BAB 58
'Still want you all the time in a corner of my heart. Filled with longing waiting for you'
Diperhatikan tubuhnya atas bawah yang dibaluti fabrik sutera berwarna putih. Ditolehkan pula disekeliling arah, kenapa? Aku dimana ni? Itulah yang bermain di dalam fikirannya. Tetapi semuanya sirna tatkala manik matanya menangkap susuk tubuh seorang wanita bersama dengan kanak-kanak kecil. Mereka nampak bahagia bermain sambil menari membentuk satu bulatan bersama. Pakaian mereka juga sama sepertinya, putih suci bersih tiada sebarang kotoran.
Dalam dia ralit dengan dunianya wanita yang berpakaian jubah putih bersama tudung labuh yang senada dengannya memanggil dirinya yang berdiri kaku. "Abang!"
"Huh? Sayang?" Tanpa menunggu masa dia terus berlari kecil mendapatkan isterinya. Mendakap erat tubuh mungil itu tanpa lepas.
Tubir senyuman di bibir Amira terus saja merekah melihat telatah manja Amirul. Dapat dia rasa pipi yang tiada kumis itu mendarat pada bahunya.
"I love you," rintihnya manja. Tubuh mereka sesekali bergerak berpusing.
"I love you too. Manjanya dia, kalah anak-anak," sakat Amira lalu membalas pelukan Amirul tidak kalah eratnya.
"Anak-anak?" Direnggangkan sedikit pelukannya namun tidak pula dia lepaskan. Dipandang aneh sang isteri yang sedang manis tersenyum ke arahnya. Dengan ketinggian yang hanya paras dadanya membuatkan dia geram ingin menyerang pipi gebu itu habis-habisan.
"Mana?" Matanya bergerak ke arah yang ditujukan oleh Amira. Terus saja sorot matanya berbinar melihat ketiga-tiga anak lelaki itu bermain riang dihadapannya.
"Boys come here!" Panggil sang isteri kepada kanak-kanak tersebut.
Amirul menunduk lalu berlutut sebelah kaki. Tangan mendepa luas menunggu ketibaan hero ciliknya masuk ke dalam dakapannya.
Amira terkekeh geli melihat sang suami yang hampir rebah ke belakang dek serangan anak-anak mereka. Terbit rasa bahagia dalam diri tatkala hero-heronya bergelak ketawa keriangan
Amirul menatap lekat anak-anaknya sebelum mengucup satu persatu anaknya dengan sayang. Tulus perasaan yang dirasai ini sehinggakan dia tidak mahu masa terus berputar menggantikan saat bahagia ini.
"Anak-anak kita dah besar," gumamnya perlahan. Kemudian dibiarkan anak-anaknya bermain bertiga dihadapan mereka.
"Ya. Dan sayang harap keluarga kita akan terus bahagia seperti sekarang."
"Abang akan pastikan kita bahagia selama-lamanya sayang. Walaupun pasti akan dilanda ribut dan badai abang akan pastikan kita kekal bersama buat selamanya. Abang tak akan sesekali pernah kecewakan sayang buat kali kedua," kata Amirul dengan netra yang menatap lekat pada Amira.
"Forever?" Tanya Amira sambil menggembungkan pipinya. Matanya berkedip polos.
"Yes. Forever little pumpkin" Merasa gemas Amirul terus merentap lembut lengan Amira lalu memeluknya erat sebelum menjatuhkan kucupan berulang kali pada wajah bidadarinya itu. Terkekeh kecil Amira dibuatnya.
Kemudian telapak tangannya yang besar naik menekup wajah kecil itu membuatkan mereka saling beradu untuk beberapa detik. Amirul meneguk salivanya sedikit kasar. Amira yang tahu dimana arah mata Amirul terus dibuat gugup.
Dengan sigap tangan itu menarik tengkuk wanita kesayangannya. Tetapi semuanya terganggu kerana terdengar satu panggilan pada indra pendengarannya.
"Chai! Chai!" Panggilan samar-samar itu membuatkan dia sedikit terganggu. Dicuba untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada bidadarinya ini tetapi tetap saja terhalang.
"Chai! Chai! Bangunlah woi!" Terkejut bukan kepalang Amirul apabila buka sahaja matanya terus dia disapa dengan wajah berkerut Elmer. Mimpinya yang tadi indah terus saja buyar melihat tatapan yang tidak diingini. Kacau mood betul!
"Hish kau ni! Mimpi apa sampai tersengih-sengih? Aku suruh kau teman aku pilih hadiah untuk bakal isteri aku, kau boleh tidur pula!" Membebel panjang Elmer dibuatnya. Penat dia ke hulur ke hilir mencari hadiah untuk bakal isteri boleh pula sahabatnya ini tidur di sofa yang disediakan untuk pelanggan butik. Sudahlah tu, buat butik ni macam dekat rumah pula. Tidur terkangkang sambil tersengih-sengih. Naik segan pula Elmer dengan para pekerja di sini.
Amirul biarkan sahaja Elmer membebel. Mulut yang terbuka luas kerana menguap ditutup dengan tangan. Apa yang dibebelkan oleh Elmer pun dia tidak tahu. Bukannya dia dengar pun, semuanya bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan salahkan dirinya, salahkan Elmer sahaja kerana mengganggunya pada waktu yang tidak tepat. Ada ke pula ajak dia teman beli hadiah time dia tidur dengan anak-anaknya. Sepatutnya weekend ni dia spend time dengan isteri dan anak-anak dia sahaja tau! Hmmmph!
"Kau lambat sangat pilih hadiah pun! Macam perempuan. Daripada aku tunggu kau, baik aku gunakan waktu ini sebaik mungkin untuk tidur." Balas Amirul sambil lewa. Sejak-sejak ada anak ini masa tidurnya berkurang sedikit tapi tak mengapa, dia suka. Pengorbanan ini rasanya adalah lebih kecil berbanding dengan isterinya. Jadi, dia sanggup untuk korbankan waktu dan segala-galanya asalkan isteri dan anak-anaknya itu selamat dan bahagia. Tiada perasaan yang lebih aman dan gembira selain melihat senyuman dari insan yang tersayang.
Elmer menjuih bibirnya. Dia menatap kesal ke arah Amirul lalu melabuhkan punggung di sebelah Amirul. Penat lelah yang dari tadi hanya berjalan berkurang sejenak setelah punggungnya mendarat di atas sofa empuk itu. Ahh! Lega. Patutlah Amirul tertidur, rupanya sofa ni lembut dia macam katil.
Hadiah yang sudah dibeli ditaruh di atas meja dengan berhati-hati. Takut kalau rosak ke tercalar ke. Naya pak karim nanti! Kesian intan sayang permata kita.
"Kau rasa aku dah bersedia kah untuk galas tanggungjawab menjadi seorang suami?" Tanya Elmer sembari menengadahkan kepalanya ke arah atas.
"Asal kau tanya macam tu?" Amirul mengernyit hebat. Jangan buat hal Elmer ni, makin dekat tarikh nak kahwin makin pelik-pelik pula perangai yang keluar. Haih!
"Aku takut... Aku takut kalau aku buat silap lagi," ujar Elmer terus terang.
Amirul menghembus nafasnya perlahan. "Bila kita makin dewasa, makin sukar perjalanan kita. You make mistakes, you lose friends, you fail, you fall, you realise things, you hit reality and you lose yourself but in the end you will find yourself and become more stronger than before. Trust me."
"Kalau stress jangan fikir untuk hilang dari dunia ni terus. You want to dissappear from everyone? Then do it and you'll see yourself fighting to survive. You do not want to kill yourself rather you want to kill something inside you." Elmer terpempan. Namun tidak lama dia tersenyum pahit. Benar apa yang dikatakan oleh Amirul. Dia cuma mahu hilangkan rasa derita ini sahaja. Tapi untuk hilangkannya dan capai rasa bahagia, perlulah bersabar terlebih dahulu. Hendak mendapat kebahagiaan yang 'mahal' mungkin memerlukan air mata yang duka tapi yang pasti semuanya akan beransur pergi dan melatihnya untuk menjadi lebih tabah dan cekal sebelum timbulnya sinar kebahagiaan pada penghujung jalan cerita.
Jam di tangan dikerling beberapa saat. "Jomlah balik. Aku dahlah first time tinggalkan isteri aku yang tengah berpantang dekat rumah," rengek Amirul manja. Skrin telefon kerap kali ditilik melihat gambar isteri dan anak-anaknya melalui CCTV. Sungguh! Dia rindu sekarang ini.
"Sabarlah! Haih, tak menyempat betul bapak orang ni." Elmer mendengus sebal. Naik lemak jadinya mendengar rengekan Amirul. Baru berpisah sejam sahaja bukannya sehari. Dekat rumah pun ada bakal bapa mertua dan bakal isterinya yang sedang menjaga Amira.
Amirul tanpa banyak bunyi terus saja berdiri. Sempat ditilik penampilan dirinya pada cermin kaca butik tersebut. Mana tahu kalau-kalau ada air liur, jatuh standard gelaran ayah handsome nanti. Manakala kesan birat pada pipi kerana terlelap di atas sofa diusap perlahan.
Elmer menggelengkan kepalanya melihat telatah Amirul. Dia memerhati wajah Amirul sejenak. Semenjak sudah bergelar ayah terpancar aura positif pada wajah itu.
"Asal kau tengok aku macam tu?" Soal Amirul kehairanan. Bukan dia tidak sedar akan ekspresi wajah Elmer yang terpancar tadi.
"Entahlah. Aku rasa lain bila tengok kau."
"Astaghfirullahala'azim kau jangan macam-macam Elmer! Ingat sikit dekat bakal bini kau tu. Menangis dekat bucu katil kang!" Segera diambil jarak menjauhi Elmer dengan tangan ditekapkan ke mulut memerhati sahabatnya itu atas bawah.
"Tengkorak kau! Aku dah berubah tau." Bidas Elmer lalu membaling bantal kecil ke arah Amirul. Tak dapat terima dengan tanggapan Amirul yang diberikan tadi. Ada ke pula cakap macam tu. Terasa hati dia tau!
"Aku rasa macam akan ada sesuatu berlaku dekat kau tapi aku tak tahu apa."
Amirul menjungkit bahu. Dia ada rasa juga perasaan itu tapi dia hiraukan saja. Mungkin permainan perasaan. Malas nak kusutkan kepala.
"Tak payahlah fikirkan sangat, serahkan saja semuanya kepada Tuhan. Yang perlu kau risaukan sekarang adalah persiapan untuk kahwin nanti. Hal aku, pandailah aku selesaikan. Jangan risau, Allah akan jaga kita." Kepala diangguk tanda setuju. Benar, mungkin perasaannya saja. Tak mengapalah, asal sekarang mereka sudah mengecapi rasa bahagia itu bersama sudah cukup.
'Di dunia ini sabar itu ada dua hal, iaitu sabar terhadap apa yang kamu benci dan sabar terhadap apa yang kamu suka' - Ali bin Abi Thalib
Jom sama2 doakan utk palestine
Jemput vote, komen and follow
So far okay ke story ni?
Ending tak lama dah, jangan risau. Saya harap korang semua happy! Again, I'm sorry sbb buat awak semua kecewa
150 votes for unlock chapter
Update: 8/6/2024 (3:20 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro