Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 28

"Anna..."

Dahi Diana berkerut seribu, kepala paling ke arah Isaac. Senyum paling manis lelaki itu berikan padanya.

"Tulis apa?"

"Notalah," Tangan menari pada kertas, sesekali pensyarah di depan dikerling.

Tak sangka Isaac tak nak ponteng sampai pulang, lega hati Diana. Nasib Isaac masih waras untuk tidak ponteng. Sir Ridhwan garang, andai keluar tanduk habislah. Kes ponteng kelas Professor entah Diana dimarah atau tidak, takut jugak bila fikir balik.

"Dengarlah dulu aku nak cakap apa ni,"

"Nak cakap apa?" bisik Diana perlahan.

"Aku nak kencinglah." Mata dipejam rapat sambil pen digenggam kuat. Geram!

"Pergilah tandas, takkan awak nak saya teman pulak?" tempelak Diana.

"Temankan aku, aku takutlah nak pergi tandas sorang-sorang."

"Apa awak ni? Selama ni awak pergi tandas dengan siapa? Jangan nak mengarut boleh tak?"

"Aku tak pernah kencinglah! Aku tak pernah pergi tandas sorang-sorang."

"Awak dah gila ke? Saya perempuan, mana boleh teman awak! Awak lelaki!" Tanpa sedar suaranya ternaik.

"Isa, Anna ada apa-apa cerita yang ingin dikongsi bersama?" soal Sir Ridhwan tenang.

Sejak tadi nampak dua pasangan itu bercakap. Entah apalah yang ingin dikatakan sampai tak boleh tunggu waktu pulang. Ada saja masalah dua pasangan ini.

"Tak ada apa-apa, k...ka-kami nak pergi tandas kejap." Diana tekup mulut.

Kami?

Bulat mata Sir Ridhwan, kuat tangannya dihempas pada meja kayu.

Pap!

"Kami?"

"Bu-bukan.... I...i-isaac yang nak pergi tandas. Bukan kami berdua, saya tersalah sebut tadi." Dari bawah meja, Diana bagi cubitan ketam pada paha sendiri. Buat hal lagi!

"Kamu berdua bukan pasangan suami isteri yang sah. Ingat tu!"

"Saya tahu...." ucap Diana pasrah.

Tawa sinis dari Isaac menghangatkan hati Diana. Panas membara terasa mahu hambur marah pada lelaki itu. Semuanya terjadi kerana Isaac tau!

"Nak pergi tandas sama-sama ke sayang? Hmm?" bisik Isaac tepat di tepi telinga Diana. Menyakat.

"Awak punca semua ini berlaku, jangan nak ketawakan saya! Saya tumbuk awak, baru awak tahu langit tinggi ataupun rendah!"

"Anna...." seruan maha bahaya itu kini kedengaran.

Tahulah Anna itu amaran terakhir buatnya. Mencerlung mata besar itu menatapnya, menunjukkan Sir Ridhwan tidak suka Diana berlaku terlalu bebas dengan Isaac.

"Berani ulang, saya akan bagi awak assignment bertimbun hari ni." tegas lelaki tua itu.

Oh no....

Serasa mahu pengsan Diana, mulut dimuncungkan sambil tangan menulis pada buku. Tak pandang sedikitpun pada Isaac.

"Anna, jomlah teman aku." gesa Isaac untuk entah kali ke berapa.

Kemunculan Datuk Lee di depan pintu menarik perhatian Isaac. Mukanya ketat semacam, nak marahkan Isaac agaknya kerana ponteng. Datuk Lee dan Sir Ridhwan berbicara seketika. Kelas senyap tanpa suara, takut pada ketua.

"Isaac,"

Isaac angkat kedua kening, tubuh disandar tanpa perasaan. Dah tahu apa yang nak dikatakan. Pasti nak jumpa Isaac kan?

"Datuk Lee panggil masuk pejabat."

Sudah dikata,

Isaac angguk, kertas dirampas dari Diana. Buku nota itu ditulis sesuatu sebelum Isaac menghilang keluar dari kelas. Diana baca setiap ayat yang ditulis Isaac.

-Isaac sayang Anna, please temani Isaac hingga ke tandas. Eh? Hingga ke Jannah sama-sama. Ops! Terlepas.

Diana senyum simpul, ada saja hal kelakar tentang Isaac. Diana menggeleng. Kerjanya yang tergendala tadi diteruskan.

Bunyi getar pada telefon pintar miliknya menarik perhatiannya. Dikerling Sir Ridhwan yang leka menulis. Sembunyi-sembunyi Diana hidupkan telefon. Banyak mesej yang Diana dapat, antaranya...

-Anna, aku dibebel sebab ponteng. Aku cakap dekat papa yang kau tak salah and dia tak panggil.

Isaac typing...

-Dia tanya aku bawak kau pergi mana, aku cakaplah kita pergi tandas.

Diana kemam bibir rapat, tahan gelak daripada terhambur. Melihat Sir Ridhwan paling ke belakang, cepat-cepat Diana berlakon menulis. Keadaan Aman, Diana teruskan bacaannya.

-Anna, aku tak masuk tandas pun dah rindukan kau. Macam mana ni?

Diana menggeleng. Mesej dari Isaac dibalas, senyumnya tak lekang dari bibir.

-Saya tak boleh rindu awak, tengah belajar susah nak rindu.

Isaac is typing...

-Takpelah, asal aku rindukan kau.

-Nantilah kita bermesej, bye!

Diana terus menutup telefon lalu disimpan dalam beg sandang miliknya.

Dalam beberapa minit, Isaac telahpun masuk ke dalam kelas. Seperti biasa, tak makan saman.  Teruskan saja masuk tanpa apa-apa salam. Orang islam entah tidak, Diana pun confius. Syaitan pun confius agaknya.

"Mana salam kamu, Isaac?" Sir Ridhwan cekak pinggang.

Terpinga-pinga Sir Ridhwan saat tangannya disalam.

"Nak saya cium tak?"

"Huh?"

Tika muka itu kian merapat, laju Sir Ridhwan menolak Isaac menjauh. Pelajar lain menekup mulut sendiri, tahan dari hambur ketawa.

"Apa yang kamu cuba buat ni, Isaac?"

"Tadi Sir suruh saya salam, saya salam ajelah. Cium pakej kasih sayang, mana tahu Sir tak cukup kasih sayang dari saya." Sir Ridhwan ketap kuat gigi.

"Duduk tempat kamu, Isaac." Tekan Sir Ridhwan tegas.

Isaac angkat bahu, tanpa perasaan serba salah lelaki itu duduk di tempatnya semula. Menggeleng Sir Ridhwan, tak sangka anak pemilik Universiti ini gila orangnya. Pening kepala melayan kerenah lelaki itu.

"Kau nak dicium jugak ke?"

"Tak nak, cukuplah awak buat gila dekat Sir Ridhwan. Jangan lampiaskan dekat saya pulak!"

"Kau tak nak? Aku bagi free aje tau!" Isaac kerling sekilas Sir Ridhwan yang telah keluar dari kelas.

"Free bukannya boleh bagi apa-apa faedah." Diana masukkan setiap perkakas miliknya ke dalam beg.

Oh ya, pasti korang nak tahu kenapa Isaac tak salin apa yang Sir Ridhwan tulis kan?

Sir Ridhwan dah fed up dengan perangai Isaac, keputusan yang Isaac dapat tetap sama. Hebat seperti orang belajar, tapi lain pulak dengannya. Belajar banyak mana pun still sama keputusannya. Sadis kan?

"Kau balik dengan siapa?"

Semua pelajar kini telah keluar dari kelas, tinggallah Isaac dan Diana saja.

"Yuni, habistu saya nak balik dengan siapa lagi?" tukas Diana.

"Aku dah bagitahu Yuni, kau balik dengan aku. Aku tak benarkan kau balik tanpa aku."

"Eh? Mana boleh macam tu." bantah Diana.

Mukanya berkerut tidak suka, Isaac selalu buat keputusan ikut kepalanya saja. Ingat Diana isteri Isaac ke?

"Boleh aje, kau akan jadi isteri aku jugak. Kau perlu biasakan dengan semua ni. Tak boleh bantah setiap apa yang aku arahkan."

"Awak selalu buat keputusan ikut kepala awak kan?"

Diana keluar dari kelas. Keruh muka Diana, paling pantang bila hidupnya dikawal. Suka hatilah nak balik dengan sesiapapun, lebih selamat balik dengan Ayuni daripada Isaac. Isaac lelaki, semua benda boleh jadi.

"Kenapa nak marah sangat ni?" Setia langkah Diana diikutinya.

"Siapa aje tak marah bila hidup dikawal?"

"Aku tak kawal, aku jaga kau. Aku tak nak apa-apa hal buruk terjadi dekat kau."

"Saya okay, tak perlu nak risau lebih-lebih. Kita berdua bukan suami isteri."

Mereka berbalah mulut sepanjang perjalanan pulang. Pandangan pelajar lain tidak diambil pusing. Pentingnya nasihat Isaac supaya faham. Itu lebih utama!

"Tak lama lagi kau akan jadi isteri aku jugak kan?"

"Siapa cakap?"

Kaki Diana berhenti tepat di depan Isaac. Bibirnya digigit, sedih berharap pada sesuatu yang tidak mampu dimiliki.

"Kau suka Ishak kan?" Makin naik tona suara itu.

Merapat, lengan itu dicengkam kuat. Tidak dilepaskan walaupun sekejap, tajam anak mata itu merenung mata berkaca Diana.

"Aku suka kau, kenapa kau suka lelaki lain?! Kenapa?!"

Diana menebar pandangan ke sekeliling. Baru kini dia sedari jarak mereka telah jauh dari Universiti.

Gulp!

Sudah!

Apa aku nak buat ni? Aduh!

"Saya tak boleh suka awak! Awak faham tak?!"

"Tapi kenapa?! Cuba kau bagitahu aku, sebab Ishak?! Hah?! Sebab Ishak ke?!" jerkah Isaac memetir pada kawasan itu.

"Sebab saya dah berpunya!"

Perlahan, tangan itu kian lemah. Jatuh lengan kecil yang dipegang itu. Bergetar bibir Isaac, tak mampu menerima kebenaran itu. Berpunya?

"Mama dan papa saya dah rancang perkahwinan untuk saya. Perkahwinan antara kawan baik papa saya. Tak lama lagi saya akan bertunang, untuk apa kita berhubungan lagi sedangkan awak tahu saya takkan pernah jadi milik awak!"

Terkelu lidah Isaac, sayu raut wajah itu menatap wajah cantik Diana. Terketar-ketar tangan itu mahu menyentuh Diana.

"Anna....Anna milik Isaac....tsk...tsk...tsk..."

Diana menggeleng, kuat tangan Isaac ditepisnya.

"Maafkan saya, saya pergi dulu. Lupakan saya, Isaac."

Berlari anak Diana menuju ke rumah sewa miliknya. Tak hiraukan langsung panggilan daripada Isaac. Berat hati untuk meninggalkan kerana Diana dapat merasakan sesuatu. Seperti ini adalah pertemuan terakhirnya bersama Isaac.

"Maafkan saya, Isaac." gumam Diana sedih bersama deraian air mata bercucuran jatuh di setiap lekuk pipinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro