BAB 55
'Seseorang yang benar-benar mencintaimu dengan tulus itu jelas, jadi tak perlu kau mengajarnya bagaimana caranya berjuang'
Ruang bangunan yang megah itu bergema dengan bunyi tapak kasut Oxford. Kaki jenjangnya melangkah besar dan kelihatan tergesa-gesa seperti mencari sesuatu.
Chairil mendengus kasar apabila penglihatannya langsung tidak disapa oleh susuk tubuh insan tersayang. Bola matanya meliar disekeliling bangunan mencari gerangan tersebut. Tetapi malangnya bukannya dia yang Chairil jumpa tapi sebaliknya dua orang jejaka yang tengah rancak berborak di hadapan pintu bilik makmal.
"Kau orang ada nampak isteri aku tak?" Tercungap-cungap dia menyedut nafas. Farhan dan Noah yang sedang membincangkan sesuatu tersentak kecil apabila diserbu sebegitu rupa.
"Dekat bilik training." Ujar Farhan sambil menunjukkan di manakah bilik tersebut. Tanpa ucapan terima kasih dia berdesup berlari kecil ke arah bilik itu.
"Apa hal itu?" Ternaik alis sebelah Noah melihat Chairil yang tergesa-gesa mencari isterinya.
"Entah, nak hypo kut. Sebab itu cari sugar dia balik" Seloroh Farhan berjenaka. Noah memasang riak tidak faham.
"Yang tahu jer tahu" Jawab Farhan lalu meninggalkan Noah yang masih terpinga-pinga.
"Mama!" Terbelalak matanya apabila penglihatannya tersapa dengan sesuatu yang tak dijangka.
Bukan setakat Chairil sahaja yang terkejut, malah Amira juga turut sama. Maggie pedas yang sudahpun separuh jalan ingin dimasukkan ke dalam mulut terhenti seketika. Dia mengalih wajahnya ke arah Diana yang kini sedang membersihkan alat senjata mereka seakan meminta bantuan daripada rakannya.
Tapi apakan daya, Diana hanya memasang riak tidak ingin mengambil tahu. Malah mimik bibirnya juga seakan berkata. 'Settle sendiri. Masalah kau bukan masalah aku.' Lalu tanpa lengah dia meninggalkan dua pasangan sejoli itu di dalam bilik. Malas mahu lihat drama samarinda yang akan berlangsung sebentar lagi.
"What are you doing? Ooo ini kerja sayang ya. Cakap nak hantar report saja rupa-rupanya datang melantak dekat sini. Patutlah sidai abang dalam kereta dua jam." Chairil menghenyak punggung di atas sofa dengan sedikit kasar. Perempuan dengan makanan memang tak boleh berpisahkah?
Wajah cuba digarang sebaik mungkin walaupun di dalam hatinya meronta-ronta ingin memeluk sang isteri yang gebu seperti patung beruang.
"Maaflah abang. Sayang lupa pula nak inform abang" Wajah comel yang ditayangkan oleh sang isteri tersapa di netra tajam Chairil. Pipi yang chubby itu seolah-olah memanggilnya untuk menggigit geram. Seakan tidak terkesan dengan riak garang yang dipamerkan oleh bapak singa, dengan beraninya dia menyuap kembali Maggie pedas itu masuk ke dalam mulutnya.
"Sayang!" Chairil berteriak manja. Bibir merahnya tercebik melihat tingkah laku Amira. Dengan wajah masam mencuka dia merebahkan kepalanya di atas riba Amira.
"Janganlah makan fast food mama." Tegur Chairil lembut. Mangkuk mi instant itu ditarik jauh tatkala Amira membawanya dekat ke mulut untuk menghirup kuah pedas itu.
"Tapi baby yang nak?"
"Tak akanlah baby-baby kita tu nak maggie saja?" Chairil mengedip pelan. Baru sedar apa yang telah dia katakan. Soalan itu persis maut baginya. Tengoklah nanti apa respons mak buyung itu nanti.
Jeda.
Amira pun seakan-akan memproses kata-kata sang suami. "Abang ni... faham-faham saja" Bibirnya tersungging ke atas. Memang benar, bukan maggie saja yang dia mahukan. Ada makanan lain juga yang dia idamkan sebenarnya. Maklumlah, pembawakan anaklah katakan.
Kan dah cakap. Sepatutnya bukan itu yang harus dia katakan. Tapi apa boleh buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
"Sayang nak apa? No fast food anymore. Ianya tak baik untuk kesihatan." Tegurnya lagi. Dengan senyuman dia mengucup perut buncit itu berkali-kali. Tidak dilupakan juga pipi bersih Amira.
Amira ketawa bahagia. Gaya potongan rambut wolf cut suaminya dibelai lembut. Gembira bila suaminya sangat memahami keperluan dirinya.
Jari telunjuknya bermain di dagu seakan berfikir sesuatu. Bibirnya tidak henti mengukir senyuman lebar.
"Sayang nak nasi arab dan coconut shake boleh?" Mata bulatnya terkedip-kedip memandang Chairil.
Chairil yang sudahpun terlanjur jatuh dengan kecomelan Amira turut mengukir senyuman manisnya yang jarang dilihat oleh orang ramai, "Boleh sayang. Anything for you." Pipi bulat itu ditarik manja.
"Tapi sebelum tu kita jumpa Elmer dulu dekat base boleh sayang? "
"Eh haahlah, lupa pula. Boleh boleh. Lagipun kakak pun cakap dia ada dekat sana nanti," Jawab Amira penuh semangat. Chairil tergelak kecil. Dipeluk erat mak buyung itu bagaikan tidak mahu lepas.
Dipandang lunak wajah sang isteri tanpa lepas. Makin berseri pula dia tengok isterinya semasa mengandung ni.
Amira menjadi salah tingkah melihat sinar mata yang terbit dari bebola mata Chairil, "Kenapa?" Lain macam pandangan suaminya ini. Jangan cakap dekat sini pun boleh jadi.
"Salahkah seorang suami nak tengok isterinya?" Mata mereka beradu buat seketika. Amira yang tidak tahan dengan pandangan itu memutuskannya dengan cepat. Dia berdehem kecil menghilangkan gugupnya.
Chairil ketawa kecil. Seronok melihat tingkah malu Amira. Perasaan ini memang tidak dapat dia ungkapkan dengan perkataan. Benarlah kata orang, apabila seseorang benar-benar mencintaimu dengan tulus tidak perlu ajar dia bagaimana berjuang, bagaimana mahu layan pasangan dengan baik kerana seseorang yang tulus pasti dia akan melakukan semua itu tanpa kita minta dan paksa. Jadi tak perlu mengemis cinta dan sayang darinya kerana dia dengan rela hati akan memberinya.
***
"Tahniah bro! Dapat juga kau beli jet ni." Chairil memandang kagum terhadap Elmer. Sesekali dia mengerling ke arah sang isteri bersama kakak iparnya yang jakun melihat Jet Bomber B2 milik Elmer.
"Alhamdulillah. Rezeki la katakan." Tercetus gelak ketawa dari kedua-dua jejaka itu.
"So how's life?" Chairil menjungkit kening. Dapat dia lihat kebelakangan ini sorot mata itu sedikit memancarkan sinar kebahagiaan.
"So far so good but not good at all," ucap Elmer dengan senyuman yang terpatri di bibir.
"Faham. Tak apa, trust the process. Inn Syaa Allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Kalau kau dah tanam azam dan memiliki tekad yang kuat pasti semuanya akan baik-baik saja. Cuma jangan putus asa sahaja dalam mengharungi segala onak duri nanti," ungkap Chairil jujur. Benar dalam tempoh jangka panjang ini dia lihat Elmer benar-benar tekad ingin berubah.
"Terima kasih sebab tak pernah putus asa dalam membantu aku." tutur Elmer ikhlas. Jauh dari sudut hati dia terasa malu dan jijik apabila mengenangkan tingkahnya pada masa lalu.
"Sebaik-baik kita, pasti ada sisi buruknya, itulah sebab mengapa kita perlu belajar memperbaiki diri. Dan sebaik-baik kita, pasti ada hal yang tidak disukai orang lain. Itulah mengapa kita perlu belajar menerima dan tidak memaksa untuk diterima. Jadi untuk elak kita ni stress, kita jangan memikirkannya terlalu jauh dan jangan sesekali berasa yang diri ini tak berguna. You know what? Feeling worthless doesn't make you worthless. Cukup dengan rasa syukur saja kerana masih diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan"
"Pasal apa yang nak dikatakan oleh orang, kau diamkan sahaja. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mulut orang kita tak boleh tutup. Mereka bukannya kenal kau luar dan dalam macam kita orang kenal kau. Kau macam tak tahu mind set orang zaman sekarang. Knowledge is judged by marks, beauty is judged by colour and respect is given to money. Tetapi malangnya mereka tidak tahu yang itu semua bukanlah kekal tetapi sebaliknya hanya 'pinjaman' semata," jelas Chairil dengan tenang membuatkan Elmer terpana dengan nasihat yang diberikan olehnya.
"By the way aku tengok kau dengan Ayuni tu kerap-kerap berjumpa. Sebab hal kerja kah atau...?" Alis keningnya terangkat dengan riak wajah nakal. Tangan sasa itu naik memeluk tubuh yang dibaluti fabrik kemeja navy blue.
Elmer berdehem kecil. Belakang leher diusap bagi menghilang rasa gugupnya. Otaknya kini ligat mencari alasan yang tepat untuk dikemukakan kepada Chairil.
Chairil menyungging senyuman sinis. Dalam pandangannya sekarang merakam rona wajah Elmer yang mula bertukar warna menjadi kemerahan. "Aku bukannya kenal kau kelmarin, Elmer. Aku dah kenal kau bertahun-tahun tau. Kalau dah suka itu cakap dengan keluarga dia, bukannya dia. Do halal dates not haram dates, commit to her and don't use her. Be a man not a boy. Lagipun ada seorang ni berpesan; lamarlah seorang perempuan atas niat ingin membimbingnya ke syurga bukannya untuk dijadikan bahan nafsu dan permainan cinta belaka."
***
"Babah busy?" Kepalanya menjengul sedikit melihat keadaan sang suami sebelum menapak masuk ke dalam ruang mini pejabat Chairil
"Eh! Ayang ucuk anje. Meh sini meh." Chairil menggamit dirinya untuk duduk di atas pahanya.
"Tak naklah, nanti berat" Amira menolak secara halus. Tetapi setelah melihat tatapan tajam dari sang suami terus dia berjalan dekat ke arah Chairil
"Mana ada berat. Setakat tampung berat mama dan baby apalah sangat. Small matter sajalah" Automatik senyum lebar Chairil terbit setelah berjaya mendudukkan Amira di atas pahanya. Kedudukan dibetulkan sedikit kemudian dia kembali melakukan kerjanya yang tertunggak tadi.
Amira yang hanya berdiam diri di atas pangkuan Chairil melihat bagaimana lincahnya jari-jemari suaminya bermain di atas papan kekunci itu. Tanpa sedar dia meneguk air liurnya rakus. Entah kenapa baginya kelihatan seksi pula.
"Kenapa hmm?" Tersentak Amira apabila suara dalam itu menyapa di halwa pendengarannya. Ralit sangat dengan dunianya sehingga dia lupa ada seseorang yang dari tadi memerhati dirinya tanpa lepas.
"Huh?" Dia menoleh wajahnya ke sisi tanpa dijangka menyebabkan bibir mereka bertemu.
Chairil Bahran tersenyum lembut manakala Amira pula jangan dikata, wajahnya sudah seperti udang bakar sekarang ini.
Tanpa mengalihkan wajah mereka Chairil berkata, "I love you little pumpkin." Perlahan saja suara itu.
Mata bulat itu terkebil-kebil melihat dirinya. Buat seketika dia terpana dengan tindakan Chairil yang terus-menerus membuatkan dia lupa cara-cara untuk bernafas dengan betul.
Chairil mengetap bibir melihat wajah polos sang isteri. Tidak dapat ditahan perasaan sayang yang makin membuak-buak dia terburu-buru menutup komputer dan mendukung Amira dengan gaya bridal style.
Terlepas jeritan kecil dari bibir mungil Amira. Dengan sigap tangannya terus melilit di tengkuk Chairil.
"Abang!"
"Yes sugar" Amira terdiam. Suara itu, dia tahu suara itu.
"Nak pergi mana ni? Kan ada kerja tak siap lagi"
"Kita nak tidur sayang. Kerja itu tak apa, nanti-nanti pun boleh buat. Tapi masa dengan sayang lagi penting dari semua kerja itu," jelas Chairil sambil kaki jenjangnya menolak pintu bilik mereka yang sedikit terbuka. Tetapi langkah tersebut terhenti ditengah jalan apabila ada sesuatu menyapa pemandangan mereka berdua.
"Snowwy what are you doing here?!" Jerit Amira didalam dukungan sang suami manakala Chairil pula terbungkam kaku.
Dapat mereka lihat seekor Snow leopard dengan malas membuka matanya sebentar kemudian sambung melelapkan kembali matanya di atas katil mewah mereka.
"Sayang lupa kurung snowwy eh?" Amira tersengih malu. Dengan lemah-lembut dia meletakkan Amira di atas katil empuk mereka.
"Sayang jangan cakap malam ni snowwy akan tidur dengan kita ya..." Tegur Chairil dengan muka yang cemberut.
"Budak besar tak boleh tidur dengan mak ayah," sebelum Amira membalas kata-katanya Chairil sudah meletakkan jari telunjuknya ke bibir Amira.
"No excuse anymore little pumpkin. You're mine and I don't like sharing. Jadi sayang duduk sini diam-diam dan biar abang panggilkan Akash untuk bawa snowwy balik ke bilik dia yang sebetul-betulnya" Perkataan sebetul-betulnya ditekankan supaya isterinya tahu bahawa dia benar-benar maksudkannya kali ni. Cukup dua malam dia berkongsi Amira dengan haiwan peliharaan milik mereka. Kini tidak lagi! Cakaplah dia cemburu, emangnya kenapa? Enggak boleh?
'Man has a limit but once his heart is broken he doesn't fear anything and doesn't care about his surroundings. He is dead inside.'
Sorry guys story ini agak cliché and membosankan and I'm sorry for the late update. Thanks sebab sudi baca vote and komen, anda mmg the best! Segala salah silap please mention me or just dm ke apa ke ikut hampalah. Maafkan saya sbb story ni matured. Buatkan anda rasa tak selesa. Jika rasa begitu just tell me, saya akan berusaha utk mmperbaikinya.
Jom sama2 doakan utk palestine
Jemput vote, komen and follow
Siapa view kantoi dia tak mandi lagi.
150 votes for unlock chapter
Update: 28/5/2024 ( 11:59 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro