Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ENDING

'The long hidden time call us back again no matter where we are, the end is always you'


Sebelum tu saya nak tanya, kalau kita berhenti dia berjalan, kalau dia berhenti kita mati. Apakah ia?

Jantung kan?

MUAHAHAHAHAH best tak? Tak erk?

Hambar kan? Dah, pergi read. Bye.







Dalam sedar tak sedar, kini tempoh berpantang sudah pun berakhir. Makin seronoklah Amirul dibuatnya kerana inilah masa yang ditunggu-tunggunya. Manakala lain pula yang dirasai bagi pasangan yang akan naik ke jinjang pelamin. Walaupun sibuk dengan kerja hakiki tetap juga persiapan yang dirancang berjalan dengan lancar. Berkat bantuan dan dorongan pihak keluarga semuanya menjadi mudah.

"Wedding planner  yang ni, okay ke kak?" Amira yang sedang mengubah bunga hantaran mengerling sekilas ke arah kakaknya yang turut melakukan perkara sepertinya.

"Okay kut, entahlah. Akak pun tak tahu sangat sebab Elmer cakap serah dekat dia sahaja," ucap Ayuni. Bahunya terjungkit ke atas. Masa di awal perbincangan Elmer ada menanyakan konsep seperti apa yang menjadi pilihan hati untuk hari perkahwinan mereka dan dia menjawabnya, tema winter. Terus saja Elmer setuju tanpa membantah. Terselit juga pesanan dari Elmer bahawa pihak perempuan tidak perlu melakukan apa-apa dan serahkan semuanya kepada dia tentang majlis ini jadi Ayuni turutkan sahaja. Adakalanya juga Ayuni bertanya bagaimana dengan proses persiapan, baik atau tidak? Memerlukan kos berapa banyak? Tapi semua jawapan yang diberikan oleh Elmer ialah semuanya baik-baik sahaja. Tentang kos lagilah, usah difikirkan langsung.

Amira hanya mengangguk kepala. "Nervous tak akak?"

Ayuni tersenyum. "Bohonglah kalau kakak tak nervous. Nervous lah juga tapi rasa happy pun ada. Entahlah, tak tahu nak describe macam mana sebab semuanya macam bercampur baur."

Mereka berdua tertawa renyah. Amira menatap ke arah Ayuni dengan pandangan bahagia. Terpancar aura bakal pengantin di wajah kakaknya itu.

"Mana the boys?" Amira mengalihkan pandangannya ke atas.

"Dalam bilik rasanya dengan babah dia orang," balas Amira. Sebelum turun ke bawah dia melihat Amirul sedang memandikan anak-anak mereka dan kini mungkin tengah bersiap memakai baju.

Baru sahaja diseru tiba-tiba muncul sudah ketibaan gerangan yang menjadi sebutan tadi. Terus saja ketiga-tiga bayi tersebut diletakkan di atas tilam bayi yang sudah terhampar di ruang tamu. Encik Emir yang tadi mengekor membantu Amirul menggendong tiga anak kecil ini mengambil tempat duduk di hadapan ketiga-tiga bayi tersebut.

"Dah wangi cucu atok ni." Diusap penuh kasih sayang pipi Aufa, Amsyar dan Anas. Doa terus saja meniti di bibir dengan pandangan yang tidak putus kepada cucunya. Maklumlah, cucu pertama... makin menggebulah rasa teruja dan sayang itu.

Mereka bertiga tertawa bahagia melihat ikatan perhubungan yang tercipta diantara atok dan cucu.

"Memandangkan Mira dah habis berpantang ni kau orang tak nak luang masa berdua pulakah?" Soalan cepumas daripada Encik Emir membuatkan Amira terbungkam sejenak. Dia toleh kepala ingin melihat reaksi sang suami yang kini sedang mempamerkan riak nakal kepadanya.

Amira menghembus nafas pelan. Kepala yang tidak gatal digaru. Mati kutu mahu dijawabnya. Ditambah pula dengan panahan mata yang diberikan oleh Amirul lagilah membuatnya dia tidak tentu arah.

"Pergilah dating dulu, luangkan masa bersama. Lagipun persiapan majlis kakak pun hampir siap dan pasal triplets ni jangan risau biar abi dengan yang lain tolong jagakan." Mendengar saranan Encik Emir itu hampir membuatkan Amirul meloncat bahagia. Dia mengesot perlahan mendekati Amira yang berada disisi. Dipeluk kemas pinggang ramping itu sambil sesekali diusap perlahan dengan ibu jarinya.

"Terima kasih abi," ujar Amirul sambil tersenyum cerah. Amira menjilat bibir yang terasa kering. Tiada kata yang dapat dilontarkan setelah mendengar butiran bicara dari sang ayah.

"Jom." Tanpa menunggu balasan terus Amirul menarik tangan Amira untuk naik ke atas masuk ke dalam bilik mereka. Riak wajah isteri yang berkerut dibiarkan begitu sahaja.

Pintu bilik dibuka kemudian bilik persalinan pula dituju. Baju T-shirt polos yang dipakainya dibuka begitu sahaja di hadapan Amira.

"Jom? Kemana?" Alis keningnya digaru. Tubuh tegap yang mula berkutat di dalam bilik persalinan mereka dipandang aneh.

"Dating."

"Eh, sekarangkah?!" Amira dibuat kaget. Sesekali dia meneguk salivanya kasar apabila melihatkan tubuh berketak Amirul. Makin lama makin banyak pula coklat cadbury pada badan suaminya. Nak jadi hot daddy kah?

"Ya. Tak dengar abi cakap apa tadi?" Kedengaran derapan langkah kaki bergerak mendekat ke arah Amira.

"Tapi nanti---"

Amirul membingkai wajah suci murni Amira. Kata-kata yang ingin dilontarkan oleh Amira menjadi tergendala sebentar apabila melihat tatapan hangat yang terbit dari sorot mata Amirul.

Entah kenapa perasaan gugup mula bertandang seakan ini kali pertama mereka berduaan.

"Ini adalah hari kebahagiaan kita berdua jadi tak salahkan kalau abang mahu 'culik' sayang sebentar untuk raikannya?" Amirul mengulum senyum melihat mata bundar itu bersinar gembira kepadanya. Dengan gemas bibirnya turun menjatuhkan kucupan ke arah tempat yang menjadi kegemarannya.

"Abang ingat?" Amira tanpa sedar menggigit bibirnya mendengar gumaman Amirul. Dapat dirasa pinggang rampingnya mula terlilit dengan lengan kokoh Amirul. Melihatkan tingkah laku yang dilakukan oleh sang suami membuatkan jantungnya berdesir.

"Semua perkara yang berkaitan dengan sayang, abang sematkan dalam fikiran abang. Tak kiralah ianya besar atau kecil, penting ataupun tidak kerana semua itu penting bagi abang. Penting kerana ianya adalah sebahagian dari kehidupan sayang." Suara rendah nan berat itu menyapa gegendang telinga Amira. Jantungnya masih berpicu laju tatkala Amirul memejamkan mata, memeluk dirinya erat. Hembusan nafas tenang sang suami turut terasa dileher jenjangnya.

"Sekarang, pergi bersiap little pumpkin." Kepala diangkat lalu surai panjang Amira dielus lembut.

"Ke mana?"

"Secret my queen." Amirul mengenyit sebelah matanya lalu mendorong perlahan tubuh kecil itu ke dalam bilik persalinan mereka.

Selesai sahaja mereka berdua menukar baju, dengan terburu-buru Amirul menarik Amira untuk keluar dari rumah. Bukan apa, takut anak-anak terjaga dan naik ragam apabila melihat ketiadaan mereka berdua dirumah.

Garaj dituju lalu dengan lagak menyambut kedatangan sang puteri Amirul membuka pintu keretanya sembari menundukkan sedikit kepala mengisyaratkan kepada Amira untuk masuk ke dalam kereta. 

"Jadi boleh beritahu kita nak pergi mana sekarang?" Pandangannya yang dari tadi hanya melekap di luar beralih arah menatap sang suami yang fokus dalam pemanduannya. Tayar yang sudahpun bergolek sejak tiga puluh minit yang lalu membuatkan dirinya tertanya-tanya dimanakah destinasi mereka sebenarnya.

Sudut bibir Amirul tertarik samar. Tangan kirinya yang dari tadi berada di atas paha Amira bergerak mengusap lembut. "Aquarium date?"

Bebola mata Amira terus melotot luas. "Betulkah ni abang?" Tanyanya lagi untuk kepastian. Dadanya bergemuruh hebat menahan keterujaan.

"Yes. Itukan salah satu impian sayang selama ni. Jadi abang sebagai suami haruslah tunaikannya," jawab Amirul dengan tulus. Senyuman manis dibalas melihat telatah gembira sang isteri. Sudah lama dia merancangkan plan sebegini tapi selalu saja tertangguh. Jadi bersempenakan hari kebahagiaan mereka, apa salahnya dia kabulkan segala permintaan yang telah dibuat oleh sang isteri.

"Abang tahu mana itu adalah salah satu impian sayang?" Soal Amira dengan muka polosnya.

"Instinct seorang suami mungkin." Dengan bangga dicelek hidung mancungnya.

Amira mencebik. Tangan kasar yang berada di atas pahanya diambil lalu mencuba menekup tangan besar itu dengan tangan halusnya. Lihat saja perbezaan mereka, terdapat ketara yang besar kalau diukur.

Kemudian kereta diberhentikan sebaik sahaja sampai di simpang lampu isyarat. Mulutnya turut bergerak bersenandung kecil mengikuti gerak nada Amira. Hari ini terasa sangat bahagia bagi mereka berdua.

Tangan yang digenggam dibalas erat seraya anak mata sama-sama saling beradu.

"Abang, lampu dah hijau," tegur Amira apabila melihatkan suaminya masih ralit dengan khayalannya. Wajah yang bersemu merah cuba untuk disembunyikan dari tatapan tanpa putus sang suami.

Amirul menghayunkan senyuman tipis sebelum menukar gear dan menekan minyak untuk berjalan. Dalam pada itu juga tanpa mereka sedari ada sebuah lori besar sedang melaju menuju ke arah mereka.

Bunyi hon panjang menarik perhatian pasangan tersebut. Terus tersentak tubuh mereka berdua. Masa yang berlalu terasa berhenti. Gerak geri tubuh pula seakan digari.

Amirul yang seakan dapat tahu apa yang akan terjadi terus dia menoleh ke arah Amira yang turut memandang ke arahnya. Bagaikan mengerti ucapan Asyhadualla mula meniti pada bibir masing-masing. Kemudian dengan tangkas Amirul bergerak menarik erat tubuh mungil sang isteri masuk ke dalam pelukan sebelum kenderaan itu merempuh mereka.

Tepat pada sangkaannya, kereta mereka terus dirempuh lori tersebut sehingga bergolek berkali-kali di atas jalan tar. Nasib mereka boleh dikatakan baik kerana sempat terhadang oleh divider sebelum jatuh ke dalam gaung.

Amirul membuka matanya perlahan. Terdengar ringisannya perlahan akibat kesakitan kemalangan tersebut. Kepalanya juga turut berpinar. Kedudukan mereka yang terbalik membuatkan dirinya makin pening. Ditolehkan kepalanya untuk melihat sang isteri.

"Sa—sayang," panggilnya sedikit pilu. Manakan tidak, melihatkan keadaan bidadarinya yang sudah pun bermandikan darah membuatkan hatinya bertambah sakit. Digerakkan tubuhnya sedikit untuk mencapai pergelangan tangan sang isteri tetapi terhalang kerana rasa sakit yang mula menguasai tubuh. Retinanya menurun melihat abdomennya yang sudah pun tertusuk cermin kaca kereta. Cuba untuk dikeluarkan tetapi tidak berdaya.

"Sa—sayang." Lagi sekali cubaan dibuat dengan menggerakkan tubuhnya mendapatkan sang isteri yang berada di dalam keadaan kaku tidak bergerak. Tangan yang terasa kebas sampai di atas pergelangan tangan Amira mencari nadi wanitanya. Perlahan. Dia mengeluh lega.

Dengan mulut yang masih memuntahkan darah dia cuba untuk mengukirkan senyuman walaupun ianya adalah samar-samar.

'Inikah yang dikatakan janji kita untuk bersama?' getus suara hati kecil miliknya. Tangan besarnya cuba menekup erat tangan mungil Amira.

Mata mula berkabut menahan kesakitan. Entah apa yang perlu dia rasakan ini, adakah sedih ataupun bahagia. Sedih kerana pergi meninggalkan para khalifahnya ataupun gembira kerana impiannya untuk bersama bidadarinya tercapai.

'Maafkan babah dan mama anak-anak. Maafkan kami kerana tak dapat menemani kalian di atas dunia ini. Semoga kita dipertemukan, berkumpul bersama di dalam syurga kelak.'

Cuba digagahkan untuk terus menatap sang isteri penuh kasih sayang walaupun semuanya berkabur. Dia mahu melihatnya sebelum semua ini berakhir. Mahukan isterinya menjadi orang terakhir yang terakam di dalam pandangannya.

'Ana Uhibbuki fillah (Aku mencintaimu kerana Allah),' ujarnya sayu. Kegelapan mula mengambil alih, hati yang berdetak kian perlahan tidak henti mengucap Laa ilaaha illallaah. Mata yang terasa berat kian tertutup.

Jika benar ini ialah pengakhiran buat mereka berdua, akan dia redha dengan caranya dan dipanjatkan doa semoga mereka berdua diketemukan kelak dalam keadaan yang baik sambil berjalan bergandingan tangan menuju ke Syurga Firdaus bersama.

Begitulah kisah yang sudahpun menjadi sebati dalam kehidupan. Setiap permulaan pasti akan ada pengakhirannya. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya. Mungkin pada saat ini mereka berakhir seperti ini tetapi siapa tahu di dalam segala perjalanan dan rintangan ini membawa mereka kebahagiaan membina mahligai cinta di kehidupan kekal kelak.

TAMAT


'Ketika Tuhan menyapamu dengan ujian-Nya. Maka ketahuilah, di dalam ujian itu terdapat bahasa cinta-Nya kepada kamu si hamba. Ujian sepatutnya mendekatkan kamu dengan-Nya.' – Iddin Ramli

Jom sama2 doakan utk palestine

Jemput vote, komen and follow

So overall macam mana story ni? Berapa bintang agak2 boleh dapat?

Otak saya dah luruh, jatuh, hilang. Sebab tu ending jadi macam ni. Maafkan saya sebab ini bukan yang terbaik. Harap korang okay dgn ending sebegini. 'emoji smile tak bersalah'

Update: 19/6/2024 ( 3:58 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro