BAB 54
'A positive mind finds opportunity in everything but a negative mind finds fault in everything. So wake up every morning with the thought that something wonderful is about to happen.'
Suasana dingin di pagi hari ditambah pula dengan hujan renyai-renyai pasti membuatkan para insan dibumi menarik selimut mereka bagi menghasilkan rasa hangat dalam tidur. Tetapi tidak bagi salah seorang hamba yang masih berteleku di atas kain sejadah.
Setelah selesai dia mengambil satu tuala kecil bersih lalu dibasahkan sedikit kemudian menapak ke arah sang isteri. Dengan lihai tangannya mula mengelap tubuh bidadari syurganya ini.
"Cantik bidadari abang ini" Ucap Chairil tanpa jemu. Perlahan bibirnya mengoyak senyuman manis.
"Dulu kita selalu solat sama-sama tapi sekarang semuanya abang buat sendiri. Sayang tak tahu betapa gembiranya abang bila selepas sahaja kita selesai solat kemudian abang menoleh belakang melihat ada sayang bersama abang" Dia senyum dan menggosok lembut wajah mulus itu.
"Sayang kelihatan cantik dan manis waktu itu walaupun cuma berpakaian telekung" Chairil mengucup dahi Amira kemudian turun pada kedua belah mata dan di akhiri pada kedua belah pipinya.
Dia melabuhkan dirinya di atas kerusi yang tersedia di tepi katil dan kembali bermain manja dengan jari-jemari sang isteri sambil berselawat kecil.
Dalam dia larut dengan suasana tiba-tiba ia merasakan gerakan kecil pada jari-jemari Amira.
"Sayang?" Chairil melihat gerak tubuh Amira.
"Sayang... Mama. Sayang dengar abang tak?" Chairil terserentak apabila jari-jemarinya mendapat balasan genggaman dari Amira.
"Sayang!" Tersenyum lemah Amira dibuatnya apabila melihat Chairil yang sedang menatapnya dengan linangan air mata.
"Alhamdulillah, sayang dah sedar" Mendayu sahaja suara itu berkata. Dengan cepat dia bangun dan menekan butang kecemasan untuk memanggil doktor datang.
Amira menyeka air mata Amirul yang mengalir dan mengusap lembut wajah yang ditumbuhi jambang dan misai halus itu. Akhirnya setelah sekian lama hatinya terasa tenang dari gundah gulana yang selama ini mengelubungi dirinya. Bibirnya benar-benar mengoyak senyuman lebar menatap wajah sang bidadari. "I miss you" Ucap Amirul dengan suara serak. Tangan besarnya menekup tangan kecil Amira yang berada di pipinya.
Setelah selesai diperiksa oleh doktor, Amirul kembali mendekat ke arah Amira yang kini menyentuh perutnya.
"It's true?" Amirul menganggukkan kepalanya. "Dalam ini ada little angle kita, mama"
"Assalamualaikum mama, babah" Ujar Amirul dengan suara halusnya. Mereka memandang satu sama lain lalu sama-sama tersenyum bahagia.
"Tak lama lagi kita akan jadi parents" Manik mata Amirul kembali terarah pada perut Amira.
"Ya Allah, jadikan anak kami ini beruntung di dunia dan di akhirat. Lembutkan hatinya, muliakan akhlaknya. Jauhkan dia dari kemaksiatan, sentiasa istiqomah di jalan yang engkau redhai. Jadikan dia penyejuk hati dan kebanggaan kami. Aamiin" Dia mengusap lembut perut sang isteri kemudian menjatuhkan beberapa kucupan di atasnya. Malah senyumannya juga tidak luntur sejak Amira bangun. Buat seketika Amira terpaku dengan tingkah laku Amirul. Terasa satu perasaan hangat timbul dalam dirinya.
"Terima kasih abang" Bicara Amira tulus. Dia mengusap perlahan rambut lebat sang suami.
"Untuk?" Suara Amirul terlepas lembut.
"For everything. Kasih sayang, cinta, kesetiaan, kemewahan, perlindungan. And all of the small things that you do make me fell for you harder and harder." Lingkaran gelap pada bawah mata Amirul membuatkan dirinya percaya bahawa suaminya ini banyak menghabiskan waktu menjaga dirinya di hospital.
Tak semena air mata Amirul tumpah kembali. Dia menangkup wajah Amira lalu menjatuhkan kucupan syahdu pada dahi mulus Amira. Hatinya kini bagaikan berbunga-bunga.
"Abang yang sepatutnya ucapkan terima kasih untuk segalanya dekat sayang, my only one little pumpkin. Sayang adalah anugerah terindah dari Tuhan. Tak akan sesekali abang sia-siakan. Because everytimes I close my eyes and all I see is you. And when we're apart I'm missing you. Terima kasih kerana masih bersama dengan abang. Terima kasih sebab masih bertahan sayang. I love you little pumpkin. I really do mama" Amirul melagakan dahi mereka bersama dengan mata yang terpejam erat. Hidung mancungnya digeselkan dengan hidung Amira.
Amira tersenyum menerima kelakuan sang suami dan bergerak mengurangkan lagi jarak mereka. Tangannya naik memeluk pinggang Amirul dengan erat. "I love you too babah" Balasnya halus.
Terserentak Amirul dibuatnya namun tidak lama kerana dia juga turut membalas pelukan itu dengan berhati-hati kerana khuatir akan menyakitkan isterinya.
'Walaupun dalam hidup kita penuh dengan corak warna-warni, walaupun dunia terus berputar seiring masanya. Abang bersyukur kerana ianya memancarkan kebahagiaan dimata sayang. Sayang gadis istimewa yang ditakdirkan untuk abang. Sayang adalah kebahagiaan abang buat selamanya dan abang berjanji kita akan bersinar buat selamanya.' Desis hati kecil Amirul.
***
Setelah dibenarkan pulang ke rumah, Amirul sentiasa melekat disisi Amira setiap saat. Hal itu terkadang membuatnya terasa rimas tapi apakan daya kalau ditolak memuncung panjang pula orang itu. Seperti sekarang, Amira menggaru kepalanya yang tidak gatal melihat Amirul yang berdiri disisinya tanpa bergerak seinci pun.
Amira meneguk liurnya payah kemudian bergeser sedikit ke tepi memberi ruang untuk Amirul duduk disampingnya.
"Abang tak nak duduk?"
Tanpa kata Amirul melabuhkan punggungnya dengan memeluk tubuh. Tak dilupakan juga bibirnya yang masih memuncung panjang.
"I'm sorry. Sayang tak ada niat pun nak sakitkan hati abang tapi sayang nak masuk toilet time tu, nak shu shu tak akanlah abang nak ikut sekali?"
"Abang terasakah?" Amira mencuit perlahan lengan Amirul yang berotot namun mendapat jelingan manja pula dari dia.
Amboi, dah pandai jeling sekarang.
Amira menarik nafas dalam-dalam. Suara dikepitkan sedikit. "I'm sorry babah. Mama tak sengaja, mama janji tak halau babah dah. Babah nak berkepit dengan mama ker apa ker mama diamkan saja. Asif (maaf) babah" Mati-matian Amirul menahan senyumnya. Dia menaikkan sebelah tangan lalu menekup mulutnya kuat. Hatinya bergebu mendengar panggilan manja yang baru.
"Babah marah lagikah?" Amira melagakan hujung jari telunjuk kanannya dengan jari telunjuk kiri. Matanya yang bulat terkebil-kebil memandang Amirul.
Nyaris saja perbuatan itu membuatkan senyuman Amirul terbit. Dengan laju dia menoleh kepalanya kesisi mengelak dari pandangan comel sang isteri. Dapat dia dengar degupan jantungnya sendiri yang berdetak laju.
"Babah tak sayang mama lagikah? Babah tak nak cakap dengan mama?" Pancing Amira dan ianya berjaya
Laju sahaja Amirul menoleh ke arahnya. "Tak lah. Tentulah babah sayangkan mama. Sayang sangat-sangat tau. Tapi itulah ada orang itu tak nampak pun kasih sayang kita. Sedihkan baby?" Amira tersenyum lebar mendengar omelan dari Amirul.
"Mestilah mama sayang babah sebab babah adalah hero kita. Penjaga kita. I love you abang"
"I love you too sayang, my little pumpkin." Balas Amirul dengan nada suara manja. Dia menarik tubuh Amira perlahan masuk ke dalam pelukan hangatnya.
"Sayang selalu buatkan abang blushing setiap masa" Akuinya lalu tenggelamkan wajahnya pada ceruk leher Amira.
"Cantiklah taman bunga belakang rumah kita ni. Abangkah yang tanamkan?" Amirul menatap halaman taman bunga yang berada di hadapan mereka. Penuh dengan berbagai-bagai bunga. Bunga raya, mawar, tulip dan sebagainya.
"Haah, abang yang tanam. Rayyan dan Alaric pun ada tolong juga kadang-kadang"
"Seriously abang Rayyan?"
"Haah, tolong matikan bunga" Berdekah Amira dibuatnya mendengar jawapan selamba Amirul. Betullah tu, Rayyan cakap dia datang nak tolong tapi boleh pula dia pergi musnahkan pokok-pokok bunga yang hendak ditanam. Adakah orang tanam pokok sampai tinggal bunga saja yang terlihat atas tanah? Mahunya tak angin Amirul dibuatnya. Hampir bergaduh mereka berdua tetapi berjaya dileraikan oleh Alaric dan Akash.
Harus Amirul akui, sejak Rayyan kahwin. Benak kawannya ini memang lain macam.
"Ini kalau kita tangkap gambar mesti cantik." Ujar Amira dengan bersemangat. Tak dinafikan cara susun atur bunga-bunga di taman ini nampak menarik dan cantik. Terlihat kemas dan teratur.
"Iya?" Amirul menganggukkan kepalanya. Tak sangka tangan dia berseni.
Kemudian Amirul mendekatkan wajahnya pada gegendang telinga Amira. "Sayang nak tahu tak? Kalau kita tangkap gambar langit itu dipanggil sebagai skyview, kalau kita tangkap gambar dari atas bangunan itu namanya rooftop view tapi kalau abang tangkap gambar sayang itu dipanggil I love you" Amirul tampak sumringah lalu menekup wajahnya yang bertukar menjadi kemerahan. Amira pula melepaskan tawaan kecil setelah mendengar ayat-ayat manis dari suami tercintanya.
"Sejak bila pandai mengayat ni?" Sakat Amira sambil mengintip halus wajah Amirul disebalik jari-jemari suaminya itu. Chairil tertawa suka apabila Amira mengaitkan jari-jemari mereka bersama. Entah kenapa perutnya terasa seperti ada burung-burung berterbangan dengan riang. Tatkala mata mereka bertembung Chairil kembali tersengih malu dan menggerakkan tangan mereka bersama ke depan dan ke belakang.
"I love you and I miss you so bad little pumpkin." Tatapan redup diberikan kepada pencinta hati.
"I love you too my knight" Masih dengan senyuman bahagia dia mengalihkan pandangannya seketika untuk menghilangkan rasa malunya. Jarinya tanpa sedar bermain halus dengan jari-jemari runcing Amira.
"I really want to hold your hand and say we made it" Kekehan terdengar dari mulutnya.
"Sweetnya dia" Amira menatap lekat wajah Chairil lalu menggeselkan hidung mancung mereka berdua. Chairil memejamkan mata menikmati perlakuan manis tersebut.
'Cinta itu tidak dapat dinanti, ambil dia dengan penuh keberanian atau lepaskan dia dengan penuh keredhaan' - Ali bin Abi Thalib
Sorry guys story ini agak cliché and membosankan and I'm sorry for the late update. Thanks sebab sudi baca vote and komen, anda mmg the best! Segala salah silap please mention me or just dm ke apa ke ikut hampalah. Maafkan saya sbb story ni matured. Buatkan anda rasa tak selesa. Jika rasa begitu just tell me, saya akan berusaha utk mmperbaikinya.
Reader yang dah lama baca story ini and still menunggu story ini utk habis vs readers yang baca story ini bila dah complete. ytjt HAHAHHA sorry dho aku terhibur.
Jom sama2 doakan utk palestine
Jemput vote, komen and follow
Siapa view kantoi dia tak tidur lagi.
150 votes for unlock chapter
Update: 6/3/2024 ( 8:42 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro