Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25

"Can we go get something to eat? My treat,"

"Nuget dan bebola?" Isaac angguk.

"Kau tak nak ikut aku?" ajak Isaac berharap.

"Saya nak tenangkan fikiran, awak pergi sorang-sorang boleh?" suruh Diana.

"Kau boleh ke duduk sini sorang-sorang?" Kerisauan suara Isaac. Berat hati nak tinggalkan sang kekasih seorang diri.

"Okay," Senyum manis diukir sebagai bukti.

"Kau bawak telefon tak?"

"Habis battery." Kepala tidak gatal digaru.

"Kenapa tak charge phone?" Isaac menarik muncung depan tudung Diana.

"Jangan tarik tudung saya, ingat senang ke nak betulkan balik?" penuh geram Diana meniup tudungnya agar bentuk kembali.

"Kau buat hal, aku tarik sepuluh kali muncung tudung kau. Cuai lagi," bebel Isaac macam mak-mak.

Bayang Isaac menghilang dipandang begitu saja. Tak ada tanda untuknya menyertai Isaac. Susuknya saja berdiri, tapi hati dan jiwanya entah ke mana menghilang. Terkenang semua kata yang dilontarkan Papa padanya benar-benar melukakan hatinya. Perlukah dia berhenti belajar begitu saja?

"Hey,"

Bahunya dicuit, lantas Diana paling tubuh mengadap Isaac.

"Hey," ucap Diana nak tak nak.

"You okay?" soal Isaac kerisauan.

Diana hela nafas berat, pandangan dihala pada pantai jernih di depan mata.

"I feel like you will understand. So, I want to tell you what happened and get rid of that burden."

"I'm all ears," Jeda seketika. Isaac menanti ayat keluar dari bibir Diana.

"Perlukah saya hentikan semua ini?"

"Hentikan semua ini?" ulang Isaac.

"Berhenti belajar..." Sedih suara itu dilontar.

"Sebab?"

"Ayah saya tak nak saya sambung belajar sebenarnya,"

"Asal ayah kau pelik sangat? Ayah kau tak nak tengok kau jadi seorang yang berjaya ke?" tukas Isaac. Tak puas hati keputusan yang Papa Diana ambil.

"Papa cakap, harta yang ada sudah memandai. Papa nak saya tolong ambil alih syarikat miliknya."

"Sayanglah, kau dah nak habis belajar. Takkan nak sia-siakan macam tu je? Tak kira membazir ke duit yang kau guna?"

"Papa tak kesah pasal duit, yang penting papa nak puaskan hatinya aje. Biasalah, lelaki takkan faham perempuan..." Jelingan maha tajam dari Isaac membuatkannya terhibur. Tersengih sekejap melihat reaksi muka itu. Ketat aje, jelas menahan marah padanya.

"Kau ingat lelaki sama ke? Kau tak boleh samakan papa kau dengan orang lain sebab mereka keluarnya dari rahim berlainan dan didikan yang diberi jugak berbeza. Untuk kau cakap mereka adalah sama sangatlah salah, kau tahu?" nada yang ditutur kedengaran geram. Marah ke cik abang?

"Saya cakap aje, bukannya untuk awak."

"Aku yang terasa masalahnya." Isaac peluk tubuh.

"Sorrylah, saya janji takkan cakap lepas dah. Saya gurau aje, lelaki tak sama. Lelaki semua baik-baik, tak ada yang jahat." Itu lebih kepada memerli sebenarnya.

"Itu bukannya memujuk, nampak gaya macam memerli aje." Terkekeh Diana ketawa. Kelakar!

"I said what i said."

Sengihan nampak gigi dipamer. Tenang pulak rasa, masalah bagai hilang setelah menceritakan segala-galanya pada Isaac.

"Isaac..."

"Hmm?" Nuget yang dibeli dimasukkan ke dalam mulut.

Dah dua kali makan benda yang sama, tempoh hari makan nuget jugak. Biarlah, favourite kan?

"Awak ada masa silam ke?"

Terhenti kunyahan Isaac, deria rasa yang tadinya rasa sedap kini berubah kelat. Berpasir saja setiap apa yang dia makan tika ini. Soalan itu terlalu maut hingga bibirnya tidak dapat bergerak memberikan sebuah jawapan.

"Kenapa tiba-tiba kau tanya soalan macam tu?" Nuget yang dimakan ditelan perlahan.

"Saya tengok dari layanan awak pada papa kandung awak lain daripada yang lain."

"Maksud?"

Tawa sinis terhambur jua. Faham apa yang dimaksudkan oleh Diana, pasti nak tanya tentang hubungan dia dan Datuk Lee kan? Huh! Macam Isaac tak tahu!

"Kenapa awak terlalu bencikan papa kandung awak?"

"Dia bukan papa aku, sampai bila-bila pun aku takkan mengaku dia adalah papa kandung aku." keras suara itu mengeluarkan kata.

"Tapi kenapa? Apa salah Datuk Lee lakukan sampai macam ni awak hukum dia? Tak baik awak layan Datuk Lee macam orang luar sedangkan dia adalah orang yang menjaga awak dari kecil sehingga dewasa."

"Kecil sehingga dewasa? Huh?" sinis Isaac ulang.

Plastik yang berisi nuget itu digenggam sehingga isi nuget itu hancur ditekan kuat oleh tangan besar itu.

"Kau tak perlu nak bela sangat lelaki tua macam dia, tak ada guna!"

"Jangan sampai lepas dia dah tiada barulah awak terhegeh-hegeh nak hargai papa awak."

"Tak perlu terhegeh-hegeh! Lepas apa yang papa dah buat, kau nak aku maafkan dia macam tu je? Aku takkan maafkan dia sampai bila-bila. Kalau dia nak kemaafan dari aku. Hidupkan mama aku balik. Boleh?" Makin beremosi Isaac. Sesuka hati membela papanya lebih daripada dirinya.

"Kau kahwin jelah dengan papa aku. Nak bela sangat kan?"

"Awak dah gila ke? Awak izinkan saya kahwin dengan papa awak? Seriuslah?"

"Kau perempuan tak guna! Kau nak kahwin dengan papa aku sebab harta kan? Baik kau mengaku sekarang, mengaku!" jerkah Isaac kuat. Menarik perhatian manusia yang ada disekitar mereka.

"Saya nak balik! Awak dah gila!" Diana angkat punggung bangun.

Dengan hati sebal kakinya dihayun laju menuju ke jalan raya. Cari teksi ataupun grab, malas balik bersama Isaac. Lelaki gila! Asyik menuduh Diana aje tahu!

"Hey, Anna!"

Telinganya dipekakkan. Kakinya dipanjangkan lagi agar Isaac tidak dapat mengejarnya.

"Anna!" Lengan Diana direntap kasar, hampir tubuh sasa itu didakapnya. Nasib baik sempat dibrek kaki.

"Awak nak apa Isaac? Awak nak tuduh saya ada hubungan dengan papa awak? Atau awak nak cakap saya perempuan murah yang telah hancurkan maruah atas sebab harta ayah awak? Macam tu? Hah?!"

Marah ni, marah! Kau ingat, kau sorang aje boleh marah aku?

"Tak babygirl, maafkan Isaac. Isaac tak sengaja, Isaac ikutkan perasaan sangat. Jangan macam ni babygirl, Isaac minta maaf...."

"Saya dah muaklah! Awak asyik minta maaf, esok lusa awak akan ulang balik? Huh! Baik tak payah minta maaf, benda sama. Tahu tak?!"

Isaac menyerabutkan rambutnya, lengan Diana berlapik ditarik lalu diheret ke kereta miliknya. Rontaan dari Diana tidak diambil peduli.

"Anna keluar Isaac tak nak kawan dengan Anna!"

Diana buat muka. Masuk aje Isaac dalam kereta, terus Diana bertindak keluar dari perut kereta. Berlari laju mendapatkan teksi, melilau mata mencari teksi sambil tangan melambai.

"Ya Allah...mana pulak teksi time aku nak ni?" keluh Diana.

Bersinar mata tatkala anak mata terpandang sebuah teksi yang makin hampir. Namun, tak dijangka tubuhnya dicempung Isaac.

"Lepaskan saya! Lepas!"

"Kau suka naikkan kemarahan aku kan? Jangan sampai aku buang kau dalam hutan, biar haiwan liar makan kau! Degil! Selalu tak dengar cakap aku!"

"Lepaskan saya! Saya tak suka awak sentuh saya! Lepas!"

Buk!

"Aduh...."

Macam apa dah Isaac lempar tubuh kecilnya masuk. Pinggangnya diurut perlahan, sakitnya. Serasa mahu menangis dicampak begitu saja.

"Kau degil lagi, aku takkan teragak-agak bawak kau Siam. Kahwin terus dekat sana!" Isaac hidupkan enjin usai masuk dalam kereta.

Tercebik-cebik bibir Diana mahu menangis. Tubuhnya dibetulkan, tanpa disuruh tempat duduk miliknya diturunkan. Tiada ucapan terima kasih. Hati Diana membengkak atas perbuatan kejam Isaac.

"Aku minta maaf..."

"Dahlah, saya tak nak dengar maaf dari awak lagi." Sengau aje suaranya seperti mahu menangis.

"Kau okay tak?"

Perlahan tubuhnya disandar lalu matanya dipejam sambil tangan tak sudah mengurut pinggang.

"Sakit sangat ke?"

"Diam boleh tak? Saya tak nak dengar suara awak!" Kan dah kena marah, buat hal lagi.

"Kita pergi mengurut, aku risau pinggang kau makin teruk."

Diana menepis kasar tangan Isaac, sesuka hati nak pegang pinggang orang. Ingat murah sangat ke Diana ni?

"Awak jangan anggap saya perempuan murah yang mudah disentuh! Better awak bawak saya balik, saya nak rehat."

"Kita mengurut dulu, baru kita balik. Okay?"

Diana buat mata ke atas, anggukan lemah diberi. Elok jugak, lagipun Diana risau kalau-kalau pinggangnya sakit esok. Susah pulak nak pergi kelas. Nak merajuk pun ada limit jugak, tak boleh nak ikut ego. Jadi apa-apa siapa susah? Diri sendiri jugak kan? So better pergi mengurut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro