Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 60

'I still don't know why hearing your voice just brightens my day. I believe that fate pulled me from so far.'











Leher yang terasa lenguh digerakkan ke kiri dan ke kanan bagi menghilangkan rasa tegangnya. Kemudian dia bersandar penuh selesa pada kerusi pejabat sambil melihat pemandangan di ibu kota yang terbentang luas di cermin kaca pejabatnya. 

Kereta-kereta yang berlalu-lalang diatas jalan raya kelihatan kecil sahaja pada netranya. Tangan ditongkat ke dagu sambil fikiran menerawang tentang suatu perkara. Sesekali ibu jarinya mengusap cincin Lv Onyx Signet yang tersarung yang pada jari manisnya.

Cincin? Ya, cincin tunang. 

Dalam dia ralit keseorangan, hujung bibirnya terangkat apabila di dalam kepalanya terimbas kembali satu peristiwa yang tak akan sesekali dia lupakan. 

"Terima kasih sebab sudi terima saya, ajar saya untuk kembali dekat kepadaNya," ujarnya dengan sedikit rasa malu. Dia menarik nafas tatkala mengenangkan betapa ruginya dia menyisakan waktu dengan perkara yang tidak berfaedah. Dan kini lihatlah, dia perlu belajar semuanya kembali dari bawah. 

Rambut yang melekat di dahi diraup ke belakang. Angin petang yang menerpa di wajah dibiar menyapa lembut. Kanak-kanak yang kini mula berpusu-pusu berjalan pulang setelah tamat kelas mengaji waktu petang disapa ramah olehnya. Itulah aktivitinya sekarang, walaupun usia sudah melanjut. Demi perubahan diri, dia sanggup rendahkan ego dan tebalkan muka mengikuti kelas mengaji bersama kanak-kanak tersebut. 

"Perkara kecil saja Elmer. Pakcik yang sepatutnya ucapkan terima kasih sebab sudi bantu kami," bicaranya lalu melebarkan penglihatannya ke sepenjuru arah. Bibir tersenyum-senyum melihat perubahan yang telah dilakukan oleh jejaka ini. Sejak kemunculannya ke surau tersebut, dapat dilihat suasana dan corak pembinaan surau itu makin memulih. Daripada dulunya yang kosong dan hanya diselimuti warna pudar sekarang sudah berubah ceria apabila ditambah warna yang menjadi kegemaran Rasulullah. Dibina juga perpustakaan dan mini taman permainan di sebelah supaya dapat menarik lagi minat orang ramai untuk datang berkunjung dan beribadah.

"Itu semua adalah harta dunia semata-mata jadi tak salahkan kalau saya berkongsi untuk dapatkan harta akhirat pula?" Mereka saling pandang-berpandangan. Ternaik satu tangan Encik Emir menepuk perlahan bahu Elmer. Tiada kata yang terbit melainkan hati sahaja yang mengucapkan Alhamdulillah.

"Jadi, macam mana dengan pelajaran Elmer dekat sini?" Soal Encik Emir basa-basi.

"Alhamdulillah semuanya baik sahaja. Walaupun masih terkial-kial tapi saya rasa saya boleh lakukan. Lagi pun budak-budak yang datang mengaji tu pun banyak membantu saya." Terangnya jujur. Pandangan dijatuhkan ke arah kanak-kanak yang masih berada di mini taman permainan yang bersebelahan dengan surau tersebut. Tangan besarnya dilambai membalas kembali lambaian kanak-kanak tersebut.

Mula-mula naik risau juga dirinya apabila memikirkan kanak-kanak disitu akan memandang remeh kepadanya tetapi semua prasangka itu terkubur begitu saja tatkala mereka memberikan reaksi positif kepadanya. Lihatlah, tak kenal maka tak cinta. Didalam hati dia terasa kagum akan didikan ibu bapa yang diberikan oleh anak-anak kecil ini. Tidak menilai sesuatu makhluk dengan keburukan dan sentiasa mengutamakan sopan santun dan budi bahasa dalam setiap tingkah yang kita lakukan. 

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan azam dan impian yang tinggi, tiada perkara mustahil dalam dunia ini walaupun pelbagai rintangan serta cabaran terpaksa dihadapi terlebih dahulu," pesannya lembut. Elmer mengangguk.

"Banyak ujian yang datang akhir-akhir ni. Baru saya tahu, betapa susahnya nak kekal istikhamah." Kepala ditunduk ke bawah. Batu kerikil yang berada di hadapannya dikuis dengan hujung kaki yang tersarung dengan selipar.

Encik Elmir terdiam untuk beberapa saat. Otaknya ligat mencari ayat yang sesuai untuk anak muda ini tidak mudah patah semangat.

"Tak ada kebahagiaan yang datang terus menerus begitu juga dengan kesedihan. Sepahit apapun hidup, pasti ada manisnya. Jadi, jangan berhenti melangkah. Allah yang membawa kita ke titik saat ini dan Allah juga yang akan memberi kita kekuatan untuk melaluinya hingga akhir. Jangan pernah berhenti menyerah. Tahajud tiap malam, dhuha tiap pagi, baca Al-Waqiah setiap hari dan lihatlah bagaimana Allah akan mengabulkan doa kita satu persatu." pesan Encik Emir tulus.

Lidahnya dibuat kelu tapi tidak dia nafikan bahawa hatinya terasa tenang dengan nasihat tersebut. Semua gundah gulana yang dirasai perlahan sirna tanpa sebarang beban.

Suasana menjadi hening buat seketika. Namun tidak lama kemudian tersapa dipandangan mereka seorang gadis sedang mengemas di bahagian muslimat.

Retina matanya terus saja terarah ke figura tersebut. Tanpa sedar kelakuannya itu dapat ditangkap oleh sang ayah yang sedari tadi melihat ke arahnya.

"Ekhem, jaga pandangan tu!" Suara tegas yang tersapa pada cuping telinganya membuatkan dia tersentak. Lekas dia alihkan pandangan ke arah lain.

"Kamu sukakan anak pakcikkah?" Terkesima terus Elmer dibuatnya. Halkumnya bergerak naik turun dengan perasaan resah yang bertandang tiba-tiba.

Melihatkan wajah anak muda itu berona merah terus Encik Emir tampak sumringah.

Dengan sisa berani yang masih ada dia cuba untuk bersuara. Ditarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dihembus kembali.

"Pakcik benarkan ke kalau saya nak berkawan dengan anak pakcik?" Setiap butir bicara yang keluar dari bibirnya membuatkan dia tidak tenang apatah lagi melihatkan reaksi orang tua ini hanya berdiam sahaja membuatkan dia mengambil keputusan untuk mengesot ke tepi mengambil jarak. Langkah-langkah persediaan untuk melarikan diri sekiranya dia terkena serangan.

Entah kenapa perasaan gemuruh makin menebal. Diam-diam mengerling ke arah lelaki tua itu.

"Kalau pakcik tak benarkan?" Soalnya dengan riak garang. Wajah yang dipamerkan kelat masam mencuka.

Tanpa sedar Elmer menghembus nafas kecewa. Dapat dilihat ekspresinya kini perlahan bertukar mendung. Ligat kepalanya mencari aksara untuk menyakinkan lelaki yang menjadi tok gurunya ini tetapi tetap saja tidak dapat.

"Sedih sangat kamu ni. Itulah tak dengar sampai habis tadi." Encik Emir mengemam bibirnya erat melihat perubahan mood Elmer.

"Pakcik nak tanya, kenapa perlu menjadi kawan kalau boleh jadi menantu pakcik?" Termangu-mangu Elmer mahu menjawabnya. Kotak suaranya seakan tidak berfungsi ketika ini. Bebola matanya terkebil-kebil apabila soalan itu tersapa di indra pendengarannya.

"Bo—bolehkah?" Tergagap-gagap dia meminta kepastian.

"Tanyalah 'bunga' itu dulu. Kena tahu keputusan tuan punya badan juga tapi kalau keputusan pakcik... Pakcik onzz kan sahaja." Seloroh Encik Emir berkata diakhiri dengan tawa yang bergema di ruang udara.

Gembira tak terkata Elmer sekarang ini sehinggakan dia melakukan lompatan kecil di hadapan Encik Emir. Semua kelakuannya itu dilakukan tanpa sedar dek berita bahagia tersebut.

Pap! 

Terjungkit bahunya tatkala hempasan fail laporan itu jatuh tepat diwajahnya. Segala lamunan tentang peristiwa lepas yang membuatkan dirinya berubah status hilang begitu saja. 

Dipandang geram ke arah gerangan yang berani menganggu waktu rehatnya. 

"Apa?" Soalnya malas. 

"Aku ketuk pintu kau daripada tadi lagi sampai naik merah kau boleh berangan sambil tersengih-sengih macam kerang busuk dekat sini," jawab Rae Kyrell tidak kalah kesal. Dengan selamba punggung dilabuh di atas kerusi yang berhadapan dengan Elmer. 

Elmer menjulingkan matanya. "Asal kau ada dekat sini?" 

"Tu, nak hantar fail kau." Bibir dimuncung ke arah fail yang sudahpun selamat sampai ke dalam tangan Elmer. Kenapa Rae tak suruh sahaja orang bawahannya yang hantarkan? Senang saja jawapannya. Kerana fail itu tersangatlah privasi. Dan bukannya dia tidak percayakan orang lain tetapi tiada siapa yang boleh jangkakan kalau-kalau ada musuh dalam selimut. 

"Thanks," ujar Elmer sambil membaca setiap detail laporan tersebut. 

"Kau busy tak nanti?" Tanya Rae kepada Elmer. Kepalanya menengadah ke atas sambil matanya tertutup. 

"Tak." 

"Jom keluar." 

"Tak nak." Tolak Elmer mentah-mentah. 

"Asal?" 

"Nak keluar dengan tunang aku," balasnya dengan girang. Kakinya sedari tadi bergerak tanpa henti kerana teruja menanti saat itu yang akan tiba. Ehek! Nak keluar dating. Bahagianya hati. 

"Gila punya kawan." Rae senyum mengejek. 

"Eleh! Kau jealous beritahu sajalah!" Wajah Elmer berkerut tidak suka. Nadanya seakan protes menandakan dia geram dengan rakannya ini. 

"Pfft! Tak ada masa aku nak jealous. Kau tu, semenjak dah tunang terus lupakan kawan. Bagai kacang lupakan kulit betullah mamat ni." Elmer menaikkan sebelah alisnya. 

"Bukanlah! Kau cakap baik-baik sikit eh. Aku nak keluar dengan dia bukannya senang tau. Selalu saja kena reject. Rasanya boleh kira dengan jari berapa kali sahaja aku bertemu muka dengan dia itupun sebab jumpa Chai dengan wife dia. Mostly semuanya aku lepak dengan kau saja." Mendengar itu Rae tertawa. Memang benar, selalunya Elmer hanya akan menghabiskan waktu dengan dirinya sahaja. Kadang-kadang dia pun tertanya-tanya, Elmer ni bertunang ke tidak? Selalunyakan kalau pasangan yang bertunang ini menghabiskan waktu bersama kan? Kah dia saja yang tidak tahu? Maklumlah sekarang dia telah menang trofi jejaka hot single paling lama jadi dia tidak tahu-menahu sangat tentang perkara ini. 

"Yalah-yalah. Sensitive benar kawan aku ni. Tak boleh orang cuit sikit." Elmer mendengus geram. Tatapannya kian tajam menatap Rae yang memegang perut menahan senak akibat ketawa terlalu banyak. 

Elmer bangun dan menapak perlahan ke arah Rae yang masih duduk ketawa di atas kerusi. Dapat dilihat kerusi itu tercondong ke belakang dan chrome leg dihadapan terangkat sedikit dek menerima sandaran tanpa putus. 

Rae yang tidak menyedari akan kehadirannya masih memejamkan mata. Dengan tawa yang tersisa dia cuba untuk membuka matanya kembali apabila merasai sesuatu di hadapannya. 

Belum sempat dia bertindak dengan lihai Elmer mengangkat chrome leg itu dengan kakinya dan memberi tekanan pada kerusi tersebut untuk jatuh ke belakang. 

Kedebuk

Bagaikan nangka busuk keadaan Rae sekarang ini. Cis, tak guna betul! Pandai pula Elmer ini menyerang dirinya dalam diam. 

Belakang kepala yang terhantuk diusap tanpa henti. Mujur kepalanya tidak dibentur terus ke lantai kerana terhalang dengan headrest kerusi tersebut. 

"Hoi, Berdarah kepala aku nanti kang!" Herdiknya kuat. Rae menatap bengis apabila wajahnya itu menayangkan riak tidak bersalah. 

"Tak berdarah lagi kan? So relax lah, jatuh kerusi saja pun bukannya jatuh bangunan," ungkapnya selamba. 

"Daa... aku nak keluar dulu. Kau, duduk elok-elok eh! Kang tak pasal-pasal ada penyakit tulang belakang pula." Kaki jenjangnya terus bergerak ke pintu pejabat. Lambaian diberikan seakan tiada perkara jahat berlaku. Tangannya yang bebas diseluk ke dalam poket berjalan tanpa menoleh ke belakang. 

"Tak guna betul mamat bengkok ni. Siap kau! Sampai masa nanti aku balas lagi teruk," gumamnya penuh kegeraman. 

*** 

"Assalamualaikum." Kaki menapak masuk ke dalam TJF Clay Studio sambil telefon ditekapkan di telinga. Raut wajahnya sedikit berkerut apabila tidak menjumpai gerangan yang menjadi igauan hatinya. 

"Waalaikumussalam." 

"Awak dah sampaikah?" 

"Dah, awak dekat mana?" 

"Ouh, saya nampak awak! Pusing belakang." Tubuhnya secara refleks memusing ke belakang. Bebola matanya meliar ke sekeliling arah.

"Mana? Tak nampak pun." Rungutnya sedikti berada kesal.

"Nampak tak saya lambai ni?" Mata mengecil tatkala mencari lambaian tangan yang dimaksudkan. Jumpa sahaja terus dia meredah lautan manusia yang ramai di dalam studio itu.  

"Hai angel," sapanya mesra. Jantungnya mula berdenyut tidak tentu arah. 

"Hai. Duduklah." Dengan tersipu-sipu Elmer menarik sedikit kerusi kecil lalu duduk di hadapan Ayuni. Dia berdehem berkali-kali menghilangkan rasa gugupnya. Mahunya tak gementar, ini kali pertama bidadarinya ini ajak keluar. Selalunya dia yang ajak keluar tetapi kena reject pula. Sedih. 

"Maaf sebab tiba-tiba saja ajak awak jumpa dekat sini," ucap Ayuni jujur. Dia rasa serba salah pula kerana telah menganggu waktu kerja lelaki itu. 

"Eh, kenapa nak say sorry pula? Saya lagi happy tau kalau awak ajak jumpa. Bukan senang nak jumpa dengan bidadari saya ni." Elmer bersedekap dada sambil melihat ke arah cermin luar seakan merajuk. 

"Sayakah?" Tanya Ayuni sambil menunjukkan dirinya. Bibir dikemam menahan rasa melihat telatah manja Elmer. Ini baru tunang, dah kahwin nanti macam manalah agak-agaknya. 

"Awaklah bidadari saya. Siapa lagi? Susah sangat nak ajak keluar sekarang ni," protesnya sambil bibir memuncung panjang. Bebola mata sesekali dikerling ke arah sang bidadari yang duduk bertentangan dengan dirinya. 

"Maaflah. Saya bukan tak nak berjumpa tapi apa salahnya kalau waktu bersama kita, kita lakukan bila dah halal nanti. Itu lebih nikmatkan? Dapat elakkan diri dari jatuh fitnah juga. Lagipun tak elok keluar berdua-duaan ni, takut nanti bila dah kahwin akan bosan," ujar Ayuni lembut. Terselit nada gurauan di penghujung akhir ayat. Memang benar, kalau boleh dia nak elak dari berdua-duaan dengan lelaki ini tetapi apakan daya, hari ini perlu berjumpa pula kerana ada hal mustahak yang perlu dibincangkan. Selalunya abi ataupun adik iparnya sahaja yang akan menjadi orang tengah. 

Kalimat barusan yang diberikan oleh Ayuni membuatkan hatinya beransur lega. Setidaknya segala prasangka yang tidak baik hilang dalam fikirannya. 

Riak wajah tadi yang masam mencuka mula bersinar di segenap wajahnya. 

Sedar akan reaksi sang tunang terus dia berkata lagi. "Selalu berfikir positif agar hidup kita terasa tenang. Selalu pandai bersyukur supaya kita tidak mengeluh dan sedar kekurangan diri adalah lebih baik daripada bangga dengan kelebihan yang kita miliki kerana hidup hanya sekali jadi jangan menua tanpa erti." Bibir itu terus saja terangkat ke atas membentuk lekungan indah. Difokuskan kembali kepada aktivitinya yang sedari tadi masih bermain dengan tanah liat untuk membentuk sebuah pasu bunga kecil. 

"Terima kasih," gumamnya perlahan tetapi dapat didengari oleh Ayuni. Dapat dilihat sinar matanya memancarkan pancaran kebahagiaan. Bibirnya pula terjongket ke atas dengan wajah yang memerah. 

"Kalau awak ada rasa tak puas hati atau ada benda yang membuatkan awak musykil, beritahu saja saya. Jangan diam sebab saya tak boleh nak tahu isi hati awak. When you are in relationship, you are supposed to be your partner's listener. You are supposed to be tempat cerita dia. Tapi kalau kita sendiri pun tak berkomunikasi dengan pasangan kita, macam mana dia nak cerita masalah dia dekat kita? And then salahkan dia sebab cerita dekat orang lain? Oh my, you really make a mistake dude." Terangnya panjang lebar. Jujur saja, kalimat indah yang sudah diucapkan oleh Ayuni benar-benar membuatkan hatinya bahagia. 

Elmer menganggukkan kepalanya. "I just realized it you are the light to my darkness. I don't need a reason to live in this moment. It takes no time to fall into your smile and  because of that I'm staying, staying with you forever and more." Gemersik suara itu menyapa gegendang Ayuni. 

Kalau dia tahu begini perasaannya jika menjadi lurus sudah tentu dia tidak akan terserong memilih jalan yang bengkok. Hatinya yang kini telah pun menjadi taman bunga membuatkan dirinya merubah menjadi individu yang lebih bahagia dan riang. Renungan kasih sayang diberi tanpa jemu. Tersenyum Ayuni berbalas renungan tunangnya itu.



















'Wanita itu punya tabiat pencemburu, maka ada baiknya jangan menceritakan kelebihan perempuan lain dihadapannya meski hanya sekadar gurauan' – Ali bin Abi Thalib

Aku tidak tau solatku diterima atau tidak yang aku tahu aku perlukan Allah. Semoga Allah jadikan solat kita penyelamat dunia akhirat kita. 

Jom sama2 doakan utk palestine 

Jemput vote, komen and follow 

So far okay ke story ni? Kah bosan? Bosan erk? 

Saya nak tanya, kalau kapal terbang langgar tiang, dia akan bengkok ke mana? Thailand kan? MUAHAHAHHAHA 

Okay, hambar. Bye 

Me with me in my brain: Awat lama gila si Mirul ni nak habis hmm 

150 votes for unlock chapter 

Update: 13/6/2024 (1:39 P.m.)







 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro