Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Hahaha korang memang terbaik. Betul-betul vote nak bagi sy update. Sy bru nk rncang utk menyepi. Terpksa menulis sbb korang. Nah! Enjoy tau! Kenyit mata menggoda

Dia?

Lelaki yang sejak tadi pandang dirinya dalam kelas. Selamba badak lengannya ditarik mengikut langkah lelaki itu.

" Kita nak pergi mana? Orang tengoklah! Lepaskan saya!" bisik Diana keras.

Berjalan dengan jejaka idaman semua pelajar di sini. Memang buat Diana rasa tak selamat. Mana nak selamatnya, kalau ada peminat lelaki ini buli Diana macam mana? Diana tak suka dibuli.

" Teman aku makan." arah lelaki itu dengan suara dominan.

Diana buat mata ke atas. Disebabkan perutnya turut lapar. Meragam sejak tadi, Diana terima saja ajakan lelaki itu. Kerusinya ditarik.

" Duduk."

Diana angguk dengan garuan kepala. Asal sampai nak kena tarikkan kerusi untuknya? Diana bukannya tak ada tangan.

Diana memesan makanan tanpa hiraukan lelaki di hadapannya itu. Malas nak ambil tahu. Usai siap, Diana bermain dengan telefon pintarnya. Bunyi decitan buat Diana panggung kepala pandang si lelaki.

" Okay?"

" Aku tak suka kau jalan seorang diri."

Garis halus timbul pada dahi Diana. Soalan dibalas dengan arahan yang tidak sepatutnya. Siapa lelaki ini mahu aturkan hidupnya? Biarlah nak jalan seorang diri pun. Bukannya universiti ini bahaya.

" Saya tak ada kawan."

" Aku boleh jadi kawan kau." lelaki itu mengoffer diri.

Diana ketawa kecil. Kelakar dengan lelaki ini. Baru kenal hari ini dah nak jadi kawan? Lepas kenal beberapa hari takut jadi lawan pulak nanti.

" Saya datang sini nak belajar. Bukan nak cari kawan." Diana peluk tubuh.

" Aku nak pastikan kau selamat pulang. Itu aje." Pesanan mereka dah sampai. Lelaki itu hanya memesan air sirap saja.

" Kenapa awak tak makan?" soal Diana aneh.

Makanan yang dipesannya dimakan tanpa endahkan pandangan dari lelaki itu. Tak lepas mata Isaac pada perempuaj itu. Diana terlalu cantik. Buatkan dia mahukan perempuan ini menjadi miliknya. Untuk dirinya saja.

" Aku dah kenyang." jawab lelaki itu.

" Kenyang? Tapi kenapa ajak saya makan?"

" Nak teman kau makan. Macam aku cakap...aku tak suka tengok kau sorang-sorang." jawab lelaki itu mudah.

Diana mengangguk. Biarkan aje apa yang lelaki itu mahu katakan. Buat apa nak ambil kesah. Bukannya Diana akan jumpa setiap hari. Pasti lelaki itu dari bidang lain. Mustahil akan masuk sama dengan bidangnya.

" Awak ambil bidang apa dekat sini?"

" Doctor/Diagnosis jobs."

Diana mengangguk gembira. Tidak dipamer senyuman. Malah Diana buat muka biasa. Dalam hati dah tersenyum bahagia macam orang gila. Yakin lelaki itu tak akan ganggunya lagi.

" Kau bidang apa?"

" Marketing jobs." Dengan senang hati Diana beritahu.

Daniel senyum sinis. Air sirapnya diminum rakus sehingga habis. Ada rancangan yang akan dia sudahkan nanti. Cukup buat perempuan itu terkejut nanti. Muka pun nampak berseri. Pasti tak nak jumpa Daniel kan? Mustahil itu!

" Kenapa kau suka bidang tu?"

Banyak pulak lelaki itu bercakap. Kalau dengan orang lain tak ada pulak sampai bercakap begini. Naik aneh Diana. Walaupun aneh, masih dijawab pertanyaan itu.

" Sebab saya nak tahu macam mana strategi berniaga. Zaman sekarang bukan mudah nak dapat apa-apa pekerjaan. Mana tahu dengan pelajaran saya tentang perniagaan boleh bantu saya bukak kedai sendiri. Saya pun berazam nak ada butik pakaian sendiri." Cerita Diana tanpa disuruh.

" Lepas belajar nak buat apa? Kahwin?"

Laju Diana menggeleng. Kahwin hal yang paling terakhir akan Diana fikirkan. Semuanya dah tersusun rapi dalam otaknya. Rancangan yang akan dia lakukan. Diana mahu berjaya. Itu janjinya!

" Saya tak nak fikir hal kahwin lagi, saya nak mewahkan keluarga saya dulu. Walaupun saya adalah dari keluarga yang berharta. Tapi itu tidak bermaksud saya tidak perlu memikirkan mereka. Mereka syurga bagi saya. Hal kahwin tu letak tepi dulu. Malas nak fikir." Diana letak tepi pinggang yang sudah habis dimakannya. Kenyang!

" Kalau ada orang masuk minang kau takkan terima?"

Diana angkat kedua bahunya. Tak terfikir lagi akan perkara itu. Semuanya atas keluarganya. Kalau diterima, Diana pun akan cakap setuju. Tak kesah sangat bab jodoh ini semua.

" Kenapa awak tanya macam tu?" Diana sandar tubuh di atas kerusi.

" Sebab aku nak tahu."

" Takkan sebab tu je?" Diana kecilkan mata. Macam pelik aje lelaki ini.

" Sebab. Tu. Je." Sebut Daniel satu persatu.

Diana mengambil beg sandangnya. Daniel turut bangun. Melihat perempuan itu menuju ke kaunter, laju Daniel ke depan. Tolong bayarkan makanan Diana.

" Bayar sekali."

" Saya ada duit." lembut Diana menolak.

Daniel menggeleng. Menolak lembut tubuh itu dari bayar. Diana mengeluh. Wang disimpan semula.

Usai siap lelaki itu bayarkannya, tangannya diheret mengikut langkah lelaki itu. Diana merentap tangan lelaki itu. Tak suka dipegang.

" Jangan pegang saya. Saya tak suka."

Raut wajah tampan itu ditatap. Biasa saja. Tak ada rasa marah dengan penolakannya itu. Diana berdehem kecil sebelum menyambung kata.

" Saya nak ucap terima kasih sebab bayarkan makanan untuk saya." ucap Diana ikhlas.

Mereka berdua kini berjalan bersama menuju ke rumah sewanya.

" Kenapa awak ikut saya? Baliklah. Saya pun dah nak sampai rumah." halau Diana.

" Aku nak pastikan kau balik dengan selamat." ucap Daniel lalu masukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

" Saya dah selamat. Jangan risau."

Rahang Isaac bergerak tidak sempurna. Penolakan dari Diana mencabar kesabarannya. Buat benda baik pun tak boleh. Perlu ke nak halau bagai? Padahal Daniel cuma nak Diana balik dengan selamat. Itu saja.

" Rumah sewa kau beberapa meter lagi. Aku perlu hantar sampai ke sana." tegas Daniel.

" Saya boleh jalan seorang diri. Awak tak faham bahasa ke?" kasar suara Diana. Geram sangat agaknya dengan si Daniel.

Muka Daniel merah padam. Digenggam kuat tangan. Marahnya sampai tahap paling atas sekali. Dah nak meletup bagai gunung berapi.

" Aku nak pastikan kau selamat! Itu pun susah! Kau memang perempuan tak sedar diri. Kau ingat aku nak sangat hantar kau balik? Blahlah!" amuk Daniel penuh kemarahan.

Terangkat bahu Diana. Menggeletar hebat tubuhnya kerana dimarah. Langkah dibawa mengundur ke belakang. Mata Diana berkaca. Tali beg sandang digenggam kuat.

" Sa-saya mi-minta maaf...sa-saya balik dulu."

Tak semena tangannya ditarik tanpa sempat Diana melarikan diri. Tersembam elok muka Diana pada dadanya. Diana menolak. Namun, tangan itu erat merangkul pinggangnya. Melarang keras dari menjauh.

" Aku minta maaf, aku tak bermaksud nak marahkan kau. Aku cuma risaukan kau. Aku nak kau balik dengan kau. Maafkan aku ya?" pujuk Daniel lembut.

Diana panggung kepala. Terpegun seketika melihat raut wajah kacak lelaki itu. Mungkin ini sebab Isaac selalu menutup muka dengan hoodie. Rupanya kerana rupa lelaki itu yang begitu tampan.

" Aku minta maaf..." Pipi Diana dielus lembut.

Diana menepis kasar tangan lelaki itu. Menolak menjauh. Mengelamun sekejap kerana ketampanan lelaki itu. Diana menggeleng. Tangannya ditarik tiba-tiba buat Diana menjerit kecil.

" Saya boleh jalan sendiri. Tak payah pegang tangan." Diana mendengus geram.

" Aku takut kau hilang." Diana buat muka. Hilang pergi mana? Mengarutlah lelaki ni. Ish!

For next bab?

🔑Kuncinya adalah

25⭐  Votes for open next chapter🔓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro