Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

"Kau nak tahu tak? Hawa hampir dirogol dan aku tak tahu macam mana keadaan dia sekarang, yang aku tahu...dia dah pindah." bisik perempuan yang ada beberapa meter darinya.

Diana pandang sekumpulan pelajar perempuan itu. Mereka banyak berbicara tentang Hawa. Berita Hawa pindah universiti kini telah tersebar luas. Tak ada yang tahu apa yang terjadi. Kawan-kawan Hawa pun jadi takut bila bertemu dengan Diana. Diana sendiri pun tak faham.

"Yuni, kenapa dengan Hawa? Awak tahu tak tentang Hawa? Hawa hampir dirogol ke?" soal Diana bertalu-talu.

Ayuni angkat bahu. Makanan yang ada di depan mata dilahap tanpa pandang kiri dan kanan. Jujur dia hati mengenai Hawa. Namun, kerana ugutan dari Isaac menjahit mulutnya dari mengeluarkan apa-apa kata yang tidak sepatutnya. Lebih baik diam daripada berbicara bukan?

"Kau tak perlu tahu pun. Hawa bukannya kawan baik yang ada ketika susah senang kau. Dia siap tikam belakang kau dan kau masih mahu ambil tahu pasal dia?"

"Walaupun Hawa jahat dekat saya, saya percaya dia lakukan semua itu bersebab."

"Dan kalau itu semua sebabnya adalah Isaac? Kau akan tetap berlaku baik dekat dia ke?"

Diana mengangguk tanpa segan silu. Decitan keluar dari bibir Ayuni dengan perbuatan baik Diana. Kenapa Diana perlu jadi baik sampai macam ni sekali?

"Isaac tak ada apa-apa hubungan dengan saya. Boleh jadi lepas saya bincang elok-elok dengan Isaac, hubungan Hawa dengan saya akan baik semula." Ayuni ketawa sinis.

"Macam mana nak berbaik kalau si Hawa dah tak ada? Dia dah pindah universiti. Kau lupa?"

Diana ketap bibir beberapa kali. Akan Diana cari tahu jugak siapa yang telah melakukan hal yang buruk pada Hawa. Wajib Diana untuk tahu kerana Hawa adalah kawan baiknya. Mereka gaduh pun kerana Isaac. Sepatutnya Diana terus-terang yang dia tak ada apa-apa hubungan dengan Isaac. Barulah hubungan mereka berdua tak renggang.

"Saya selalu nampak teman-teman Hawa tapi kenapa mereka selalu mengelak diri daripada saya?" Jawapan yang diperoleh hanya angkat kedua bahu saja.

Spontan anak mata Diana bersambung dengan anak mata Hanis yang baru masuk ke dalam kantin. Cepat-cepat Hanis paut tangan teman-temannya lari dari Diana. Diana mendengus kasar lalu dengan langkah laju mengejar teman-teman Hawa.

"Hanis!"

Lelah nafas Diana mengejar. Dahlah staminanya bukan kuat sangat dalam bab berlari. Jujur Diana tak suka berlari berbanding dengan berjalan yang tidak memerlukan banyak tenaga.

"Hani!"

"Hana!"

Makin laju mereka berlari. Diana tidak berputus asa. Mengejar setiap derapan langkah sehingga betul-betul berada di depan mereka.

"Korang ni kenapa? Kenapa nak larikan diri dari aku? Apa yang aku buat? Aku 'pernah' jadi kawan korang. Takkan macam ni saja layanan korang dekat aku?"

Hanis nampak serba salah dibandingkan dengan Hana dan Hani. Mereka berdua kelihatan tidak berpuas hati dan masih marahkan Diana. Diana sendiri tak tahu apa salahnya pada mereka. Diana ada buat salah ke? Adakah ia melibatkan Hawa?

"Kenapa dengan Hawa sebenarnya? Kenapa Hawa pindah?"

"Kau jangan buat tak tahulah! Kau yang rancang semua ni kan? Kau yang upah orang untuk rogol Hawa kan?" Hana makin mendekat.

Hani membawa peranan menjauhkan Hana dari Diana. Membisikkan sesuatu yang mampu melesapkan segala perkataan yang ingin dihamburnya. Tangan digempal penumbuk menahan amarah yang tiada surut.

"Sabar Hani, aku takut kalau Isaac ada dekat sini. Kau tahu apa yang Isaac boleh buat kan? Kau tak ingat ugutan dia?" bisik Hana perlahan. Cukup untuk mereka berdua saja mendengarnya.

Hani pejam erat matanya. Nafasnya turun naik menahan marah. Matanya tajam bak helang pandang Diana ketika ini.

She is mine, touch her....i'ii kill you.

Ayat yang tidak sudah berlegar di dalam kepalanya. Sejujurnya Hani tak mampu tahan marah pada Diana. Tapi kerana dia tak mahu menjadi mangsa kedua. Terpaksa marahnya ditahan juga.

"Kau bernasib baik...kalau tak, dah lama aku tumbuk kau sampai mampus." Hani senyum sinis.

"Mungkin sekarang kau selamat tapi aku tak janji yang aku takkan pukul kau. Aku harap...aku takkan jumpa muka kau lagi. Aku tak tahan tengok kau. Aku rasa nak bunuh. Kau faham?"

"Kenapa tak bunuh? Takut?" cabar Diana berani mati.

"Kau jangan nak menyombong lepas apa yang jadi Ana. Mungkin sekarang kau rasa hebat kerana mempunyai hero. Tapi aku! Aku takkan sesekali berikan kau peluang untuk kau hidup lama!"

"Hani, dahlah tu..." Hanis mencelah. Menolak lembut tubuh itu agar masuk kelas bersamanya.

"Jom geng, aku malas nak bercakap dengan orang jahat macam dia. Buruk betul perangai! Tak sudi aku ada kawan macam dia." Diana pejam erat mata. Sakit mendengar tohmahan yang dilemparkan untuknya.

"Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa tak ada orang nak jelaskan dekat aku walaupun sorang? Kenapa?!" lantang suara Diana mengamuk sehingga menghentikan langkah mereka bertiga.

Hana menggeleng kepala pada Hani. Isyarat mata diberi, sementara kaki perlahan dihayun ke arah Diana. Keluhan berat dilepaskan. Hana tahu ini bukannya salah Diana. Mereka saja yang tidak dapat menerima atas perbuatan Isaac. Itu sebabnya jadi sebegini rupa.

"Aku nak tanya kau, kau tahu rancangan disebalik yang terjadi?" soal Hana lembut.

"Aku tak tahu langsung apa yang terjadi dekat Hawa. Siapa yang buat Hawa macam tu? Kenapa dia cuba buat benda yang tidak sepatutnya macam ni? Otak aku dah tepu nak cari jawapan untuk semua tu. Kenapa korang nak letak semua kesalahan ini dekat aku sedangkan ini semua bukan salah aku? Kenapa?" luah Diana geram.

"Ana...." Hana meraup kasar mukanya.

Bukan tak nak beritahu hal sebenar, tapi Isaac melarang keras dirinya dari katakan semua yang telah terjadi. Isaac tak nak Diana tahu dari mulut orang lain.  Takut jadi hal yang tidak sepatutnya.

"Sebenarnya ada orang yang lindungi kau dari jauh."

"Huh?" Blur seketika Diana. Apakah?

"Betul, ada seorang lelaki yang tulus sayangkan kau. Dia tak nak kau dilukai walaupun sedikit." Hana senyum sikit.

"Jujur aku bencikan kau sebab kau adalah penyebab Hawa pindah universiti lain. Tapi bila difikirkan balik... bukan ini yang kau nak kan? Bukan ini rancangan kau. Kalau betul rancangan kau, kau dah bergembira atas sebab Hawa dah tak ada."

"Aku tak faham, cuba kau jelaskan dekat aku. Apa yang kau cuba sampaikan ni?" soal Diana dengan garuan kepala.

"Aku tak boleh bagitahu." Hana telan air liur kasar saat nampak Isaac berjalan menghampiri Diana.

"Aku pergi dulu, sorry Ana..."

Berkerut hebat muka Diana. Panggilannya diendahkan. Mereka berlari anak masuk ke dalam kelas. Pelajar yang menjadi pemerhati sejak tadi pun beransur hilang. Diana tersentak saat berpusing belakang tubuhnya hampir melanggar Isaac.

"Isaac?"

Isaac buat tak layan. Tak berkelip Diana melihat cara layanan lelaki itu padanya. Gaya merajuk pun ada jugak. Terasa seseorang menyucuk bahunya.

"Nak apa?" kasar bahasa Diana. Terlalu geram pada Isaac sehingga orang lain menjadi terlampias amarahnya.

"Erk...erk....I-isaac bagi ni." Dua roti panjang gardenia perisa vanila dan coklat dihulurkan padanya.

"Kenapa Isaac tak bagi sendiri?" soal Diana tidak puas hati.

Usai roti diterima, terus lelaki itu memecut lari tanpa sempat Diana ucapkan terima kasih. Diana mendengus geram. Kali ini dia harus bercakap dengan Isaac. Harus!

For next bab?

🔑Kuncinya adalah

70⭐  Votes for open next chapter🔓

Terima kasih utk yg sudi vote. Sy bgi love bnyk ii dkt korang.  Tak dapatlah nak menyepi kali ini. Haih...

Jgn lupa

Kira halal 5 votes hehe

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro