Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Diana leka dengan kerjanya manakala Isaac menjadi pemerhati yang tidak bertauliah. Perasaan malu ditepis membiarkan sepi daripada hanyut dengan rasa yang tidak sepatutnya.

"Lambat lagi ke kerja kau ni? Aku dah mengantuk, dah lima jam kau berada dalam perpustakaan ini. Tak bosan ke? Tak nak balik?" Lelaki itu berura-ura mengajak Diana untuk pulang.

"Saya nak belajar banyak benda lagilah, kalau awak nak balik... baliklah dulu. Saya tak nak awak tunggu saya. Awak patut berehat pulang ke rumah bukannya berada di sini menemani perempuan yang tiada penting ini." Diana sengih tak berapa lawa. Menghalau kasar lelaki itu dengan bahasa kiasannya. Tak faham, tak tahulah!

"Bagi aku, kau adalah perempuan yang sangat penting.  Tak ada orang lain." Isaac menarik hujung tudung Diana lalu angkat punggung.

"Nak pergi mana?"

"Tandas. Nak ikut?" ajak Isaac hangat-hangat tahi ayam.

"Buat apa saya ikut? Untuk mengintai awak?"

"Kalau kau nak mengintai...apa salahnya?" sakat Isaac dengan gelak sinis.

"Tak naklah, tak kuasa saya nak mengintai awak. Baik saya ulangkaji semua yang saya belajar. Dapat keuntungan biarpun membosankan, kalau mengintai awak apa yang saya dapat?" Diana angkat kedua keningnya.

"Dapat tengok free show..." Isaac buat isyarat mata pada tubuhnya.

"Tak nak dan tak nak. Pergilah sana! Jangan kacau saya!" bisik Diana keras. Nak cakap kuat pun dah tak boleh, manakan tidak. Mereka berada di dalam perpustakaan.

"Tunggu aku, jangan balik sorang-sorang. Aku risaukan kau."

Diana mengangguk. Kepergian isaac dipandang dengan ekor mata. Buku disimpan masuk ke dalam beg sandangnya dan terus kakinya diangkat berlari laju keluar dari perpustakaan. Menghilang dari terus bersama dengan Isaac.

"Hey!" jerit Diana saat tiba-tiba mulutnya ditekup lalu dibawa masuk ke dalam satu bilik.

Gelengan diberi saat tubuhnya telah masuk ke dalam bilik itu. Mengigil hebat tangannya saat semua kenangan kejam Isaac menjengah dalam ingatannya. Tempat inilah yang pernah menjadi mimpi buruknya. Di mana Isaac cuba merogolnya. Allah...

"Hawa?" Berkerut dahi Diana.

"Kenapa? Terkejut? Terkejut aku boleh bawak kau dekat sini even pintu dah berkunci?" Hawa angkat kedua kening dengan tawa sinis.

"Kenapa kau bawak aku ke sini? Apa yang kau nak sebenarnya? Aku takde kacau hidup kau kan? Yang kau nak kacau aku sangat kenapa? Tak cukup kasih sayang?"

"Kau jaga sikit mulut kau, jangan sampai aku tampar mulut kau. Aku takkan teragak-agak untuk bagi penampar kalau kau masih kurang ajar dengan aku." ugut Hawa dengan muka merah menyala.

"Kalau kau tak nak aku kurang ajar dengan kau, kau mesti belajar untuk tidak kurang ajar dengan aku. Senang! Aku pun tak suka kurang ajar dengan orang, kecuali perbuatan seseorang memaksa aku untuk itu."

"Kau jangan nak tunjuk hebatlah, Ana!" amuk Hawa.

Hawa memberi isyarat pada teman-temannya. Mereka memegang kedua tangan Diana. Sejurus itu, Hawa datang mendekat.

"Kalau aku rakam video kau sedang naked pun okay jugak kan? Aku pasti takkan ada orang yang sukakan kau lepas ni. Termasuk...Isaac." Hawa sudah siap sedia merakam aktiviti mereka. Ketawa kuat diberikan terlebih dahulu untuk menakutkan Diana.

"Kau ingat aku takut dengan permainan kau? Aku percayalah akan ada orang yang tolong aku. Kau kena ingat, karma is real. Kau buat aku, esok lusa Allah akan balas pada kau pulak. Mungkin lagi teruk dari apa yang kau buat dekat aku." ceramah Diana tanpa gentar.

"Kalau macam tu...aku nak tengok jugak karma yang akan terjadi pada aku. Mana tahu esok aku jadi baik terus." Hawa dan teman-teman Hawa ketawa terbahak-bahak.

"Mari kita mulakan." Hawa merapati Diana lalu sekelip mata blouse yang dipakai dikoyak. Setiap koyakkan yang diberi bagai melampias amarah yang tiada ganti. Inilah yang akan terjadi pada manusia saat hati hitam dengan dendam. Tak ada perasaan mengkhianati manusia. Jika teriakan Diana pun tak dapat menghentikan mereka.

"Hentikan jeritan dia." arah Hawa.

Salah seorang dari teman Hawa mengambil pita pelekat lalu ditampal pada mulut Diana. Mengalir deras air mata Diana melihat keadaan diri yang kini dibaluti dengan baju dalam dan seluar dalam saja. Sungguh Diana malu, rontaan dan setiap pertahanan yang diguna untuk menyelamatkan diri tidak mampu dilakukan saat semua perbuatannya dipatah begitu saja oleh teman-teman Hawa.

Bam!

Terhenti setiap perbuatan Hawa. Kemunculan Ayuni dengan beberapa helaian pakaian memberi jawapan atas segala-galanya. Bagaimana Ayuni tahu dia berada di sini?

"Kau buat apa dekat sini?" soal Hawa dengan suara dikawal dari kedengaran takut.

"Sepatutnya aku tanya kau, kau buat apa dekat sini?" Ayuni kerling kawan baiknya itu.

"Aku dah call papa aku, papa aku akan datang sini beberapa minit dari sekarang." Ayuni masukkan kedua tangannya dalam poket.

Kecut perut Hawa mendengarnya. Pucat lesi mukanya dengan tangan mengigil hebat. Jatuh gunting kepunyaannya. Baru saja nak teruskan niat yang satu, namun mendengar sebutan 'papa', buatnya gerun untuk teruskan perbuatannya.

"Guys..." sebut Hawa perlahan.

Dengan berat hati, teman-teman Hawa melepaskan tangan Diana. Berlari anak mereka keluar dari bilik itu.

"Kau okay?" Ayuni hembus nafas berat. Rakaman yang Hawa lupa untuk ambil itu dilempar pada dinding sehingga pecah.

Diana mampu mengangguk saja. Tak ada suara yang mampu keluarkan saat kejahatan Hawa lakukan begini padanya. Bayangkan, kawan yang awalnya anggap baik dan akhirnya tikam belakangnya sendiri. Allah...

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini sedangkan awak berada dalam kelas?" sengau suara Diana bagai menahan rasa yang bertandang dalam hati.

"Aku tak tahu kau ada dekat sini." akui Ayuni.

"Habistu? Macam mana awak boleh datang ke sini?"

"Abang aku." Diana terkejut. Perlahan tubuhnya jatuh di bawah lantai dengan esakan. Isaac nampak semua anggota tubuhnya?

"Abang aku tak nampak kau naked."

"Huh?" Hilang terus esakan Diana. Huluran baju dari Ayuni disambut.

"Tukar dulu, mata aku dah sakit tengok aurat kau ni."

"Erm..."

"Kau jangan risau, aku takde nafsu dekat kau. Aku cool and rilek-rilek je. Takkan sebab aku nampak kau hampir naked terus nak jadi lesbian. Memang taklah! Dah. Tukar sekarang!" arah Ayuni beku. Ayuni paling wajah ke arah lain.

Diana ketawa kecil. Pakaian milik Ayuni dipakainya dengan rasa sebak yang tidak dapat ditahan lagi. Bersyukurnya pada Allah atas bantuan yang diberikan padanya. Alhamdulillah...

"Awak tahu dari mana saya berada di sini?" Diana mengulangi soalan untuk entah kali keberapa.

"Dah siap?"

"Dah." Ayuni pusing tubuh mengadap Diana.

"Abang aku dengar kau jerit, dia tak terus masuk. Dia dengar semua perbualan kau dengan Hawa. Dia ada dengar macam baju kau koyak dan dia agak Hawa buat sesuatu macam..." Ayuni buat isyarat mata lalu angkat kedua bahunya.

"Tak sangka ia adalah betul. Apabila aku masuk, aku nampak kau dah hampir nak naked. Nasib baik sempat selamatkan kau, kalau tak. Entah apa yang terjadi." Ayuni menyilang tangan di dada.

"Kenapa abang awak tak masuk?"

"Kau nak dia masuk ke?" Ayuni angkat kedua keningnya.

"Bukan...saya cuma..."

"Kau pelik sebab bukan dia menjadi hero penyelamat kau? Gitu?" tebak Ayuni benar-benar mengena.

Diana mengangguk malu. Benar, dia mahukan lelaki itu menolongnya ketika gawat begini. Namun, teringat kejadian ini akan memalukannya. Ditarik semula rasa mahukan seorang hero itu. Tak naklah Isaac nampak dia naked. Malu!

"Abang aku tak nak malukan kau. Walaupun dia jenis suka pegang kau, tapi untuk melihat kau lebih-lebih..."Ayuni menggeleng. Tak akan.

"Dia kawal diri dari tengok benda tidak sepatutnya, dia hormatkan kau sebagai seorang perempuan muslimah sebab tu aku yang menjadi mangsa untuk tolong kau. Diikutkan, aku tengah tidur dan tak tahu apa-apa. Tapi dia yang bersungguh kejutkan aku sampai ni..."Kedua telinganya ditunjukkan pada Diana.

"Telinga aku jadi mangsa tau. Semuanya sebab sayang kau." Diana rasa nak menangis. Sampai macam ni sekali Isaac sayangkan dia?

"M...ma-mana Isaac?"

"Tandas, lampias marah."

"Maksud?"

Ayuni senyum senget. Nasib baik Diana tak jumpa Isaac, kalau tak teruk jadinya. Isaac bila marah dah tak fikir apa-apa. Suka sakitkan diri dengan air mata mengalir. Isaac terlalu sayangkan Diana. Itu yang pasti.

"Jom masuk kelas." ajak Ayuni.

"Tapi Isaac?"

"Dia takkan masuk kelas beberapa hari ini." Ayuni menarik tangan Diana menuju ke kelas. Terkumat-kamit mulut Diana mahu katakan sesuatu, namun satu haram pun tak keluar. Diana nak tahu, mana Isaac?

Diana risau sangat-sangat dengan keadaan lelaki itu. Haih..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro