Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 59

'You stepped into my heart softer than summer night became my everything'









Bayi lelaki yang digendong dibuai dengan selawat kecil. Bibirnya sedari tadi tidak pernah berhenti dari selawat dan zikir. Tatkala matanya jatuh ke atas dua figura yang tersayang wajahnya terus saja terpatri dengan senyuman lebar.

"Anak-anak dah tidur?" Amirul mengangguk.

"Dah mommy, cuma Anas saja yang susah sikit ni," ujarnya perlahan. Jari telunjuknya yang digenggam Anas diusap perlahan. Lembut sahaja kulit bayinya ini.

Datin Aara dan Amira hanya melihat sahaja telatah Amirul mendodoikan anak-anaknya. Detik hubungan ayah dan anak yang tampak sangat manis tak akan sesekali mereka sia-siakan. Lihatlah, dahulu daripada yang langsung kekok menjaga bayi sekarang sudah mahir menjaganya. Setiap kali anak-anak menangis ataupun membuat ragam pasti dengan laju Amirul terus mendapatkannya. Sifat tanggungjawab dan kasih sayang dalam dirinya membuatkan Amira bersyukur kerana mendapat seorang lelaki sepertinya yang tanpa sedar terserlah sifat kebapaan dalam diri lelaki itu.

"Sayang," panggil Datin Aara sambil mengurut badan Amira.

Amira menyahut perlahan. Sesekali terdengar ringisan kesakitan apabila urutan Datin Aara terkena pada tempatnya.

"Mommy nak pesan sepanjang Mira berpantang ni kena jaga makan tau. Jangan sesekali makan benda yang bukan-bukan. Selepas tu kena bertungku, minum air rebusan herba dan jangan minum air manis terlalu banyak. Air sejuk dan berais pun tak boleh sama sekali. Jangan makan bersulamkan air. Kalau bab mengurut serahkan sahaja dekat mommy. Mommy boleh tolong and don't worry, mommy akan sentiasa jaga Mira sepanjang tempoh berpantang ni," tutur Datin Aara panjang lebar.

Kalimat itu membuatkan Amirul terpana. Melihat sahaja anak bongsunya sudah terlelap langsung dia letakkan di dalam baby cot yang berada di dalam bilik mereka.

"Susahkan mommy jer. Mir okay je jaga Mira and the boys." Amirul menapak ke arah katil king yang menempatkan dua permaisuri dalam hidupnya. Timbul perasaan serba salah dalam dirinya. Semasa di hospital pun ibunya selalu sahaja datang melawat tidak kira waktu dan sekarang apabila sudah dibenarkan pulang Datin Aara membuat keputusan untuk tinggal bersama buat sementara waktu dengan alasan mahu membantunya menjaga Amira semasa berpantang.

"Tak apa. Bukan selalu mommy dapat manjakan menantu mommy ni. Alang-alang tu mommy boleh tengok-tengokkan Mir juga. Mir pun kena berpantang, bukan Mira saja." Dia mengedip pelan. Kepala diteleng ke kanan sedikit dengan menayangkan ekspresi tanda tanya.

"Aik! Mir pun kena? Berpantang apa?" Jari telunjuk ditunjuk ke arah diri sendiri.

"Pantang untuk berdua. Mir ingat mommy tak nampak mata Mir tadi. Daripada tadi tengok isteri tu tak lepas! Ingat sikit, isteri baru bersalin. Bagi masa sikit untuk dia dapatkan tenaga dia balik." Garang sahaja riak Datin Aara sekarang ini. Mata terjojol bulat seakan dia tidak main-main dengan amarannya.

"Alaa... Mir tahulah. Lagipun tak akan lah nak tengok isteri sendiri pun salah?" rengeknya sedih. Bibirnya terus saja memuncung.

"Memang tak salah tapi dari pancaran mata Mir pun mommy dah tahu yang anak aku ni gelojohnya tak bertempat. Pantang bagi masa sikit ambil saja waktu yang ada. Mommy mengandungkan you sembilan bulan tau! So I know you better than yourselft," bidas Datin Aara tepat ke wajah Amirul.

"Tapi..."

"Kalau Mir tak nak berpisah bilik then stop merengek." Terkatup rapat mulut Amirul setelah mendapat amaran dari Datin Aara. Tidak jadi dia untuk terus merengek. Nampaknya niatnya ingin berdua dengan sang isteri menjaga anak-anak mereka bersama harus terkubur dahulu. Mandi sama-sama, makan sama-sama, bangun buat susu sama-sama. Ahh, bestnya! Tapi apakan daya. Semuanya hanyalah angan-angan semata-mata.

Amira terkekeh kecil melihat wajah masam Amirul. Lagi membuatkan dia ingin menghemburkan tawanya ialah apabila jari-jemari kasar itu bergerak ingin bersulam dengan jari-jemarinya tetapi tidak berjaya kerana telah pun dihadiahi tamparan kecil oleh Ma'am besar disini.

Tidak lama kemudian perhatian mereka dialihkan ke arah pintu bilik yang sudah pun terbuka sejak tadi menampilkan susuk tubuh Ayuni membawa hidangan makanan untuk tengah hari.

"Makanan untuk Tuan Puteri sudah sampai," ujar Ayuni dengan riang. Talam yang diletakkan makanan di atasnya dibawa ke meja kecil lalu diangkat bersama menuju ke katil bersaiz king.

"Haa... Ini semua makanan untuk orang berpantang. Makan sampai habis tau." Air liur ditelan payah. Tatapannya kini seratus peratus pada makanan yang sudahpun terhidang.

"Meh abang suap. Mommy dan kakak kalau nak turun, pergilah dulu. Sudah tiba masanya untuk mommy dan kakak rest." Halau Amirul secara halus. Laju sahaja tangan itu mencapai sudu dan garfu cuma menunggu masa sahaja untuk menyuap bidadarinya ini.

"Okay. Kalau nak apa-apa panggil saja kita orang. Mir, jangan buat benda bukan-bukan erk! Kalau kantoi, memang merah telinga tu nanti mommy kerjakan." Datin Aara melirik tajam penuh peringatan. Amirul yang melihatkan itu terus menggeleng kepala laju. Takut dengan ancaman tersebut. Dengan bondanya bukan boleh buat main, memang akan mendapatlah kalau betul-betul cari fasal.

Tatkala dua figura itu hilang dari indra penglihatannya, terus dia mengesot mendekati sang bidadari dengan tersipu malu.

Dengan ucapan bismillah, sudu didekat ke bibir sang isteri. "Aaaaa." Isyarat mata diberikan kepada sang isteri untuk membuka mulut. Amira dengan senang hati menerimanya tanpa banyak bicara.

Makanan yang disuap dikunyah penuh selera. Sudut kecil terukir di hujung bibir tatkala mata bundar bidadarinya membulat teruja setiap kali menunggu ketibaan suapan darinya.

"Sedap?" Tanyanya lalu mendapat persetujuan dari Amira berupa anggukan.

Amirul yang melihatnya itu hampir-hampir dibuat darah merahnya meledak ke muka. Mana tidaknya, bibir mungil itu dari tadi bergerak mengunyah makanan. Ditambah pula ekspresi comel sang isteri lagilah membuatkan dia berasa gemas.

Terlihat ada sebutir nasi yang terlekat pada wajah bidadarinya terus ibu jarinya bergerak mengambilnya.

"Mmm... Yummy!" ujar Amirul sambil menayangkan riak nakal. Amira berdecit. Malas nak layan perangai tak semengah sang suami.

"Abang tak makan lagi?"

"Belum."

"Kenapa tak makan lagi? Nanti sakit macam mana?" Soalnya risau. Siapa saja tak risau dengan keadaan Amirul. Sejak dia melahirkan anak, boleh dikatakan hampir setiap perkara Amirul yang uruskan. Dari makan minumnya dan pakaian dirinya serta bayi, semua Amirul yang uruskan. Kadang-kadang apabila waktu pagi, jika triplets tengah meragam Amirul yang akan mendodoikan semula manakala dia pula? Diarahkan untuk berehat dan berikan susu sahaja jika anak-anak lapar.

Amirul tidak menjawab sebaliknya hanya senyuman sahaja yang beraja di wajah.

"Abang tak penat ke layan kita orang?" Tanya Amira ragu. Bukan apa, sejak semenjak ni moodnya asyik saja bercelaru. Kadang-kadang sedih, kadang-kadang happy dan kadang-kadang pula overthinking. Nak dikatakan perempuan tapi rasanya lelaki pun mesti ada juga yang overthinking. Mungkin sudahpun menjadi lumrah kehidupan. 

Amirul meletakkan piring serta sudu dan garfu di atas meja kecil lalu menangkup satu tangan Amira dan mengusapnya. Adakalanya dibawa tangan mulus itu ke bibir kemudian menjatuhkan kucupan kecil di atas tangan itu.

"Tiada istilah penat dalam hidup abang jika ianya berkaitan dengan sayang. How I can say I'm tired with all of this sedangkan sayang dan anak-anak adalah kebahagiaan yang abang telah lama nantikan? Ini adalah cara abang untuk tunjukkan kasih sayang kepada sayang. Ini adalah cara abang untuk bahagiakan dan hargai sayang. Setiap kali apabila abang balik kerja dan tahu yang isteri abang ini telah tunggu di depan muka pintu dengan senyuman, oh my, sayang tak akan tahu betapa bahagianya abang. Hilang segala beban penat lelah tentang kerja. You're my energy little pumpkin. I need you all the time, embracing you with both arms and say 'you're the only reason that I still breathe, that I still live my little pumpkin.' You want to know how much I love you little pumpkin?" Mata mereka saling beradu menghantar satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan mana-mana aksara. Amirul membelai lembut wajah Amira seakan menyentuh permata. Ya. Permatanya, bidadarinya.

Dengan hati yang berdebar Amira mengangguk. Saat netra itu menatapnya redup tanpa sedar dia telah memberikan gerak balas pada jantungnya sehingga bergerak tidak stabil. Degupan jantung makin laju dari masa ke semasa dek panahan tersebut.

"75 tambah 75 tolak 75 darab 75 bahagi kosong" Amira mengernyit hebat. Apa kena mengena dengan nombor pula ni?

Mengelus surai Amira lembut sambil memberikan telefonnya kepada Amira. "Search in calculator." Laju tangan itu mengetik formula matematik yang diberikan kemudian setelah mendapat jawapannya dia terbungkam sejenak.

"It's infinity eazizati (sayang)" Kalimat yang Amirul layangkan berjaya membuatkan wajah Amira memanas. Dia mengangkat wajah menatap sang suami yang masih memberikan wajah manis kepadanya.

Tertawa kecil dengan reaksi sang bidadari Amirul bertindak mencium pipi Amira gemas. Lagi sekali ingin dimajukan bibirnya tetapi terhalang dek terkena balingan kasut dari arah belakang.

"Haa, strikes! Dalam orang duk pesan buat juga dia ni. Kan dah mendapat." Amuk seseorang dari arah pintu bilik mereka. Ringisan halus terkeluar dari bibir Amirul sembari menggosok kepalanya. Tak berani bertentang mata dengan gerangan tersebut kerana dia tahu siapa yang mahir dalam memberi chancla hit kepadanya.

'Habislah aku!' Rungutnya didalam hati.

Terkebil-kebil Amira dek 'serbuan' tersebut. Dia pun turut terkejut tadi kerana tiba-tiba sahaja kena serbu sedemikian.

'Hehehe maaflah encik suami. Saya tak dapat tolong,' getusnya didalam hati. Mulut ditekup kuat bagi menahan ketawa tatkala melihat sang suami terjerit memohon ampun kerana sudah terkena piatan pada telinga. Hampir naik merah sudah telinga itu.









Orang Tuaku bukan orang kaya, tapi bagiku mereka lebih berharga daripada harta. Ya Allah, jadikanlah mereka sebagai penghuni syurgaMu. Aamiin.

Jom sama2 doakan utk palestine

Jemput vote, komen and follow

Nak tengok babies tak? Hye semua, Cak!

So far okay ke story ni?

Macam nak ending dah tapi tak ending2 lagi kan. Haih apalah aku ni. Stress dgn diri sndiri

Ada apa-apa sebarang bantahan atau pertanyaan?

150 votes for unlock chapter

Update: 11/6/2024 ( 2:28 P.M.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro