Bab 1
" Ingat pesanan mama dan papa. Jaga diri dan jangan malukan kami sekeluarga." Diana mengangguk. Memeluk Mama dan Papanya. Bersyukur mereka hantar sampai rumah sewa. Sekurang-kurangnya Diana rasa selamat. Cepat betul masa berlalu. Padahal baru beberapa hari Papa dan Mama tinggal di sini.
" Mama dan papa balik elok-elok. Jaga diri dan jaga kesihatan. Jangan lupa makan ubat." pesan Diana.
" Kami balik dulu." Diana angguk.
Bayang ahli keluarganya hilang. Diana masuk ke dalam bilik. Dalam beberapa minit lagi kelas akan bermula. Diana baring seketika tubuhnya di atas katil. Mata dipejam seketika. Memikirkan hal kuliah buat Diana berdebar.
" Melekitlah pulak rasa. Sempat rasanya kalau nak mandi." gumam Diana sendiri.
Bam!
Selamba badak beg dilempar. Betul-betul jatuh beberapa meter darinya. Tak berkelip mata Diana melihat seorang perempuan yang masuk ke dalam bilik sewanya.
" Hai. Aku Yuni." Ayuni melambai tangan buat si Diana.
" Saya nak mandi." Ayuni angguk.
" Cepat sikit. Dah lewat nak pergi kelas." Muka berkerut Diana ditatap selamba.
" Aku tahu kau sama kelas dengan aku. Aku tengok kertas kau yang ada atas meja study kau. Kita sama bidang." Ayuni angkat kertas yang dibaca.
Diana mengangguk kekok lalu bawa diri masuk ke dalam kamar mandi. Takut pulak dengan si Ayuni. Selamba badak main barangnya. Segar badan bila dah mandi. Bersemangat Diana pakai baju kurung Kedah miliknya. Matanya mengerling si Ayuni. Bersiap pakai baju T-shirt biasa saja dengan seluar jeans.
" Awak pakai macam tu?"
" Kenapa? Tak boleh ke? Bukan ini dipanggil Rock!" Ayuni buat tangan gaya rock.
Usai siap bersiap, Diana mengambil beg sandang miliknya. Tak sempat nak keluar, si Ayuni heret keluar dari bilik. Berjalan sama-sama menuju ke Universiti.
'Ya Allah...sabarkanlah Diana dengan si Ayuni ini.' jerit hati Diana.
Diana mengikut langkah Ayuni sehinggalah masuk ke dalam sebuah dewan. Mereka melabuhkan duduk di atas kerusi yang disedia. Menanti semua pensyarah masuk.
" Dari mana awak tahu kedudukan dewan di sini?"
" Aku tahu semua tentang universiti ini." Ayuni berkata selamba. Kakinya diangkat ke atas meja.
Seorang lelaki tua masuk ke dalam dewan. Biarpun telah dimamah usia, ketampanan lelaki itu masih kelihatan. Mata lelaki tua itu memanah tajam pada Ayuni.
" Pa!" Ayuni memanggil kuat.
Semua manusia sudah berdiri tegak. Tinggal Ayuni saja. Datuk Lee buat isyarat mata pada anak perempuannya. Ayuni angkat kedua keningnya sebelum berdiri tegak seperti orang lain.
" Datuk Lee..." gumam Ayuni perlahan.
Datuk Lee urut perlahan kepalanya. Ini baru anak perempuannya. Belum anak lelakinya lagi.
Bam!
Pintu dihempas kuat oleh seorang lelaki. Semua mata kini terarah pada lelaki berhoodie itu.
" Where's your manners?" jerkah Datuk Lee.
Daniel menutup kepalanya dengan hoodie. Langkah malas lelaki itu masuk ke dalam dewan menuju ke tempat duduk belakang sekali. Tak hirau langsung orang lain.
" Kamu semua boleh duduk." Datuk Lee hembus nafas lembut.
Sakit jantung kalau cakap dengan si Daniel. Baik diam. Tak adalah menanah hati nak keluar kata yang melukakan hati orang.
Semua pelajar duduk. Mata Diana masih melekat pada lelaki yang berada di belakang itu.
" Siapa tu?" soal Diana statik mata pada lelaki itu.
" Abang aku." Diana angguk.
Mengalih anak mata pada si Ayuni. Tak ada raut wajah terkejut dari Diana. Sesuailah dengan perangai si Ayuni. Dua-dua otak geliga. Buat hal. Kasihan pulak dekat Datuk Lee.
" Kenapa awak layan Datuk Lee macam tu?" Mengetahui nama lelaki tua itu dari panggilan Ayuni tadi.
" Entah. Mungkin sebab kepala dia terlalu botak. Mesti cari rambut baru." ucap Ayuni selamba.
Diana menggeleng. Matanya kembali pandang lelaki itu semula.
Gulp!
Air liur ditelan kasar. Pandangan mereka berdua bersatu. Diana hampir lemas dengan anak mata lelaki itu. Bagai menyampaikan sesuatu padanya. Mata lelaki itu unik sekali. Biru laut.
Bahunya ditepuk Ayuni. Diana pandang depan. Nafasnya ditarik rakus. Hilang nafas kerana lelaki itu. Pandangan lelaki itu sungguh membunuh. Tajam bagai pisau yang baru diasah.
" Kau asal?" soal Ayuni sambil mengunyah coklat dalam mulut.
" Tak ada apa-apa." jawab Diana separuh takut.
" Nak?" Ayuni sua coklat.
" Yuni!" Suara lantang Datuk Lee kian bergema dalam dewan besar itu.
" Kalau nak makan, keluar. Kami tidak mengalu-alukan pelajar untuk berkelakuan tidak sopan di sini."
" Okay Pa." Coklat itu dilempar pada orang sebelah.
Merah menyala muka Datuk Lee menahan amarah. Suara gelak dari belakang menarik perhatian Diana. Diana toleh. Lelaki itu kini berada di sebelahnya. Beberapa meter darinya. Eh? Bukan tadi...
" Kamu mesti fokus. Sampai bila nak main-main? Kamu dah besar Ayuni Safira. Jangan buat hal!"
" Okay Pa. Teruskan." Ayuni buat suara malas.
Semua manusia dalam dewan itu diam. Tak ada seorang yang mampu mencelah. Takut dengan kemarahan lelaki tua itu. Silap hari bulan, ada yang kena heret keluar. Penyabar betul Datuk Lee melayan kerenah kedua anaknya itu.
Datuk Lee kini lebih tenang menerangkan semua tentang Universiti miliknya. Berharap semua pelajar dapat hadiahkan kejayaan yang terbesar buatnya. Manakala Diana pula, dirinya semacam tidak selesa. Bagai ada mata yang menatap dirinya sejak tadi. Bila toleh sebelah, matanya dan mata lelaki itu bertaut. Diana buat bodoh. Menggeleng. Lupakan semuanya. Fokus pada Datuk Lee.
Dalam setengah jam, barulah siap ceramah. Sakit badan Diana mendengar semua yang Datuk Lee katakan. Semuanya masuk telinga kanan, keluat telinga kiri. Benda biasa bila Diana tak suka apa-apa ceramah. Takkan masuk punya dalam otak. Dengar saja, nak masuk dalam beberapa peratus saja.
" Awak nak pergi mana nanti?" soal Diana sambil berjalan bersama dengan Ayuni.
" Lepak bilik. Nak dengar lagu rock. Sambil tu nak bagi orang bilik sebelah pekak."
Diana ketawa kecil. Kelakar dengan perwatakan selamba Ayuni. Kalau bercakap keluar macam pistol. Nak berhenti susah yang amat. Lihatlah sekarang, tak habis-habis cakap hal rock. Diana anggukkan saja. Tak tahu tapi buat tahu aje.
" Saya nak keluar makan. Awak nak ikut?" ajak Diana lembut.
" Aku tak makan."
" Habistu awak makan apa?"
" Nasilah. Kau ni, takkan aku makan darah pulak!" Ayuni menggeleng.
" Tadi..."
" Maksud aku, aku tak makan sebab aku suka makan bila aku lapar. Kalau aku tak lapar, makanan pun aku tak pandang." jelas Ayuni panjang lebar.
" Saya baru tahu ada orang macam tu," ujar Diana.
" Kau orang mana?"
" Kenapa tanya?"
" Mana tahu kau orang utan sana. Tersesat. Semuanya kau tak tahu. Jangan kau sesat dekat sini pulak. Aku nak balik. Bye!" Ayuni melambai dan terus menghilang.
Diana mengemam rapat bibirnya. Macam betul aje apa yang Ayuni katakan. Diana tak kenal tempat ini. Boleh jadi Diana akan sesat nanti.
" Jom." Tangannya dipaut seseorang.
Diana tergamam.
" Nak pergi mana? Awak siapa?" Tangannya dilepaskan. Lelaki itu berdiri betul-betul di depannya.
Gulp!
Dia?
For next bab?
🔑Kuncinya adalah
15⭐ Votes for open next chapter🔓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro