Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 8

'I don't need someone who sees good in me, I need someone who sees the bad in me and still  wants me no matter what happen'









"Adik balik tak cuti mid semester ni?" Tanya Ayuni Elyia kepada sang adik

"of course lah adik balik. Memang tak lah nak duduk sini sorang- sorang time cuti" balas Amira kepada kakaknya yang berada didalam talian itu

"Kenapa kak? Rindu ker?"

"Rindu tu sikit jer. Cuma nak Tanya habis kelas Bila, pukul berapa?"

"Eleh! Dasar wanita ego. Rindu tu beritahu jer lah."

"hm... kelas adik hari jumaat ni habis pukul 10."

"kalau macam tu, kakak dengan abah pick up adik habis kelas nanti"

"Cun! Boleh jer. Adik lagi suka! Boleh balik awal hahahaha"

"Amboi! Excited dia."

"Hehehe"

"dah lah. Kakak nak letak telefon dulu. Nanti apa-apa call ya, belajar rajin-rajin yer adik manis"

"baik kakak sayang. Kirim salam dekat abah"

"baik sayang. Good night, sweet dream. Jumpa jumaat ni"

"you too my lovely sister" Amira menamatkan panggilan telefon bersama kakaknya sejurus mengucapkan selamat malam.

"YEAY! Hari jumaat ni aku boleh balik awal" Laju sahaja dia pergi ke almari baju untuk mengemas bajunya untuk dibawa pulang ke rumah nanti. Maklumlah, harini sudah hari Rabu, perlulah kena kemas awal. Nanti tak lah kelam-kabut disaat akhir. Diana dan Fatin yang juga mengemas baju tersenyum nipis melihat kelakuan Amira yang agak comel itu. Macam budak-budak yang dah lama tak pulang ke kampung, padahal baru jer dua minggu lepas dia pulang ke rumahnya. Katanya tak menahan rindu dengan keluarga.

"kau orang balik pukul berapa nanti?" tanya Amira kepada dua orang rakannya itu

"aku balik lambat sikit kut, parents aku nak datang lepas solat jumaat katanya." Kata Fatin

"aku lepas kelas pukul 10 tu memang cau!" jawab Diana pula sambil menggesekkan hidungnya dengan ibu jari tangannya.

"ouhh! Kalau macam tu... bye bye Fatin. Kita orang balik dulu HAHAHAHA, mereputlah kau dalam bilik ni sorang-sorang" Fatin mencebikkan bibirnya mendengar helaian tawaan daripada rakan-rakannya itu.

"hek eleh! Macam lah aku tak balik langsung. Gelak macam tak ingat dunia, aku lesing kang apa tak dapat"

"alolololo janganlah merajuk mommy, nanti I call daddy datang pujuk eh" Amira menglagakan bahunya dengan bahu Fatin

"daddy daddy huh! Gelilah aku dengar" Fatin menghela nafas kasar apabila mendengar nama panggilan yang baginya sangat menggelikan

"eh hello! Yang kau gelikan itulah tunang kau tau"

"dia mula-mula jer geli, nanti lama-lama percayalah cakap aku. Dia suka lah HAHAHAHA. Daddy, I sorang-sorang dekat sini, you tak nak ambil I ker?"

"yer ker baby, tunggu kejap tau. Nanti I datang" Diana pun menyahut pertanyaan Amira yang sedang berlakon itu. Fatin pula memaparkan riak wajah yang menjelekkan ketika melihat lakonan Diana dan Amira.

"eee sudahlah! Nak termuntah aku dengar" Fatin menjulingkan kedua belah matanya

"cakap pasal tunang kau ni, dia tak ambil kau ker?"

"tak... aku tak bagi. Aku tak nak susahkan dia, dahlah dia busy. Lagi pun bolehlah aku spend time dengan family aku" jawab Fatin. Memang benar, sejak-sejak dia sudah memegang gelaran tunang orang, tunangnya itu asyik nak berkepit jer sepanjang masa. Tiap-tiap hari pun nak call, bukan setakat tiap-tiap hari, tiap-tiap jam pun. Selang dua jam confirm tunang dia akan call. Dasar orang tua sendu. Nasib baiklah tunangnya ini jenis bertimbang rasa, dengar kata juga. Takut juga dia kalau orang tua tu terkilan dengan dia disebabkan selalu bagi alasan untuk elak berjumpa. Mengeluh sedikit dia ketika teringatkan perbualan mereka tempoh hari. Pelbagai alasan yang dia gunakan untuk tidak berjumpa dengan 'si pakcik' itu.

'baby, tak nak teman hubby makan ker?' tanya Rayyan kepada Fatin

'pakcik tak makan lagi ker?' Fatin melihat kearah jam tangannya. Dah pukul 2 lebih. Berkerut dahinya mendengar pertanyaan bakal suaminya itu. Telefon pula masih setia di telinganya

'belum, tadi meeting habis lewat hmm' Rayyan mengeluh panjang. Bibirnya tak usah dikata, sudah muncung sedepa

'tadi sebelum meeting kenapa tak makan? At least biskut ker apa, kalau sakit nanti macam mana?' Fatin membebel perlahan sambil berjalan pulang ke biliknya. Maklumlah, dia baru jer habis kelas petang. Diana dan Amira pula entah hilang kemana, tadi cakap nak pergi cafe, ni bila dia datang cafe batang hidung pun tak nampak. Dah lesap gamaknya

Rayyan pula tersengih kerang busuk. Ehek! Tunang kiter risau dekat kiter lah ualls! Korang hado? Tak hado kan, blueerkk!

'ehem! Lupaa... kalut nak pergi bilik meeting tadi' kepalanya pula dilentokkan diatas meja kerjanya. Tangannya pula galak mengukir bulatan diatas meja itu. Macam orang dah dilamun cinta. Ahh! Adakah ini penangan cinta pertama?

'haih! Pakcik pakcik. Macam manalah boleh lupa? Yang tunang sendiri tak lupa pula noh?'

'aip! Mana boleh lupa. Benda penting tu. Tiap-tiap saat duk teringat tau' Rayyan panggungkan kepalanya pula dan bermain dengan kerusinya sambil memusingkannya kiri dan kanan.

'hahaha macam-macamlah pakcik ni.'

'haa... sebabtu baby kena teman hubby makan. Nanti senanglah hubby nak ingat untuk makan tu 24 jam'

'hmm... macam mana eh pakcik. Saya tak bolehlah, saya ada kelas lagi petang ni'

'Aloo... ponteng jer lah'

'amboi! Banyak cantik muka dia' Rayyan ketawa besar mendengar kata-kata Fatin. Sungguh girang jiwanya sekarang ini

'bolehlah baby' Rayyan merayu lagi kepada Fatin

'tak bolehlah pakcik. I'm really sorry. Lagi pun, time bertunang ni kan banyak dugaan dan ujian. Dan, kalau boleh, kita elakkan dari berdua-duaan time tunang ni. Nanti mengundang fitnah' muka Rayyan kembali sedih apabila mendengar tunangnya seolah-olah menolak ajakan dia

'tapi baby, hubby tak makan lagi. Dahlah rindu kita dekat dia ni pun menggebu'

'hahaha tak lama dah pakcik, sabar lah'

'hmm... yer lah' Fatin mengeluh perlahan mendengar suara tidak bermaya dari tunangnya itu.

'hubbyyy please jangan macam ni. Nanti baby belanja something tau' Fatin meleretkan suaranya apabila dia tahu tunangnya ini seakan-akan merajuk dengannya. Dia tahu, mesti Rayyan akan dengar kata-katanya kali ini. dan betul tekaannya, Rayyan yang mendengar suara itu terus bersemangat. Segala tenaga-tenaga yang dikerahkan pagi tadi bagaikan diresap kembali setelah mendengar suara lunak dari tunangnya itu.

'bagi apa?'

'adalah, sorry tau kalau tak sedap'

'semua dari baby, semuanya sedap'

'okay lah, saya nak letak telefon dulu... nak sampai bilik dah. Bye bye pakcik. Selamat menjamu selera. Assalamualaikum'

'eh eh... tap...' belum sempat Rayyan menghabiskan kata-katanya Fatin terus meletakkannya.

'waalaikumussalam' Salam dijawab selepas melihat skrin telefonnya kembali gelap

'beli apalah agaknya baby aku ni?' dalam dia berada didalam fikirannya, tiba-tiba pintu bilik pejabatnya dibuka kasar.

'wei nok! Nah, makanan kau! Gedik, aku ajak makan tadi tak nak. Sibuk meeting lah apa lah, padahal meeting tu habis awal kut. Aku lesing kang apa tak dapat' Amirul merebahkan punggungnya secara kasar diatas sofa lembut yang berada didalam pejabat Rayyan itu. Coatnya dilepaskan dan 3 baju kancingnya dibuka bagi menyejukkan badannya ketika ini. Habis berpeluh dia ketika menunggu makanan si Rayyan ni siap.

'aik! Kau dapat mana ni?'

'aku belilah, tunang kau mesej aku tadi . minta tolong belikan makanan untuk kau. Itulah kau, aku ajak makan tadi tak nak, jual mahal. Kan dah kena reject dengan tunang sendiri.' Rayyan hanya memekakkan telinganya apabila mendengar rakannya membebel. Tak apa, kita diam jer. Nanti dia penat, dia diamlah.

'Wah! Chicken Chop mat! Macam tahu-tahu jer aku tengah mengidam yang ni' Rayyan dengan gelojohnya membuka bungkusan itu dan mengambil sudu dan pisau. Tangannya pula sudah siap sedia menadah doa selepas menyiapkan perlengkapan makanan itu.

'sayang juga tunang aku ni' Rayyan mengambil gambar makanan itu dan menghantarnya kepada Fatin.

'terima kasih baby belanja hubby. I love you so much' Amirul yang melihat karenah sahabat karibnya itu menjongketkan keningnya keatas. Eee... macam budak-budak sekolah baru nak bercinta. Apa-apa sikit nak update

'makanlah cepat. Tersengih-sengih macam orang gila pahal?!'

'eleh! Kau jealous habaq!'

'gedik' Amirul mengumam halus lalu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk melihat sesuatu yang akan menyejukkan hatinya

"hoi! Kau termenung apa?" sergahan dari Amira mengejutkan Fatin dari lamunan masa lampaunya

"ha? Tak ada apa lah"

"eleh! Teringatkan tunang, beritahu jer lah"

"entah! Tu, panjang umur dia. Tunang kau call tu" Fatin terus melihat kearah telefon bimbitnya dan ya, terpampang nama pakcik itu di skrin telefonnya sekarang ini. Fatin terus menggesekkan jarinya ke ikon hijau telefonnya dan bergerak menjauhi kedua orang rakannya itu. Diana dan Amira yang melihatnya itu tersenyum sumbing. Jual mahal. Hati cakap lain, mulut cakap lain

Dikala Amira sudah siap mengemas barangnya, telefonnya tiba-tiba sahaja bercahaya menandakan ada satu notification yang baru sahaja masuk. Dahinya berkerut melihat isi yang terdapat di skrin telefonnya itu

'WELCOME BACK SAYANG. can't wait to see you little pumpkin on your special day. Good night'

Hanya itu sahaja. Amira memikirkan apa yang 'special day'nya. Adakah kerana hari jadinya yang akan datang tak lama lagi? Tapi, setahunya dia tak pernah beritahu tentang bila hari jadinya itu kepada si penghantar mesej ini. Pelik.

****

Amira hanya duduk bersahaja didalam bilikya sambil membaca novel yang baru sahaja tiba. Novel Seseorang untuk aku babe... maunya tak berkurung didalam bilik tu seharian. Sudahlah cuti mid sem seminggu, memang tak lah dia nak sia-siakan novel yang sudah banyak yang dia belikan dulu. Akan dia khatam kesemuanya pada waktu ini.

"ahh! Abe Qadr ni hesmes lah. Awat sweet sangat ni hampa?" Amira menggulingkan tubuhnya kekiri kekanan sambil tangan memeluk erat novel itu. Membayangkan jikalau dia mendapat jejaka sama seperti fictional character pilihannya. Ahh! Alangkah bahagianya hidup

"adik ooo adik! Kau nak berkurung berapa lama lah dalam bilik tu?" suara wanita yang membingitkan diluar bilik Amira menghapuskan Amira daripada terus mereka angan-angan tingginya.

Amira merengus perlahan "huh kacaulah kakak ni! Kita tengah baca novel ni" Amira dengan malasnya bangun membuka pintu. kini, terpampanglah wajah kakaknya yang cantik berpakaian baju kurung dan selendang putih terletak elok diatas kepala.

"aik! Kakak lawa-lawa ni nak pergi mana?" Amira memandang kakaknya atas dan bawah

"itulah kau! Terperuk jer dalam bilik sampai tak ambil tahu dunia luar!" Amira hanya menggulingkan dua bebola matanya keatas

"pergi siap, pakai lawa-lawa"

" eh kenapa?"

"banyak tanyalah kau ni. Nah! Jangan lupa pakai baju ni. Cepat sikit" Ayuni menghulurkan baju yang berada didalam bungkusan mahal itu dan tanpa kata berdesup turun ke bawah.

"wow! Prada mat" Amira menjongketkan bahunya dan berlalu menuju ke bilik air untuk menukar baju

"apa-apa jer lah, janji aku siap. Kalau aku tak siap nanti, bising pula mak singa tu nanti. Haih, nasib lah sapa dapat kau nanti kak"

Dikala satu sudut yang tersorok, terdapat satu individu yang melihatnya dengan tatapan tajam. Mulutnya pula menyeringai sinis. "you'll look gorgeous in this outfit sayang" katanya dengan nada yang sangat perlahan sebelum menghilangkan diri.

Setelah siap merapikan diri, Amira turun bertemu dengan kakak dan ayahnya .

"cantik tak?" Amira memusingkan tubuh badannya

"cantiknya anak Abi"

"alhamdulillah! Terserlah juga kecantikan kau dik, kalau tak selama ni buruk jer" Amira memukul bahu kakaknya itu. Ayuni ketawa bahagia apabila dapat mengenakan adiknya itu

"terima kasih Abi, kakak. Berikan baju ni dekat adik" Encik Emir dan Ayuni mengerutkan dahi mereka dan memandang antara satu sama lain apabila mendengar kata-kata Amira itu

"eh! Bukan kami lah adik"

"habistu siapa?"

"jom dik, dah lambat ni" tanpa sempat Amira bersoal siasat Ayuni sudah mengajak mereka ke halaman belakang.

"nak pergi mana ni awal-awal pagi macam ni, lawa-lawa bagai." Amira merungut kecil

"ikut jer lah, merungut jer tahu" kata Ayuni. Encik Emir pula tersenyum nipis sambil menggosok kecil kepala Amira yang bersalut selendang berwarna putih itu. Padan dengan blouse labuhnya yang berwarna putih itu

"fine!" Amira memuncungkan mulutnya

"aip! Tapi sebelum tu tutup mata." Amira tanpa banyak soal terus tutup kedua belah matanya.

"okay dah sampai! Bukalah mata tu" Dikala Amira mengkebil-kebilkan matanya untuk terima sinaran matahari itu, dia ternampak sesuatu yang bulat berada dihadapannya. Ternyata, itu adalah kek hari jadinya. Terpampang diatas kek keju itu tulisan 'SANNAH HELWAH SAYANG'. Dia mendongakkan kepalanya dan melihat semua rakan-rakannya dan ahli keluarganya tersenyum memandangnya.

"Allah selamatkan kamu..."

"Allah selamatkan kamu..."

"Allah selamatkan Amira, Allah selamatkan kamu... YEAYY!"

"SELAMAT HARI JADI AMIRA!" kata Fatin, Diana dan Farhan serentak.

"Selamat hari jadi anak abi, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki." Ucap Encik Emir sambil memeluk erat tubuh anak gadisnya itu. Ubunnya juga sempat Encik Emir memberikan kucupan. Amira yang hampir menitiskan air mata terus membalas pelukan erat tubuh sang ayahnya itu. Diikuti kakaknya juga.

"Selamat Hari jadi adik kakak yang cantik ni" Ayuni mengusap pipi Amira dan menghapus sedikit sisa air matanya yang belum sempat jatuh ke pipi.

"Sayang adik akak ni dunia, akhirat" Ayuni mengucup kedua belah pipi Amira. Amira tersenyum gembira menerima ciuman daripada kakaknya itu.

"birthday adik hari ni ker?" sungguh dia lupa hari ini hari istimewa didalam hidupnya

"iyer lah... itulah kau, terperuk jer dalam bilik" balas Diana

"entah, sekali jumpa dengan hero fictional dia, mana nak ingat dekat kita dah" kata Fatin pula. Amira ketawa kecil melihat dua orang rakannya itu. "Terima kasih kau orang, aku terharu sangat-sangat"

"Sama-sama"

"tak sangka kau orang ingat birthday aku"

"mestilah ingat, kau kan penting dalam hidup kami" Amira, Fatin dan Diana berpelukkan sesama sendiri.

"Aloo... sweetnya! Nak peluk juga" suara lelaki kedengaran di telinga mereka bertiga. Terlupa mereka sebentar akan keberadaan Farhan itu. Farhan yang berura-ura mahu memeluk tiga gadis itu terus mematikan langkahnya apabila melihat tatapan tajam dari Rayyan yang berdiri tidak jauh dari mereka. Lupa pula tunang kawannya ini ada sekali.

"Kalau nak rasa sunat kali kedua, buatlah" kata Rayyan. Farhan mencebikkan bibirnya

"Garanglah abang Ray ni. Bukannya nak peluk tunang dia pun, kita nak peluk kekasih hati kita ni jer" Farhan mendepakan tangannya kepada Diana. Tapi malang tidak berbau, tamparan pinggan plastik pula yang dia dapat didada bidangnya itu.

"Auch sakitlah yang"

"Yang, yang... aku luku kang apa tak dapat" Diana berjalan menuju ke meja makan meninggalkan Farhan yang berwajah muram.

"Auch! Sakit tuh hati ku ini direject oleh mu. Tapi enggak apa-apa. Akan ku usaha untuk mendapatkanmu lagi cinta hatiku" Fatin dan Amira menggelengkan kepala mereka melihat karenah Farhan itu. Haih, bila lah dia orang ni nak kahwin.

"Mira, kau cubalah rasa kek ni. Mesti sedap"

"Asal? Kau buat eh... terima kasih dho... untung abang Ray dapat tunang yang tahu buat kek"

"ngek kau! Bukan aku lah"

"habis tu?"

"Tu... abang Am yang buatkan kek tu dekat kau"

Uhuk!

Terkedu Amira apabila mendengar kata-kata daripada Fatin itu. Laju sahaja kepalanya mencari gerangan tersebut. Tanpa diduga juga, sang lebah sudah siap sedia menatapnya dari awal lagi.

Zzuupp!

Seperti aliran elektrik menari ditubuhnya apabila mata mereka bertembung

Adakah aku sudah berjumpa dengan jodohku?


The Almighty puts people in your life for a reason, and removes them from your life for a better reason. there is always a reasons for every action that the Almighty make.

Have a nice day. Good night my cutie pie. I'm sorry for the late update

Jemput vote and komen

Update: 27/10/2022 (11:09 p.m.)





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro