Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 57


'Recall the memories that shined beyond time. The words I hesitated and swallowed alone is I love you'








Amira membuka matanya perlahan-lahan. Bau hospital menyengat di dalam rongga hidungnya. Tangan cuba digerakkan tapi tidak berjaya kerana telah pun dikunci oleh tangan besar seseorang. Dia mengalih wajahnya ke sisi dan melihat sang suami sedang menatapnya dengan pandangan yang lunak. Kelihatan birai air mata turut menunggu masa untuk jatuh.

Amirul menggenggam jari-jemari Amira dan mengelusnya pelan sebelum menjatuhkan kecupan disitu. Tak tunggu lama, sepasang manik mata itu menjatuhkan butir-butir bahagia.

"Abang," seru Amira membalas genggaman Amirul meredakan sebak lelaki itu.

"Hurmm." Air mata yang terus jatuh diseka oleh sang isteri.

"Terima kasih. Terima kasih my little pumpkin." Tak betah melihat air mata sang suami jatuh terus dia menarik Amirul masuk ke dalam pangkuannya.

Amirul menangis semahu-mahunya dalam pelukan Amira. Betapa besarnya pengorbanan untuk menjadi seorang ibu. Dia sendiri melihat bagaimana bidadarinya ini berjuang untuk keluarga kecil mereka. Semua yang berlaku masih terpahat dalam mindanya bagaikan pita rakaman.

"Kenapa menangis ni?" Tanya Amira gemas. Jari-jemari runcingnya bergerak mengelus rambut sang suami membuatkan dia terus mendongak memandang ke arah Amira.

Amira mengulum senyum. Melihat wajah comel Amirul membuatkan hatinya bergelojak bahagia. Semua rasa letih dan penat yang dirasai terus saja sirna.

"Abang bahagia. Abang bahagia sangat sampai abang tak tahu nak cakap macam mana." Bibir Amirul kelihatan tersebik. Hingus yang meleleh disedut kuat.

"Alolololo comelnya dia. Janganlah menangis lagi," ucap Amira memujuk lelaki itu. Ingin ketawa tetapi takut suaminya ini kecil hati jadi lebih baik dia diamkan sahaja.

Tanpa aba-aba Amirul bangun dan melabuhkan kecupan pada dahi Amira. Kecupan yang lama itu terasa syahdu dan bahagia. "Kehadiran sayang dalam hidup abang sudah memberi banyak kebahagiaan kepada abang. Mungkin dengan mengucapkan terima kasih saja tidak mencukupi tetapi dengan ucapan I always love you dan doa kita berdua abang harap kita akan bersama selamanya hingga ke Jannah. Jangan pernah pergi tinggalkan abang ya my little pumpkin sayang abang." Kedua tangan besarnya menekup lembut wajah Amira. Wajahnya tidak pula mengambil jarak sebaliknya kekal disitu bertemukan dahi mereka berdua.

Amira diam. Lidahnya terasa kelu perasaannya pula dihuni rasa sebak dan terharu.

"Abang, anak kita?" Diperhati sekeliling mencari para malaikat kecilnya.

"Kejap. Tunggu sini tau." Amirul bangun lalu berjalan ke luar bilik. Amira diam melihat tingkah laku Amirul.

Tidak mengambil masa lama apabila dia terdengar kuakan pintu wad dari luar. "Assalamualaikum mama. Kami datang nak beraya," katanya sambil menolak baby crib itu mendekat ke arah mereka.

Sorot mata Amira terus saja memancar kebahagiaan. Melihatkan tiga orang anak mereka sedang lena di ulit mimpi.

"My babies," ujar Amira dengan senyuman lebar. Amirul mendukung salah seorang anak mereka lalu diberikan kepada Amira dan disambut baik oleh Amira.

Dengan lihai Amira menunduk dan mengucup anaknya perlahan. Bauan syurga menerpa dalam rongga hidungnya membuatkan dia terasa sebak.

"I did it. I really did it," gumamnya halus. Terasa panas pada tubir matanya. Seorang demi seorang cahaya matanya dilihat dengan perasaan sayang.

"Yes, you did it mama." Belum sempat air mata kebahagiaan itu jatuh mencecah lantai dengan laju ibu jari kasar itu mengusapnya lembut. Amirul mendakap erat jasad Amira dari tepi.

"Selamat datang ke dunia ini para malaikat kecil mama dan babah," ujar mereka serentak dengan terhiasi senyuman manis.

"Abang dah beritahu semua orang?" Belum sempat Amirul menjawab, pintu wad pesakit sudah pun terbuka dan menunjukkan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handal mereka.

"Panjang umur." Amirul ketawa. Punggungnya sudahpun dihenyak disamping sang isteri yang berkedudukan separa duduk.

Ahli keluarga dan juga sahabat karib yang mula mengerumuni mereka mula meriuhkan suasana.

"Assalamualaikum babies!" Ujar Ayuni penuh semangat. Kedua-dua bayi yang masih berada didalam baby crib terus diserbu oleh mereka. Manakala bayi yang berada didalam dukungan Amira telah pun selamat berada di dalam dukungan nenek mereka, Datin Aara. Encik Emir yang berada disamping turut mengagah bayi tersebut.

"Wah comellah anak-anak kau Mira!" Fatin dan Diana terus menerpa ke arah bayi-bayi itu dengan gembira.

"Shushh! Jangan bising sangat nanti dia orang bangun," tegur Amira perlahan sambil jari telunjuk di letakkan di bibir.

"Oops! Sorry." Ketiga wanita itu mengekek ketawa lalu kembali bermain dengan bayi-bayi kecil yang comel itu.

"Wow! Tiga-tiga hero kau bagi." Pewaris kuat ni. Rayyan menepuk bahu Amirul. Dia turut berasa gembira melihat kebahagiaan yang terpancar pada wajah Amirul. Lebih-lebih lagi apabila sudah menimang anak lagi terserlah aura kebapaan itu.

"Tengok orang lah. Penangan tongkat ali juga sama," seloroh Amirul bersahaja dengan bibir mengherot ke tepi. Dia mengangkat alisnya seraya menunjuk riak wajah bangga. Rayyan terus saja mencebik kesal. Rasa menyesal pula puji.

"Kalau kau nak aku boleh bagi," Amirul membisik halus pada cuping telinga Rayyan. Terus saja riak yang tadi masam kini diganti dengan sinar kebahagiaan.

"Boleh boleh." Rayyan tersenyum senget. Dia bukan boleh kalau ada orang offer barang baik. Tunggulah nanti isteriku, akan ku bina satu pasukan bola sepak untukmu.

"Dah ada nama ker untuk babies ni, adik?" Soalan yang diberikan oleh Encik Emir membuatkan kedua pasangan itu saling berpandangan. Amirul menarik Amira masuk ke dalam pelukannya sebelum menjawab soalan itu.

"Yang ada lesung pipit sebelah kiri Wan Aufa Idham Bin Wan Amirul Ilham. Yang lesung pipit sebelah kanan, bernama Wan Amsyar Khairi Bin Wan Amirul Ilham dan yang bongsu, lesung pipit ada di kedua-dua belah bahagian bernama Wan Anas Ilyas bin Wan Amirul Ilham."

"Sedapnya nama!" Tubir senyuman tidak lekang dari insan tersayang mereka. Ada saja yang menghiburkan hati. Pasangan yang baru sahaja digelar ibu bapa itu turut merasai yang sama. Melihatkan orang sekeliling turut bahagia adalah satu perasaan indah yang tidak dapat diungkapkan dengan mana-mana aksara. Hanya ucapan alhamdulillah syukur saja tidak henti meniti dalam diri mereka.

Amira tersenyum dalam dakapannya. Jari-jemari mereka bertaut erat menyalur rasa aman bahagia. Sesekali Amirul menunduk melabuhkan kucupan pada pucuk kepala bidadarinya itu. Tidak pernah jemu dia salurkan sayangnya pada isteri manisnya ini.

"Fatin dah lepas, Amira pun dah lepas. Next Diana pula." Pandangan Diana berubah cuak. Inilah yang dia tidak suka apabila mereka berkumpul bersama. Pasti akan ada saja topik untuk membahannya.

"Akak, jangan start." Tangan Diana sudahpun ditekap satu sama lain dan membuat gaya merayu. Namun semuanya sudah terlambat apabila ada satu suara yang menyahut dibelakangnya.

"Kan... Haih, bilalah hang nak bukakan hati hang untuk aku Diana woi! Dua cerita dah ni. Lama bebenor kitonya tunggu," rungut Farhan. Bibirnya mencebik lalu melentokkan kepalanya pada bahu keras Rayyan.

"Sabarlah dek. Nak dapatkan mutiara kena buka kerangnya dulu." Terus pecah ketawa orang ramai yang berada di dalam wad tersebut. Dengan melihatkan layanan Rayyan iaitu menepuk perlahan kepala jejaka muda itu lagilah menghiburkan mereka.

Tidak lama kemudian diikuti pula teriakan bayi-bayi comel itu. Bergema dipelusuk ruang bilik wad pesakit sehinggakan semua orang panik menenangkan ketiga-tiga hero comel-montel.

***

Amirul mengesat bibir comot Amira. Kemudian disuap kembali makanan yang sudah disediakan oleh pihak hospital ke dalam mulut sang isteri.

Sesekali kepala menoleh ke hadapan melihat telatah kedua pasangan yang berdarah manis itu mengacah anak mereka. Tersenyum Amirul dan Amira dibuatnya. Elmer yang tidak dapat datang kerana perlu menyiapkan kerjanya membuat keputusan untuk datang melawat pada hari minggu. Mahu dikatakan jodoh ataupun kebetulan pun tidak pasti kerana Ayuni juga turut berada disini. Dan tanpa mereka berdua rancang, pakaian mereka juga sedondong. Bukan itu sahaja, kasut pun sudah satu set couple punya!

"Comelnya anak-anak buah paklong ni!" Ibu jarinya mengusap pipi gempul Amsyar. Elmer kelihatan begitu teruja apabila kali pertama dapat menyentuh bayi yang baru lahir.

Mata Amsyar terkedip-kedip memandang Elmer sebelum dia mengukirkan senyuman. Elmer apa lagi, terus dibuat cair jejaka itu.

"Wei! Dia senyum lah. Comelnya!" Elmer tersenyum lebar. Makin seronok dia bermain dengan bayi tersebut.

"Kan! Like father like son." Amirul mendabik dada. Bangga dengan ketiga-tiga anak lelaki mereka kerana kebanyakkannya menerima gen dari dia. Kening, rambut, hidung semuanya hampir sama dengannya. Ini baru lah dikatakan anak bapak!

Elmer mencebik. "Eleh! Riak. Aku doa bila dia orang dah besar nanti harap-haraplah ikut perangai Amira. Bukannya perangai kau yang tak semengah tu," celetuk Elmer sambil mendodoi Amsyar untuk kembali lena.

"Hei! Banyak songeh kau ni erk. Aku tak restu kau jadi abang ipar aku baru tahu." Ugut Amirul dengan mukanya yang sudah berubah merah. Inilah senjata terbarunya. Ugutan jikalau sahabatnya ini mencari fasal. Manakan tidak, majlis perkahwinan kakak iparnya akan berlangsung dalam beberapa bulan sahaja lagi jadi dia akan gunakan sebaik-baiknya peluang ini untuk membuli sahabatnya itu. Tunggu dan lihat Elmer. Haha!

Wajah tampan itu terus berubah kelam. Bibir pula sudah terjuih. Baik dia berdiam diri daripada melawan. Malas nak bertikam lidah dengan orang yang sentiasa mahu menang.

Amira yang sejak tadi hanya diam memerhatikan interaksi kedua jejaka ini terus berdehem. Dia mengalihkan pula wajahnya ke arah kakaknya yang juga hanya berdiri diam di samping baby crib anak-anaknya. Tetapi dapat dia lihat, wajah itu kian merona apabila hal perkahwinan dijadikan topik perbalahan.

"Diam lah kau." Wajah Elmer membentuk satu ekspresi meluat. Namun semua itu luntur tatkala pandangannya jatuh ke arah gadis yang akan menjadi suri hatinya tidak lama lagi.

Terasa macam mereka pula ibu bapa kepada ketiga-tiga bayi ini. Manakan tidak, daripada baru sampai sehinggalah ssekarang masing-masing hanya berkepit sahaja dengan hero-hero montel ini.

'Inikah perasaannya bila sudah menjadi ibu bapa?' soalnya bersendirian. Bibir pula tidak henti-henti tersenyum kerang. Macam orang angau dah pun.

"Awak kenapa?" Naik hairan Ayuni apabila Elmer memandangnya tanpa lepas. Dengan senyuman lebar seperti joker lagilah membuatkan dia meremang. Apa hal pula dengan lelaki ni?

Terus memerah pipi Elmer apabila dia sudah tertangkap basah. Pudar sudah lamunannya tentang masa depan mereka apabila melihatkan Ayuni melambai-lambai dihadapannya dengan riak bingung.

Tidaklah membalas tetapi hanya tawaan saja yang terkeluar bersamaan istighfar meniti di bibir. Elmer menggeleng kecil lalu kembali tunduk memandang bayi-bayi itu.

"Ya Allah aku jatuh cinta kepadanya disaat aku ingin berubah. Dia hadir saat aku mati rasa kemudian mengembalikan perasaan hatiku yang telah lama menghilang. Jatuh cinta kepadanya sungguh diluar kendaliku dan aku tahu bahawa perasaan ini adalah kerananya. Jadi aku mohon Ya Allah, sebagaimana Engkau membuatku jatuh cinta kepadanya, Engkau menyatukanlah kami dengan cara yang indah." Bisik Elmer perlahan. Sungguh hati ini bahagia tak terkata bila mengenangkan beberapa hari sahaja lagi yang tinggal. Haih! Tak sabarnya nak kahwin.

'Yakinlah, ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani, yang akan membuatmu terpana hingga kau lupa pedihnya rasa sakit' - Ali bin Abi Thalib

Jom sama2 doakan utk palestine

Jemput vote, komen and follow

Yalah! Semua kahwin. Ambillah. Tinggalkan saya yang single ni. Hurm!

Get ready dengan ending? Tapi bagi saya ending dia kurang memberangsangkan tapi harap korang suka. Saya mohon maaf sangat2.

150 votes for unlock chapter

Update: 6/6/2024 ( 1:37 p.m.)


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro