan buat Diana meluat. Isaac tak pernah ikhlas nak tolongnya. Mimpi saja kalau lelaki itu tolong kerana ikhlas.

" Hadiah apa?"

" Aku nak kau duduk sebelah aku setiap hari dan lagi satu, pergi dan balik universiti adalah dengan aku."

" Kenapa pelik sangat awak punya hadiah." soal Diana dengan kerutan di bibir.

" Banyak songeh kau ni."

Terjerit Diana, hujung tudungnya ditarik lelaki itu. Habis tudungnya dah tak jadi rupa. Terpaksa kena tiup balik. Buat Diana sakit hati, Isaac tolong tiup mukanya. Sengaja betul!

" Boleh tak awak duduk diam?" soal Diana geram.

Pensyarah kelihatan leka menulis di papan putih. Patutlah tak nampak perbuatan si Isaac tadi. Tak cukup ganggu itu, Isaac capai beg miliknya dan diletak elok di atas paha Diana.

" Kenapa dengan awak ni?" bisik Diana keras.

" Peluk. Anggap je kau peluk aku." suruh Isaac.

" Saya tak nak." tegas Diana. Lempar elok beg itu di bawah lantai. Isaac senyum sinis. Kaki Diana dipijak kuat.

" Auch!" jerit Diana kuat.

" Kenapa Diana?" soal pensyarah risau.

" Tak ada apa. Saya tersalah jerit." tipu Diana.

Pensyarah itu menggeleng. Meneruskan saja agendanya dalam mengajar. Ayuni menatap gitu-gitu aje Diana di belakang. Mata Diana memerah. Geram nak marahkan si Isaac. Kaki diangkat.

" Kau berani sepak aku, aku bagi denda sakit untuk kau nanti." ugut Isaac dengan senyuman senget.

Tak jadi, kaki diturun semula. Keluhan berat dilepaskan. Diana menggeleng lemah. Fokus ditarik agar sentiasa mendengar setiap yang diajar. Membiarkan setiap perbuatan Isaac padanya. Tak habis-habis mata itu melihat dirinya. Malah lelaki itu juga semakin dekat dengannya. Diana makin kesot ke tepi. Deruan nafas lelaki itu menampar dekat dengan kulit pipinya. Lelaki ini gila!

" Sir!" sahut Diana dengan mendadak berdiri. Hampir lelaki itu cium dirinya.

" Ada apa Diana?"

" Izinkan saya keluar untuk ke tandas." Peroleh anggukan, berlari anak Diana keluar dari kelas.

Dengan jelas Diana nampak muka seorang perempuan di dalam kelas tadi nampak perbuatan Isaac padanya. Muka tampan itu biasa saja. Tak ada segarit senyuman. Menghantar Diana keluar dari kelas dengan pandangan biasa.

" Ya Allah...malangnya aku jumpa lelaki macam si Isaac tu. Tak ada perempuan lain ke yang lelaki itu ada untuk dikacau? Kenapa Diana jugak dipilih?" soal Diana pada diri sendiri.

For next bab?

🔑Kuncinya adalah

38⭐  Votes for open next chapter🔓

Terima kasih utk yg sudi vote. Sy bgi love bnyk ii dkt korang.  Tak dapatlah nak menyepi kali ini. Haih...

Jgn lupa ⭐

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro