Bab 20
Isaac buka mata perlahan-lahan, kantuknya telah hilang selepas dirinya tidur. Dapat rehat sekejap pun dah bagi tenaga yang mencukupi sebenarnya baginya. Mata dibawa menebar ke sekeliling. Tak ramai pelajar yang ada, tinggal Isaac dengan Diana aje. Senyum senget terukir di bibir melihat Diana tidur.
"Tadi tak nak join aku tidur, ulangkaji jugak jadi pilihan kau. Membosankan..." Isaac buat mata ke atas. Seenaknya bibir itu mengata.
Gatal tangan mahu ambil pen, Sekeliling diperhati terlebih dahulu sebelum telapak tangan itu menjadi lakarannya. Sedaya upaya lelaki itu tidak menyentuh tangan Diana.
-Isaac loves Diana, hubungan sampai jinjing pelamin.
Bentuk love dilukis belakang perkataan yang ditulis. Tak cukup tulis ayat itu semua, Isaac lukis orang lidi berpegangan tangan. Biarpun lukisan tak berapa jadi atas sebab tangan Diana tidak dipegangnya, namun itu tidak menjadi masalah. Isaac dah puas hati macam ni.
"Awak dah bangun?" Isaac cepat-cepat simpan pen itu dalam kotak pensel Diana semula.
"Ummm...." Kepala yang tidak gatal digaru.
Malu pulak bila dah hampir terkantoi. Deheman kecil dibunyikan, sesekali anak matanya mengerling Diana. Kuyu anak mata itu, baru bangun tidur kan?
"Okay tak? Nak balik sekarang atau kau nak rest sini dulu?"
"Nak rest tapi..." Jam tangan miliknya ditatap. Dah lewat, takkan nak rest lagi kan?
"Kita perlu balik sekarang, bahaya balik lewat malam." bagitahu Diana sambil mengemas setiap perkakasnya.
"Aku ada, tak perlu nak takut apa-apa. Setakat mereka semua, sekelip mata aku boleh habiskan."
Tak ada kedengaran bongkak, Isaac bagitahu hal yang pernah terjadi iaitu dia hampir membunuh seorang lelaki kerana menganggu Ayuni. Hampir nak mati, nasib baik Ayuni halang. Kalau tidak entah apa yang terjadi.
"Saya tahu, tapi kita berdua bukannya suami isteri yang sah boleh keluar berdua. Tak elok mata memandang."
"Tak payahlah pandang, tengok aje." Loyar buruk tak berapa laku Isaac menarik senyum Diana.
"Baik tak payah ada mata." gumam Diana perlahan.
Beg sandang miliknya dicapai lalu langkah dihayun keluar dari perpustakaan diikuti Isaac dari belakang. Tak tertinggal jugak, penutup kepala hoodie lelaki itu pasti dipakai.
"Nak makan apa-apa ke? Aku dah lapar seharian tidur dalam perpustakaan." bagitahu Isaac sebagai isyarat.
"Lepas balik, awak makan aje terus. Konfem dah tak lapar." Diana yang tak tahu apa-apa, keluarkan saja apa yang ada dalam benak fikirannya.
"Kau ni selalu tak faham kan?" Isaac mendecit geram.
"Tak faham apa?" Diana turun tangga menuju keluar pintu Universiti.
"Aku nak ajak kau makanlah, aku tak nak makan dekat rumah." jujur Isaac mengaku.
"Tapi dah lewat, saya tak nak balik lewat lebih daripada pukul sembilan malam."
Helaan nafas lega keluar dari bibir saat Diana telah lolos keluar dari tempatnya belajar. Masa untuk bersenam pulang ke rumah sewa.
"Kau nak aku paksa kau ke macam mana?" Makin kuat suara Isaac atas sebab penolakan dari Diana.
"Saya memang tak nak, yang awak nak naik angin ni kenapa? Dah gila ke?" bentak Diana geram.
"Kau jangan sampai aku paksa kau masuk dalam kereta aku."
"Saya tak naklah! Tak faham bahasa ke?"
Bunyi enjin motor berkuasa tinggi kedengaran menuju ke arah mereka. Isaac memegang lengan Diana yang berlapik, kuat sehingga dahi mulus itu berkerut rapat.
"Diana?"
"Ishak?" Ishak menatap sinis Isaac, tegang sekali muka lelaki itu. Jeles?
"Kenapa tak balik lagi? Dah lewat ni, bahaya berdua-duaan dengan Isaac....Isaac boleh buat sesuatu tak baik dekat Anna tau."
Uish!
Berasap telinga Isaac mendengar nama panggilan yang selalu diguna itu telah dipakai orang lain.
Buk!
Sekelip mata, motor berkuasa tinggi itu jatuh atas perlakuan Isaac menolak motor itu. Terjerit Diana atas kelakuan tidak baik Isaac pada Ishak.
"Hey! Apa yang awak cuba buat ni? Dah gila ke?! Ingat murah motor besar macam ni?! Huh?!" lantang Diana memarahi Isaac.
Melihat senyuman sinis dari Ishak, Isaac menarik tangan halus itu mengikut langkahnya. Jeritan dan rontaan dari Diana tidak dihiraukan. Tubuh kecil itu ditolak kasar masuk ke dalam kereta mewahnya.
"Kau keluar, aku akan pastikan kau menyesal! Aku boleh buat apa saja...." Isaac merendahkan sedikit tubuhnya merapati telinga Diana.
"Aku boleh rogol kau dalam kereta aku sendiri, kalau kau berani keluar....aku takkan bagi kau peluang untuk selamatkan diri, faham?!"
Bam!
Kuat hempasan pintu bagai sebuah kemarahan yang tiada surut. Sempat Isaac mencerlungkan mata pada si Ishak, sebuah amaran yang dia akan buat sesuatu pada lelaki itu. Kau tengoklah nanti! Kacau babygirl aku lagi!
"Asshole!"
Isaac menghidupkan enjin keretanya, secara drift gaya mafia lelaki itu meninggalkan kawasan Universiti itu.
"Awak lelaki tak guna kan? Dengan Ishak pun awak boleh buat macam tu, apa lagi yang pernah awak buat?"
"Aku pernah bunuh orang..." akui Isaac tanpa segan silu.
Diana telan air liur kasar, bahunya jatuh. Hilang semangat untuk buat hal mahupun cakap lebih-lebih dengan Isaac. Bunuh orang? Apakah Diana akan dibunuh nanti?
"Kau nak takut apa? Aku takkan bunuh babygirl aku....aku sayang babygirl, mana boleh bunuh." lembut suara lelaki itu.
Cepat sekali emosi lelaki itu hilang, mati akal untuk Diana fahami lelaki itu. Psiko!
"Aku nak bunuh Ishak, kau nak tengok?" Terbuntang hebat mata Diana. What?
"Awak nak bunuh Ishak?" ulang Diana untuk sekali lagi. Gila ini lelaki, ingat bunuh ni apa? Kenapa Isaac tidak ditangkap oleh polis? Kenapa?
"Aku suka bunuh orang yang kacau kau...." Isaac ketawa terbahak-bahak.
"Tapi awak tak patut-"
"Kau nak bela Ishak sekarang? Hah?!" Emosi Isaac tiba-tiba berubah mendadak.
"Tak-sa...sa-"
"Perempuan jenis apa kau ni? Kau nak curang dengan aku? Kau sukalah lelaki berharta macam Ishak kan? Ada motor besar, tak macam aku...miskin!"
"Saya tak pernah cakap macam tu, aw-"
"Kau nak tipu aku apa lagi hah?! Perempuan tak guna!" Stereng kereta dihempas kuat, terhinggut bahu Diana. Diana mengecilkan diri. Takut!
Panik,
Itu yang Diana rasai saat kereta milik Isaac diparking di tepi jalan. Terketar-ketar tangan Diana memegang pemegang pintu.
Allah....
Selamatkan Diana.
"Kau bagitahu aku sekarang, kau sayang siapa? Aku atau Ishak!?" jerkah Isaac kuat.
"Sa-sa...saya..." Kedua lengan Diana dicengkam kuat.
"Kau cakap sekarang, siapa! Siapa lelaki yang kau suka, aku atau Ishak! Hah?! Jawab aku tanya perempuan!" Tak henti lelaki itu menjerkah Diana.
Tidak pula menangis, cuma Diana beristighfar agar dapat mengeluarkan kata dengan baik. Untuk Diana menjerit, tak akan ada sesiapa yang mendengarnya, manakan tidak. Kawasan tempat lelaki itu berhenti penuh dengan hutan. Tipis peluang untuk Diana menyelamatkan diri. Ada baiknya Diana dapatkan rancangan yang baik untuk melarikan diri.
"Saya suka awak, okay? Saya tak suka Ishak. Ishak bukan sesiapa...." Diana senyum kekok.
"Betul ni darling? Betul ni?" Mata Isaac berkaca mahu menangis. Terharu!
"Betul..." Nipis Diana ukirkan senyum. Sabar ajelah dengan lelaki psiko ini. Gila betul!
"Darling tak suka motor berkuasa tinggi kan?"
"Umm...suka."
Melihat perubahan dari wajah Isaac, cepat-cepat Diana betulkan ayatnya.
"Anna suka motor kuasa tinggi tapi Anna tak suka Ishak."
Helaan nafas lega keluar dari bibir menatap muka tampan itu sudah tersenyum senang. Kedua tangannya juga sudah bebas bergerak, alhamdulilah...
"Isa belikan motor berkuasa tinggi esok, kita naik sama-sama tau...." ajak Isaac dengan gaya percakapannya seperti budak-budak, manja saja.
"Tapi...Anna tak boleh naik motor dengan Isa."
"Tapi kenapa?" Diana ketap kuat gigi. Isaac memang sengaja nak buat suara macam budak-budak ke? Dahlah comel, aku pukul jugak budak ni kang?
"Umm...sebab kita berdua bukan suami isteri."
"Jomlah kahwin....nak?" Kedua mata Isaac mengerdip comel. Lembut aje tatap lelaki itu. Gila!
Terbeliak biji mata Diana, kahwin? Lajunya...nak pergi mana weh?
"Kita berdua tak habis belajar lagi, mana boleh kahwin. Diana dah cakap nak capai impian dan nak tolong mak ayah. Tak naklah kahwin awal-awal."
"Umm...." Muka Isaac kecewa.
Tubuh itu bersandar lemah dengan mata terpejam rapat. Tangan itu pula seperti mengira sesuatu.
"Awak buat apa?"
"Kiralah,"
"Kira?"
"Isa cakap nak anak lima sebulan, macam tak sempat je...." Kecewa sangat suara lelaki itu.
Muka Diana dah naik merah menyala, telefon pintar miliknya diambil dalam beg sandangnya lalu dimain tanpa hiraukan Isaac. Malu!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro