Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 27

Nafas ditarik panjang, tudung yang dipakai dibetulkan. Cermin di depan mata ditatap, melihat wajah sendiri membuahkan senyuman pedih.

"Anna!" panggil Ayuni kuat.

Ayuni dari luar memberi isyarat mata pada Isaac. Isaac mengangguk, membiarkan Ayuni pergi Universiti terlebih dahulu.

"Kejap!" Diana keluar dari biliknya.

Terhenti langkahnya melihat susuk tubuh sasa seseorang di depan pagar. Gigi diketap kuat, Ayuni tak ada. Ini rancangan Ayuni atau Isaac?

"Mana Yuni?" soal Diana tuturnya tahan dari marah.

"Dah pergi Universiti."

"Kenapa awal sangat?"

Isaac angkat bahu. Rancangannya untuk berjalan bersama Diana mesti diteruskan. Melalui apa yang dikatakan Ayuni, Diana menangis seharian. Kenapa dengan Diana?

"Kita jalan sama-sama," pelawa Isaac.

"Tak apa, saya boleh jalan seorang diri. Awak bawak kereta kan?"

"Tak, aku datang sini jalan kaki." nafi Isaac.

Padahal yang sebenarnya, Isaac menyewa rumah dekat dengan rumah sewa Diana. Senang untuknya belikan apa-apa jika Diana lapar. Untuk melihat keadaan Diana pun mudah.

"Kenapa awak datang sini?" Diana mendecit tidak suka.

Selesai mengunci pintu, Diana berjalan menuju ke Universiti. Isaac di sebelah entah sedang buat apa, malas sungguh untuknya ambil tahu. Nak mengelak, tapi nampak gaya macam tak boleh aje. Haih....

"Anna okay? Kenapa mata lebam?" Kerisauan suara itu menyoal.

"Masuk habuk aje, awak tak perlu risau apa-apa."

"Kau ada sesuatu nak ceritakan dekat aku ke?"

Tali beg sandangnya ditarik ke bawah. Kuat tangan itu mengenggam tali tersebut.

"Tak ada." Singkat jawapan Diana. Nampak sangat tak nak bercakap.

"Aku ada belikan roti...."

Isaac keluarkan dua bungkus roti di dalam begnya. Tak sempat hulur,

"Saya tak nak, awak simpan ajelah."

Diana melajukan langkah, berharap sampai cepat ke destinasi yang dituju. Tak suka keadaan mengelisahkan ini.

"Kenapa kau tolak?" Naik tona suara itu. Bagi roti pun tolak?

"Tak ada apa, saya masuk dulu."

Isaac genggam kuat roti yang dipegang. Sakit hati diperlakukan seperti tidak wujud. Diana benar-benar mencabarnya kali ini.

"Kenapa awak cuba rapat dengan saya sedangkan saya nak awak jauh dari saya."

Duduknya dilabuh di atas kerusi.
Air mineral di dalam beg dicapai lalu diteguk beberapa kali, mata pula tidak lepas pandang pintu. Melihat Isaac masuk, mendadak botol airnya disimpan.

"Kau sini!"

Lengannya ditarik kasar mengikut langkah Isaac. Professor berura-ura nak masuk berkerut dahi melihat pasangan berdua itu.

"Isa, Diana, masuk kelas sekarang!" arah Professor.

"Kami berdua ponteng!"

Panggilan daripada Professor dibiar sepi. Hatinya masih sakit atas setiap yang terjadi. Terutamanya layanan dingin Diana hari ini. Ingat Isaac tak ada perasaan ke?

"Isa, saya tak nak ponteng kelas untuk kali kedua."

"Kau wajib nak! Aku tak kira jawapan yang kau nak bagi, aku nak habiskan kau hari ini jugak!"

Menggeletar tubuh Diana, takut melihat raut wajah tegang itu. Tak ada senyuman walaupun sedikit. Malah tangannya digenggam kuat sehingga menimbulkan warna. 

"Awak nak bawak saya pergi mana ni?" Tangga mereka tujui memberi jawapan. Rooftop?

"Kita buat apa dekat sini?"

"Makan!"

Selamba badak dua bungkus roti dilempar padanya. Cekap, Diana menyambut dengan wajah memasam.

"Tak boleh nak bagi elok-elok ke?"

"Aku bagi elok-elok ada kau sambut? Ada? Kau nak mengelak dari aku tanpa alasan dan sekarang kau nak marahkan aku pulak?!" tempelak Isaac geram.

Tahu salah sendiri, Diana tunduk menekur tanah. Bibir diketap dan tanpa sedar air mata keluar dari bibir. Automatik hal itu berlaku apabila Diana terlalu serabut mahupun stress.

"Anna..." Isaac merapat.

Tak semena kaki itu mengundur beberapa kali ke belakang saat tangan itu mahu menyentuh bahunya.

"S...so-sorry....ak-aku tak sengaja..."

Maaf dipinta, namun Diana buat tak tahu. Asyik sekali menyeka air mata, otak Diana nak meletop aje sekarang ini. Serabut dengan segala masalah.

"Saya nak balik kelas."

"Duduk sebelum aku cium kau dekat sini." ugut Isaac.

Mata dicerlung menunjukkan dia begitu serius ketika ini. Diana menjeling tajam. Sengaja main ugut!

"Fine!"

Terpaksa, punggungnya dilabuh di atas bangku berdekatan. Keluhan berat dilepaskan. Isaac sembunyi senyum, tak ada susah pun ikut cakap aku kan?

"Makanlah," suruh Isaac lembut.

"Awak yang paksa saya makan tau."

Isaac mengambil tempat di sebelah Diana. Gelak halus keluar dari bibir, makan jugak, kata tak nak?

"Hey!"

Diana pandang sayu roti miliknya telah selamat masuk dalam mulut lelaki itu. Bekas Diana pun nak makan? Tak rasa kotor ke?

"Kenapa makan saya punya? Awak boleh beli yang baru, banyak lagi dekat koperasi tau." rajuk Diana kedengaran berjauh hati. Lapar ni tau!

"Baik awak tak payah bagi saya..." gumam Diana perlahan.

Isaac senyum sikit, roti ditangan Diana dirampas. Rajuk Diana dibiar terlebih dahulu. Dibuka lalu dimakan.

"Nak?"

"Saya tak nak makan bekas awak, saya tak suka."

"Kau kena biasakan jugak, baik kau makan. Nak jadi isteri yang baik kan?" sakat Isaac.

Muka memerah Diana ditatap lama. Tidak puas serasa, bahagianya melihat wajah gembira Diana. Tidak seperti pagi tadi, sedih aje.

"Saya tak nak jadi isteri awak."

Diana angkat kening sombong, perubahan wajah Isaac hampir menarik diri untuk ketawa.

"Mana boleh macam tu," bantah Isaac ala-ala suara budak.

"Bolehlah,"

"Makan!" paksa Isaac.

Roti dimasukkan ke dalam mulut Diana. Diana hampir nak muntahkan kembali, namun kerana wajah tampan itu dekat dengannya automatik roti itu ditelan.

"Bagus isteri abang ni...." Tak makan pun roti tadi, acah-acah aje. Nak kacau Diana.

"Awak yang paksa, ingat saya tak tahu awak hampir cium saya kalau saya tak makan?"

"Eh? Tak adalah, aku tak ada niat nak cium pun. Atau..." Isaac kecilkan mata.

"Kau nak aku cium kau?" Sengihan panjang terpancar di raut wajah itu.

"Tak, tak. Itu bukan maksud saya." Tubuh mengendur ke bawah, makin merapat pulak tubuh Isaac.

"Jangan main-main Isaac, saya jerit nanti."

"Eh, apa ni?"

Nafas ditarik rakus, tubuh dibetulkan sekaligus bentuk tudung dibetulkan. Tak ada nafas tika tubuh sasa itu dekat dengannya. Gila betul!

"Babygirl punya ke?"

Bulat mata Diana melihat kalung rantai emas ukiran namanya. Sejak bila Diana ada rantai macam tu?

"Bukan saya punya,"

"Cuba pakai," suruh Isaac.

"Tak naklah, mungkin ada orang lain tertinggal dekat sini." tolak Diana lembut.

Isaac buat tak dengar, isyarat tangan pusing tubuh diberi.

"Tapi bukan saya punya,"

"Aku belikan untuk kau, pusing aje."

"Tapi-"

"Banyak bunyi betullah kau ni, ikut ajelah apa yang aku suruh."

Diana mendecit, paling tak suka bila dimarah. Padahal bukan hal besar sangat pun kan?

"Yelah..."

Pusing saja badan, Isaac pakaikan kalung rantai emas itu pada Diana. Serasa mahu menangis kerana terharu. Bukan apa, rantai itu terlalu cantik.

"Rantai ni, kau boleh jual bila kau dah tak ada apa-apa."

"Huh?"

"Andai satu hari nanti, kau tak ada duit untuk dirikan butik sendiri, jual rantai ini demi kebaikan kau."

"Tapi kenapa? Sayanglah rantai cantik macam ni...." Diana lalukan jari telunjuknya pada setiap huruf namanya.

"Aku nak pastikan cita-citakan kau tercapai."

Diana terpegun, anak mata mereka berdua bersatu. Beberapa titis air mata Diana keluar, sedangkan mama dan papa tak faham apa yang Diana nak. Kenapa Isaac faham? Kenapa tidak mereka seperti Isaac?

"Isaac, saya...." Diana gigit bibir payah. Terharu gila!

"Tak apa, aku tahu kau nak cakap i love you. Aku love you too." Diana ketawa bahagia. Air mata diseka lembut.

"Aku nak kau jadi seorang yang berjaya. Pastikan cita-cita kau menjadi sebuah kenyataan." Diana mengangguk laju.

Ya Allah....

Apa lagi yang perlu Diana lakukan?

Layanan Isaac padanya terlalu istimewa. Tak mampu untuk Diana tinggalkan Isaac begitu saja.

Allah...

Sukarnya untuk membuat keputusan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro