BAB 9
'Ketika kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah, Dia memperbaiki segala sesuatu yang lain untuk kita'
Dupp Dapp Dupp Dapp!
Gulp
'Apasal aku nervous lain macam ni?' terasa payau air liur yang ditelannya sekarang ni.
Mahu taknya berdebar lain macam, lelaki kacak yang berada disampingnya ini tak habis-habis tenungnya macam nak tembus. Kelenjar-kelenjar peluh pun laju menjalankan kerja. Habis berpeluh muka dia.
"Nervous sangat sayang saya ni" mengekek perlahan jejaka tersebut. Terdengar sangat seksi dihalwa pendengarannya. Dia menghulurkan sehelai kain kepada gadis tersebut. "ambillah, lepas kita kahwin nanti awak pulangkan" laju sahaja Amira mengambilnya dan mengelap peluh didahinya. Hmm... buat malu jer berpeluh depan dia, mesti comot sekarang ni.
"comot-comot pun comel haih... kan bagus kalau kita kahwin, senang sikit saya nak gomol awak ni." Laju Amira memberi jelingan tajam kepada Amirul. Dengusan kasar juga turut didengari "Gatal!"
Sekali-sekala Amira mengalihkan pandangannya kebelakang untuk melihat ahli keluarga dan rakan-rakannya. sekarang hanya mereka berdua sahaja yang duduk berjauhan sedikit daripada mereka semua. Maklumlah, kata Amirul ia memerlukan sedikit privasi untuk bercakap dengan Amira.
"Encik nak cakap apa dengan saya?"
"Nothing, saja nak cuci mata" benar, matanya lunak memandang Amira tidak berkelip sehingga membuatkan Amira tidak keruan.
"Pulak! Tadi dia yang panggil kita."
"Hmm... kalau tak ada apa-apa biar saya yang cakap. Terima kasih buatkan kek tu untuk saya. Sedappp!!! Tak sangka encik pandai masak eh" puji Amira kepada Amirul. Kembang kepis hidung Amirul apabila mendengar pujian daripada pujaan hati.
"Syukur alhamdulillah Awak suka. Tak lah, biasa-biasa jer. Biasalah hidup membujang, semua benda kita kena buat sendiri" Amira menganggukkan kepalanya menanda setuju. Iyalah, duduk seorang diri, haruslah buat semuanya dengan sendiri. Nak hidup, kenalah berdikari.
"untung isteri encik nanti dapat husband yang pandai masak"
"Memang untung pun, belum kahwin pun dia dah dapat rasa"
"Eh, yakah?! Bestnya! Siapa?" laju dia memandang Amirul dengan teruja. Mata bulatnya bersinar-sinar menunjukkan dia bahagia. Bahagia kerana jejaka ini sudah bertemu dengan pilihan hati, tak lah selalu bagi dia heart attack nanti.
Amirul mengeram perlahan melihat wajah tersebut. Sungguh comel dan cantik di retina matanya. Rasa macam nak makan. Dia mendekatkan wajahnya kepada Amira sambil tersenyum sinis dan membisiknya perlahan ditelinga gadis itu.
"Sudah tentulah awak little pumpkin" meleret nadanya selepas dia menghembus nafasnya di telinga Amira yang berlapikkan tudung itu. Dia menjauhi wajahnya dari Amira dan memasukkan tangan kanannya kedalam kocek seluarnya. Senyumannya itu tidak lekang dari bibirnya.
Amira terpanar sebentar. Setelah dia sedar, dia kembali mengelipkan matanya berkali-kali. Pergh!! Kuat juga penangan si abang tinggi lampai ni.
"Gila!" hanya itu sahaja yang terpacul keluar dari mulut Amira sebelum dia berlari kearah ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Sebelum sempat dia berlari jauh, Amirul merentap lengannya sedikit kuat sehinggakan Amira mendesis kesakitan. Sebelum Amira memarahi Amirul, sempat Amirul menitipkan pesanan sebelum berlalu pergi.
"Don't ever try to run away from me, sugar. Believe that two people are connected at the heart, and it does not matter what you do, or who you are or where you live. There are no boundaries or barriers if two people are destined to be together." Kenyitan mata diberikan sebelum ia berjalan pergi meninggalkan Amira yang terpinga-pinga.
"Please jantung, jangan buat kerja laju sangat. Dan awak, please jangan bagi saya harapan palsu" Amira memegang dadanya dan benar, dia dapat merasakan degupan jantungnya sangat laju sekarang ini. Amira beristighfar dan menggelengkan kepalanya
"Ya Allah, jika benar dia jodohku, permudahkanlah urusan kami berdua. Jika dia bukan jodohku, jauhilah ia daripadaku." Amira memandang redup keberadaan Amirul yang membelakanginya untuk mengambil makanan dari meja makan. Kelihatan jelas tubuh tegap itu dari belakang. Sungguh terpesona.
'Jika Allah mengambil sesuatu yang tidak engkau sangka, maka Ia akan memberikanmu sesuatu yang tidak engkau sangka'
***
Amira terus sahaja menghempas tubuh kecilnya diatas katil yang empuk itu sejurus sahaja majlis harijadinya tamat. Matanya ralit merenung siling putih yang berada diatasnya ini. Fikirannya pula menerewang memikirkan hal tadi.
'Ada betulnya juga cakap akak tadi. Kalau dia suka mesti dia tunjuk effort dia'
"Akak. Adik nak tanya sikit boleh?" tanya Amira kepada kakaknya ketika mereka sama-sama sedang mengemas dapur. Jangan ingat birthday girl tak buat kerja eh! Aku luku kang
"Tanya apa tu sayang?"
"Macam mana kita nak tahu orang tu sukakan kita atapun tak? Maksud adik, as a friend or lover?" Amira memandang tepat kearah Ayuni sambil memaparkan riak wajah ingin tahu.
"Kenapa? Ada orang sukakan dekat adik akak ni ker?" Ayuni mencuit hidung Amira dengan manja. Amira ketawa riang apabila diperlakukan sedemikian.
"tak lah, saja jer tanya" memuncung mulutnya ketika ini. Pipinya yang agak chubby itu pula membuatkannya kelihatan sungguh comel. Macam squishy
"eee comel!" Ayuni mencubit pipi Amira sedikit kuat sehingga dia mendesis
"sakitlah akak" Ayuni ketawa melihat wajah mencuka adiknya. Ayuni membawa Amira untuk duduk di meja makan untuk bercakap seketika. Well, girls talk.
"For me, kalau kita nak tahu dia sukakan kita ataupun tak, tengoklah effort dia macam mana. Effort dia untuk memikat hati kita. Kalau dia tak tunjuk effort tu, maknanya kita hanyalah orang yang biasa sahajalah dalam kehidupan dia. But once dia dah tunjuk effort, adik jangan salah faham pula. maybe dia Cuma anggap kita as a friend. or maybe as a lover. Tengok tingkah-laku dia, perbezaan layanannya antara kawan dan kekasih. Adik yang kenal dia, so you know better. Ramai orang keliru tentang hal ni. So untuk mengelakkan diri kita ni perasan, don't be confuse between attachment and love, both look same but attachment will make you feel tired or give up with that relationship." Ayuni ketawa melihat wajah blur adiknya itu.
"Adik tak fahamlah" Amira mengerutkan dahinya memahami maksud kakaknya itu.
"Nanti adik akan faham maksud akak tu nanti" Ayuni menayang senyuman manisnya kepada Amira. Tangannya membelai puncak kepala Amira dengan lembut. Sungguh dia sayang dengan adiknya ini, walau siapapun jodoh adiknya kelak, ia berharap jodoh itu dapat menjaga bidadarinya ini dengan baik.
"A true relationship is two unperfect people refusing to give up on each other. Teruskan berdoa. The Almighty won't give you more than you can handle. If your situation seems harder than, it is because He knows you are strong enough for it and He wants to make you stronger. Please be patient and keep praying to Allah. Trust the Almighty's plan"
"Ayat google ker apa ni?" meledak ketawa Ayuni diruang tamu itu. Punya panjang dia terang, itu jer reaction adiknya. Bertuah betul
"what do you think?" Amira ketawa dan meluru masuk ke pelukan kakaknya.
"Thank you akak. I love you so much"
"most welcome sayang. I love you more dear" Ayuni membalas pelukan erat adiknya itu. Encik Emir pula yang berada disebalik dinding mengukir senyuman manis melihat telatah dua bidadarinya itu. Jarinya mengusap cincin yang berada di jari manis itu. "you did well sayang. Sayang telah memberikan abang dua bidadari yang cantik dan baik untuk melengkapkan kehidupan keluarga kita. I love you so much sayang. And I miss you"
***
Ttitt ttitt
Termati seketika lamunan Amira kerana deretan yang datang dari telefon bimbitnya.
'berangan apa?' mesej daripada My Knight dibaca dengan sekilas. Sejenak matanya membulat besar, terus laju dia bangun dari pembaringan dan membacanya semula.
"macam mana dia boleh tahu ni?" Amira melihat sekeliling dengan perasaan takutnya, mana tahu. Kut-kut ada camera tersembunyi ker apa, acah-acah macam drama stalker tu.
'takut ker?' Amira memberi bluetick kepada mesej tersebut
'just kidding. Saya teka jer, janganlah takut.' Amira mengerutkan dahinya. Boleh percaya ker ni. Dia tetap waswas lalu terus saja dia menyelubung dirinya dalam selimut tebalnya.
'dah tidur.' Balasan ringkas Amira berikan kepada Amirul.
'ouh sleep well sayang. Good night. Jangan lupa baca doa sebelum tidur. Hubungan sebenar adalah hubungan pasangan yang tidak sempurna tetapi tidak pernah berputus asa.' Eh eh, macam sama jer dengan apa yang akak katakan tadi. Amira hanya melihat mesej itu tanpa ada niat untuk membalasnya kembali. Biarlah, kita jual mahal sikit.
"rajin pula orang tua ni type panjang-panjang. Tolonglah jangan buat saya confuse pakcik!" Amira menggolek tubuhnya kiri dan kanan sambil mengeluh kuat.
"Apa-apa jer lah. Malas fikir. Baik tidur" lampu ditutup dan ia menutup matanya membiarkan dirinya hanyut dalam dunia khayalannya. Sesungguhnya, dunia khayalan lebih menarik dari dunia realiti
Tanpa Amira ketahui, ada satu cahaya merah berkelip diruang balkoni biliknya. Agaknya tadi sangkaan Amira betul, terdapat CCTV dibiliknya. Cuma dia tidak tahu dimana ia berada.
W'B Mansion
"what a cutie girl" terlakar senyuman sinis dibibir merahnya. Gelas yang berisi air itu dipusing-pusingkan dengan tangannya. Dia duduk dengan menyilang kakinya dan bersandar dengan penuh selesa di kerusi mewahnya itu. Tiga Butang baju kemejanya pula terbuka menampakkan dadanya yang penuh berotot. Tajam matanya merenung televisyen itu. Seketika dia melepaskan keluhan panjang
Ahhhhh
Mendongak kepalanya keatas sambil tersenyum. "what a beautiful day for us little pumpkin. Can't wait to have you. You looks so innocent and it makes me more addicted to you" meledak ketawanya diruang privasi miliknya itu. Kedengaran sungguh bahagia dia ketika ini.
"Percayalah, Allah akan menghapus perasaanmu kepada seseorang, jika dia itu memang tidak layak untukmu"
Good night, sweet dreams. Sorry for the late update.
Jemput komen and vote
Update: 12/12/2022 (10:48 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro