Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19

Pen diketuk beberapa kali pada meja. Perlahan saja, agar tidak menganggu pelajar yang berada di dalam perpustakaan ketika ini. Sedang enak mengulangkaji setiap subjek. Tiba-tiba datang seorang lelaki entah dari mana menegurnya.

"Hai," sapanya.

"Hai..." balas Diana sedikit kekok.

"Boleh saya duduk sini?" Isyarat mata tempat duduk di depan Diana diberi.

"Boleh."

Ishak melabuhkan duduk, beg sandang miliknya diletak sebelahnya. Diana leka menulis nota pendek sebagai hafalan sehingga tidak sedar ada mata yang memandang.

"Awak tak kenal saya?" soal Ishak kedengaran kecewa suaranya.

"Pardon me?" Dahi Diana berkerut rapat.

"Awak tak kenal lelaki yang pernah awak langgar tempoh hari?" Ishak senyum manis, mungkin orang lain tengok akan cair. Tapi bukan Dianalah.

"Siapa? Saya terlupa..." Diana garu kepala dengan pen birunya.

"Ishak."

"Lelaki yang sama bidang dengan..." Hilang kata dari Diana saat anak mata melihat kelibatan Isaac masuk perpustakaan.

"Habislah aku kali ini..." gumam Diana, cukup untuk dia saja mendengarnya.

"Awak kenal Isa?"

"Erk..."

"Kau buat apa dekat sini Ishak?" soal Isaac tenang.

"Cari buku, kau pulak asal masuk pustaka? Sejak bila?" sinis Ishak menyoal.

"Aku bukannya cari buku, tapi aku sedang cari babygirl aku."

"Babygirl?" ulang Ishak aneh.

Isaac angguk lalu duduknya dilabuh di sebelah Diana yang senyap sejak tadi. Terkejut agaknya keberadaannya di sini. Isaac mana boleh Diana tak ada dekat kelas, konfem cari punya. Babygirl kan?

"Babygirl, kenapa diam? Sakit ke? Hmm?" soal Isaac sengaja buat suara lembut.

Isaac tongkat tangan pandang Diana. Pandangannya lembut sekali, pelik Diana menatap riak tenang lelaki itu. Isaac ketawa sinis, bibirnya digigit perlahan sebelum kasut itu bermain di sekitar kaki Diana. Terbuntang mata Diana, pandangan mereka bertembung. Isaac buat muka tak bersalah. Isyarat dari Diana dihiraukan. Tak nak dengar! Jeles tahu tak!

"Sejak bila korang berdua?" Tersembunyi kekecewaan dari nada itu.

"Dah lama, aku dengan dia rancang nak kahwin. Anak pulak kalau boleh nak dapat lima orang sebulan."

Terbeliak biji mata Diana mendengarnya. Isaac dah gila atau apa? Sejak bila Diana rancang perkahwinan? Dan anak? Apakah?

"Sebenarnya..."

Tak semena katanya dipotong terus oleh lelaki itu tanpa sempat dihabiskan.

"Sebenarnya aku dah lama nak bagitahu kau, cuma itulah...aku busy sangat jaga babygirl aku. Babygirl aku susah bab makan, terpaksalah aku keluar beli makan demi dia. Kan babygirl?"

What?

"Oh....okay." balas dari Ishak sebelum lelaki itu angkat punggung keluar dari perpustakaan.

Isaac ketawa terbahak-bahak. Puan Anita selaku penjaga kaunter memberi isyarat diam diendah begitu saja.

"Aku ketawa sekejap aje, tak payah shh...shh... aku bukan binatang." Selamba badak lelaki itu melaung pada Puan Anita.

Puan Anita menggeleng. Kenal dengan sikap selamba dan kurang ajar dari Isaac, maka dia diamkan saja. Bukan apa, kalau makin melawan. Datang psiko Isaac lain jadinya. Dah masak sangat dah.

"Tak baiklah awak buat macam tu, Puan Anita lakukan tugas dia saja. Awak sepatutnya tunjuk sikap yang baik. Awak senior dan tak sepatutnya tunjuk sikap kurang macam ni."

"Alah, aku kurang ajar kejap aje. Esok-esok aku minta maaf okaylah."

"Minta maaf tak bermaksud perlu mengulangi hal yang sama."

Hambik kau! Kan dah kena, nak sangat jadi kurang ajar kan?

"Seronok layan lelaki lain belakang aku?"

"Tak ada masa saya nak layan lelaki lain, layan awak pun dah buat kepala saya tercabut. Nak layan lelaki lain?" Diana ketawa sinis, seperti mengejek pun ada jugak.

"Aku tak suka kau rapat dengan Ishak, aku tahu Ishak sukakan kau. Bukan aku tak nampak!" Puan Anita mengerling Isaac beberapa kali.

"Suara awak tak boleh nak perlahan sikit ke? Puan Anita dah tengok awak lain macan tau," Diana buat muncung pada Puan Anita.

"Muah!"

Terkejut Diana apabila bibir muncung milik Isaac memberikannya ciuman dari bunyi. Merah menyala muka Diana.

"Awak dah gila Isa." Isaac ketawa kecil.

Pelajar-pelajar yang melihat hubungan manis mereka berdua pandang cemburu. Isaac tidak pernah ketawa andai mereka mendekat. Malah Isaac diam tanpa kata.

"Kau tak nak cuba nasib?" Lily fikir seketika. Boleh jugak!

Lily merapati pasangan berdua itu. Melihat perempuan yang mendekat, Isaac sibukkan diri bermain telefon pintar miliknya. Malas nak tengok perempuan yang ada di depan mata.

"Boleh saya duduk sini? Nak ulangkaji sekali, kalau tak faham apa-apa saya boleh tanya Isaac."

Tak sempat tarik kerusi, suara dominan bersalut beku dari lelaki itu kedengaran.

"Tempat lain banyak lagi kosong, tak perlu nak mintak aku sebagai ajaran sedangkan kau banyak teman perempuan."

Lily ketap kuat gigi, merah menyala muka menahan marah atas setiap kata pedas dari Isaac.

"Tak baiklah!" marah Diana geram.

"Kau semuanya tak baik, kalau orang lain buat jahat dekat kau pun kau still nak buat baik kan? Baik berpada-padalah." Sedas dapat ceramah dari Isaac.

"Lily, saya...."

"Tak apa, saya faham. Saya tahu Isa tak sukakan saya, mungkin tak patut saya ganggu korang berdua."

"Tak, awak tak ganggu-"

Sekali lagi katanya dipotong,

"Kau penganggu, sila keluar."

Lily ketap kuat giginya, barang miliknya yang berada di atas meja tidak jauh darinya dicapai dan dibawa keluar bersama. Sebal!

"Kenapa awak halau dia? Dia tak bersalah tahu tak!" Diana cekak pinggang geram.

"Shhh..." Puan Anita buat isyarat jari telunjuk melekap pada bibir.

Diana tarik nafas panjang lalu hembus. Sabarnya hilang kerana Isaac.

"Aku tak nak orang lain dekat dengan aku selain kau, kau lupa? Aku adalah milik kau sorang."

"Takde maknanya." bisik Diana perlahan.

Diana sudahkan kerjanya dengan tenang. Malang, tenangnya hilang apabila Isaac sengaja menganggunya. Merampas buku miliknya, tidak cukup itu. Pensil dalam bekas pensil diambil lalu tangan itu tangkas melakar sesuatu. Sesekali wajahnya ditatap Isaac.

"Awak nak buat apa ni?"

"Sabar babygirl," tahan Isaac.

Bersungguh lelaki itu melukis, tak sanggup untuk Diana merampas saat anak matanya melihat hasil kerja Isaac.

"Cantik tak?" soal Isaac, pamer senyum manis.

Diana tak terkata, hasil lukisan dari Isaac amatlah cantik sekali. Betul-betul nampak muka Diana. Sekali tengok dah tahu itu adalah dia.

"Awak pandai melukis?"

"Of course, hobi aku sejak dulu." Isaac beri semula buku itu pada Diana.

"Sayangnya..." Diana mengumam sedih.

Diana sayang nak padam lukisan ini. Cantik sangat sehingga tangan pun rasa berat nak capai pemadam. Sayanglah nak padam...cantik!

"Aku ada banyak lukisan kau, kau tak perlu risau babygirl." pujuk Isaac lembut.

"Lukisan saya?" Anggukan diberi.

"Dari mana gambar saya awak dapat?"

"Tangkap curi-curi dan....atas usaha Ayuni." Senyum sinis terkutik di bibir. Hehe

"Ya Allah..."

"Aku cium setiap hari gambar kau melalui telefon." Diana dah mula geli geleman. Asal jujur sangat si Isaac ni? Aduh!

"Tak ada lagi jujur ke?"

"Selalu ikut kau dari belakang,"

"Untuk?"

"Pastikan babygirl aku selamat." Isaac kenyit mata menggoda.

Diana kemam rapat bibir, merah mukanya tak dapat ditahan lagi. Apatah lagi hatinya, cair sudah tahap geliga.

"Aku ikut dari belakang aje, aku takkan buat lebih. Aku takkan intai kau atau buat benda buruk dekat kau. Kau babygirl aku, aku tak sanggup sakitkan kau."

Diana buat tak dengar, malas nak layan Isaac. Isaac menguap, akhirnya tangan itu dilentok atas meja. Mengantuk!

"Nak balik bagitahu Isa tau...."

Diana mengangguk malu, suara Isaac kedengaran comel. Separa mengantuk kan?

Macam budak-budak yang bagitahu mak yang dia nak balik atau pergi mana-mana. Aduh hati!

For next bab?

🔑Kuncinya adalah

75⭐  Votes for open next chapter🔓

Terima kasih utk yg sudi vote. Sy bgi love bnyk ii dkt korang.  Tak dapatlah nak menyepi kali ini. Haih...

Jgn lupa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro