BAB 7
'sometimes your innocent face can tell the truth about your real attitude sugar'
What?!
"Eee apa ni encik?! Tak senonoh betul! Memang orang tua gatal! Dahlah tinggi macam galah, buluh dan seangkatan dengannya, gatal pula tu. Malang sungguh siapa isteri encik tu nanti!" Amira menggunakan tenaga yang maksima mungkin untuk menolak tubuh tegap sang jejaka tersebut. Dan akhirnya, berhasil juga tolakan tersebut sehinggakan dia hampir terdorong ke belakang.
Amirul melepaskan ketawa sinisnya. "Relax little pumpkin. Ini baru sikit. And about my future wife, of course it's you little pumpkin"
Amira mengundur kebelakang apabila mendapati Amirul dengan sengaja berjalan kearahnya dengan gaya yang perlahan seakan predators.
"Act innocent doesn't mean you're innocent, am i right sugar?" Hembusan nafas kedengaran sangat jelas ditepi telinganya. Membulat Terus bebola matanya apabila suara husky itu menyapa pendengarannya
Amira terus membuka langkah berlari menurun kebawah dimana rakan-rakannya sedang menunggu dimeja makan. Tercungap-cungap dia apabila sampai di meja itu
"Kau apahal?" Tanya Diana kepada Amira apabila ternampak wajah Amira pucat seperti kena kejar hantu.
"Kenapa berpeluh-peluh ni? Ada orang kejar kau ker?" Fatin mengambil tisu yang terdapat didalam begnya dan mengelap perlahan dahi Amira yang berpeluh itu. Matanya pula melihat sekeliling mencari gerangan yang mengganggu ketenangan rakannya ini. Mana tahu, kalau-kalau ada mamat ketum ker, mamat dadah ker yang otak biul mahu ganggu rakannya ini.
"Hah? Tak-- tak adalah. Aku lari tadi, sebab ingatkan makanan dah sampai" Diana dan Fatin menggelengkan kepala mereka apabila mendengar penerangan dari Amira.
"Haish, kau dengan Makanan memang tak dapat dipisahkan!" Amira hanya tersenyum kecil mendengar bebelan Diana. Tetapi senyuman itu hanya seketika apabila dia ternampak seseorang yang membuatkan jantungnya tidak tenang tadi sudah mengambil tempat duduknya. Kebetulan pula waiter juga datang menghantar pesanan mereka.
"Jemput makan semua. Eh Amira, kenapa awak tak makan lagi?" kata Amirul dengan senyuman manis terlekat diwajahnya.
"Hehehe on the way" terasa payau apabila dia mahu menelan makanan yang dipesannya kerana dia merasakan ada satu tangan asing sedang mengusap pahanya yang bersalut seluar slack hitam itu
Amira menundukkan wajahnya kebawah dan menepis kasar tangan itu dan meletakkan sling bag sebagai penghadangnya.
'gatal punya orang tua!' dia mengeluh kasar sambil mengunyah makanannya dengan paksa.
Amirul yang dari tadi memerhati gerakan kekasih hatinya mengeratkan rahangnya dengan kuat. Sungguh, sikap kekasih hatinya ini mencabar kesabaran dan keimanannya.
Lagi sekali tangannya merayap kebawah meja dan mencari tangan lembut sang bunga lalu bila dapat menangkapnya ia menggenggam dengan erat seakan tidak mahu melepaskannya langsung
"Behave عزيزتي ( eaziziti (sayang) ). Jangan buat I marah" Amira yang berusaha melepaskan tangannya terhenti setelah mendengar amaran keras dari Amirul. Hanya mereka berdua sahaja yang mendengarnya. Terlihat juga urat-urat hijau yang timbul disekeliling lehernya itu
Gulp
Ini petanda yang tidak bagus.
Amira mengeluh pasrah dan menyambung menikmati hidangannya dengan sebelah tangannya berada dalam genggaman jejaka tersebut
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Terima kasih abang Am. Tolong hantarkan kita orang" kata Fatin
"Sama-sama. Belajar rajin-rajin. Apa-apa beritahu jer dekat bang atau Dekat Ray"
"Baik. Hati-hati bawa kereta" Amirul menganggukkan kepalanya dan melihat ketiga-tiga gadis itu masuk ke dalam kampus mereka kembali. Seketika, bibirnya terherot sinis apabila pandangannya menyapa satu sosok tubuh tinggi lampai mendekati kekasih hatinya ketika mereka menuju ke kampus.
Matanya tajam menikam empat gerangan tersebut lalu dia menghidu tangannya yang tadi tanpa sengaja menyentuh tangan lembut Amira semasa mahu membantu mereka mengangkat barang
"Huh Budak mentah! Kita tengok siapa yang menang" sengaja dia menekan pedal minyak dengan kuat sehingga menarik perhatian orang ramai lalu kereta berjenama Maserati Ghibli berwarna biru itu laju menyusuri jalan raya.
"Kau orang pergi mana ni?" Kata Ulwan sambil menghampiri tiga orang gadis tersebut
"Pergi jalan-jalan" jawab Amira ringkas. Dia sebenarnya letih sebab itulah dia tiada mood untuk sesi bersoal jawab sekarang ni. Dahlah tadi orang tua gatal tu pergi buat bising dalam kampus. Ingat dia tak tahu, Amirul sengaja berbuat begitu. Huh, dasar mamat poyo!
"Ouh bestnya! Kenapa tak ajak saya?" Riak wajah Ulwan kelihatan mendung apabila berkata sedemikian
"Kenapa nak ajak? Kita tak rapat pun" Ketiga-tiga orang tersebut kelihatan terkedu dengan kata-kata itu. Ini kerana bukan kata-kata itu dikeluarkan dari mulut Diana, tapi dari mulut Amira sendiri.
"Wow"
"Speechless. Jarang Mira nak savage"
"Hm... Saya tahulah saya tak penting... Tapi saya tetap akan pastikan saya lah orang yang paling penting dalam hidup awak suatu hari nanti" Ulwan tetap memaparkan wajah riangnya walaupun tercalar sedikit hatinya apabila mendengar kata-kata daripada gadis pujaannya itu
"Whatever lah Wan"
"Eh, awak dah nak masuk bilik ker?"
"Iyer. Tak kan lah nak duduk sini lama-lama. Nak masuk bilik, nak rehat, nak solat. Badan pun dah rasa berlengas ni"
"Ouh, okay. Hati-hati. Rest well"
"You too Ulwan, maaf jikalau saya terkasar bahasa dengan awak. Tapi sumpah, saya tak ada niat untuk sakiti awak. Saya cuma penat " penat. Penat dengan lelaki, penat dengan orang sekeliling. Huh!
Amira berasa serba-salah apabila merasakan kata-katanya sebentar tadi agak kasar. Sebab itulah dia memohon maaf kepada Ulwan.
Automatic riak wajah Ulwan memaparkan senyuman lebar apabila mendengar permohonan maaf dari gadis pujaannya.
"It's okay. Saya faham. Awak naiklah dulu. Salah saya juga sebab ganggu awak time-time macam ni."
"Bye. Assalamualaikum. Jangan lupa solat, okay?"
"Okay, waalaikumussalam. Saya tak akan lupakan dan saya juga tak akan pernah lupakan untuk sentiasa menyebut nama awak didalam doa saya, sayang" kata Ulwan sambil berjalan meninggalkan mereka bertiga.
"Apa maksud dia?" Fatin yang hanya berdiam diri disebelah Amira menanyakan soalan tersebut
"Entah. Malas aku nak fikir" Amira menjongket bahunya dan berjalan menuju ke bilik mereka. Diana pula hanya diam memerhati dan bergerak menuju ke bilik mereka juga meninggalkan Fatin keseorangan
"Kenapa aku rasa macam something fishy jer dengan ayat dia" Fatin mengeluh seketika dan mengikuti rakan-rakannya dari belakang
Harap-harap semuanya baik-baik saja selepas ini
Doa pelindung diri - Bismillahilladzi La Yadurru Ma'asmihi Syai'un fil ardhi Wa Laa fissamaa'i , Wa huwassamii'ul aliim
Good night. Jikalau ada salah silap sila mention saya. Terima kasih❤️and SELAMAT HARI MERDEKA❤️❤️
Update: 31/8/2022 (8:55 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro